Monday, January 29

Batu Talam, Oh Batu Talam…

Batu Talam, Oh Batu Talam…

Hari-hari keluar TV, cerita tol menjadi suram…

Pak Lah ke luar negeri, peluang Najib untuk melaram…

Dulu senyap sunyi sepi, sekarang macam bot karam…

Esok lusa akan dilupai, cuma menjadi sejarah silam…


Batu Talam, Oh Batu Talam…

Tak lawan political party, tapi ceramah siang malam…

Budak baru boleh mengundi, BN masih terasa suam…

Pembangkang undur diri, namun tetap kena hentam...

Walau mesyuarat PIBG, tangan menteri dapat disalam…


Batu Talam, Oh Batu Talam…

SPR ubah tarikh undi, BN suruh duduk diam…

Datuk Misai Datuk Siti, air banjir tak siapa seram...

Pilihanraya jadi misteri, hantu pandai guna kalam…

Mana pergi demokrasi?, memangnya aku tak faham…


Batu Talam, Oh Batu Talam…

Kutuk SPR tiap hari, semua nak lepas geram…

SPR tiada maruah diri, ikut telunjuk BN yang kejam…

Keadilan boleh dibeli, hati busuk menjadi legam…

Barisan menang lagi, kesian budak tu kena palam…


Batu Talam, Oh Batu Talam…

Pedihnya dalam hati, macam api dalam sekam…

Sedih takut risau benci, tak mampu nak dipendam…

Penyelewangan sana sini, semua rakyat terpaksa pejam…

Jika dibiar siapa rugi?, cuba fikir dalam-dalam…

Oleh: Mr. Right (AkuBetul)


  1. I’m not sure what to call this, not a pantun, not even syair…
  2. Adakah SPR betul-betul adil?
  3. Boycott, the best Opposition Parties can come out with?
  4. Pembangkang yang bangang atau pengundi yang bodoh?

Ntah…make your own conclusion.

4 comments:

Yasin said...

Nice one dude...!

NaSaSuKe said...

demn dood , if jeff ooi read this , i bet he will give u demn LG choc .. u deserve it man ...

Mr. Right said...

Hahahahaa... yup, so, somebody need to inform jeff. LG Choc or another basket of coco?

rose said...

If dapat chocolate lagi..asyik bangat dong...hurmmm...mesti Nasa jeles..kui kui kui

Total Pageviews

. page counter