Sunday, March 4

Abfund, EaIndex, Buyebarrel, Empay... ‘Quick Rich Scheme’ With Catchy Names

Everybody gila nak cari duit until sometimes we forget few important element in our life. No, I’m not tried to give life motivation crap. Since I hardly consider myself qualify to motivate anybody. I’m referring to famous investment scheme that hit Malaysian in recent years. Dari office manager sampai ke production line dalam kilang semua eager to taste a bite dalam the latest ‘quick rich scheme’ Aku tak peduli apa mereka labelkan, apa juga mereka namakan, for me its just another scam with better and improve twist. I will not even consider to get myself involve at all. Why? Because not likes others, I love to ask my brain’s nerve to work extra hours.

Most scheme (read, most not all) ask us to dump our hard fought money
in USD into their scheme, then after 100 days we will get ridiculously 1.5% to 3% daily profit. We were talking about almost 100% per month and more than 1000% per year..! Isn’t that too good to be true? No legal bank will give us such amount of ROI, why these company different compare to conventional investment company? We can read all their reason from their website, seminar, brochure or what ever promotion tools they use, for me simply bullshit..! Why in most country they declare pyramid scheme as illegal? Tentunya sebab ada pihak menipu dan tertipu. Kan.

We only believe what we see with our own eyes, everybody agree with that, right? So, the main
reason why people stop thinking and went to ATM machine widraw their RM is because someone they trust already gets the profit. No way my close friend or sibling lies to me? True, damn true indeed. Aku sendiri ada beberapa kawan baik yang beli kereta dengan duit pelaburan mereka. My answer to that adalah they just plain lucky. As normal pyramid scheme, those yang masuk awal, berada di puncak pyramid will always lucky and potential to become new millionaire if they invest big enough. To try your luck, go and join them. They said, ‘let your money work for you’. For me, money is the easiest worker to be fired since they sit there does nothing and sometimes they gone without even our permission.

For non-muslim , stop reading and thanks for the visit. You have more than 70 other
articles to choose from, since I transform myself to unprofessional ustaz now. For those yang dah masuk scheme ini, sorry, just try to ignore what I trying to say. Yup, you guess it right, I don’t think these schemes are halal. Regardless what real ustaz said about it, or few Islamic base website claims. I can cheat myself and accept this money as halal. Maybe ianya memang halal, cuma aku sahaja yang was-was...Why?

  1. We just do not know what the hell they use our money for.
  2. We have limited information of their investment activity.
  3. We have no printed proof where the profit came from.
  4. All the company base outside Malaysia and mostly not even in Islamic country, how we ensure they practise halal business?

Any investment expert will tell you there are no legal and halal businesses that can guarantee that amount of income to their investor. Even stock commodity market, foreign exchange, petroleum business or anything. Legally, it is impossible.

Also come to my knowledge people said even ASB or any government endorsement scheme are not halal. I not really care, since selagi kerajaan Malaysia said it halal, for me it is halal. Kalau betul tak halal, itu kerajaan Malaysia dibawah kementerian yang berkenaan perlu tanggung. Aku tahu, mencari kebenaran adalah wajib, but we can’t afford to spend our time to dig deep and find out about it. Itu adalah tugas pemerintah yang kita pilih. There is proper procedure and report that our government applies to make sure all activities in Malaysia halal, unless stated so. Jadi, selagi the entire ‘quick rich scheme’ mentioned above tak register and approve by Malaysia government, or be able to come out with proven halal source of income, I will keep my hand close to my money and redha dengan rezeki yang ada sekarang.

Maybe people will say this article is another excuse from coward guy like me. Another prove how person who afraid to take a risk will answer to new challenge in life. Maybe it’s true, but for those yang belum masuk, please take this article under serious consideration.


P/S: Please do not comment this posting just to promote your scheme’s url. Come on, isn’t that lame and ugly?

PP/S: Even if you does promote it here, at least hide the referral code, professional la sikit.


Update (13/04/07):

Majlis Fatwa Sahkan Ianya Haram - Utusan

8 comments:

bad said...

erk!! insaf aku ko jd ustaz..hhuuhu!!tul jugak ckp ko..nape masa aku tanye ko aritu ko xckp ape2??huhu!!xjd la aku masuk cani..huhu!!

ramonez said...

sebelum melabur bagaimana kalau kita rujuk
pandangan / nasihat ini..

aku sendiri pun daif juga........

Ust Hj Zaharuddin Hj Abd Rahman
www.zaharuddin. net
Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di
kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan
tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan
penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa
memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis
tentang `nature' sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka
berbondong-bondong menyertainya dengan `keyakinan' ianya adalah
halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting
baginya adalah RM RM RM
"Kalau macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah,
ekonomi kita, negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian
luahan tak puas hati yang mungkin akan kedengaran bila artikel ini
dibaca.

Kurang Bagus Bagus

ABB Fund, Eaindex & Winlifund
Yang Diminati : Haram Lagikah ?
Pelaburan melalui internet semakin popular hari ini, terutama di
kalangan orang awam. Umat Islam tidak terlepas dari godaan pulangan
tinggi yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat ini. Ini menjadikan
penyertaannya begitu hebat dan menggunung hari demi hari. Tanpa
memikirkan halal dan haram, atau hanya dengan kefahaman amat tipis
tentang `nature' sesuatu pelaburan itu dari kaca mata Islam, mereka
berbondong-bondong menyertainya dengan `keyakinan' ianya adalah
halal atau sesetengahnya tiada endah berkenaan hukum, yang penting
baginya adalah RM RM RM.
`Keyakinan' palsu ini kelihatan terserlah kesilapannya apabila
tulisan-tulisan yang disiarkan di web saya
http://www.zaharudd in.net/ dan disebar luas oleh yang sukarelawan
Islam tersedar melalui email dan yahoogroups yang pelbagai. Setelah
meneliti pelaburan-pelaburan `favorite' ini, ternyata hampir
semuanya adalah tidak sah di sisi Islam secara sepakat ulama. Selain
itu ternyata juga bahawa ianya tidak lain hanyalah `pinjaman dengan
pulangan Riba' belaka dan bukannya pelaburan yang sah atas dasar
konsep `Mudarabah' atau `Musharakah' yang diredhai Allah SWT. Kali
ini kita semak sama-sama beberapa isu asas dalam tiga dana pelaburan
yang amat di `gilai' oleh ramai.
Saya kira, mungkin ramai juga yang akan berhenti membaca artikel ini
di sini akibat teruji dengan satu perasaan hebat di hatinya, bimbang
akan 'terbaca' sesuatu yang tidak enak berkenaan pelaburan yang
menjadi penyelesai masalah kewangan hidupnya. Apapun, saya tiada
pilihan lain kecuali menyahut apa yang dikatakan oleh Nabi SAW «
Berkata benarlah walaupun ianya pahit ».
Saya juga ada mendengar terdapat beberapa indivdu utama pelaburan
ini dengan sengaja mengatakan
" Jangan tanya ustaz yang reti, nanti dijawabnya haram, tak pasal-
pasal susah kita nak cari ahli"
Bagi saya, ucapan ini tidak lain dari bercanggah dengan kehendak
ALLAH SWt yang mengingatkan kita
" Tanyalah kepada yang mengetahui jika kamu tidak mengetahui"
dan juga ertin firman Allah SWT :
" Wala yunabbi uka mishlu khabir" ertinya : "dan tiada yang dapat
memberikan sesuatu jawab yang memuaskan seperti yang berpengalaman"
ABB Fund, Eaindex dan Winlifund
Semasa dihujani dengan soalan berkaitan pelaburan Em-Pay, saya juga
dihujani dengan lebih lebat dengan soalan berkenaan ABB Fund,
Winlifund dan Eaindex. Jika saya jumlahkan semuanya, semua soalan
ulangan ini berjumlah lebih 150 kali kepada saya. Pada mulanya,
ingin saya abaikan saja kerana kesibukan tugasan yang rencam, tetapi
hari demi hari saya sendiri naik letih membaca soalan yang sama
berulang kali, sehinggalah tergerak hati untuk mengkajinya bagi
manfaat umat Islam setelah beberapa individu menelefon serta memberi
penerangan lisan akan cara pelaburan ini dibuat. Ia menjadi lebih
cepat dan mudah jika ada yang telah menyertainya menerangkan.
Justeru, saya ingatkan, jiak masih ada yang ingin saya cepat tolong
menyemak pelaburan yang dikehendakinya, anda perlulah menelefon saya
dan menerangkan dengan jelas secara lisan. Hanya kemudian selepas
itu, saya akan ikuti dengan pembacaan 'line by line' di web site
syarikat terbabit.
Diwarwarkan Halal
Ketiga-ketiga jenis pelaburan ini pernah dan kerap
diwarwarkan `halal' oleh individu yang kurang biasa dengan displin
mualamat Islam. Bagi ABBFund, Winlifund dan eaindex ia secara tidak
sengaja atau sengaja didakwa halal kerana dikatakan pelaburannya
terhad kepada aktiviti halal seperti industri minyak dan gas,
hartanah, getah dan sebagainya yang halal.
Kita perlu memahami bahawa, apabila kita ingin mengetahui sesuatu
pelaburan itu halal atau haram, kita tidak boleh hanya melihat
kepada industri apakah yang digunakan wang kita itu. Sebaliknya,
paling minima kita perlu melihat dari dua tahap.
1) Tahap Pertama : Wang dari poket kita kepada syarikat pelaburan .
Inilah tahap yang kerap dilupakan oleh para peserta ABB Fund & Swiss
cash dan sekutunya. Mereka kerap memfokuskan kepada tempat ABB
melaburkan dana terkumpulnya. Ini tindakan yang kurang tepat kerana
kita perlulah menyemak apakah aqad atau kontrak antara kita dan
syarikat Pelaburan itu terlebih dahulu. Ringkasnya, ia MESTILAH
dibuat dengan tepat menurut kehendak Shariah dan menepati cara dan
syarat pelaburan Islam. Jika tidak, aqad akan batal, maka tiada
gunalah lagi untuk mengetahui di mana dilaburkan dana terkumpul itu.
Sebagai contoh mudah, si A mencuri duit dan kemudian membeli al-
Quran dengan duit curi itu.
Hukum adalah jelas dalam hal ini, walaupun duit itu digunakan dengan
cara yang betul di tahap kedua (membeli Quran), tetapi kerana tahap
pertama (curi) adalah haram, maka tahap kedua yang baik tidak
akanmenjadikan pembelian itu halal.
2) Tahap Kedua : Wang kita di syarikat itu dilaburkan dan digunakan
untuk industri dan instrumen pelaburan halal atau haram.
Kajian tahap pertama, terhadap aqad di antara peserta dengan
syarikat ABB ,Eaindex dan Winlifund ternyata menunjukkan masalah
yang sama iaitu :-
Isu Pertama : `Fixed Return' atau keuntungan yang dijamin.
Telah berkali-kali saya sentuh isu ini, tapi nampaknya umat Islam
masih kabur dan tidak dapat menangkap dengan jelas konsep sebenar
pelaburan Islam yang dibuat atas asas Mudarabah dan Musharakah. Saya
ingin tegaskan di sini agar saya tidak ingin lagi ditanya dengan
soalan dan skim pelaburan yang sama. Sebagai panduan utama :
SEBARANG PELABURAN YANG MENJANJIKAN PULANGAN UNTUNG SECARA TETAP
ADALAH HARAM MENURUT KONSEP PELABURAN ISLAM.
Saya harap dengan panduan amat amat mudah ini, semua orang boleh
menjadi menentukan ianya halal atau haram bagi dirinya setiap kali
ingin membuat pelaburan.
Justeru, aqad antara peserta dan syarikat ini telah dikira tidak
halal di sisi Islam,
Maka di ketika ini, tiada gunalah menghabiskan tenaga menyemak tahap
kedua. Bagaimanapun , bagi mendatangkan lebih keyakinan kepada
pembaca yang saya kira majoritinya telah menyertainya, saya akan
bantu anda untuk mengesan di mana silapnya secara ringkas dan padat.
ABB FUND
Hal ini ternyata apabila kita melihat di web ABB Fund di
http://www.abbfund. biz/ atau http://abfund. mine.nu/. Kita akan
dapati plannya begini :

Ini bermakna jika modal `pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda
dijamin mendapat pulangan sebanyak 2 % , dan jika anda letak USD
2000, maka akan mendapat 2.9 % setiap hari.
WINLIFUND
Adapun Winlifund pula seperti berikut ( rujukan
http://www.winlifun d.com/investment .html) :-

Value % Per Day Days Return
10 USD 2.0 100 20 USD
50 USD 2.2 100 110 USD
100 USD 2.5 100 250 USD
300 USD 2.6 100 780 USD
500 USD 2.7 100 1350 USD
1000 USD 2.9 100 2900 USD
1500 USD 3.0 100 4500 USD
EAINDEX
Manakala Eaindex pula sebagaimana berikut
(http://www.eaindex. com/index. php ) :-
* Minimum Index Code Purchse is $ 20
Code Types Value Percentage Days Total Percentage
Index20 Code $ 20 1.8 % per day 100 180 %
Index1000 Code $ 1,000 2.0 per day 100 200 %
Index5000 Code $ 5,000 2.3 % per day 100 230 %
Ini bermakna jika modal `pelaburan' anda USD 20. Setiap hari anda
dijamin mendapat pulangan sebanyak 1.8 % , dan jika anda letak USD
1000, maka akan mendapat 2.0 % setiap hari dan jika diberi pinjam
USD 5,000 akan dibalas dengan riba sebanyak 230 %. Dalam masa 100
hari. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan
untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan. Saya juga telah
mengulas perkara ini semasa saya menulis berkenaan Swiss Cash dan
juga Em-pay.
EAINDEX dengan terus terang menyebut di laman webnya
" EAINDEX Plans are designed to simplify the investment process by
providing easy calculation values of $ 20, $ 1000 and $ 5000. Each
index code provides a FIXED RETURN for period of 100 days from
inception"
Adakah anda perasan perkataan `FIXED RETURN' yang dinyatakan ?
Inilah yang dikatakan Riba. Kerana Pelaburan yang diiktiraf Islam
tidak dibenarkan menjamin sebarang keuntungan, hanya anggaran dan
andaian sahaja serta pihak pengurusannya tidak membuat sebarang
janji untuk memberi untung itu.
Demikian keputusan yang disebut secara sepakat oleh ulama silam,
iaitu kontrak pelaburan itu tidak sah menurut Islam. Dan semua
untungnya juga tidak sah. (Rujuk Bada'i as-Sonai', Al-Kasani,
5/119 ; Hasyiah Ad-Dusuqi, 5/281 ; Mughni Al-Muhtaj, 3/404 ; Al-
Mughni, Ibn Quddamah, 5/44)
Manakala Majlis Penasihat Shariah Dunia, AAOIFI yang saya sebutkan
nama pakar-pakarnya di bawah telah membuat keputusan berikut,
berikut teks fatwanya :-
ÅÐÇ ÔÑØ ÃÍÏ ÇáØÑÝíä áäÝÓå ãÈáÛÇð ãÞØæÚÇð , ÝÓÏÊ ÇáãÖÇÑÈÉ
Ertinya : "Apabila mana-mana pihak menetapkan baginya satu jumlah
untung yang tetap dan pasti, maka rosaklah aqad pelaburan Mudarabah
itu" ( Al-Ma'ayir As-Syaiyyah, AAOIFI, hlm 240)
Jaminan untung tertentu dalam sebarang kontrak pelaburan adalah
telah sepakat seluruh ulama sebagai haram kerana ia adalah Riba.
Hadith Nabi yang telah dijadikan Kaedah Fiqh menyebut :
Ãä ÇáÎÑÇÌ ÈÇáÖãÇä
Ertinya : "(Bagi mendapatkan) Keuntungan (hasil pelaburan) mestilah
dengan menghadapi risiko (bermakna tiada untung tetap dijanjikan dan
pelabur mesti menjamin keelokkan barangan yang dijual jika
melibatkan jual beli)" (Riwayat As-Syafie, Ahmad, Ibn Hibban, Abu
Daud : no 3508 ; Albani : Hasan)
Justeru sebarang pelaburan dengan jaminan pulangan adalah
bertentangan dengan kaedah di atas tadi. Selain itu, sebarang
pelaburan yang mempunyai elemen seperti ini adalah sebenarnya
pinjaman dengan riba. Jaminan pulangan ini menjadikan ia berteraskan
konsep pinjaman wang dengan faedah (interest) yang dijamin. Ia
adalah haram dan kontrak menjadi batal menurut sepakat.
Isu Kedua : `Commodity Futures' dan Forex
Adapun sekiranya, tahap pertama tadi berjaya, kita wajib memeriksa
tahap kedua pula. Apabila saya merujuk dan membaca `line by line'
penerangan berkenaan ABB Fund dan Winlifund. Eaindex ternyata ia
bukan sahaja melabur di dalam industri minyak dan gas sebagaimana
yang difahami, ini disebutkan di web ABB
major oil companies, energy services, oil and gas exploration and
production companies, and natural gas pipeline companies.,
tetapi ia juga terlibat menggunakan perniagaan `commodity futures'
dan Forex bagi meraih keuntungan.
Ini disebutkan dari petikan dari webnya iaitu :
The ABFUND program is a long term high yield private investment
program managed by a group of professional traders specialize in
trading on equity market, currencies, major market indexes and
energy commodity futures markets. Our successful trading record has
maximize high yield return to our investors' investment and we are
paying real-time in daily basis through the PAY-IT 4 PROFIT SYSTEM.
Beirkut pula dalam web Winlifund
(http://www.winlifun d.com/market. html )
" Basically, the markets are categorized into: Equities ,
Commodities Currencies, Real Estates "
Anda nampak perkataan CURRENCIES, itulah perniagaan berkaitan Forex,
telah saya bawakan kajian dan keputusan Majlis Penasihat Shariah
Dunia di artikel saya ketika mengulas isu Swiss Cash, sila buka link
http://www.zaharudd in.net/v1/ index.php?
option=com_content& task=view& id=157&Itemid= 72
Berkenaan `Commodity Futures' pula, saya amat pasti, para ustaz yang
tidak terlibat dengan industri perbankan dan kewangan di Malaysia
atau antarabangsa, AMAT SUKAR UNTUK MEMAHAMI apakah erti `commodity
futures', apatah lagi mengulasnya dari sudut hukum, mungkin membaca
tulisan saya ini pun boleh dilanda `migrain'.
Ia perkara biasa dan boleh diterima, kerana setiap ustaz mempunyai
pengkhususan masing-masing, seperti saya yang tidak mahir dalam
bidang `faraid' (pembahagian harta pusaka), tiada apa yang perlu
dimalukan dan aib. Cuma yang aib adalah berlagak `specialist' dan
pakar lalu memberi fatwa dalam bidang yang bukan bidang anda, dengan
mudah anda boleh ditertawakan atau disanggah oleh `specialist' kelak
dengan hujjah 'check mate'.
Ulama
Justeru, saya menasihatkan orang ramai yang menjadikan `ustaz'
dan `ustazah' sebagai kiblat dalam pelaburan ini memastikan mereka
benar-benar `specialist' dalam bidang ini, untuk itu cuba meminta
penjelasan kepada ustaz yang diikuti ini, apakah `Commodity Futures'
dan bagaimana ABB Fund ini boleh menjadi halal bila terlibat dengan
commodity futures?.
Sedangkan Majlis Penasihat Shariah Institusi Kewangan Dunia telah
membuat keputusan bahawa (Rujuk keputusan no 5/1/2, Al-Ma'ayir As-
Shariah, hlm 371 ; Keputusan Persidangan Dallah AlBarakah, tahun
1999, no 17/1):
TIDAK HARUS (HARAM) DARI SUDUT SYARA' UNTUK BERURUSAN
DENGAN `FUTURES CONTRACT' (termasuk Commodity Futures) SAMADA
MEMBUATNYA, MEMBELI DAN MENJUALNYA.
Ia menjadi haram kerana sebab berikut :-

a) Penjualan beli komoditi secara tangguh bayaran dan penghantaran
komoditi yang dijual. Ini menyebabkan ia tergolong dalam hadith,
berkatalah Ibn Umar :
Ertinya : "Sesungguhnya Nabi SAW melarang dari menjual hutang dengan
hutang" (Riwayat Ad-Dar Qutni ; At-Tabrani, Al-Hakim : Sohih atas
syarat Imam Muslim ; Naylul Awtar , no 2187 ; 5/174 )
Imam Ahmad, Ibn Munzir, Ibn Rusyd, Ibn Quddamah, Ibn Taymiah , As-
Syubki dan Imam As-Syawkani menyebutkan bahawa telah Ijma' seluruh
ulama bahawa haram membeli secara tangguh serahan barang dan juga
tangguh serahan bayarannya. (Al-Mughni, 4/53 ; Bidayatul Mujtahid,
2/162 ; Az-zarqani ala Muwatta, 3/308)

b) Menurut kebiasaannya penjual secara `futures' ini menjual
komoditi yang belum berada dalam miliknya. Ini dilarang oleh Nabi
SAW sebagaimana hadith
áÇ ÊÈÚ ãÇ áíÓ ÚäÏß
Ertinya : "Janganlah (dilarang) kamu menjual sesuatu yang belum
dimiliki olehmu" (Riwayat At-Tirmidzi , no 1232 , Albani : Sohih )
Selain dua sebab ini terdapat 2 sebab lain yang menyebabkan Majlis
Ulama Fiqh mengharamkannya. Termasuklah unsur perjudian yang wujud.
Bagaimanapun, cukuplah dua hujjah ini untuk saya dedahkan kepada
awam agar infomasi yang diberikan tidak begitu berat. Sesiapa yang
berminat boleh rujuk di artikel saya tentang Swiss Cash, telah saya
ulasnya http://www.zaharudd in.net/v1/ index.php?
option=com_content& task=view& id=157&Itemid= 72
Sebagai makluman, keputusan ini dibuat setelah sepakat seluruh Ulama
Fiqh SeDunia bersama perbincangan pakar ekonomi. Ahli Majlis
Penasihat Shariahnya dianggotai oleh ulama seperti berikut :-
1. Sheikh Mufti Taqi Uthmani (Hakim Syarie Mahkamah Tinggi,
Pakistan - Pengerusi)
2. Sheikh Abdullah Bin Sulaiman Al-Mane (Hakim Mahkamah Mekah)
3. Sheikh Prof. Dr. Muhammad Siddiq Ad-Dharir ( Prof Shariah,
Univ Khartoum, Sudan)
4. Sheikh Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli (Prof Shariah, Univ
Damsyiq, Syria)
5. Sheikh Prof. Dr `Ajil An-Nashmi ( Prof Shariah, Univ Kuwait)
6. Sheikh Husayn Hamid Hassan (Pengerusi Majlis Penasihar
Shariah, Dubai Islamic Bank, UAE)
7. Sheikh Abd Rahman Al-Atram ( Penasihat Shariah, Ar-Rajhi
Investment Bank, Saudi)
8. Sheikh Ali Tashkiri ( Setiausaha Agung, Kesatuan
Dunia `Taqrib' Sunnah dan Syiah, Iran)
9. Sheikh Dato' Ghazali Abd Rahman (Ketua Hakim Syarie,
Malaysia)
10. Sheikh Al-Ayyashi As-Sadiq Al-Faddad ( Ma'ahad Penyelidikan
Islam, Islamic Development Bank, Saudi)
11. Sheikhuna Dr Abd Sattar Abu Ghuddah (Pengerusi Majlis
Penasihat Shariah, Kumpulan Perbankan Dallah Al-Barakah Sedunia)
12. Sheikh Ahmad bin Abdullah ( Setiausaha Agung, Majlis
Penasihat Shariah, Sudan)
13. Sheikh Nizam Ya'qubi (Majlis Penasihat Shariah, Bahrain
Islamic Bank)
14. Sheikh Nazih Hammad (Majlis Penasihat Shariah, Citibank
Islamic )
15. Sheikh Dr Mohd Daud Bakar (Pengerusi, Majlis Penasihat
Shariah Kebangsaan, Malaysia)
Itulah ahli Majlis yang membuat keputusan itu, saya tidak pasti jika
anda masih mempercayai orang tertentu di Malaysia sedangkan ia telah
dibincangkan oleh pakar-pakar seperti di atas.
Isu Ketiga : Syarikat yang amat diragui
Selain itu, walaupun perniagaan minyak dan gas, eletrik, adalah
halal, dokumen-dokumen utama dan cara jual belinya dilakukan
hendaklah disemak oleh sebuah Majlis Penasihat Shariah terlebih
dahulu agar semua rukun dan syarat jual beli diikuti.
Sebagai contoh, Majlis Penasihat Shariah Dow Jones Islamic Fund,
sila buka laman mereka di http://www.investaa .com/ ; sebelum
meluluskan sebarang syarikat yang boleh di sahkan halal, mereka akan
mengkaji dengan teliti, antara contohnya mereka akan memastikan
syarikat tersebut tidak mempunyai pinjaman konvensional lebih dari
30 % dan banyak lagi kaedah semakannya.
Selain Dow Jones Islamic, anda boleh merujuk cara semakan dan
pengesahan yang dibuat Jabatan 'Islamic Capital Market' di
Suruhanjaya Sekuriti, Malaysia. Dengan itu anda akan mengetahui
bagaimanakah cara mereka mengesahkan sesebuah Dana Pelaburan itu
untuk boleh sebagai halal. Inilah antara kerja di Suruhanjaya
Sekuriti di Jabatan Pasaran Modal Islam.
Tidak perlulah saya dedahkan kaedah `screening' mereka kerana ianya
agak teknikal dan hanya akan memeningkan orang awam yang tidak
berpengalaman dalam hal pelaburan. Kesimpulan saya di sini adalah,
ABB Fund dan EAindex tidak pernah memikirkan tentang halal haram,
mereka adalah Kapitalis yang hanya mencari untung semaksimum mungkin
tanpa mengendahkan displin Islam, jika tidak mereka sudah tentu
melantik pakar-pakar Shariah untuk menyemak pelaburan mereka.
Dengan tiga hujjah ini pun sudah jelas, dan tidak perlu lagi saya
mendedahkan kepincangan Shariah dalam system agensi dan commission
memperkenalkan ahli bawah mereka. Jika tiga isu tidak lepas, yang
lain juga tiadalah gunanya.
RUNGUTAN & RESPOND
"Kalau macam tu, semua haram ustaz, Bank Negara, kereta, rumah,
ekonomi kita, negara kita, kedai runcit dan lain-lain" Demikian
luahan tak puas hati yang pasti akan kedengaran bila artikel ini
dibaca.
Inilah jenis respond `cari makan' apabila sudah didedahkan satu
persatu bahawa pelaburan yang disertainya adalah bercanggah dengan
hukum Allah SWT. Iaitu, cuba mengaitkan dengan perkara lain agar
kelihatan mustahil untuk mengelaknya, selain itu ada juga yang akan
mula mempersoalkan kewangan peribadi saya pula. Padahal, ia tiada
kaitan dengan hukum pelaburan mereka. Ia dibuat hanya untuk mengubah
focus isu ini kepada topic lain.
Nasihat saya, janganlah menjadi tidak teliti tentang hukum sebelum
melabur hanya kerana ia membawa keuntungan lumayan. Membuat
kesimpulan umum tanpa ilmu hanya membawa masalah dan kemerbahayaan
kepada diri sendiri. Saya tidak punyai masa yang panjang untuk
menjelaskan satu demi satu. Cukup saya katakan, bahawa lebih mudah
untuk saya menjelaskan secara `lisan' dari menulis.
Justeru, anda boleh menemui saya atau mendaftar di kursus kewangan
Islam yang akan diadakan 24 Februari 2007 jika anda ingin mengajukan
soalan seperti itu. Saya tidak mahu mempromosi kursus itu di sini,
kerana itu saya katakan, anda masih boleh mengajukannya secara
telefon dan berjumpa saya di kuliah-kuliah bulanan saya di serata
lembah Klang secara percuma. Saya kira, saya mampu menerangkannya
dalam masa 5-15 minit sahaja.
HUJJAH POPULAR UNTUK MENGHARUSKAN YANG HARAM
Hujah-hujah `favorite' dan rapuh yang kerap digunakan mereka adalah
seperti berikut :
• Hujjah Pertama Mereka : "Apa salahnya, bukankah ia boleh
meningkatkan ekonomi umat Islam",
Jawapan saya : "Ekonomi umat Islam hanya boleh berkembang bila ada
unsur keberkatan. Bermuamalah dengan yang haram, adalah tiada berkat
dan pasti tidak akan berkembang sampai bila-bila. Jika berkembang,
ia hanya menambahkan dosa seperti melahirkan lebih banyak si tamak,
penipu, pemberi dan penerima rasuah dan lain-lain unsur jahat yang
secara senyap menghancur sesebuah masyarakat. Ia disebut oleh Allah
dalam surah Al-Baqarah ayat 278 : "Allah memusnahkan keberkatan dari
harta Riba.."
• Hujjah Kedua Mereka : "Maslahat"
Jawapan saya : Saya telah jawab isu penggunaan maslahat ketika
mengulas isu ASB. Boleh rujuk artikel di link
http://www.zaharudd in.net/v1/ index.php?
option=com_content& task=view& id=224&Itemid= 63....Kesimpulan nya ia
adalah `Maslahat Mulghah' iaitu Maslahat yang tertolak.
• Hujjah Ketiga Mereka : "Jika tiada duit maka buat
kebajikan pun tak boleh" dan yang sepertinya.
Jawapan saya : Sebuah hadith menyebut :
ãä ÌãÚ ãÇáÇð ãä ÍÑÇã Ëã ÊÕÏÞ Èå , áã íßä áå Ýíå ÃÌÑ
Ertinya : Barangsiapa yang megumpulkan wang haram dan kemudian
bersedeqah dengannya( membuat kebajikan ) , maka tiadalah sebarang
ganjaran kebaikan untuknya ( Riwayat Al-Hakim, 1/390; Ibn Hibban, no
797 : Sohih menurut Ibn Hibban dan Al-Hakim, dipersetujui oleh Az-
Zahabi; Albani : Dhoif)
• Hujjah Keempat Mereka : "Sampai tahap dharurat"
Jawapan saya : Ini adalah anggapan tidak sah, kerana dharurat adalah
sesuatu perlara keperluan asas yang jika tidak dilakukan maka
seseorang boleh hilang nyawanya. (Rujuk Al-Muwaqafat, As-Syatibi).
Saya percaya ramai orang tidak melabur, tetapi masih hidup aman
damai.
• Hujjah Kelima Mereka : Ada hadith kata " tak boleh lari
dari riba di akhir zaman, semua akan kena debunya"
Jawapan saya : Saya telah ulas bahawa hadith ini dhoif menurut imam
Al-Munziri dan Albani.
• Hujjah Keenam Mereka : "Tak mengapa nanti kami bersihkan
sebahagian bonus dengan mengeluarkan zakat"
Jawapan saya : Syarat wajib zakat ke atas Muslim adalah memiliki
harta itu dengan sah dari sudut Islam, dikeluarkan sebagai tanda
kesyukuran kepada Allah SWT (Rujuk Al-Badai' As-Sona'i, Al-Kasani,
2/4 ; Al-Mabsut, Al-Sarakhsi, 11/171; Ad-Deen Al-Khalis, 8/84) .
Jelasnya, zakat tidak boleh menyucikan harta yang haram, ia hanya
boleh menambahkan berkat bagi harta yang didapati dengan cara halal.
Secara sepakat ulama bahawa tiada zakat ke atas harta haram tetapi
yang diperlukan adalah melupuskannya
(Qadhaya Az-Zakat Al-Mu'asiroh, Dr Naim Yasin, 2/208 ).
Marah dan Menyekat Untung
Saya pasti ada yang amat marah kerana ia telah mempunyai rangkaian
yang cukup luas dan keuntungan pun sudah mencurah masuk ke akaun
dengan lebat sekali. Apa yang boleh saya nasihatkan hanyalah hadith
Nabi yang telah saya nyatakan dahulu iaitu
ßá áÍã äÈÊ ãä ÓÍÊ ÝÇáäÇÑ Ãæáì Èå
Ertinya : "Setiap daging yang tumbuh dari harta kotor ( haram) maka
Neraka lebih layak untuknya" ( Riwayat At-Tabrani, 19/136 ; Al-
Mughni lil `Iraqi, 2/9207 ; Ithaf As-Sadat al-Muttaqin, Az-Zubaydi,
5/226)
Sebagai penambah kesedaran kita semua, suka saya nyatakan bahawa
pelaburan ABB Fund, Winlifund, Em-Pay, Swiss Cash, EAindex adalah
tidak sah menurut pandangan ulama dan semuanya terlibat dengan Riba
dengan jelas.
Saya juga sedar betapa besarnya ujian jika saya berada di tempat
pemain, pelabur dan pelopor abb fund, eaindex dan sudah meraih
untung ribu-ribu..memang sukar.
Cuma suka saya ingatkan bahawa, lagi sukar sesebuah ujian, sudah
tentu pahalanya juga lebih besar, sebagaimana yang pernah disebutkan
oleh Nabi SAW kepada Aisyah r.a dalam sebuah riwayat :
"Pahala kamu adalah berdasarlah tahap keletihan dan kesukaranmu'

Bergembiralah bagi sesiapa yang berjaya mengekang nafsunya demi
untuk kebahgian di barzakh.. pastinya Rasulullah SAW berbangga
dengan anda !!
Malah saya juga merasakan, pahala individu yang sanggup berhenti
kerana Allah ini mungkin lebih hebat dari saya yang menulis jawapan
ini. Allahu akbar.!
Sebagai akhirnya, tahukah anda setara mana besarnya dosa Riba iaitu
duit untung yang diperolehi dari ABB Fund, Winlifund, EAindex, Em-
Pay ini?. Saya nyatakan disini bahawa.
Imam An-Nawawi rh berkata : "Telah Ijma' seluruh ulama Islam tentang
pengharaman Riba dan ianya termasuk dalam kategori dosa besar, dan
dikatakan juga Riba diharamkan oleh semua agama, antara yang
berpendapat demikian adalah Imam Al-Mawardi" (Rujuk Al-Majmu',
9/391 )
BAHAYA DAN KECELAKAAN DARI RIBA
Di sini, saya sertakan beberapa nas al-Quran dan al-Hadith yang
menerangkan perihal besarnya dosa riba yang menjadi sebab mengapa
saya menumpukan masa yang lebih bagi menyelematkan masyarakat Islam
darinya.

a)Pemakan dan Pemberi Riba Perangi Allah SWT dan Rasulullah SAW.
Ia berdasarkan Firman Allah SWT :
Ertinya : "Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada
Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-
benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, isytiharkanlah
perang dengan Allah dan RasulNya" (Al-Baqarah : 278)
Dalam ayat ini jelas menunjukkan bahawa sesiapa yang enggan dan
masih berdegil untuk meninggalkan `saki baki' riba dalam
kehidupannya dengan sengaja, maka ia akan berada dalam posisi
peperangan dengan Allah SWT dan RasulNya. Ayat ini menyebut `saki
baki', menunjukkan bahawa barangsiapa yang ingin benar-benar menurut
sunnah dan menjadi mukmin sejati, perlulah ia berpengetahuan jelas
tentang riba serta menjauhkan diri darinya secara seratus peratus.
Saya sering terfikir, bagaimanakah sunnah dapat ditegakkan, Negara
Islam tulen dapat dibangunkan, masyarakat soleh dapat diasaskan
dengan hidup dikelilingi `virus' Riba ini. Sedangkan zahir ayat di
atas tadi membayangkan peperangan itu berlaku sejak di dunia lagi,
amat malanglah bagi setiap individu dan pemimpin yang kurang
mengambil endah akan hal ini.
Ibn Abbas r.a di riwayatkan berkata :
Ertinya : "Akan dikatakan kepada pemakan riba di hari kiamat :
ambillah senjata kamu untuk berperang dengan Allah SWT" (Jami al-
Bayan `An Takwil Ayyi Al-Quran, At-Tabari, 3/68 ; Ad-Durru Al-
Manthur, As-Suyuti, 3/366)
Berkatalah Abu Hanifah rh pula : " Inilah ayat di dalam Al-Quran
yang paling menakutkan" (Rujuk At-Tabari, Hamisyh An-Naisaburi,
4/73)
Imam Malik Bin Anas rh pula berkata :
Ertinya : "Telah ku membuka lembaran-lembaran Kitab Allah dan Sunnah
Nabi SAW dan tidak ku dapati (dosa) yang lebih buruk dari Riba,
kerana Allah SWT dalam mengistiharkan atau mengizinkan perang ke
atasnya" (Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 3/364 )
Berkata Imam Qatadah rh : " Allah menjanjikan ahli Riba dengan
hukuman bunuh, dan akan mendapatkannya dimana sahaja mereka berada"
(at-Tabari, 3/72 )

b) Kehilangan Berkat Harta dan Kehidupan.
Allah SWT berfirman :
Ertinya : "Allah menghancurkan keberkatan kerana Riba dan
menambahkan keberkatan dari sedeqah" ( Al-Baqarah : 276 )
Kehilangan berkat itu akan berlaku di dunia dan di akhirat:-
Di Dunia : Bentuk-bentuk kehilangan berkat harta orang terlibat
dengan riba adalah dengan mudah hilang atau habisnya harta tersebut
dari pemiliknya kepada pelbagai bentuk yang tidak berfaedah dan
membawa dosa, sehinggalah ia akan merasa amat miskin dan faqir
(walaupun ia mempunyai wang yang banyak), selain itu, harta tadi
akan menjadi sebab ringannya pemilik untuk melakukan maksiat,
kefasikan, dan menghinakan diri di sisi Allah SWT, lalu hilanglah
sifat amanah, cenderung kepada rasuah, penipuan, dan tamak haloba.
Ia juga bakal di timpa ujian harta yang banyak, seperti di rompak,
curi, khianat, dan doa orang yang terkena zalim darinya juga lebih
maqbul (Az-Zawajir `an `iqtiraf al-Kabair, Ibn Hajar al-Haithami,
Dar al-Ma'rifat, Beirut, 1982 , 1/224). Sabda Nabi SAW dari Ibn
Mas'ud r.a :-
Ertinya : "Sesungguhnya Riba walaupun lumayan (dari sudut kuantiti)
tetapi hasilnya ia akan membawa kepada sedikit dan papa" ( Riwayat
Ahmad, no 3754 , 1/395 ; Al-Hakim mengatakannya sohih, Ibn Hajar
mengatakan sanadnya hasan ( Fath al-Bari, 4/399 )
Di Akhirat : Berkatalah Ibn Abbas r.a :
Ertinya : "Tidak diterima dari pemakan riba ( yang menggunakan harta
riba tadi) sedeqahnya, hajinya, jihadnya dan persaudaraannya" (Al-
Jami' li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 3/362 ; Az-Zawajir `An `Iqtiraf
al-Kabair , ibid, 1/224)
c) Seperti Berzina Dengan Ibu Bapa Sendiri
Dosa individu terlibat dengan Riba juga adalah seperti berzina
dengan ibu bapa sendiri, saya kira, hadith di bawah sudah tidak
perlu huraian lagi lantaran kejelasannya.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : " Riba mempunyai 73 pintu, Riba yang paling ringan
(dosanya) seperti seorang lelaki berzina dengan ibunya.." (Ibn
Majah, 2/764 ; Al-Hakim, 2/37 Al-hakim: Sohih menurut syarat Al-
Bukhari dan Muslim)
d) Lebih Berat dari 36 Kali Zina.
Nabi SAW bersabda :
Ertinya : "Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam
keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali"
(Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan
sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil
Qaradhawi, hlm 103 )
Hadis ini bukanlah untuk merendahkan dosa zina, tetapi ia
memfokuskan kepada besarnya dosa riba. Justeru, saya amat
mengharapkan umat Islam membuka mata mereka kepada isu ini.
e) Salah satu dari Tujuh Dosa Terbesar
Ia berdasarkan hadith nabi SAW :
Ertinya : "Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa
hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan
(kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa
saksi adil) " ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Jika kumpulan dalil ini masih tidak mampu menyedarkan anda dari
keuntungan dunia yang sementara, Sesungguhnya Allah maha berkuasa
atas segala yang kita lakukan. Justeru, saya tiada sebarang komen
lagi.
Saya ucap tahniah bagi sesiapa yang mampu membaca satu persatu
tulisan ini ke tahap ini. Ini bermakna anda sememangnya masih
mempunyai iman di hati dan masih berfikir tentang urusan halal
haram. Kini ilmu telah ada, maka tindakan sahaja yang diperlukan.
Akhirnya, cukuplah sekadar ini huraian ringkas saya, samada pembaca
dan peserta semua dana pelaburan Riba ini ingin berhenti atau tidak,
itu terpulanglah kepada empunya diri masing-masing. Tugas saya
secara sukarela yang saya jalankan hanyalah mendedahkan kebenaran
yang tidak dapat lagi disembunyikan.
Saya juga pasti ramai yang ingin berhenti tetapi tidak tahu apa yang
ingin dilakukan dengan keuntungan yang masuk, bagaimana ingin
mendapatkan kembali modal, haruskah untuk mendapatkannya kembali dan
pelabagi lagi bermain di kepala. InshaAllah saya akan cuba menulis
dalam artikel lain.
Kerana tidak mahu memanjangkan lain artikel ini.
Sekian
Ust Zaharuddin Abd Rahman

--
>
> ANY EVIDENCE TO PROOF THIS STATEMENT? PLS ADVICE & EXPLAIN
>
> MAKLUMAN
SEMUA
> EM-PAY
> SATU PENIPUAN.
>
> SYARIKAT EMPAY TELAH MENIPU AHLI-AHLINYA.
> APABILA AHLI MENGELUARKAN/ MENG WITHDRAW. SYARIKAT TIDAK BANK
IN/MEMASUKAN DUIT TERSEBUT KE DALAM AKAUN AHLI MENGIKUT TARIKH MASA
YANG TELAH DITETAPKAN.
>
> MASA UNTUK MENG WITHDRAW PUN BEGITU LAMA, KENA TUNGGU SAMPAI 14
HARI MASA BEKERJA.
>
> LEBIH MENDUKACITAKAN LAGI ADA YANG MENG WITHDRAW SAMPAI DUA
BULAN PUN MASIH TIDAK DAPAT DUIT TERSEBUT.
>
> E-TRADER YANG DILANTIK PUN TIDAK DAPAT MEMBANTU DAN TIDAK DAPAT
BERBUAT APA-APA.
>
> APABILA KITA CALL. SYARIKAT TIDAK PERNAH MENJAWAB.
>
> OLEH ITU WASPADA SEMUA DENGAN PROGRAM EMPAY YANG MENIPU NI.



cuba korang renungkan...

Mr. Right said...

Ramonez,
Panjang sangat komen kau aku rasa. Just letak link dan kesimpulan yang kau dapat dari tulisan ustaz itu dah le :). Anyway, thanks for the info. Harap2 boleh membantu rakan2 kita yang berminat nak invest dalam skim ini.

syphoon said...

aku rase, skim2 ni boleh dicek kat

www.zaharuddin.net

utk maklumat lanjut.

=D

ramonez said...

sori la kalo pjg ngat...hahahhah...tapi just nk share info, moga lebih paham...wokey..roger..nak tarik kabel...nk tarik kabel...

Fid said...

aku saja2 baca balik post ni...
dah difatwakan haram kan
bagus....
dekat satu forum aku join ada hamba Allah tu bukan main pertahankan kata halal....walaupun fatwa dah keluar...
kesian aku kat minah tu....

Mr. Right said...

confirm haram.. tak boleh nak sangkal lagi.. ikut dalil mana sekalipun HARAM... rugi duit aku.. ops..

Anonymous said...

Possibly the BEST topic that I have read this week.

-Sincerest Regards,
Larry

Total Pageviews

. page counter