Saturday, March 17

Mawi Raikan Wartawan… Ina Boikot Wartawan?

Minggu lepas Mawi sediakan 2 bas untuk membawa wartawan hiburan ke ‘Teratak Bonda’ sempena majlis doa selamat rumah baru dan kesyukuran kejayaan di anugerah bintang popular.


Jadi, keluarlah gambar rumah Mawi dalam semua surat khabar, majalah dan blog-blog milik wartawan hiburan. Memang cantik rumah dia, yelah RM 500, 000.00 tentulah cantik. Casa Impian pula menaja 3 bahagian dalam rumah tersebut dengan hiasan dalaman yang bernilai RM 100,00.000. Untungnya jadi Mawi, dalam masa kurang dari 3 tahun bergelar artis dah mampu hidup mewah lebih dari mana-mana lulusan universiti.

Patutlah bagai nak gila wajah calon Akademi Fantasia 5 bila wakil Astro ‘serang’ mereka umumkan mereka terpilih. Keluarga mereka juga gembira sangat umpama anak mereka dapat masuk universiti atau kena loteri. Sedih juga tengok pakcik dan makcik Melayu gembira gila, padahal anak gadis mereka akan ‘dipaparkan’ ke khalayak umum sepenuhnya. Memang sekarang ni zaman duit, bila dah nampak cerita Mawi semua tak fikir benda-benda lain yang sepatutnya mereka pertimbangkan.

Dalam masa yang sama, bekas tunang Mawi dituduh boikot wartawan sebab kebanyakkan wartawan masih mengaitkan dia dengan Mawi. Apa la yang Ina Naim ini fikirkan, dia masuk bidang hiburan tentunya sebab bekas tunang dia. Mustahil la dengan tiba-tiba semua orang boleh lupakan kisah itu dan melihat dia sebagai model dan penyanyi baru. Album baru terjual 7,000 unit dah anggap diri sebagai penyanyi baru berjaya dan arahkan wartawan jangan kaitkan dia dengan Mawi lansung. Harap muka je comel, tapi akal tidak secantik mana.


“Saya Tiada Niat Nak Boikot Sesiapa... Cuma masa tu saya sedang marah kerana dikaitkan dengan Mawi” – Ina beritahu Berita Harian

5 comments:

ramonez said...

hahahhaha...memang you betul la..aku pun terpikir gak benda yg sama..sume dh gile $$$$..dh xnampak yg buruk dah..yg penting anak2 jadi kaya cam mawi..huh..punya la penangan AF ni..

de yg skali tuh aku tengok mak dia siap cakap "doa mak termakbul"...

astaga..ngat anak dia nak jadi ustaz ke?pak imam?nak anta anak ke mesir? x jugak...

hampeh betul la..de jugak manusia camgini skang erkkk...

*tanda2 akhir zaman - manusia lebih memuja hiburan

akukaya said...

nak buat mcm mana ramonez, dah akhir zaman. tak hingin aku amik anak2 dara yg masuk AF jd bini muda aku. haha...

pasal ina...maafkan la dia akubetul, dia belaja tak tinggi mana pun. ckp pun tak reti lapik. bg aku dua2 sama je. mawi ke ina sama je. produk segera dan amat merbahaya kpd rakyat mesia.

aku suka baca blog ko, walaupun aku ada blog melayu tp dah lama tak update. sibuk gn blog inggeris je. tp bila baca blog ko, aku semangat plak nak aktifkan blk blog melayu aku tu.

Mr. Right said...

Ramonez,
Dan yang best, last weekend, masa konsert masing-masing suara hampeh...! Member aku karaoke lagi sedap.

* Aku tak concentrate tgk AF je, selang seli dengan game M.U and piala malaysia kat tv1.

Akukaya,
Jadi bini taknak, tapi kalau jadi awek boleh jugak kot....Hahahaha.

Anonymous said...

duit...glamer..
benda ni mmg org kita suka..
aku pun ada tgk sket ari tu betul ler kata aku betul membe dia karoke lagi bes...tapi game man u pun tak sebes mana...
yang bes perak kalah 2-1...oi aku betul khalid jamlus konon..piiirah

Mr. Right said...

Anonymous,
Gol minit ke 90, pastinya bantuan dari 'hantu' sebelah stadium. Letak je lah nama lain kali.

Total Pageviews

. page counter