Tuesday, March 27

Subsidi Kurang, Pembangunan Lebih?


Last weekend aku balik kampong, Teluk Intan. Di Bandar Teluk Intan aku terjumpa satu signboard yang cukup menarik.


Dalam signboard tu tertulis kata-kata ini:

Subsidi Kurang, Pembangunan Lebih.

Aku pernah sentuh benda ini di sini, tapi izinkan aku sekali lagi melepaskan ketidak puasan hati aku dengan ‘penipuan’ yang aku tidak faham bagaimana ada orang boleh percaya. Dan badan kerajaan sanggup dan berani membelanjakan duit kita untuk mendirikan iklan sebodoh itu.

Idea disebalik signboard tu memang cantik, apabila subsidi dikurangkan kerajaan ada lebihan wang untuk dibelanjakan kearah pembangunan negara. Dalam erti kata lain, rakyat sama-sama membantu kerajaan dalam membangunkan negara kita, indah kan? Cuma pada aku ianya telah lari jauh dari konsep asal pemberian subsidi. Kalau negara maju, nikmat pembangunan itu patut dibahagi sama rata dengan semua rakyat. Sepatutnya kerajaan perlu menaikkan subsidi agar rakyat lebih selesa. Bukan mengenyangkan perut sesetengah pihak sahaja. End of the day, orang kaya semakin kaya dan yang miskin semakin miskin.

Another thing, I can’t find this signboard anyway near KL, PJ or Shah Alam. Correct me if I’m wrong, but kenapa cuma diletakan di kampong-kampong atau bandar kecil macam Teluk Intan? Adakah kerajaan berniat memperbudakkan pemikiran orang luar bandar?

7 comments:

Anonymous said...

Aku penah jmpa signbord tu kt rawang

Anonymous said...

baisalah leer..di tempat umeno dan be end maju ada leer signboard yang bagi kroni kaya tuh...

signboard, iklan, poster, dan kempen semuanya untuk krino idup berbarua..bukan idup bermaruah lerr..

idup kroni idup lah pak...zzzz....zzzz...zzzz...jgn kacau ahhh

MR. said...

ader signboard tu kat LDP ... pembangunan yg dimaksudkan tu ader pembangunan dalam pengangkutan awam .... mungkin dah ok sket kot sebab bas rapid kl dah masuk ke tempat2 yg x der bas sebelum ni ... cuma, hanya mereka yg dok klang valley jer dapat manfaatnya ... org luar bandar tak dapat ... so, x adil jugak la ...

shah said...

aku penah nampak signboard ni dlm perjalanan ke kl dr shah alam. Yup... sebenarnya duit tu depa guna bg kat kroni buat papan iklan tu. korang cuba pikir berapa kos utk satu papan tanda tu? pastu cuba kira kat seluruh malaysia ada berapa papan tanda tu? huhu...dah berapa banyak membazir tu.kerajaan anggap kita ni mcm bdk bodoh kot smpi kena buat papan iklan ng bgtau rakyat ttg subsidi minyak. aku penah sound gak pasal benda ni dlm forum carigold.

Anonymous said...

aku sejak tahu 1990 lagi buek kajian tentang keselamatan jalan raya..abis-abis dia orang oakat buek kempen cam tuh lah poster, papan tanda iklan, billboard dsb. sapa dapat kroni dapat wehhhh..heheh banyak duit...

terima kasih kerajaan kerana menyedarkan dengan kempen yang bablol dan banyak duit abis kerana kroni heheheh..

idup BE END..idup UMENO, idup LAH PAK...ish..ish..tido lagi...

Mr. Right said...

Mr,
Ada ke kat LDP? sori aku tak perasan. If not lama dah aku komen benda bangang ni. Public transport dah ok ke?

Shah,
Signboard kat area Selangor semua kroni Khir Toyol buat, kan? Ermm.. dekat nak piliharaya nanti mesti banyak penyalahgunaan signboard utk kempen.

Anonymous,
Idup Aku Betul jugak..! kah..kah..kah.

jini said...

diorang kat atas tuh tak pernah rase macam mane rakyat macam aku tengok mak ngan ayah aku selalu tak cukup nak bayar itu ini...
takpela wei...korg senang kat dunia...kat akhirat nanti jawap..!!

Total Pageviews

. page counter