Tuesday, April 24

Cerita Kereta Tua


Persekutuan Persatuan Syarikat Kereta dan Kredit Malaysia:

“Kereta yang sudah berusia 15 tahun dilupuskan dan tidak dibenarkan berada di atas jalan raya di negara ini”


Naib Yang Dipertua Persatuan Pengguna Negeri Terengganu (PPNT), Othman Abdullah:

‘‘Jadi kalau dilupuskan, apakah penduduk di luar bandar yang tiada pendapatan stabil boleh membeli kereta atau institusi kewangan boleh meluluskan pinjaman kepada mereka,’’


Presiden Persatuan Pemilik Bengkel Kereta Malaysia (FAWOAM), Cho Chee Seng:

‘‘Jangan ikut seperti peraturan Singapura dan Jepun yang terlalu ketat tentang usia kereta. Kereta lama berusia lebih 20 tahun juga masih boleh digunakan dengan baik jika enjinnya dijaga dan diservis selalu,’’


Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Omar Osman:

‘‘Bayangkan seseorang itu baru ‘lega’ hutang pinjaman kereta selepas tujuh tahun membayar, dia terpaksa memohon pinjaman baru apabila keretanya mencecah usia 15 tahun, pastinya ini membebankan,’’


Presiden Persatuan Automatif Malaysia (AAM), Aishah Ahmad:

‘‘Fikirkan kewangan golongan yang tidak mampu untuk memiliki kereta baru dan bergantung sepenuhnya kepada kereta lama tersebut untuk mencari rezeki sehari-hari,’’

Aku:

Mungkin kerajaan patut galakkan orang ramai menukar kereta yang usang dengan memberikan insentive yang dirasakan perlu. Sememangnya kereta yang terlalu teruk tidak patut berada di atas jalan raya. Tapi kita dah ada PUSPAKOM, so sepatutnya isu ini tidak timbul.

Kereta arwah abah aku dah berusia 20 tahun but still lebih cantik dan selesa dari kereta aku sendiri. Hahahaha…

10 comments:

ramonez said...

kalo derang leh kasi imbuhan yg setimpal maybe aku leh pertimbangkan...

this issue could be untung for sebelah pihak je..kita sebagi pengguna akn tertindas...

Fid said...

tu cadangan org yg naik kereta free lah tu..kalau org yg naik kereta loan 5-7thn tak de punya nak cadang gitu.....

Badrul Hisham said...

gile ape cadangan tu..huhu..utk org yg kaya2 boleh la tukar kete selalu..dah la interest tinggi, ni kan pulak nak tukar kete every 15 years..huhu!! bayangkan kalo someone tu start guna kete since umur dia 25 tahun, paling kurang org tu akan guna 4 kete kalau umur dia sampai 70 tahun..kalo dikira interestnye entah bape banyak la agaknye..

Mr. Right said...

Semua tak setuju... ok la tu.. cuba fikir2kan elok2, kalau keta buruk kita k'jaan ambil dgn bayaran 5000 or 10000, apa salahnya...

rose said...

kalau g kelantan byk kete buruk dibuat mcm teksi..diaorang panggil 'prebet sapu'..kat terengganu pon ada..tapi takla sebanyak yg ada kat kelantan tu..boley kata leh jumpe kat mana2 pon..murah lak tu..satu hengget je skali naik...
kebanyakkannya..org2 susah..aku penah interview sorang pakcik yg bawak 'prebet sapu' ni..dia kata..beli murah je..lam Rm2k..ngan kete tula dia cari rezeki nak besarkan anak2..
ha..if kerajaan nak lupuskan kete2 ni kat muka bumi kita..camne diaorang nak cari makan?maybe ade cara lain..tapi mungkin tak banyak..kat sana bukan cam kat bandar2 besar yg banyak peluang keje..
kadang2..aku tgk kerajaan kita ari mcm menindas rakyat..nak jaga standarla konon..taknak nampak rakyat kita ni miskin...padahal KENYATAAN!..ramai rakyat kita miskin dan melarat....

Anonymous said...

cadangan tu kalu difikir betul2 pun baik gak..cuma knapa mesti tukar voucher pada proton..cuba bagi cash mcm singapura or jepun lg baik..fikirkan..eemmm pening2..

Anonymous said...

Aku pakai honda prelude 1979. model yang mula2 keluar sekali kat dalam honda prelude . bayangkan keta aku dah 30 tahun tapi masih kukuh dan enjin masih elok . selama aku pakai tak pernah keta ni buat masalah , tak pernah semput dan tak pernah leaking sana sini . start sekali sahaja. semua maintainant memang cantik aku jaga . aku rasa kerajaan umno ni kena kaji balik dasar yang diorang buat . bukan menyenangkan rakyat malah menyusah dan menindas rakyat . disebabkan kepentingan parti dan kroni masing2 , diorang tak pikir pun pasal masalah rakyat . janji perut diorang kenyang . aku tak setuju la slogon RAKYAT DIDAHULUKAN , PENCAPAIAN DIUTAMAKAN. aku setuju kalau slogan tu KRONI DIDAHULUKAN , RASUAH DIUTAMAKAN . buat malu bangsa sendiri aje .

Toshio (Zharfan) said...

Kalau pampasan scrap sebanyak RM 10000. Mampu lagi untuk membeli kereta baru? Kereta baru di Malaysia harga paling rendah pun RM 30000, tak berbaloilah kalau scrap.

Kalau Proton Saga BLM baru boleh jual sebanyak RM 14000, Perodua Viva baru boleh dijual RM 9000 barulah berbaloi.

Di Singapore. Kebanyakkan pemandu kereta plet Singapore sebenarnya Warganegara Malaysia bekerja di Singapore. Nak beli kereta di Singapore memang rumit dan mahal. COE pun nak dekat S$20000(RM 44000). Roadtax plet hitam pun S$700.

Sebenarnya, LTA (JPJ Singapore) tak galakkan rakyatnya membeli kereta kerana negara kecil dan kenderaan awam yang lengkap. Mereka terpaksa beli kereta untuk pulang ke kampung halaman mereka dan outstation di Malaysia.

Di Jepun, harga kereta agak murah berbanding Malaysia kalu ikut pendapatan mereka. Andaikata gajinya 500000 Yen, Harga Toyota Allion (Sedan sebesar Proton Persona) ialah 1743000 Yen. Ianya murah. Kalau convert secara kasar, ibarat orang tu gaji RM 5000 dan harga kereta tu RM 17430. Tak perlu hutang selama 9 tahun. Tetapi di Malaysia, Gaji RM 5000, harga kereta Proton Persona RM 49499, terpaksa kena hutang selama 9 tahun.

Jepun buat sebegitu supaya kereta baru dapat dijual serta kereta terpakai mereka dijual di luar negara. Maknanya Jepun untung dua kali ganda hasil otomotif mereka. Kereta Terpakai Jepun juga berlambak di Malaysia seperti Toyota Estima, Toyota Alphard, Toyota Caldina, Toyota Wish, Honda Stream dan sebagainya. Lupus kereta di Jepun lebih mahal berbanding jual di luar negara menjanjikan pulangan yang lumayan.

Kalau kita mengamalkan lupusan kereta, rakyat Malaysia akan jadi hamba hutang kereta.

Anonymous said...

jangan undi diaorang bila rasa diri anda teranaya....

Mr. Driver said...

aku rase cadangan ni hanya untuk kereta nasional je kot..maklumlah kereta keluaran malaysia neh bukan blh tahan sampai 15 thn pun..mana blh sama proton dgn honda, toyota, etc..

Total Pageviews

. page counter