Thursday, April 26

Khir Toyol

Notice: Aku tahu tidak ramai minat politik di Aku Betul...! Tapi aku terlalu geram.



Siapa tengok rancangan Bersama Menteri di TV1 semalam?




Nampaknya Barisan Nasional
betul-betul terdesak di Ijok sehingga terpaksa menggunakan slot rancangan tersebut untuk memancing undi di sana. Bayangkan the whole program hanya concentrate kepada pilihanraya kecil di Ijok, sepatutnya perlulah bincang segala urusan dibawah pengurusan Menteri Besar Selangor itu. Sebab namapun rancangan Bersama Menteri. RTM betul-betul dah jadi lembu yang dicucuk hidung oleh Barisan Nasional.

Semalam juga Khir Toyo membuat kenyataan yang pada aku benar-benar bangang.

1. Tidak salah pengundi Islam mengundi orang bukan Islam.

Aku bukanya ustaz untuk menghukumkan haram atau halal memilih pemimpin bukan Islam. Cuma
dengan memberikan nas Al-Quran yang aku rasa tidak kena sangat dengan tajuk cerita, Khir dengan penuh konfident menyebarkan kepercayaan dia. Kalau aku tidak silap, rasanya potongan Al-Quran itu hanya mengatakan, kita perlu lah berlaku adil kepada orang bukan Islam yang menghormati agama Islam. Tidak ada lansung disentuh pasal pemilihan pemimpin. Adakah dia yang bangang atau dia cuba membangangkan orang lain?


2. Jika pembangkang menang di Ijok, pembangunan akan terbantut at least setahun.

Khir dengan tanpa rasa bersalah 'mengugut' pengundi Ijok dengan mengatakan kerajaan negeri dan pusat akan tidak memajukan Ijok jika Tan Sri Khalid dipilih. Menurut beliau, pembangunan dia Ijok hanya akan terlaksana jika calon MIC menang, dan jika pembangkang dipilih semuanya akan diberhentikan atau akan menemui jalan sukar sehinggalah Pilihanraya Umum yang dijangka tahun hadapan. Khir ni dah gila atau dia pura-pura gila untuk meraih undi simpati?


Aku rasa, jika pengundi Ijok atau sesiapa sahaja yang menyaksikan rancangan semalam pasti akan dapat melihat betapa desperate nya Menteri Besar Selangor ini untuk mendapat kepercayaan pengundi Ijok. Namun jika penonton yang berilmu, Khir bukan nya berjaya mengyakinkan penonton, malah hampir semua kenyataan beliau membuatkan kita lebih menyampah dan konfius. Pada aku personally, aku menjadi lebih konfius bagaimana manusia sebegini bangang boleh menjadi menteri besar.


Kepada rakyat Ijok, selamat mengundi dan buatlah pilihan bijak.

5 comments:

Terang Bulan said...

Bukan nak bela, cuma nak tambah...
Dia tak 100% gila, yang gilanyer itu adalah yang mengarahkan dia utk berbuat demikian. Siapa taktahu dia tu adalah puppet semata2.

Soalannya, siapa yang sebenar2nya yang memerintah S'ngor / M'sia...?

mazudi said...

Hmm.. rasanya semua dari kalangan dornag tengah desperate la sekarang.

zf_zamir said...

kau memang betul..

dunia ni, mereka yang punya..

Mr. Right said...

All,
Tak guna kita ratapi lagi.. BN dah menang di Ijok dgn majority yg lebih tinggi. Tapi 81.88 per cent of the 12,272 electorate cast their ballots membuatkan aku sedikit sangsi.

Anonymous said...

I just added your blog site to my blogroll, I pray you would give some thought to doing the same.

Total Pageviews

. page counter