Friday, April 20

Petunjuk Ijok

Notice: Aku perasan tak ramai kawan disini minat cerita pasal politik, but I can’t resist throwing few things here regarding Ijok by election.

Aku cuma nak utarakan dua isu menarik yang aku rasa boleh dikongsi. Dua persoalan tersebut adalah, kenapa media massa macam TV3, Utusan, Berita Harian mesti sokong BN? Dan yang kedua adakah patut politik perkauman atau keagamaan di perbesar-besarkan?


It is an open secret that every time ada election all our mainstream media will support Barisan
Nasional. Why? I agree ini adalah isu basi yang tidak perlu dipersoalkan lagi. Tapi aku betul-betul masih belum faham dan rasa pelik. Ramai akan cakap, orang bodoh pun tahu license dikeluarkan oleh kerajaan so, tentunya mereka sokong kerajaan. Some also said, key person dalam all media company are selected by government. Mungkin ini 2 alasan paling munasabah, tapi aku rasa ‘kuasa’ BN dalam media massa utama adalah bukti jelas penyalah gunaan kuasa. Sebagai pemberita tulen, they should report everything. Dalam media-media alternative semua cerita pasal gangster India (MIC) belasah orang di Machap, siap dengan gambar dan laporan polis. But I can’t find that story dalam Utusan or Harian Metro. Kenapa? I believe it is a real story then what make reporter takut nak siarkan? Aku kadang-kadang tak faham pengundi di Malaysia, penggunaan surat khabar dan TV oleh BN pada setiap pilihanraya memang nyata satu kesalahan etika. Mungkin pengundi-pengundi fikir ianya satu isu yang kecil dan tidak menggambarkan apa-apa. Kepada manusia-manusia bangang ini please read my next sentence properly. If penyelewengan terang-terangan sebegitu pun BN berani buat apatah lagi segala jenis penyelewengan lain. BN supporter might said, reporter that work for RTM, TV3 or Utusan adalah pemberita tulen since they only report valid and true story. So, anything came from opposition mouth tak betul, then they will not publish it lah. Aku rasa tak perlu lah aku ulas benda ini, aku tulis disini just to let everybody knew I realize this stupid idea. Conclusionnya, aku berpendapat tindakan BN memperkudakan semua media adalah satu penyelewengan terang-terangan dan menghina kita sebagai rakyat. Aku juga takut nak fikirkan apakah jenis penyelewengan yang mereka mampu lakukan yang diluar batas pengetahuan umum.

Another interesting issue that directly related to Ijok is race and religious politic. Again, this is
sensitive issue, so please comment wisely. Ijok has around 12 thousand voters, 51.04% Malays, 28.16% Indian and 20.59% Chinese. BN letakan calon India dan BA letakkan calon Melayu. Semalam Najib secara terang-terang tuduh BA menyokong politik perkauman kerana meletakkan calon Melayu, dan beliau yakin tindakan BN yang tidak tunduk kepada tekanan perkauman ini akan membuahkan hasil. Ada juga logiknya kata-kata Najib, since if all political parties follow percentage of voters to choose their candidate, there will be no Indian MP at all. Since even kubu kuat MIC, Sg Siput pun hanya lebih kurang 22% sahaja pengundi India. And come to my surprise that Ijok adalah DUN yang mempunyai peratusan pengundi India paling ramai. So, kalau semua parti ikut kaum, memang tak merasalah orang India untuk jadi wakil rakyat. Tentunya tidak adil, since who want to raise issue regarding Indian di Dewan Rakyat or Parlimen. So, I don’t think we should influence our support base on race or religious. But, as muslim adakah wajib kita memilih/mengundi calon beragama Islam?

Bijak pandai manusia akan cari buah fikiran untuk menghalalkan yang haram. Dan antara dalil yang aku pernah dengar adalah;

  1. Kita bukan undi orang bukan Islam, kita undi parti dan ianya masih ditunjangi oleh orang islam.
  2. Ada beberapa kisah Nabi Muhammad memilih ‘rakan pemimpin’ bukan Islam.
  3. How to answer if your boss bukan Islam, you should resign and only work for muslim boss?
  4. Which one to choose? Calon non-muslim yang kita yakin baik budi perkerti or calon Islam yang rosak akhlak?

Aku tak berani nak ulas panjang, since aku bukan ustaz, cuma harap renung-renungkan lah soalan itu secara mendalam dan jangan gunakan hukum akal terlalu berani.

7 comments:

shah said...

tp bro, PKR bukan pasti islam pun dan matlamat mrk bukan nak perjuangakn islam pun.

kalo PAS letak calon, mungkin PAS aku pangkah dr pangkah calon MIC.

Helena said...

I memang follow politics, tapi I reserve my comments.... hehe

rose said...

If cite pasal politik ni..smpai mati pon tak abis..benda2 ni dah sebati ngan kita...ntahla..org tak reti sgtla nak komen2 pasal politik ni..kang ade lak pihak terasa...
Incey Aku Betul!..bagila cite2 lain..boring arr politik..kikikik...
Ke ade cite2 nak jadi ahlill politik ni?? huhuhuhu

Abu Fatihah said...

Ok apa politik. Orang sekarang teracun politik tu hina/kotor/jijik/bosan bla bla bla. Yg hina/kotor etc tu makhluk2 ahli politik tu, bukan politik.

My 2 kupang 5 duit

Mr. Right said...

Shah,
Betul PKR bukan parti Islam, tapi still calon mereka orang Islam.

Helena,
Ramai follower senyap bila sampai bab politik.

Rose Sayang,
Kadang-kadang citer politik apa salahnya...

Abu,
Betul... tu bersih, tapi selalunya ahli politik kotor..

All,
Most probably today no update.. aku nak bergaduh kejap dgn bos2 kat office ni.. nanti aku cerita..Hahaha..

MR. said...

Salah satu kenyataan Khir Toyo yang memakan diri ...
"Kalau benar Tan Sri sayangkan kampung, 20 tahun dunia korporat, apakah yang dibuat di kampung? Mana surau dan masjid? Mana sekolah yang dibina?"

Jadi, saya pula ingin bertanya kepada kepada Menteri Besar Selangor, jika benarlah BN dah bawa kemajuan kepada Ijok, mana surau dan masjid yang dibuat oleh wakil rakyat BN sebelum ni? Mana sekolahnya?

Kesian orang2 Ijok. Surau, Masjid dan sekolah x der sebab wakil rakyat BN yg tak buat keje, salahkan org yg pernah jadi CEO PNB dan Guthrie plak.

Sepatutnya soalan kepada Tan Sri Khalid adalah apakah jasa Tan Sri Khalid di PNB ... apa kita tak dapat manfaat dari ASB dan ASN yg kita labur hari ni ker? Bukan jer org Ijok, seluruh Malaysia dapat manfaatnya.

Kenyataan Najib dari Utusan yg cam hampeh plak ...

“Orang yang berkhidmat sebagai wakil rakyat mesti disokong kuasa yang lebih besar. Orang kata Tan Sri Khalid calon heavyweight. Memanglah satu ketika dulu beliau CEO Guthrie dan PNB.

“ Tetapi hari ini, beliau tidak bersandar pada kerajaan lagi. Saya pun tak nampak bagaimana beliau hendak bangunkan kawasan ini,” katanya.

Menurut Najib, Khalid tidak boleh terkontang-kanting seorang membangunkan kawasan tanpa peruntukan dan sokongan.

“Hendak bangunkan kawasan ini kita perlu kepada tanah, daripada mana dia hendak dapat tanah? Hendak membangunkan kawasan ini perlukan kepada jalan, dari mana dia hendak mendapat peruntukan hendak buat jalan dan kemudahan asas yang lain?” soalnya.

Ouhh .. cam tu ke ... kalo kita sokong pembangkang, peruntukan tak sampai kat tempat kita la eh? Kita ni orang Malaysia ke orang Indon? Aper plak nak double standard?

Duit tu duit kerajaan ke duit kita?

Kita bayar tax kat kerajaan, supaya duit tu boleh disalurkan balik kepada kita untuk pembangunan kawasan kita.

Tak kisah la saper yg jadi wakil rakyatnya. Apa kerajaan ingat duit tu bapak dia yang punya?!!

Kalo vote calon BN pun, duit tu sampai, dia dah simpan kat poket dia dan kroni dia nak buat aper jugak?!!!

kesimpulannya ... aku akan menyokong untuk tumbangkan kerajaan dalam GE yg akan datang ...

http://alexferguson.blogspot.com said...

blogwalking

Total Pageviews

. page counter