Friday, June 15

Apa Ada Dengan Cinta

Notice: Tajuk tak kena mengena sangat dengan posting. Saja, kononnya nak tipu orang yang guna search engine. Hahhahaha….

Semua orang pernah bercinta. Yang dah kejinjang pelamin, ada yang sangkut tengah jalan, ada yang sedang mabuk cinta. Macamana mabuk sekalipun, pasti ada masanya kita (orang lelaki) rasa malas sangat nak keluar dating. Tanpa apa-apa alasan yang kukuh, kita rasa teramat malas nak start motor atau kereta untuk pergi dating. Baring atas katil, rasa nikmat yang teramat sangat…

Aku nak bagi suggestion alasan yang boleh digunakan tatkala malas nak keluar dating dengan girlfriend atau bini…

Gf: Malam ni makan kat KFC, nak tak?
Bf: Dalam berita cakap sekarang musim selsema burung, tak boleh makan ayam…


Gf: Weekend ni jom tengok Ocean 13
Bf: Tak bagus sokong filem asing ni, nanti I belikan vcd pirate je lah…


Gf: Esok petang pergi jalan-jalan kat taman tasik, dah lama tak jalan-jalan
Bf: Taman tasik banjir last week, pokok-pokok banyak mati…bunga-bunga pun dah takde… jalan-jalan depan rumah jelah


Gf: Awak… petang ni ikut saya jogging kat tepi stadium jom…saya belanja cendol.
Bf: Cuba awak tengok ramalan cuaca, sekarang musim hujan petang… baik kita duduk rumah rehat-rehat tunggu maghrib


Gf: Next weekend kawan I kahwin, u ikut sekali ok?
Bf: Nanti kalau I ikut member-member u akan tanya, bila giliran kira… pressure tu…takpe I hantar sampai komuter…ok?


Gf: Abang… Sabtu ni temankan sayang pergi shopping… tolong angkat barang je
Bf: Musim hujan ni, abang selsema, sakit tekak, nak demam… tak boleh duduk dalam air-cond lama-lama… kalau abang temankan sekejap je lah… baik sayang pergi ngan member-member sayang.


Gf: Dah lama tak keluar, esok pergi pusing-pusing Putrajaya nak? Sayang tuang minyak kereta.
Bf: Semenjak Pak Lah kahwin ni, Putrajaya dah makin sesak… dah macam KL, asyik jem je…orang dari kampong-kampong semua nak tengok pelamin Pak Lah


Gf: Pizza Hut baru yang ada cili tu macam sedap je… Saya belanja nak?
Bf: Pizza Hut adik beradik KFC, selsema burung la…saya taknak awak sakit


Gf: Malam ni jalan-jalan kat Uptown Subang, sayang nak cari anting-anting
Bf: Sayang pakai tudung, bukan nampak anting-anting pun. Baik simpan duit beli tudung, Insyallah pahala.


Gf: Abang, Naza ada keluar model baru, jom pergi tengok kat showroom yang kat sebelah federal highway tu.
Bf: Mana ada model baru, itu model Kia.. dibarukan je. Tak payah la tengok, sama je. Logo je lain…Lagipun orang mesti ramai, sebab baru. Nanti dah clear kita pergi.


Gf: Abang… sayang rindu sangat-sangat dengan abang. Jom la keluar, kita jalan-jalan.
Bf: Makin lama tak jumpa, lagi la rindu… Nanti jumpa sekali baru la best.


Aku bukan suruh menipu, kalau takde duit, atau takde masa, atau ada urusan yang lain, simply beritahu lah. Aku cuma tolong bagi idea kalau dah memang malas nak keluar, tapi takde alasan kukuh…

Tapi kalau betul-betul ganas, konon-konon lelaki macho..

Gf: Jom dating
Bf: Malas, takde mood… lain kali je lah…

Hahahahahha…..

Good Luck…!

10 comments:

rose said...

OoOooOOoiiiiiccccccCCC.....ok.....

Mr. Right said...

alamak...

Badrul Hisham said...

hahaha!! kantoi kan diri sendiri ke dood :p hampes tul.. ermmm, ni mesti ko penah kuar kan ayat tu kat rose tu..haha!!

edds said...

assalamualaikum..

mr right... selalu aku mengikuti perkembangan blog ni.... seronok membaca.... hilang tension.... cuma tak pernah komen...

so ari nie... nak wish kat ko.. teruskan persembahan..... jgn berhenti.... & salam perkenalan.....

errr.... alasan ko tu... rasanya selalu gak aku guna... hehehehe...

keep up bro..

Fid said...

aku cadangakan kurangkan bagi alasan..hahahahaha
sebab akukan jenis suka ingat alasan...kahkahkahkah....
bayangkan bila anda dah kawen alasan anda tu diguna pakai semula harharharhar

Mr. Right said...

edds,
Thanks. Salam perkenalan.

Fid,
Kalau tak bagi proper excuse, nanti gaduh pulak. Takkan nak selamber je cakap "malas nak dating, nak tido"

BulaT said...

Sian awek mr. right..mesti dia selalu guna alasan2 ni utk awek dia..he he he

Badrul Hisham said...

habis la ko mr right..majuk lagi la lepas ni..huhu!!

Mr. Right said...

Bulat & Bad,
Awek aku sporting. Lagipun aku tak pernah guna all the lame excuses.

hafiza said...

kahkahakah!
aku suke alasan yg last tu:
straight to the point n jujur.
lagipun kalo bg alasan menyimpang dan meleret2 pon aku tau jawapan tetap sama - malas! (sebab aku yg pompuan ni pun camtu gak) :P

Total Pageviews

. page counter