Friday, June 22

Betapa Melayukah Anda?

Masa study dulu aku ada seorang rakan (Lobo, bukan nama sebenar, hahaha…) yang suka beli majalah Remaja. Aku pun tak faham kenapa every month dia mesti beli. Aku rasa sebagai remaja lelaki agak pelik bila beli majalah tu. Tapi bila time boring, kami yang lain pakat-pakat baca juga. Salah satu segment menarik dalam majalah tu yang aku rasa dalam majalah-majalah lain pun ada adalah ruangan ‘survey’. Jawap soalan objective (A,B,C,D) then lepas habis ada markah.

Jadi sekarang aku nak try buat benda yang sama, tapi isu agak menarik sikit la. Bukan isu-isu bodoh macam, ‘Anda Kenal Pasangan Anda?’ atau ‘Anda Berpuas Hati Dengan Pencapaian Dalam Hidup’. Aku nak buat khas untuk orang-orang Melayu yang aku rasa majority rakan-rakan sini adalah Melayu.

Betapa Melayukah Anda?

Sila jawap soalan-soalan di bawah then, lihat markah di hujung article ini. Interesting?

(Aku rasa kalau guna browser I.E, numbering akan lari sikit. So, better use Firefox)


  1. Kenapa anda tidak masuk mana-mana MLM?

A) Tak nak untungkan orang atas (upline).

B) Dah serik dengan MLM sebelum ini.

C) Malas nak cari orang bawah (downline).

D) Rasanya memang takkan untung masuk MLM.


  1. Ada idea untuk mulakan perniagaan, tapi tak mula pun.

A) Takut muflis.

B) Takde modal.

C) Kawan-kawan, sedara mara tak sokong.

D) Dah selesa dengan pendapatan sekarang.


  1. Bila masa paling sesuai untuk shopping?

A) Year End Sale.

B) Musim perayaan.

C) Lepas dapat gaji.

D) Bila barang keperluan dah habis.


  1. Anda ada duit dalam bank RM 10,000.00, member nak pinjam RM 5,000.00.

A) Terus bagi kalau dah kenal dia lebih 10 tahun.

B) Bagi, jika alasan kukuh.

C) Bagi, tapi minta cagaran (kereta, barang kemas, etc).

D) Bagi, tapi ada surat perjanjian berserta bunga.


  1. Ada 5 adik beradik tinggal di Kuala Lumpur.

A) Jumpa kat kampong time raya.

B) Sekali sekala buat gathering.

C) Setiap minggu jumpa untuk makan-makan.

D) Tinggal sebumbung.


  1. Kawan karib kahwin, anda dapat jemputan.

A) Fikir nak share kereta dengan siapa.

B) Suka, tak sabar nak pergi.

C) Terus fikir nak beli hadiah apa.

D) Susah hati sebab kena bagi angpau.


  1. Boss bagi promotion, naik gaji RM 1,000.00.

A) Tak sabar nak cerita kat ibu bapa atau isteri/suami.

B) Terus call kawan-kawan, girlfriend/boyfriend.

C) Belikan diri sendiri hadiah.

D) Ajak kawan-kawan pergi ‘minum’.


  1. Nak beli rumah di Klang Valley.

A) Cari area Batang Berjuntai, Rawang, Meru atau Kota Komuning.

B) Check KWSP dulu untuk bayar down payment.

C) Cari condominium area PJ, Bangsar, atau Puchong.

D) Pulau Ketam, sebab dekat dengan sedara mara.


  1. Kereta rosak.

A) Cukup bulan baru repair.

B) Repair pakai credit card.

C) Hantar bengkel, pinjam kereta mechanic untuk pergi kerja.

D) Call mechanic suruh datang ambil kat rumah.


  1. Bila habis buat survey ni.

A) Cari idea nak kutuk.

B) Rasa nak gelak sebab Mr.Right syok sendiri.

C) Fikir sekejap, then senyum.

D) Tak ambil peduli.



Cukup lah 10 soalan aku rasa. Follow this rating to mark yourself.

Banyak jawapan A:

Kau memang sah anak jati Melayu.


Banyak jawapan B :

Melayu yang kerja atau berkawan dengan bangsa lain.


Banyak jawapan C:

Kau kacukan, mix.


Banyak jawapan D:

Kau Chinese or maybe Indian.


Kalau jumlah sama, maksudnya kau belum ada identity. Hahahaha…


P/S: Tak perlulah nak kaji bersungguh, aku tak fikir sangat pun masa tulis ni. Anggap gurau-gurau sudah la.

23 comments:

rose said...

A = 4
B = 3
C = 1
D = 2...

hmm..camne tu ek?? kacukan ke? tapi yg pasti aku anak jati melayu..ehehhe...
Incey aku betul nih...kajian tak cukup perinci kot...tu yg cam lari je scale..kikikikikik

Mr. Right said...

Rose,
Betul lah tu... majority jawapan A. So, Cik Rose anak melayu sejati lah. Kan...

Fid said...

aku bnyk B la
walaupun aku tau ko gurau2 je buat 'kajian' ni aku serius menjawap
tp tang pinjam duit kat member tu aku bantai letak je sbb kalu aku 5k aku tak akan bg pinjam ..kedekut siot.....

AC said...

A = 2
B = 3
C = 2
D = 3

Soalan 10, aku jawab D...

Mr. Right said...

Fid,
Ceh...kedekut, apa la salahnya kau pinjamkan kawan2 minta tolong. Tapi baguslah kau jujur. Hahahha..

AC,
Wahh... pelbagai jawapan kau. Ye ke jawap D. Takkan tak ada reaksi lansung kot.

sukun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

Sukun,
Aku terpaksa delete comment kau. Apa hal kau main racist kat sini?

Pada aku golongan racist = loser.

Sori.

Fida said...

Bengong la ko.. ada ke aku ni kacukan.. aku melayu tulen tau.. jawapan ko yg x tul kot.. cuba ko rombak balik soalan & jawapan ko 2..

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

Last 2 comments yang aku delete tu belong to this joker:

210-54-112-185.dialup.xtra.co.nz (Telecom Internet Services)

Auckland, Auckland, New Zealand

Konon2nya cool dgn tulis segala jenis racist dan kebodohan yang ada. Oi, bahlol. Pergi la buat kerja lain.

haiqal08 said...

D
D
D
B
D
C
A
B
D
D
HA!THAT MY ANSWER....
BNYK D TKKN CINA OR INDIAN.. CUBER BACER BTOL²
AKU RASE MMG OWANG MELAYU CM KO NI PEMALAS...
SUKER TANGUH² KOJER..
OWNG MELAYU RAJIN TKDER TANGGUH²
PHM!
KO YG KELING CKP ORG...

haiqal08 said...

PATUTLAH SKER TANGGUH² KOJER
ALMAKLUMLAH GEMOKKKKKKKKKKKKKK

honey darkness said...

terhibur btol aku time ni..jwpn aku byk B lh plk..so, aku bkn ank jati melayu ker? tp melayu tau aku ni..mkn smbal belacan gak..tp bab duit 2, aku rsa aku x bg 5K kot, just bg 5rat jer..biarlah dia ckp aku kedekut..risiko 2 beb..

Anonymous said...

THANK YOU, AKU BANYAK C, AND JAWAPAN BETUL SEBAB AKU MIX.

SO BAGITAU KEKAWAN YANG BANGSA LAIN KALAU NAK JADI MELAYU ATAU MEMPUNYAI KETURUNAN MELAYU, KAWIN JE DGN MELAYU, ANAK SAH2 LAHIR JE, MUKA MAT SALLEH KE CINA KE INDIA KE BANGSA AKAN JADI MELAYU.

azfamy said...

CDCDCCCBAC.
Jumlah A=1,B=1,C=6,D=2.
Menarik lah survey kau ni.

mr.eims said...

D
C
D
B
C
C
D
D
B
C

Aku kacukan ke?haha..merepek2 je tapi bg aku ada betulnya jugak.buleh tgk ciri melayu ngan bukan melayu & bg aku, aku cuba singkirkan mne ciri melayu yg xbagus sgt & Try utk adaptasi ciri lain yg lagi ok..tu je.. hehe..Tapi..melayu tetap melayu.. =D

Feefay said...

jawapan i byk B pl..tp btl la 2..bkawan ngan suma bangsa yg ada cni ni..1 more thing, i bkn bangsa Melayu tp dari rumpun Melayu jg..& sememangnya mix..tp oleh kerana benda ni cam menarik, gatal la ati mo jwb jg..hehe

enna said...

A-2 B-3 C-1 D-4
uikk..cane ak leh msuk race len lk nih..jawa pn mlayu lg kn..hak2..
nway,sonok r lyn svey ko nih..huhu

mama aerish said...

eb majoriti D...wa ka ka....apok kita mix...kita da 2nd generation ler....bukan pure c @ i.....anyway......interesting ya?...'wink'

mama aerish said...

eb majoriti D...wa ka ka....apok kita mix
kita da 2nd generation ler....bukan pure c @ i.....anyway......interesting ya?...'wink'

wizard320 said...

A1
B1
C4
D4


aku melayu. comel lah result aku.. hahaha

MIX or NON-MALAY.... how come?

isyqacombat said...

manyak d?? urm..aku melayu np D puloks..tp muke cam chiness ckit..ahhaha~~|perasan| tp siyesly..apersal ntah aku leh siyes je nak menjawab solan ney~~

Total Pageviews

. page counter