Wednesday, June 20

Need for Speed?

Perbualan aku dengan member kampong. Mat rempit yang dah berduit dan convert jadi kaki racing kereta.


Aku: Apasal kau suka sangat bawa kereta laju-laju? Apa untungnya?

Member: Ada macam-macam sebab… Kepuasan, kau akan rasa puas gila bila dapat test kepoweran kereta kau…lagipun..

Aku: Tak takut accident ke?

Member: Nanti dulu, itu baru satu sebab, sebab lain…. Aku boring drive atas jalan lama-lama. Orang lain pergi Ipoh sampai 2-3 jam. Gila ke apa. Kalau aku speed, tak ikut highway pun boleh sampai kurang dari sejam.

Aku: Tak kira apa sebab sekalipun, kau tak takut accident? Kau bayangkan kau bawa 140 atau 180 km/j, sekali tayar pecah, confirm mati. Takde patah-patah, memang sah mati.

Member: Kalau nak mati kat dalam surau boleh mati Fandi. Aku jaga kereta aku betul-betul. Cukup masa aku service, aku habis beribu bukan hanya nak kereta aku laju, tapi nak selamat juga. Aku pasang air bag pun dah dekat 2, 000. Aku bukan macam kau, malas jaga kereta.

Aku: Tak kisah la cam mana pun, masa time kau bawa laju-laju tu, kiranya nyawa kau dah bergantung kepada kereta kau. Memang kau control steering, tapi masih bergantung kepada tayar, enjin, break. Kira terletak pada kereta lah. Silap hari bulan memang mati.

Member: Kalau kau nak kira macam tu, office kau kat KL ada lift tak? Setiap kali kau naik lift nyawa kau pun bergantung pada machine lift tu. Lagi la, ntah siapa jaga maintenance lift tu. Kereta aku, aku sendiri jaga. Aku confident dia takkan apa-apakan aku. Lift yang kau naik tu kau pasti ke diorang jaga betul-betul?

Aku: Lift tu ada pihak bertauliah jaga.

Member: Masa kau mula-mula masuk U kat KL lagi aku dah start main kereta kau tau. Bukan takat pandai bawa je, setiap inci kereta aku, aku tau. Dekat 10 tahun aku asyik belek kereta je. Tak perlu tauliah untuk aku master dalam selok belok jaga kereta.

Aku: Kenapa kau tak pegi KL and join race yang betul-betul?

Member: Gila ke apa? Siapa nak percaya budak kampong macam aku ni? Lagipun kalau aku pergi sana siapa nak jaga mak aku?

Aku: Ha…! Ingat pula kat mak, masa racing tak ingat?

Member: Memang la aku ingat, sebab tu aku jaga keselamatan kereta. Semua orang tak nak mati.

Aku: Kalau kau bawa slow-slow, macam orang lain, rugi ke? Mungkin kau sampai lambat 1-2 jam, tapi kalau kau bertolak awal, masih sempat sampai ikut masa yang kau nak.

Member: Boring… atas jalan raya 2-3 jam. Mak aiih…boring gila. Lagipun kepuasan… kau faham erti puas tak. Macam beromen…. Kenapa orang buat sex perlu masukkan… bla..bla..bla…

Perbualan kami dah melencong jauh dan aku rasa tak releven dengan tajuk posting ini. Cepat, lambat, gear, minyak pelincir, steering dah carry totally different meaning. If you know what I mean. Hahahaha…..


Kesimpulan:

Aku –

Nerd, penakut, dah tua dan mungkin dah makin matang. Dulu pun aku kagum dengan mat rempit dan kaki racing.


Member aku dan semua geng-geng kaki racing haram atau mereka yang rasa bawa kereta laju -laju sebagai cool –

BODOH.

9 comments:

Anonymous said...

betul ler..awak dh tua..i mean matang
selalunyer org yg love speed nie..(i mean yg illegal)kurang sket pemikirannyer.

pendek kate, tak pikir panjang and selalu ambik jalan mudah.dan juge pengecut!!!!

hehehehehe..this is actually dedicated to someone..

-Ipoh lads-

Mr. Right said...

Aku tau aku dah tua...
Wah.. dedicated to who?

Badrul Hisham said...

dood,ko tau tak..maut ajal ditangan Tuhan.. so tak kisah la ko bawa laju ke, slow ke, kalo dah tersurat, ko mmg mati gak..

tp kalo ko ckp bawa slow (actually kalo slow sgt pun bole gak accident) bole prevent accident aku sokong..

ko bukan nerd, penakut & tua tp ko dah matang..ko bole pk camne nak cegah dari benda2 tak elok jd.. yang bawa laju2 ni semuanye bukan tak matang tp tak dpt kawal perasaan & diorg ni selalu nye hati yg control otak diorg..so bile hati dah control otak, mmg semua benda yg pelik2 bole jadi..

teek said...

Dood, Hari kita mati dah ditetapkan, tapi cara kita mati..itu kita pilih sendiri. Itu ikut kata ustaz lah.

memang betul, kalau nak mati, dalam surau pun boleh mati...tapi..kita nak mati dalam surau ke, atas jalan dgn unrecognisable mayat?betul tak?

Mr. Right said...

Bad,
Hati dah control otak... ermm.. logic..logic.

Teek,
Bf apa kabar?
Aku nak mati dalam masjidil haram..:)

edi said...

Hehehe..mana-mana pun boleh mati...tapi cara mati tu yang selalunya ditentukan oleh kita..itulah namanya qada dan qadar.

Mr. Right said...

Edi,
True.. damn true.

All,
Aku nak cerita pasal kebodohan orang yang suk bawa kereta laju2. Ni asyik komen pasal mati je. Hahahaha.. seram lak aku..

rose said...

Ntah..lari dari tajuk sokmo..yela..bak kate Incey AC kan..OFF TOPIC..huhuhu

Mr. Right said...

Rose,
Relex...relex...

Total Pageviews

. page counter