Thursday, June 28

Pekerja Wanita Merugikan Organisasi?

Notice: Topic nampak je macam serious, please jangan emotional sangat. Orang perempuan kalau dah start layan emosi susah nak recover. Cool, ok.

Masa lawatan Datuk Bandar Kualu Lumpur ke office aku last Monday, salah seorang ahli rombongan adalah member aku. Senior aku masa kat university. Rasa lawak pun ada, sebelum aku present, aku sempat bisik suruh dia simpan beberapa soalan untuk aku nanti. Hahahha... rasa macam presentation dalam class la pula. Tapi dia tak sempat tanya soalan banyak pun, dah macam peluru aku present. Aku present laju since pada pandangan aku, lebih lama kita biarkan pendengar sedikit keliru, the longer we conquer the meeting, maksudnya lebih banyak masa untuk kita kelentong mereka. Wait until the best moment, and then shoot. Faham tak ni? Takpe, tak penting, tak guna pun faham.

Then, lepas sessi mengabiskan air liur, masa jalan-jalan lawat kilang dan data center, aku dah malas nak layan orang besar-besar yang lain, so aku just berborak dengan member aku. Sampai lah masa makan tengah hari kami still bersembang. Antara topic menarik yang kami bualkan adalah pekerja wanita di pejabat.

Picture from: http://www.officemuseum.com

Office aku ramai jugak kaum hawa ni, dari anak dara sampai lah bini orang. Tapi office DBKL lagi la ramai. 30 tingkat, every floor mesti ada at least seorang kerani.

Pandangan dibawah adalah hasil buah fikiran member aku tu, so kalau tak puas hati atau nak marah, beritahu aku then aku akan sampaikan kat dia. Fair kan…?

Antara idea kurang ajar dari dia;

“Kalau aku mayor KL, dah lama aku pecat semua budak-budak perempuan and makcik-makcik office aku”

Menurut member aku, daily routine for them;

8:00 am – Sampai office

9:00 am – Sarapan ramai-ramai

10:00 am – Start baca newspaper

11:00 am – Sessi bergossip (base on bacaan dari newspaper tadi)

12:00 pm – Baru on computer

12:30 pm – Ready nak lunch

1:00 pm – Lunch

2:00 pm – Sembahyang Zuhur

3:00 pm – Masuk office, baca and reply email

4:00 pm – Start kerja

4:30 pm – Ready packing nak balik

5:00 pm – Dah tunggu depan lift and balik…!

Aku tak sure betul atau tak, member aku cakap macam tu la… aku, “Ooo ye ke?” sahaja

“Kau bayangkan la Dood, makcik ada degree, kerja dah dekat 10 tahun, confirm gaji 2 ribu lebih dekat 3 ribu, ntah-ntah lebih… Padahal tak buat apa pun… banyak pegang jarum kait dari pegang mouse computer…”

Then, aku pula tambah;

“Dah la maternity leave lebih sebulan… merugikan ni”

“Confirm rugi… baik ambil budak lelaki, boleh suruh beli kueh and teh petang-petang” dia pula tambah.

Aku sebagai typical Malay, menghormati tetamu, aku terpaksa setuju dengan segala pandangan dia.

Tapi agaknya memang betul ke ambil pekerja perempuan ni merugikan?

P/S: Member aku dah kahwin, dia kahwin dengan…err..err… officemate…!

33 comments:

sukun said...

hahaha..poyo gila member ko..agaknya kalau opis dia takde pompuan mesti dia dah kawin ngan budak laki..
apa malang le ko dapat member camtu

AC said...

Pendapat aku, ini bukan soal jantina. Tapi soal sikap. Cuba lah berani buat cam ni kat private/ corporate sector, aku boleh bet.... 3 kali buat je terus dapat surat berhenti......

Tapi ada juga yang berani buat cuma tak obvios sangat... Pandai makan, pandai simpan... kat Padang Mashar jawab la sendiri ya...... (sekadar tazkirah utk diri sendiri...)

rose said...

Suh jela semua pekerja pompuan kat tempat kawan incey aku betul tu anto surat benti keje..bagi la chance kat org2 lain yg betul2 nak bekerja n cari duit gaji yg berkat...uhhuhu..

aku tak nafikan la ade benda2 camni..even kat private sector pon..tapi tak semua..if ade org yg cakap kat private sector tade org2 camni..depa salah ler..aku ade ramai kawan..private sector,goverment..depa pon ade gak kdg2 gosip2..g minum ramai2 time keje..yang paling penting...KEJE JALAN...kat ofis aku ok..bos2 semua ok...bagi depa..time keja, kene keja...if ade masa terluang, depa pon kdg2 join kami..cool kan..janji KEJE JALAN n BERES!

P/S: Kim Salam la kat kawan Incey aku betul tu ye...cakap kat dia..pendapat dia hanya leh pakai 20%

sha said...

Pada pendapat aku,dalam gomen nyer co je wat tue...dlm private co x der nyer cam tue.kalo wat cam tue confirm dpt warning letter...seriusly

Ms aku study uitm dl aku sll lepak kat kompleks tgk org...biase ler time poket kering.hehehe..aku tgk kan org gomen yg keje ctue time lunch kui 12 tp siap shopping kat ctue spi kui 2 hingga 3.ader ke patut...iskh ishk iskh...mkn gj buta tuh.Tue pn ader atie nk naik gaji...geram tul aku!!!

sue comey said...

hahaha btul lertu....tp ofis katner tu????...kalo aku kira cam staff pompuan yg baik n rajin lerni..asyik tolong bos tipu bos???(pergi site tp pergi...)....btul x bos...mmg la asyik gossip tp bos aku (lelaki lerni) rasanya masuk ofis tp update blog...hahaha..sory bos..bln depan naik gaji erk...

anamiraa said...

sebenaunya lelaki pun ada jugak yang cam ni...bukan pompuan je...

tapi aku sokong sangat pompuan tak payah kerja. biar yang susah2 ni laki je yang buat. tapi bukanlah dok rumah bodoh je...nak besarkan anak pun emaknya kena pandai jugak...ilmu rumahtangga..

Mr. Right said...

Sukun,
Kira ko pun malang jugak la. Oi, tolong sampaikan kat Pohang ramai orang tak puas hati dengan pandangan dia. Hahahhaa...

AC,
Betul tu, lepas di dunia tak semestinya lepas di akhirat.

Rose,
Susah dorg nak berenti sebab semuanya dah selesa. Nanti abang sampaikan salam tu ok. Susah sikit la, sebab dia tak tahu kewujudan blog ni.

Sha,
Yang suka shopping org pompuan kan, so betul la org pompuan keja gomen suka ngular kat shopping complex?

Sue,
Sapa bos kau yang suka tulis blog dan konon-konon pergi site tu? Ermmm.. hahahha... aku rasa la kan, kau punya cuti lepas ni susah sikit nak lulus. Hahahha...

Anamiraa,
Payah jugak, banyak juga kerja yang org pompuan pandai buat, kemas kini file, masukkan data, kira-kira akaun dan byk lagi. Benda2 teliti macam ni kalau org laki ntah apa2 jadinya nanti.

All,
Tolong sedar aku bertanyakan soalan, betul ke tak merugikan. Lagipun member aku yang keja DBKL tu yang bercerita pasal rakan sekerja wanita dia. Aku tak de la setuju 100% dengan kata2 dia.

To all ladies, please read 1st sentence of this posting, before proceed.

rose said...

untuk Sha..

cara ko cakap tu lapik2 ler skit..aku keje ngan gomen..aku tak nafikan la ape ko cakap tu..tapi tak semua org camtu..tapi aku tak cayala org keje kat selain government sector tak penah g minum2, gosip2 n curi tulang skit..pembohongla..

satu lagi..time ko tgk org2 yg g shopping n makan dari kol 12-3 tu ari ape??? ari jumaat je kan..ari jumaat kami mmg rehat panjang...12.15 - 2.45..pastu skang ni kami ade masa bekerja anjal..ade 3 masa iaitu 7.30-4.30, 8.00-5.00 & 8.30 - 5.30..depa leh pilih salah satu..so, cakap lain kali kaji dulu perkembangan2 pekerja kerajaan..ok!

P/S: Hangin sebb gaji tak naik ke? Bodek2 la skit bos tu..mueheheheh

AC said...

Dalam NST hari ini (komen pembaca) Ok gak statement dia cuma aku rasa kelakar pulak bila part yang last sekali. Bab camni baru nak recognise Malay word...

"This gender-sensitive legislative process will help mould a national culture that accords proper recognition and respect for women in our society.

It will also make males more progressive in their thinking.

Even our national language reminds us of the importance of women in our civilisation — the anatomy is incomplete without ibu jari (thumb); an organisation cannot function properly without an ibu pejabat (headquarters); or a country cannot be administered without an ibu kota (capital)."

sue comey said...

alamak ros, bos aku dah mengamuk..takleh apply cuti la mggu depan (naperla dia baca blog ni)...aku mmg setuju org pompuan kurang bt keja..tp org laki pun sama gak....(bak kata pepatah sesaper yg mkn cili dia ler rasa pedas)...tak kisah ler dia tu lelaki ke pompuan ke..gomen ke swasta...sumer sama jer..kalo dia x bt kenapa nak terasa...btul x incey aku btul

softie said...

Aku rasa tak kira lelaki atau pompuan, kalo dlm gvt sector mmg lebih kurang sama jee...yg pompuan dgn bz bershopping bila dpt gaji smp slalu lmbt masuk ofis...yg lelaki dgn aktiviti take 5 sambil minum kopi....mmg merugi kan negara kalo ada staff mcm ni..increament nak...balik keje awal nak....kawan tolong punch card sbb nk lmbt n nk blk awal nak....tapi keje tanak....sbb tu kalo apa2 urusan dgn gvt body slalu lmbt setel...

rose said...

hahaha sue..aayookk..kan dah bos ko dah tamo bagi cuti..ni kan blog dia..mestila dia baca..dah dia yg buat..ekekeke..

takpe2 su..nnti aku pujuk dia..huhu

AC said...

To Softie

Alamak aku rasa sat lagi mesti bom akan meletup kat sini especially from Cik Rose kita. Sebelum ini pun aku dah kena bantai dgn dia biasalah polemik pekerja gomen dengan swasta.... sampai at one time dia tak jengah blog ni almost 2 weeks.

By the way baik aku belah dulu.....

sukun said...

to sapa-sapa je,
aku setuju sangat pasal pekerja gomen kuat ngular ni.
pekerja gomen-ngular kuat tp keje ntah apa2
pekerja swasta-ngular bole tahan tp kerja siap(tip-top)

Mr. Right said...

Rose,
Sabar2

AC,
Nice one...

Sue,
Mmg la bos kau baca blog ni, dah blog ni dia yang punya... kah..kah.kah..

Softie,
Lain, org laki ular 5 minit je, isap rokok. Sembahyang pun 10 minit max. Pompuan 10 minit baru nak betulkan tudung. Makeup pun dah dekat 1/2 jam.

AC,
Betul. Jenuh aku pujuk baru dia dtg balik. Hehehehe...

Sukun,
Aku setuju.

Fid said...

huh??
dood kawan ko tu sapa?meh aku ketuk ngan tukul..
bg aku DBKL tu yg tak keruan....cubalah tegas sikit
kat opis aku pompuan mmg fuhh bagus kecuali puan kerani ampeh yg engineer2 mmg buat kerja....
Bg akulah kan bkn faktor jantina la...faktor sikap dan tanggungjwp....

tp kalulah kerajaan buat undang2 pompuan takyah kerja bagus gak tp bayarle gaji 2 org hahahhahahahahaa...
kalau husband gaji 5k bg wife pun 5k..hahahahahahaa
time tu aku rasa ramai le lelaki nak jd pompuan horhorhor

MalayMind said...
This comment has been removed by the author.
MalayMind said...

Untuk lelaki kasanova macam aku ni, tak adanya pompuan kat opis, bakal menjadikan kerja aku sepi, boring dan tak produktif.

Jadi aku tak sokong idea Pohang!

Solutionnya, kalau jadi bos, gunalah faktor emosi untuk jadikan perempuan - perempuan kat ofis tu lebih rajin dan lebih kuat kerja.

Itu saja kuncinya.

Sukun yang emosional dan andropouse tu pun boleh jadi rajin kalau dah kena caranya, betul tak kuhnz?

Mr. Right said...

Fid,
Hhahaha... apa gile idea pompuan takyah keja tp dapat gaji. Kawin ngn askar la.

malaymind,
Faktor emosi? apa ke jiwang kau ni.

All,
Member aku yang kat DBKL tu dah masuk and tengok posting ni. Tapi sadly to say dia takde telor untuk defend pandangan dia. Dia cakap "aku taknak ngaku aku cakap mcm tu".

sukun said...

malaymind,
faktor emosi??--ko pondan ke
lelaki kasanova???kunun!!
takde pompuan tak produktif???
ko digaji suruh keje bukan suruh buat anak

guna akal fikiran mu
itu saja kuncinya wahai malaymind

Fid said...

dood
kalau bini askar bini buleh dpt 5k ka?tak bleh kan....

ya la idea bengong la pompuan tak yah kerja....dah ada org kata ada pompuan tak maju company....

bayangkanlah kalau opis korang tak de pompuan harharharhar.....tambah2 yg ternikah ngan pompuan seopis...sah2 tak de bini sampaitua...

dood kwn ko tu mmg nyah kot tu anti pompuan rival la katakan...

Mr. Right said...

Sukun,
Wah ganasnya pandangan kau terhadap malaymind.

Kau kena ingat, dia nak tarik org pegi blog dia. So, kalau kasanova mesti ramai awek2 akan berminat nak pegi.

malaymind,
Aku cakap macam ni pun kira promosi. Bila aku ulang 2-3 kali pasal blog kau, sure org akan berminat nak pegi. So, every single word aku sedang tulis ni kira menambahkan 'saham' kau.

Fid,
Takleh, dapat beberapa ratus je. Kira lepas duit beli bedak asas and lipstick je.

Kalau dah org cakap merugikan, conclusionnya bukan takyah keja. Tapi keja la sampai boleh menguntungkan. Bukannya asyik update friendster dengan gambar2 baru je. Ops, nanti budak ofis aku kecil hati lak. Muahhahahaha...

MalayMind said...

Mr Right, ini bukan soal promosi. Pada aku, barang baik, kadang tak perlu promosi. Tapi, kalau barang tak baik, promosi habisan pun hampeh saja.

Faktor emosi tu sekadar menambah bicara saja.

Tengok? Si Sukun dah beremosi dah tu marahkan aku.

Hahaha emosi picisan.

shah said...

hehe... tak reti nak komen pe2 tp dr pengalaman dok kat opis kwn aku masa wat projek gn dia, sbb aku bisnes sendiri.

aku tgk staff perempuan dia, 2 org keje ok je walaupun rehat banyak. sorang staff dia dah kawin siap bawa anak dtg tempat keje tp keje jln gak.

bg aku, lantak la ko nak rehat banyak mana pun tp bila aku panggil surah wat keje,mesti siap. itu je.

aku tak tau la kalo kompani besar2 mcm mana sbb kwn aku tu pekerja dia 2 org je.dua2 perempuan.hehe...

Anonymous said...

pekerja perempuan memang lembab, titik.

Fid said...

dood
ko buleh trace mana meh anonymous ni tak?aku nak pergi tgk kecekapan dia....

rose said...

Fid,

Lelaki yg cakap pompuan lembab tu takde teloq..muahahahah...

Aku nak tak abis lagi la pasal isu yg diutarakan incey aku betul ni..dia cakap meternity leave sebulan n merugikan company..if ditakdirkan la kan..tuhan tu nak bagi keje beranak ni kat lelaki..barula dia leh rasa agaknye ek...pengorbanan seorang perempuan nak lahirkan anak..hmmm....barula mulut tu duk diam skit..banyak cakap plak..kuang kuang kuaannggg....

Mr. Right said...

malaymind,
wah, perkataan baru. Emosi picisan.

Shah,
True. Yang penting kerja siap.

Anonymous,
Terlalu kurang ajar ayat ko tu.

Fid,
Sorry, 2 hari aku tak masuk sini. Stats aku boleh tengok for last 100 visitor je. Script free.

rose,
Wahh.. lantangnya. Nak kena gigit ke?

rose said...

Ingat org ni daging ayam ke nak gigit2...huhuhu

Fid said...

rose
tang bab maternity leave tu kan....
Orang malaysia je kata merugikan..
Kat negara luar mereka siap bg lama2 lagi ML tu.....
Ada sampai 6 bulan tau....
Maternity leave tu bkn setakat nak beranak je nak kena pulihkan mental dan fizikal dan nak bg si ibu tu berpeluang jaga anak sendiri.....Dan dunia skrg ni tgh giat promosikan penyusuan susu ibu yang mana dalam kitab suci AL-Quran pun sarankan.
Hanya masyarakat malaysia aja belum cukup celik...Rakyat asing dah bergiat sakan.....

Ishh aku pun tak leh lupa la entry ko yg ni dood...

plusss.....
bayangkan lelaki yang kena bersalin horhorhor....Aku teringat cerita kelakar thailand ke apa ntah kat Astro..tajuk lebih kurang 'when men get pregnant'
lawak gila.....cerita ttg hukuman lelaki2 yang menganiaya wanita....aleh2 kena pregnant macam nak mampos......

Kalaulah Allah bg peluang lelaki bersalin agak2nya ada tak yang volunteer?
Satu nikmat yang lelaki tak akan rasa dan..melalui proses tu la lelaki tu lahir ke dunia.....
so..materniy leave jgn sapa2 nak complaint...Sedangkan Allah dah gariskan tempoh 'berehat' kenapa manusia nak pertikaikan?????????

Mr. Right said...

Fid,
Aku malas nak fikir untuk komen panjang cerita ML ni. 1 soalan sahaja;

Kalau benar2 nak didik anak, menyusu and all that,nak jadi ibu mithali, kenapa kau tak duduk rumah dan tak kerja lansung?

Mungkin dengan soalan itu nampak macam aku cetek pemikiran dan berfikiran sempit. Ermm... mungkin betul.

Jgn marah, cool. Jawap soalan aku tu dalam hati dulu, then aku rasa jawapan kau ada kena mengena dengan question aku kenapa ML perlu lama sangat.

Fid said...

jawapan aku..kalau aku dok umah tak cukuplah duit nak belanja....
nak tanggung parents ngan adik2 lagi...laki aku bukannya billionaire....
Insya Allah nanti tiba masa aku akan berhenti kerja dok rumah jaga anak....Adik aku tinggal sorang je lagi yg sekolah 5 thn lg settle....

lg satu nak bg tau...kat jepun mmg dah jd trend asalkan beranak je wanita akan resign..utk mengelakkan pekerja wanita berpotensi 'hilang' derang bg cuti sethn jaga anak....ngan gaji 30%...(ni aku tak sure sapa bayar...company ke insuran)

Fid said...

btw dood....Dalam Islam 40 hari tu dikira macam time 'rest' lps bersalin....

Total Pageviews

. page counter