Tuesday, June 5

Persatuan Bolasepak Sarawak - Muflis?

Sarawak yang dilanda masalah kewangan sedaya upaya ke tempat lawan untuk perlawanan bola sepak Liga Super menentang Brunei walaupun terpaksa menempuh perjalanan darat menggunakan bas sejauh hampir seribu kilometer yang memakan masa 14 jam.

- Utusan (05/06/07)

Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Nyipa Tinggang memberitahu wartawan FAS tidak mempunyai wang lansung. Semua pemain sudah tidak menerima gaji selama tiga bulan sehingga perlawanan ke Brunei terpaksa menggunakan bas yang diberikan percuma oleh ahli perniagaan, Datin Azerina Arip.

Aku pernah sentuh isu ini dulu. Sukar untuk aku percaya sebuah persatuan sukan yang cukup terkenal (bolasepak) gagal memenuhkan akaun persatuan. Cuba fikirkan:

  1. Bolasepak sukan paling diminati di Malaysia, malahan didunia.
  2. Paling kurang beribu kalau tidak berjuta manusia menonton perlawanan bolasepak setiap minggu. Paling tidak pun, mereka akan menonton highlight atau berita sukan.

Aku rasa budak university yang baru belajar marketing pun tahu ianya sebuah platform pemasaran yang berpotensi tinggi.

Di negara lain, terutama di Eropah persatuan atau kelab bolasepak menjadi satu cabang perniagaan yang sangat-sangat menguntungkan. Mungkin market mereka lebih besar, tapi gaji dan perbelanjaan mereka juga beratus kali ganda besar berbanding di Malaysia.

Tentunya ada cara untuk menjana keuntungan dari persatuan atau kelab bolasepak. Aku tidak tahu exactly how, but surely pakar-pakar business and marketing tahu cara terbaik untuk mempromosikan sesebuah pasukan bolasepak.

Dalam isu ini ini kesimpulan aku:

FAMBodoh. Mungkin mereka boleh mendapatkan sponsor yang lebih untuk membantu persatuan-persatuan negeri. Atau jika difikirkan perlu ‘releasekan’ persatuan negeri agar mereka cari sponsor sendiri 100%. Tidak perlu beri grant tahunan atas ehsan sponsorship FAM.

FASSuper Bodoh. Majority persatuan bolasepak negeri tidak menghadapai masalah kewangan. Malahan ada yang berjaya mengaut keuntungan. Aku tidak tahu negeri lain, tapi Persatuan Bolasepak Perak boleh memberi peruntukan RM 50,000.00 setahun untuk kelab penyokong. Jadi semestinya ‘something wrong’ dengan FAS sehingga akaun persatuan boleh kering.

2 comments:

AC said...

By the way, aku respect kat FAS kerana buat pengakuan berani kata duit tarak....

Walaupun kau kata majority persatuan sukan (bola) negeri lain tak de masalah.... tapi the fact is memang ada yang bermasalah cuma mereka pandai cover line. Ada player state lain pun gaji tertunggak. Tapi kesianlah kalau gaji tertunggak. Aku yang gaji puntual every 26th pun (punctual even dah 10 tahun kerja) pada 25th pun dah gementar lutut.... apa lagi tak dapat terus. Memang zalim dia orang ni...

Salah satu sumber pendapatan ialah duit tiket stadium. Kalau game asyik kalah je sape nak datang stadium...???? Macam Kedah last three years... kantung dia orang pun nazak juga but this year dengan bangganya dia orang declare stadium gate collection.

Aku tak nafikan memang berjuta orang tonton bola but itu cumulative penonton satu dunia. Ada ke berjuta orang tonton bola Sarawak vs Brunei.

Tak dinafikan European Football as a sample (bukan dewakan dia orang) but ada juga sesetangah team kat EPL yang pernah ada masalah kewangan seperti Arsenal, M City etc. Cuma dia orang cepat recover balik dengan proses jual beli player dan ajak tycoon untuk invest..

Sekian

Mr. Right said...

AC,
Memang ada persatuan lain yg nazak. Tapi majority still be abale to manage their money.

Memang tak sampai berjuta tgk game S'war. Tapi semestinya cecah ribuan penonton. Cam mana teruk pun performance team at least 1-2 ribu orang akan still pergi stadium. Dan berpuluh ribu tgk highlight or berita di tv. Aku percaya dari situ pun cukup untuk jadikan plaform cari duit jika mereka sedikit bijak.

Total Pageviews

. page counter