Friday, July 27

Aku Hero?

“You are my hero…”

“Don’t always try to be a hero…”

“Ok… our hero here already…”

Fuh…! Menyirap je darah aku setiap kali, big boss, accountant or HR manager cakap ayat-ayat tu. Memang pedih hati. Geram tahap rasa nak belasah muka orang. Kepada yang malas nak dengar aku berleter tolong jangan baca posting ini. Aku sedang geram dengan orang-orang besar office aku. Walaupun kalau ikut saiz badan aku lah yang paling besar.

Reason mereka panggil aku hero sebab aku selalu bergaduh dengan mereka on behave of my staff or lebih tepat my subordinate, sebab mereka bukan pekerja aku. Aku mana ada share dalam company ini. But on common knowledge orang selalu sebut; my staff, my team, or pekerja aku. What ever, your guys understand what I try to say… kalau tak faham juga pergi masuk belajar sekolah menengah balik.

Come on la, mana ada office yang suka dengan account department. It’s a common thing. Then aku selalu cakap dengan boss aku, kalau dia nak cari pekerja yang ikut cakap dia sahaja dia boleh ambil budak baru lepas SPM atau tunggu sampai perlumbaan klon manusia antara Jepun, German dan US berjaya. Jadi dia boleh klon diri dia sendiri, confirm takkan ada conflict.

Mesti ramai pernah dengar phrases ini;

  1. Boss always right
  2. If boss salah, please refer statement no 1.

For me, kenyataan tu hanya sesuai untuk dijadikan bahan jenaka sahaja.

Kalau boss salah, boss tetap salah. Aku tak mungkin nak setuju membabi buta dengan boss aku.

Ok, here 2 cases happen recently that show my boss and his fellow management team sedikit kekurangan sel-sel otak. Aku tak peduli kalau ada orang kata aku langgar polisi company dengan tulis benda ini atau aku sissy sebab merungut dengan kawan-kawan pasal masalah kerja. Aku percaya ada pengajaran yang korang boleh ceduk.

Pertama, pasal petrol usage kenderaan dibawah pengawasan aku. Imagine, from admin department calculation, they notice there are some misuse, or senang cerita ada penipuan. Dari pengiraan mereka start from August last year, kira-kira RM8, 000.00 unbalance. Here their stupid solution, aku dengan pekerja-pekerja aku kena bayar balik…! Gila ke apa? Menarik kan pemikiran mereka.

Kedua, pekerja asing dibawah pengawasan aku hilang punch card pada hujung bulan. Punch card zaman Jepun tu mereka letak di guard house, then tiba-tiba hilang. Setelah aku buat report, supervisor verified kedatangan mereka for the whole month. Aku dah submit complete semuanya pada HR and Admin department. Here their solution, hold ½ month salary of those 5 foreign workers sehingga ada orang mengaku siapa yang ambil punch card tu. Nobody really knows who took the punch card, but management company aku punish these 5 workers. They said most probably these 5 purposely threw away their card. Betul-betul bangang…!

So, disebabkan dua case ini disamping masalah-masalah biasa pasal O.T claims, mileage claims and beberapa masalah lazim, aku bergaduh dengan HR, Admin dan Account department. Macam biasa, big boss sokong mereka. Of cause la aku akan cuba backing pekerja-pekerja aku. Bergaduh as not tembak-tembak emails, but bergaduh sampai hentak meja and jerit-jerit macam budak sekolah. Budak-budak office aku mesti perasan sekarang ini aku makin kuat mencarut. Sorry la, korang kena tahan telinga je lah. Aku memang betul-betul sakit hati dengan manusia-manusia bangang building sebelah tu.

So, sekarang bila nak mula bergaduh je, big boss and head of other department akan mula panggil aku Hero. Sarcastically try to insult aku. Cam celaka…! Aku bukan bodoh, aku tahu mana-mana company pun nak untung maksima, kalau boleh mereka mahu pekerja-pekerja datang office dan tidak perlu dibayar gaji. Dan pekerja-pekerja pula mahukan mereka duduk goyang kaki dan dapat duit tiap-tiap bulan. Kalau management asyik tekan pekerja siapa nak speak bagi pihak pekerja? Kalau syarikat ada beribu perkerja mungkin ada union, kalau syarikat kecil macam company aku ni, jangan kata union, bos-bos kecil pun asyik sibuk nak panjat tangga sambil pijak semua kepala orang lain. Tersepit diantara pekerja dengan management memang bukan situasi paling best dalam dunia.

“You must understand you part of management, we need to answer to directors, investors, auditors ...bla…bla...bla… please put company interest as 1st priority…”

“Fandi, kau kena tolong kitaorang, mana adil company sesuka hati buat ini..buat itu…”

Genius macam mana pun akan pening bila terima kenyataan macam ini datang dari pihak yang berbeza.

Aku tidak mahu big boss cakap aku lemah, but at the same time aku juga tidak mahu pekerja-pekerja ambil kesempatan. Aku pun tidak mahu company rugi dan pada masa yang sama aku tak nak lihat pekerja aku resign atau kerja sambil lewa sebab tak puas hati dengan benda-benda bangang.

Pening… betul-betul pening.

Tidak perlulah aku ceritakan ending dari 2 masalah bangang kat atas tu, senang cerita aku tak happy tapi aku setuju, atau lebih tepat terpaksa setuju. Maybe from my boss’s eyes aku ketua yang lemah, tidak layak dinaikkan pangkat and selalu put myself on workers side. Mampos lah, rezeki ada kat mana-mana. Aku tidak sanggup jadi hamba duit, jadi hamba kedudukan atau jadi hamba ego diri sendiri. Kalau boss aku nak cari orang macam itu dia boleh pilih dikalangan penjilat-penjilat bontot yang ada disekeliling dia. Aku tidak letak diri aku dalam side yang mana-mana. Kalau aku rasa tidak adil aku beritahu, kalau aku rasa betul aku setuju je. Dah memang aku dilahirkan sebagai orang baik, nak buat macam mana…. Hahahhaahaha… Mungkin ada orang bertanya kenapa aku tak berambus cepat-cepat dari company ni. Hmmm… mungkin aku bergaduh dengan mereka for 10 things, tapi still ada 90 benda lain yang aku setuju dengan mereka. Aku rasa ikutkan perangai aku sekarang, mana-mana aku pergi pun akan bergaduh… hahahaha…

Cuma aku harap kalau ada kawan-kawan sini yang jadi big boss tolong jangan buat decision bangang base on your stupid assumption.

Have a nice weekend… Aku nak balik kampong, bermanja dengan mak aku berjuta kali ganda seronok berbanding menyemakkan fikiran dengan masalah bodoh kat office.

P/S: Kepada budak office aku, tidak perlu buang masa nak beritahu boss pasal aku berleter kat sini. Dia memang tahu perangai aku. Tak percaya? Cuba try test… Hahahaahah…Jangan memalukan diri sendiri dah la. Tapi kalau korang naik gaji atau naik pangkat jangan lupa belanja aku nasi ayam kat Ipoh Street, Sec. 14.

6 comments:

ramonez said...

salam..memang sometime boss de yg bodoh...diorang think they are a good boss dlm wat decision...tapi aku salute kat ko pasal leh lawan boss yg camgitu..fantastic..bagi kita yg dh de experience dlm keje ni don't simply agree je pe yg boss ckp...budak2 baru lepas grade leh la wat gitu..main agree je...aku memang sokong ko..biarkan je la boss yg camgitu...xkan penah sedar diri punye

edi said...

Dood, memang tension kalau tersepit antara kedua belah pihak ni. Dapat plak bos yang suka jump to conclusion....lagi tension..

budak kg said...

btul lertu MR RIGHT...lebih2 lagi bos yang slalu anggap diri disabotaj oleh pekerja...camna staff x sabotaj dia sebab dah kerja bagai nak mati 10 tahun pun blum tentu dapat naik gaji..lain la yg suka aircond bos...asyik cam burung blatuk dpn bos..yg mcm tu keja 6 bln dah naik pangkat n gaji...bagi aku btul la cara ko lawan bos ko tu...aku sokong..xkan sumer ko nak tanggung..baik ko suruh bos ko bt branch kat ko...so leh la ko handle sumer tu as 1 company kan.

I want to be a good boss!!hhehe!! said...

dood, aku tak nak ckp banyak, nnt ko ckp aku ape plak :p

terus terang aku ckp, kat opis tu ko la team leader yg paling aku respect! seriously..walaupun ko agak malas sket2..hehe!!tp as a boss betul wat ape yg ko buat, ko just kena pandai manage org bawah ko, n keje tu sket2 kena la gak tlg :p

for IT leader bg aku tang keje mmg bagus la, tip top!! keje 24 hours..mcm org gile sampai xde life langsung!!bapak bosan gile!! tp as a leader for me he fail to do his job..1st, dia tak tau mcm mana nak amek hati workers n treat them like lembu..2nd, always lies to customers..3rd, like to blame other people..its true dats boss mesti sembunyikan kelemahan dia but for me, semua boss mmg ada kelemahan dia but the way dia sembunyikan kelemahan dia yg penting..

for sales leader, mmg sorg yg kuat mengampu but tak boleh buat keje langsung..keje dia just perhati kesalahan org lain then report kat boss..lps tu, everytime boss ada kat opis, mule la tunjuk rajin..

yg leader lain2 tu, for me they did their job well but sometime they only think for themselves n langsung tak fikirkan org bawah dia..as long as dia punye ass save, fine..

so, nasihat aku utk Mr Right, you deserve more than this, so aku doakan ko akan dimurahkan rezeki n mana tau one day ko jd wakil rakyat ke, aku sure akan vote utk ko..hehehe!!

p/s: im one of the OCE staff

Mr. Right said...

All,
Thanks guys.

sukun said...

apsal mamat tu bodek tak letak nama??
memang ada bos yg bangang.ini le story aku...
kat tempat keje aku dulu ada sorang bos laki suka sangat dengar nasihat sorang makcik(kalau cun takpe gak).yg makcik ni plak buzy body sampai semua hal nak masuk campur.setelah pertempuran hebat berlaku akhirnya aku di ban walaupun pekerja yg bagus(semua org kata aku bagus kecuali 2 ekor tu je).
ban 1-tiada kenaikan gaji
ban 2-tiada kenaikan pangkat(walau lebih dr layak)
ban 3-nak transfer aku(terus aku resign)
oh uncle Z,kenapa le ko bangang sangat.kenapa?why?tim kaiii?

p/s-aku tau dia tak suka sebab aku lg hensem dr dia.

Total Pageviews

. page counter