Tuesday, August 14

Aku on Current Issue

Macam biasa aku nak komen pasal isu-isu semasa.


1. Negarakuku
Tiba-tiba Muar glamour sekejap ekoran tindakan budak Cina yang menyalurkan kreativiti beliau kearah yang sedikit bodoh. Aku tahu pasal clip tu kira awal juga since my officemate (Chinese) told me about it. But he said that guy kena saman. But now we know nothing government or police can do towards him. Sebab dia buat clip tu di luar negara, publish menggunakan server luar negara, dan yang menariknya dia study di Taiwan menggunakan wang sendiri. So, bising sana sini pun tak guna. Tak layak jadi warganegara lah, panggil balik lah… ini lah, itu lah. Setelah baca lyric terjemahan aku rasa tidaklah terlalu menghina sangat lagu tu jika dilihat dari perspective Islam. Cuma bahagian dia bercerita pasal azan subuh sahaja yang sedikit menyindir. Sindiran dia pun tidaklah terlalu pedas dan ganas, menyamakan laungan azan umpama kokokan ayam jantan dan irama muzik R&B. Kurang ajar, itu sahaja. Dia bukan jahat, tapi kurang ajaran. Dia hanyalah remaja Cina yang nakal dan tidak sensitive perihal keagamaan. The rest of the song pasal mengutuk kerajaan, mengutuk police, mengutuk benda-benda lazim yang ramai orang kutuk, termasuk aku. Hope he learns his lesson and continue expressing his creativity in more appropriate way. Lagipun dia dah minta maaf. Tutup buku, dan biarkan dia berkarya sambil menuntut ilmu.

Kalau berminat nak tahu lebih search Negarakuku di Google.


2. Susu Sekolah Busuk

Bodoh. Dah sah ada orang kerajaan yang gagal jalankan tugas. Tidak perlu fikirkan nak ganti program susu sekolah dengan soya lah, dengan coklat bar lah. Berikan sahaja syarikat besar seperti Nestle atau F&N handle benda ini. Lantaklah syarikat kroni tak dapat, syarikat bumiputra tak dapat. Useless. Tapi baca berita ini dalam paper mesti ramai juga tersenyum. Terkenang zaman kanak-kanak beli susu coklat dalam kotak yang murah. 30 posen rasanya. Aku selalu minta mak aku beli banyak. At least 10 kotak, dan aku habiskan seorang. Kakak dan abang aku dah dewasa masa tu, masa suka susu. Hehehhee…


3. Budak 14 tahun dirogol rakan sebaya.

Kalau tak tahu click sini. Gila. Dulu kita dengar berita macam ni di negara barat sahaja. Aku dulu 14 tahun tengok video blue pun tak pandai lagi. Hisap rokok pun tak berani. 14 tahun aku masih lagi kena beri salam kepada hampir setiap pelajar yang melintas depan aku di sekolah. Standard la, junior kena beri salam kepada senior. Walaupun sekadar “kom bang”. Tapi ini tak, 14 tahun dah pandai perdaya rakan dan merogol. Siapa yang patut dipersalahkan? Mak bapa… cerita macam ni membuatkan aku takut nak kahwin. (alasan standard). Confirm salah kerajaan juga kerana gagal control kesongsangan budaya dalam masyarakat. Sharizat lupa kot dia jaga Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Ni tidak, asyik bercerita pasal wanita, wanita, wanita. Bengong. Maybe Pak Lah patut letak ustaz or ustazah jaga kementerian ni lepas pilihanraya nanti. Entahlah, memang sukar nak jadi negara maju tanpa tercedok gejala-gejala buruk, it like a package. Buy 1 get 1 free.


4. Hubungan Istana dan PM dingin.

Politic sikit. 1st kaki kelentong Raja Petra beromong-omong di Malaysia-Today pasal cerita ini selepas mesyuarat sultan-sultan. Dengan darah diraja Bugis, konon-konon dia dapat insider information. Raja Petra punya kisah memang boleh buat novel atau filem, dia andaikan Pak Lah dah ready nak lari ke Australia sebab Sultans nak bubarkan parlimen dan pecat dia. Hahahhaha… Raja Petra ni ingat dia duduk dalam dunia fantasi ke? Then, bila paper Singapore (apa kejadah mereka sibuk urusan kita) melaporkan Agong reject cadangan nama dari Pak Lah untuk jawatan Hakim Besar Malaya, desas-desus kelentongan Raja Petra umpama api sekam disiram minyak tanah. Pemerhati politik mula mengaitkan ucapan Puera Paling Cool di Dunia (Raja Nazrin) dalam beberapa majlis tribute to tokoh-tokoh lama sebagai sindiran terhadap kepimpinan Pak Lah. Semalam Nazrin menyejukkan keadaan dengan ‘pujian’ terhadap kerajaan. For me, it’s about time raja-raja Melayu menampakkan peranan mereka. If they sent the ultimate duo, Sultan Azlan and his putera, aku rasa we have nothing to worry about. Aku more than happy to witness ada bigger authority to check and balance government decision instead of weak opposition parties.

5. CYC.
Our boys perform up to their best to hold millionaire team Chelsea and marginal defeat to Bayern and PSV. Macam pernah aku cakap, aku bukannya nak player skillful atau permainan ala samba Brazil. Aku nak tengok permainan bersemangat. And Robert Albert managed to guide our boys toward that style of game. Player-player professional dari 3 club tu gagal bermain cantik ekoran diasak, dikejar, ditackle, oleh perajurit-perajurit muda kita. See, I not that hard to impress. Senang je aku berpuas hati. They manage to make anak Hasselbaink look stupid masa game dengan PSV sudah mampu buat aku tersenyum. Tahniah.

(Please jangan komen pasal masa depan mereka, dulu masa zaman Allan Haris pun aku kagum dengan permainan Akmal, Zamani, Indra dan ramai lagi, but now…)

Terlanjur cerita pasal sukan. All the best to our badminton player and thanks to Steve Gerrard heroic display, Rafa Benitez got his 1st opening day win.


6. Bas terbabas.

Sedih. Sedih pasal kemalangan berlaku. Sedih pasal semua pihak start tonjol-tonjol jari penunjuk kat orang lain. Then aku sedih bila membaca berita di most newspaper, they report it as a sport event. Record baru, pecahkan record lama. Cam sial… macam pencapaian cemerlang je. Sedih…sedih. Bodoh punya pemberita. Aku juga berharap pihak berkuasa akan cari sampai lubang cacing macamana bas tu boleh lepas Puspakom dan arwah driver tu boleh renew lesen. Pegawai yang bersubahat harus sedar mereka 'hutang' 20 nyawa.

12 comments:

shah said...

pasal susu sekolah tu pun aku terpikir mcm ko. knp KERAjaan tak bg tender je kat syarikat susu yg dah femes mcm ducth lady ke, nestle ke dan lain2 tu. ni semua kes kroni ni. mcm haram la depa semua.

en nordin said...

cite pasal ina naim takde ke?? pasal mawi dgan ekin, erra ngan hans. rakyat peduli aper semua masalah nie. bukan kena mengena ngan kami.

BulaT said...

alahai en. nordin..apela sempit benor pandangan mata ko..balik2 pasal artis tu artis ni..ina naim, erra..bior lantok la derang ngan dunia derang..
takde faedah pon amek tahu..banyakkan dosa ada la..duk tambah cite tu cita ni pasal derang..

pasal susu sekolah tu, mmg aku setuju if amek company2 yang established mcm dutch lady or nestle..mmg kompem derang punye produk berkualiti n di jamin..ini tidak.. diberi susu jenama ape ntah..tk penah dgr..jenama Junior ke ape ntah..tak ingat aku..
if barang2 letrik tu..dikira cap ayam la tu..hahaha

pasal driver bas yg byk rekod buruk tu..sib baik dah ninggal sama..if tak..naya la dia duk kene ngan rakyat mesia..mesti tak mampu nak hadapi dunia realiti..yela, syik kene kutukan je kan..huhuhu

teek said...

rasanye en nordin tu being sarcastic with a bit dash of dry sense of humour.

#3. to put a blame on someone sounds to harsh, i think it's a responsibility of all; parents, leaders,authorities, friends, public. tu sume interlink with each other.

#4. i don't think Rj Petra is a liar. he's a well known person who mingles with the movers and shakers, and fortunate enough to be among the royalty. To drag and mentioned "agong" in his entries was a big thing, if he lied..i'm very sure he'd been summon by the Istana.
and i like the fact that he exposed the misconduct of ppl with proper documents as proofs.

#5. Our under-19 performed better than the national team. tp still, org yg in charge utk membangunkan bolasepak negara mmg bodoh, just imagine Robert Albert forked out his own money of $5000 utk belikan boot for 5 of the players. He said, boot tu mmg tak boleh dipakai langsung. and another thing, mana pegi fanatic fans? malu giler tgk stadium kosong. bila dorg tak dtg, gatal follow EPL, Serie A etc kat TV..bila dh ada depan mata..takmo pi tgk lak.

#6. lenkali bila ko dpt saman, takyah baya. sampai la waran tangkap ko dikeluarkan..jgn takut sbb mcm bus driver tu yg ada 2 waran tangkap,polis takkan execute waran tangkap tu.

*sorry ah terbuat entry lak kat comment box nih.

Mr. Right said...

shah,
yup. setuju.

nordin,
ko memang sial lah. Ari tu aku citer pasal mawi buat open house, ko bising.

bulat,
setuju...setuju.

teek,
Nope.. Raja Petra penipu. The fact that he not answering agendadaily challenge make him a biggest liar ever. Then, please read his writings. Most of them base on rumors. And some he fabricate himself. One true fact he lie, he claims his website visited by 5 million reader daily. Pembohong besar. I check at various website analysis tool, not even reach millions marks. Penipu!

kau pergi tak tgk game under 19 tu?

AC said...

Eerrr.... sesi tunjuk 'keris' between Raja Petra dgn malaun sorang lagi tu dah buat ke belum ha...???

shah said...

ac, raja petra tak sahut pun.

kalo dia sahut pun rasanya kat kwsn pertunjukkan 'keris' tu takder org pompuan tp penuh gn laki.

haha....aku pun nak g tgk gak. nak compare saper nyer lagi besar. aku ke dia....

Anonymous said...

a)Just to salute The Coolest Prince in Malaysia (Raja Nazrin), His appearance in the news with something 'valuable' to say, really make me proud to be His people.(Perak'ian rocks!!)

b)Football team? well I would have to say this, they are impressive. Never win the game but yet they FIGHT!
And just to respect Mr Right, not to comment about their future, yeah I will do that since I believe we have the same opinion here.Are u agree with me, Mr Right?

-Ipoh lads-

ramonez said...

xde faedah langsung nk tau psl artis...cam hampeh...pehal la en nordin...

xcident- memang masa ni la sume nk tunjuk pandai...last2 sok habuk je..hangat2 tahi ayam..


bola- memang spirit yg camgini la kita semua mahu..kalo kalh pon xla malu...ada melawan..tapi kena anta diorang ni main kat liga tempat lain...kalo main kat liga malaysia mesti jd cam hampeh jugak...

susu- dulu2 jarang2 dengo susu basi...skang ni pe yg diorang buat??????

sukun said...

aku setuju dengan en nordin...
peduli hapa dengan semua tu
kita kutuk,hina,komen lepas tu siap bagi cadangan sekali pun kalau
takde tindakan nak buat apa..
ngabih kan boreh yo...
benda-benda yg jadi pun dah macam siaran ulangan
contoh:
bus terbalik-kecoh jap sana sini
kes rogol-kecoh sana sini
bunuh
rasuah
bangunan runtuh
banjir
apa jadah lagi semua ada
dah pernah jadi..lupa ke
dah lama dah!!!
oleh itu..
hidup en. nordin(3x)


p/s-en. nordin,apa kisah terbaru awie?income RM40000 sebulan..wow

Mr. Right said...

ac,
Raja Petra ckp bukan level mamat tu nak lawan dgn dia. Ceh..! at least publish la bukti kat website kau. Mangkuk...!

shah,
Hahaha... jgn semua org yang hadir kena pakai kanta untuk tengok dah la.

ipoh lads,
Yup.. Perak Rocks..! Las nite we beat Perlis 5-1. Muhahahaha... Our young footballer future? With same FAM management, semua bakat mereka akan masuk dalam longkang. Macam biasa...

ramonez,
betul2. Maybe tak perlu hantar liga jauh2. Liga Korea, Jepun.. Arabs. Dah le.

Sukun,
Kenapa kau baca blog aku then komen tulisan aku? Ada terjadi apa-apa perubahan ke dengan komen kau tu? Nothing, nada, zero. Tapi kau still komen kan. Why?

Same answer why I/we komen on other issues.

Fid said...

dood
yg ninggal accident bas tu setakat smlm dah 22 org

Total Pageviews

. page counter