Wednesday, August 1

Cerita Yang Membuatkan Aku Balik Kampong Sabtu Pagi

Last Friday aku sepatutnya balik kampong untuk jenguk mak aku. Selalunya lepas kerja aku balik rumah, kemas-kemas, dinner dengan girlfriend then around midnight aku akan bertolak balik kampong. But last week aktiviti rutin itu sedikit terganggu. Aku balik kampong on Saturday morning instead. Thanks to my colleagues yang bercerita hantu petang Jumaat lepas. Ini membuatkan aku takut nak travel malam-malam seorang. Hahaha… gelak la, aku pun rasa lucu dengan ketakutan aku. Tapi just for that particular day je lah, sekarang ni dah ok.

So, here aku nak ceritakan kembali 2 kisah seram yang member aku ceritakan masa menunggu maghrib dan tunggu habis jamm depan office hari Jumaat lepas. Baca dengan penuh perasaa ok, ini bukan cerita lucu atau lawak jenaka.

Habis Minyak
This thing happens to my friend maybe 10 years ago. Masa dia tunggu SPM, sekarang dia bakal jadi bapa. Dia bersama 5 orang rakan ingin pergi memancing di Perak. Jadi mereka travel dari Selangor menggunakan Perodua Rusa. Bila sampai near to Ijok, suddenly their van stop. Bila check they found out they out of petrol. Van tu stop betul-betul tengah hutan. Takde rumah lansung berdekatan. The only house there, like fews kilometers away, atas bukit. So, all of them pergi ke rumah tersebut. Makcik yang buka pintu pelawa mereka masuk untuk minum-minum. But they said they just nak pinjam phone to contact friend untuk hantar petrol. 10 tahun lepas remaja kampong mana pakai handphone lagi. Sadly, makcik tu cakap rumah dia takde phone. Tapi makcik ni pesan, jangan risau… nanti jumpa la minyak tu. Then, dia bagi member aku sebotol air mineral kecil. Sambil jalan turun bukit mereka berebut minum air dari botol tu sampai habis. Tapi still pegang botol tu. Sampai dalam van, mereka campakkan botol tu dan plan nak tidor sampai siang. Jam lebih kurang 4 pagi. Suddenly, driver switch on kunci kereta, dan dia lihat meter minyak naik sampai full tank. Mereka semua terkejut tapi happy. Dah memang perangai remaja bukan peduli so, they just continue their journey to Perak dan memancing. Then, they saw botol mineral tadi dah penuh semula. Tapi lepas minum sampai habis sekali lagi, botol tu kekal kosong. On the way balik dari Perak, siang hari mereka lalu semula tempat van mereka rosak malam tu. Sekali lagi mereka terkejut kerana van tu rosak bukan tengah-tengah hutan, tapi tengah kampong. Ada banyak rumah disekeliling. Malam tadi mereka tak nampak, mereka cuma nampak sebuah rumah dan rumah tu dah ‘hilang’ di siang hari. Atas bukit tu ada hutan belukar sahaja. Bila mereka berhenti dan cerita pada orang kampong tu, semua orang senyum je.

Iswara Biru
Ini cerita yang agak terkenal bagi mereka yang tinggal di sekitar federal highway, Old Klang Road, Sungei Way, PJ area-area sekitar. Kebetulan, 5 years ago member aku pergi jumpa bomoh untuk berubat, then dia berjumpa dengan seorang pemuda yang juga datang berubat. Pemuda ini cuba nak halau hantu yang ‘jaga’ kereta dia. Jadi member aku dapat cerita ini dari mulut mangsa sendiri. Cerita ini akhirnya menjadi cerita hantu popular. Ceritanya begini…. Semasa pemuda tu lalu federal highway sekitar PJ di waktu maghrib dan hujan renyai dia ternampak ada seorang kakak sedang dukung anak berjalan kaki. Pemuda ini kesian dan berhenti dan ingin membantu. Akak tu bagitau dia nak tumpang sampai area Sunway. Pemuda ini setuju untuk hantarkan. Akak dan anaknya duduk belakang, kerana menurut dia anaknya akan ganggu pemuda ini memandu. Semasa akak tu duduk seat belakang, pemuda tu tidak nampak jika melihat menggunakan rear mirror. Tengok ikut cermin memang tak nampak, tapi bila dia toleh akak tu ada. Dia dah rasa pelik, tapi still buat tak tahu kerana dia percaya niat baik dia tidak akan dapat balasan buruk. Karma. Then, bila hampir sampai ke bus stop yang akan tu nak turun, baby dalam pangkuan kakak tu menangis. Then, akak tu minta pemuda ini belikan sedikit air atau roti. Mungkin anaknya lapar, kerana dari pagi tidak jamah makanan. Pemuda yang baik hati ini terus memandu sampai ke petrol station. Dia turun belikan sedikit minuman dan roti, lepas tu dia panggil pekerja petrol station tu tengok kereta dia. Adakah mereka lihat perempuan dalam kereta dia? Semua pekerja Shell tu cakap kereta dia kosong. Seat belakang kosong. Memang pemuda itu pun nampak dari luar kereta dia kosong. Then, bila dia buka pintu untuk masuk dia nampak akak tu tersenyum. Dia tutup semua pintu dan sekali lagi lihat dari luar dan panggil pekerja Shell untuk lihat dari dekat. Sememangnya kelihatan tiada sesiapa didalam kereta. Kemudian pemuda tu memberanikan diri masuk kereta dan minta akak tu tolong turun kerana ada masalah. Akak tu kelihatan marah dan terus lesap dihadapan mata dia. Semenjak hari tu, pemuda tu akan dapat lihat akak tersebut di seat belakang kereta dia bila waktu malam. Dah macam-macam cara pemuda tu cuba, mandi bungakan diri dia, mandi bungakan kereta dia. Jampi serapah, panggil bomoh, ustaz dan ramai lagi. Hilang 2-3 minggu kemudian akak tadi akan muncul semula. Aku dengar kereta Iswara Biru tu dibuang begitu sahaja. Bila cerita ini makin popular dan ramai yang hafal plate nombornya, nobody dare to use that car. Salesman pun tak berani nak jual.


Seram kan…? Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri….Hahahaha...

Last week aku pergi kedai buku dan terjumpa buku 'Laughter is the Best Medicine Malaysian’. Ini adalah buku koleksi lawak di Malaysia. Kenapa takde buku koleksi cerita-cerita hantu yang biasa kita dengar. Mungkin dah ada, cuma aku tak jumpa.

12 comments:

teek said...

dood, ada buku collection cite2 seram m'sia, walaupun author tu baru2 ni kua paper and buku dia bersiri dan populalr jugak tp minta ampun, aku tak igt nama dia or his book. maybe ko leh tanya bookstore "m'sia author, ghost stories"

Helena said...

bestnya ceta hantu u......

lepas ni nak stop offer org naik kete le.... hehe

Mr. Right said...

Teek,
Siri bercakap dgn jin ke?

Helena,
Biasa offer org naik keta ke? aku ada citer best pasal hitchhikers ni. Nanti aku tulis.

sukun said...

cari cerita seram dalam buku joke memang le takde.ko sekolah kat mana dulu?

Fid said...

hahahahaa
kisah macam drama la....

sukun....siapa cari citer seram dalam buku joke?

MR. said...

saper yg selalu travel pantai timur ... hati2 bila sampai di gambang ...

citer masa LPT baru bukak dulu ... ader sorang mamat ni pakai la LPT nak balik kuantan ... sekali dia rasa penat dia singgah la hentian R&R gambang ... masa dah lepas tengah malam ...

dia tgk ader 1 kedai je bukak kat R&R tuh ... dia pun order la mee goreng .... peh tu time nak bayar dia panggillah org jual tuh. tapi org tu buat bodo jer ... dia yg nk cepat letak jer la duit atas meja ...

bila dah sampai kg dia kat kuantan, parents dia tanya - ader berenti mana2 ke sebelum sampai. mamat ni cakaplah berenti makan kat R&R gambang ...

sekali parents mamat ni pelik la ... parents dia cakaplah yg R&R gambang tak bukak lagik ... mamat tu cakap kalo tak bukak lagi saper plak yg berniaga kat situ ...

esoknya mamat tu tak puas hati gi balik R&R gambang ... mmg sah tak bukak lagi R&R tuh ....tak de org pun berhenti kat situ ...

dan yg terus menjadi misteri adalah ... duit yg dia letak atas meja semalam ... masih lagi ader di atas meja tersebbutttt .... huhuhuhuhu .....

mee aperkah yg dia makan semalam?

seram tak .. huhuhuhu

Fid said...

dood
yg kereta biru tu ..aku rasa salah pemandu tu sbb halau 'mak cik' tu b4 sampai tempat dituju la...dia sepatutnya bacalah ayat kusi ka apa ka...jgn main sergah.......

rose said...

huhu..seramnye..
cite2 antu ni selalu gak dgr..tapi selalunye wat derk je..takut kang takleh nak tido if amek kisah sgt..ahahahah...

Mr. Right said...

sukun,
aku memang tak suka baca citer seram.

fid,
aku pun tak faham apa yg sukun cakap. Abaikan je.

Aku dengar pemuda tu ckp baik2 ngn makcik tu. bukan main halau je.

mr,
ok la tu, mkn mee free.

rose,
takleh tido? hehehe.. penakutnya.

sukun said...

fid,
awat hang slow sgt.
hantu-hantu,
ada ke??meh sini aku jentik hidung

lankapo said...

sukun biasalah diakan berani hehe

masa aku duk puncak alam dulu,
selalu lah jugak balik malam sorang2.
tak kisah pun masa tuh..

sampai lah ada minah ni cerita seram kat aku..ada org citer mcm2 jumpa kat jln tu. ada penumpang rambut panjang lah kat sbelah kita, ada org berlari sama laju dgn kereta lah hehe

pastu balik seram jer rasa ...
so moral of the story baik jgn ambil tahu lah hehe

GrimlyGeekyGirlNext Door said...

Maaf menyampuk. Kalau cerita kompilasi bahasa inggeris, adalah satu dua buku. Yang agak terbaru dari penulis XEUS, spooky & twist thrilling jugak. Colour buku dia warna kuning ada lukisan belakang perempuan sedang duduk bersimpuh. Dari tunku halim pun ada jugak.
yang lain dari russell lee, true singapore ghost story (ada jugak cerita dari malaysia walau tak banyak), kompilasi dari mereka yang menghantar kepada russell lee. Satu lagi dari damien sin (unfortunately dari singapura jugak) - classical singapore ghost stories, kalau saya tak silaplah tajuknya. Just FYI ajer.

Total Pageviews

. page counter