Monday, August 13

Kasih Ibu

Forwarded email, mungkin ramai yang pernah terima dan baca. But seriously worth reading.

Kisah monyet yang menyayat hati. Pada mulanya aku fikir tidak mungkin kisah binatang yang aku anggap pelawak ini boleh membuatkan aku sedih. Tapi walaupun aku baca untuk kali kedua atau ketiga, masih terasa sebak. Adakah hati aku yang lembut? Jiwang? Perempuan? Atau memang kisah ini benar-benar menyentuh bahagian hati manusia yang boleh mencetuskan rasa sedih?

Aku paste disini untuk tatapan rakan-rakan.

Ketika itu usia saya masih di awal 20-an. Hari itu, saya diajak oleh seorang bapa saudara untuk memburu di hutan berhampiran rumah. Saya bukanlah minat memburu, tapi daripada bosan terperap di rumah, saya terima ajakan bapa saudara saya tadi.

Masih saya ingat, beberapa jam berburu,matahari pun sudah meninggi, tapi tiada seekor haiwan pun melintas di hadapan kami. Pelanduk, napuh, rusa, ayam hutan dan burung yang selalu berlegar di hutan itu, seolah-olah bersembunyai jauh dari kami. Hutan itu sepi.Saya bertambah rimas, pak cik pula saya lihat mula kecewa. Hari kian beranjak petang, pakcik menepuk-nepuk senapang Relanya.

Kata pak cik, "Kita balik ajalah, hari ni tak ada apa-apa. Mungkin esok ada habuan."

Kami berjalan pulang, tapi selang dua tiga puluh langkah, kami terdengar suara riuh-rendah di sebalik pokok-pokok besar di hadapan kami. Saya mengamati suara itu, ternyata ia dating dari sekawan monyet yang sedang memakan buah-buah hutan. Saya perhatikan pak cik begitu berminat memerhatikan haiwan itu. Di bibirnya ada sebaris senyuman. Senyuman yang saya faham benar maksudnya. Adakah pakcik hendak menembak monyet-monyet itu?

"Haa. Pak cik nak tembak ibunya, lepas tu pak cik nak ambil anaknya, nanti boleh bela," begitu jawapan pak cik.

Masih saya ingat juga, saya beberapa kali mendesak pak cik supaya membatalkan hasratnya itu, tapi gagal. Saya gagal mengendurkan niatnya. Tidak akan saya lupa kata-kata pak cik petang itu, "daripada balik tangan kosong? " lalu dia mengacukan
senapangnya ke arah kawasan monyet tadi, dan… DAMMM!!!

Demi berdentum saja senapang, bercempera dan lintang-pukang monyet-monyet tadi menyelamatkan diri. Hutan itu riuh dengan bunyai ranting patah serta jerit pekik haiwan berkenaan. BUUUPP! Ada suatu benda yang jatuh ke tanah. Saya terpandang seekor ibu monyet jatuh berdekatan kami. Saya dan pakcik terus mendapatkannya. Dari perutnya bercucuran darah pekat. Anaknya yang tidak mengerti apa-apa terlepas dari pelukan, tercampak tidak jauh dari ibunya sambil menjerit-jerit. Si ibu merengus-rengus memanggil anaknya dengan lemah. Ia cuba bangun dengan besusah payah sambil tangannya mencapai akar-akar pokok untuk mendekati anaknya. Sebelah tangan lagi menekap perut yang masih berdarah. Ia berusaha melangkah tapi terjatuh semula. Digagahi lagi sambil berguling-guling ke arah anaknya. Si anak yang baru pandai berjalan jatuh, bangun mendapatkan ibunya. Si anak itu terus saja memeluk ibunya yang kesakitan. Masih terbayang jelas di ingatan saya bagaimana si ibu monyet tadi memegang tubuh dan menatap wajah anaknya puas-puas, kemudian dicium berkali-kali. Setelah itu dibawa si anak ke dada lalu disuakan susunya. Saya dan pak cik terdiam melihat si anak
mengisap susu manakala ibunya mengerang-ngerang perlahan seakan memujuk sambil menahan sakit.

Hati saya tersentuh. Betapa si anak yang baru melihat dunia tidak tahu bahawa ibu tempat dia bermanja akan pergi buat selama-lamanya. Saya tidak mampu menyelami fikiran ibu monyet tadi, tapi mungkin ia ingin memeluk anaknya buat kali terakhir, sepuas-puasnya, kerana selepas ini ibu akan pergi. Ibu tidak akan dapat memelukmu lagi apabila kau kesejukan, menyuap mulutmu bila kau merengek kelaparan, juga melindungimu bila kau kepanasan. Mata si ibu monyet itu memandang ke arah kami. Tangannya memeluk erat si anak seolah-olah enggan melepaskannya, biarlah ia mati bersama anaknya. Matanya saya lihat digenangi air, masih tidak lepas memandang kami dengan pandangan sayu, mungkin ingin menyatakan betapa kejamnya manusia.

Dosa apakah yang aku lakukan hungga aku ditembak?

Salahkah aku bebas ke sana ke mari di bumi indah ciptaan Allah ini?

Tubuh ibu monyet itu berlumuran darah, begitu juga dengan si anak yang masih di pelukannya. Beberapa detik kemudian, dengan tenaga yang masih berbaki, kami lihat si ibu mencium anaknya untuk ke sekian kalinya. Perlahan-lahan tubuhnya terkulai ditanah, bisa penabur dari muncung senapang pak cik tadi tidak dapat ditanggung lagi. Si anak menjerit-jerit memanggil ibunya supaya bangun dan melarikan diri dari situ, tapi si ibu sudah tidak bernyawa lagi. Puas menjerit, si anak tadi menyusu semula. Di saat itu perasaan saya terlalu sebak. Saya perhatikan pakcik, dia beberapa kali menggetap bibir
cuba menahan air matanya daripada tumpah ke pipi. Tapi bila melihat si anak monyet tadi menjerit dan menggoncang- goncang tubuh ibunya, akhirnya air mata kami tumpah juga. Saya betul-betul kesal dengan apa yang berlaku.

Suasana sunyai kembali. Si anak monyet itu kami rangkul dan bawa pulang, Biarpun ia terus menjerit-jerit dan enggan berpisah dengan ibunya yang telah mati. Di dalam kereta saya hanya mendiamkan diri. Begitu juga pak cik. Pada ketika itu saya dapat merasakan
betapa kejamnya kami kerana membunuh satu nyawa yang tidak berdosa. Biarpun monyet itu hanya haiwan yang hodoh, tapi mereka juga ada perasaan, ada rasa kasih kepada anak, rasa saying kepada ibu. Tapi kita manusia??

Mana hilangnya akal waras kami?

Selang dua minggu kemudian, anak monyet tadi mengikut jejak ibunya. Pak cik memberitahu saya, anak monyet itu tidak mahu makan dan asyik menjerit-jerit sahaja. Mungkin ia rindukan ibunya. Apabila malam, keadaannya bertambah teruk, dan akhirnya mati.

Kini saya sudah bekerja dan berumah tangga. Peristiwa tadi sudah saya ceritakan kepada anak dan isteri saya agar mereka mengerti bahawa haiwan juga punya perasaan. Yang kejam adalah manusia, walaupun kitalah satu-satunya makhluk yang Tuhan anugerahkan akal fikiran.

Tidak lupa saya memberitahu mereka betapa agung dan sucinya kasih sayang seorang ibu.........

Kalau dah baca, tapi tidak lansung rasa sedih. Pergi jumpa doctor, something wrong with your heart or mind. Aku assume orang gila atau bengap sahaja yang tidak akan rasa sedih.

Kepada penulis kisah ini, jika terbaca blog aku. Please contact aku. Aku berminat nak find out is this a true story.


6 comments:

anamiraa said...

aku meluat dengan pakcik bodoh yang bangang yang tembak mak monyet tu. takde kerja langsung ke yang pekdah sikit nak buat? hangin betul aku bila baca cerita2 macam ni. manusia ni selalu besar kepala sampai dia ingat dia boleh buat apa sahaja dalam dunia ni. bodoh gile!!

kalau penulis tu contact kau, pesan kat dia yang aku harap allah ampunkan dosa dia sebab bersekutu dengan pakcik bodoh tu. kalau ingat nak amik nyawa hambaallah sesuka hati pegi tukar agama join israel sana nuunn...

sori beb aku memang allergic ngan orang bodoh ni.!

Fid said...

aku pun mengutuk sakan pak cik yg tembak monyet tu
kalau buleh mkn ka logik la ni bunuh gitu je..jenis manusia durjana

rose said...

twice i read...twice i cried..huhu..sedih..lepas baca air mata takleh nak sorok..budak ofis gelak2kan aku..dia kate..gilo ko apo duk tenung pc pehtu nangis..huhuhu

if cite ni rekaan pon..aku still akan rasa sedih..sbb aku mmg sayang gile ngan binatang..n yg paling aku syg..KUCING..huhu..:-D

p/s: Incey Aku Betul!..find out sape empunye cite k...nk sgt tahu

Anonymous said...

For GOD sake!!!
What are they thinking?
They are not only killed one but two lives there!!
Hopefully the KARMA will teach them a lesson.What goes around comes around!!!

Send my DEATH regards to those sick people!!
I hope someday, someone will do the same to the person they love like they did to that poor little creature.

-Ipoh lads-

ramonez said...

sedih menusuk kalbuuuuuuu.......

Mr. Right said...

anamira n fid,
aku pun rasa marah ngn pakcik penulis tu.

rose,
nangis? jiwangnya.

ipoh lads,
karma. yeah.. hope so. But the writer kinda insaf already.

ramonez,
ingatkan aku sorang je jiwang. :)

All,
aku tengah cuba track down sapa penulis cerita ni. Aku end up dalam satu forum. Most probably ahli forum tu yg tulis. Will update my finding later.

Total Pageviews

. page counter