Wednesday, September 5

Kenapa Datang Kerja?

Notice: Lepas 2 hari cerita lucu, ini topic serious sikit.


Pernah dengar cerita ini?


ABC:

Kau tak kerja?

XYZ:
Kenapa nak kerja?

ABC:
Supaya hidup senang, gaji besar, dah tua boleh duduk relax.

XYZ:
Aku tak pergi kerja. Sekarang aku duduk relax. So, aku dah capai ‘impian kau’.

ABC:
Apa pula impian kau?

XYZ:
Aku nak duduk relax tak kerja, macam sekarang.


Kenapa semua orang kerja nak dapatkan duit? Kenapa? Tiada alasan lain ke? Seriously, takkan
tiada apa-apa alasan munasabah lain selain menggantikan buah fikiran, titik peluh, masa dan tenaga kita dengan wang ringgit. Kita habiskan masa setiap hari di office, keluarkan tenaga untuk gerakkan anggota badan dan untuk menggerakkan saraf-saraf otak, sesetengah orang menitik peluh dari dahi ke pipi, ke bibir dan terus masuk dalam mulut. In returns, kita dibayar wang ringgit. Itu sahaja.

Tidakkah wujud alasan, tujuan atau maksud lain kepada masa dan tenaga yang kita curahkan? Nilai ‘sebahagian’ dari diri kita yang hilang itu sama dengan kertas yang boleh ditukarkan dengan barang atau perkhidmatan? Itu sahaja? Murahnya.

Aku rasa kalau orang datang kerja, buat kerja dan balik kerja hanya untuk dapatkan duit, ini adalah golongan yang bodoh, rugi dan kurang sel otak. Ramai, cukup ramai manusia tergolong dalam jenis ini.

Dulu aku pernah bodek boss dengan memberitahu dia aku kerja bukan sebab nak gaji. Money bukan motivator terbaik. Ya, aku bodek boss dulu… duluuuuu. Tapi aku tidak hypocrite. Memang sebahagian dari diri aku merasakan sebegitu. Aku bekerja untuk memajukan diri aku, memajukan institusi yang aku wakili dan aku dibayar kerana usaha aku itu. Fair deal kan? Memajukan diri sendiri, dapat duit. Maksudnya aku membayangkan aku pergi kerja umpama aku pergi ke class masa zaman sekolah dan university. To be honest, memang tak banyak beza pun. Cuba fikirkan semula, ada paperwork kena buat, aku document kena baca, ada group discussion, ada deadline, ada assignment… tidak lari jauh. Cuma ‘pengajian’ di alam pekerjaan biasiswanya ribu-ribu compare masa student dulu beberapa ratus sahaja. Betul, biasiswa, dulu aku dapat biasiswa. Bukan loan. Sebabnya, aku pandai atau mungkin sebab arwah abah aku askar dan dia minta orang UMNO kampong aku buatkan surat sokongan.

Kerja untuk memajukan diri sendiri…. Lame? Jiwang? Lagi lemah dan bodoh aku rasa mereka yang menjadi hamba duit.

Alasan aku kepada diri sendiri untuk mengelakkan diri aku sendiri menggelar diri aku sendiri sebagai hamba duit adalah dengan memberitahu diri aku sendiri yang aku datang kerja untuk menaikkan taraf diri aku, pemikiran aku, harga diri aku. (Ayat panjang ni, harapnya anda semua boleh faham apa aku cuba nak cakap)

Itu alasan aku, korang cari lah alasan lain, jangan dok tiru alasan aku sahaja. Kalau tiada alasan lain, maksudnya korang bodoh, mangkuk, hamba duit, ikut kehendak perut, dan macam-macam jenis sifat negative lain yang biasa aku gunapakai diblog ini.

Kenapa aku rasa macam sentimental je posting ni? Kalau korang tak connected dengan entry ni aku tak kisah, since sebenarnya ia ada kaitan dengan masalah aku ditempat kerja sekarang. Macam biasa tersepit diantara big boss dan pekerja-pekerja. Pening...pening.

Gambar sekadar hiasan... Hahaha...


11 comments:

anamiraa said...

separuh setuju separuh tak.

betul tu kita kena 'earn' apa yang kita dapat. maknanya salary kita kena berkedaran dengan self development kita. bayangkan orang bodoh dapat gaji besar...menyusahkan semua pihak dan jadi tak cost effective. bayangkan jugak orang bodoh tiba2 dapat sejuta ringgit. kau fikir lagi banyak kebaikkan ke lagi banyak keburukkan?

jadi memang betul kerja tu membantu dalam self development.

TAPIIIIII.... sekarang ni kalau diberi pilihan. aku nak berjutajuta dan taknak kerja dah... aku nak increase my selfdevelopment by doing other things pulak macam pegi sponsor budak2 hiv infected yang dibuang oleh mak bapak bodoh dioarang... dan beli pengaruh orang2 politik so that aku boleh pecat semua menteri bodoh kat parliament tu...

ha ha ha ha... if wishes came true...

adar said...

aku keje sendiri sbb aku tak suka kena perintah. haha... rezeki aku tau halal sbb aku tak jual benda haram.

knp keje? sbb tu fitrah manusia. hobi aku internet jd aku jdkan hobi aku tu sbg keje@bisnes.

aku suka keje aku sbb keje aku adalah hobi aku.

amacam dood? lain dr lain tak reason aku berkerja?

edi said...

aku kerje memang nak duit.tak kisahle itu alasan bodoh ke. Kalau aku dah kaya mungkin aku still kerja untuk mengisi masa lapang aku. Nanti boringlah pulak takde buat apa.

Mr. Laer said...

Assalammualaikum,

Sebaik-baik nya niatkan berkerja itu kerana Allah swt. Supaya kerja itu akan di kira sebagai satu amalan yang mulia dan berpahala. Hidup ini paling penting mendapat rahmat dan keredhoan dari-Nya. Duit yang kita dapat sebenarnya adalah hanya satu pinjaman dari Allah swt sahaja. Maaf ya dik, kalau tersinggung. Sekadar mengingati...

Salam,
http://alivewire.wordpress.com/

Red said...

aku kerje sebab nak cari duit nak bayar htg yg aku sendiri buat.
nak hidup la katakan.

sukun said...

aku pernah argue dengan bos lama aku dulu..

aku:saya nak minta naik gaji le

bos:saya boleh timbangkan.tapi apa yang awak buat untuk company.Kerja dulu, buat lebih dari yang patut dan lepas tu gaji akan datang berkadaran dengan kerja.Saya tengok apa staff saya buat bla bla bla bla bla.Kalau awak layak saya akan cadangkan.

aku:bos nak saya buat apa lagi?

bos:buat lebih dari kerja awak.

aku:buat apa lagi?cuci bontot bos?


3 minggu lepas tu aku resign

ramonez said...

alasan bodo ke kalo keje nk dapat $?....kalo budk2 kuar 'u' myabe leh pk gitu...tapi camne plak yg keje2 yg bese...keje kilang contohnya...kalo xkeje nk mkn camne?nk beli susu anak?hutang?
pada aku keje hanya untuk $...zaman sekarang x berwang xde maruah...org xpandang...

Mr. Right said...

anamiraa,
Kita kena percaya semua orang dibayar setimpal dengan kerja mereka. Jika tidak, sepanjang masa kita akan rasa tak puas hati. Kerja kita sendiri akan jadi teruk.

adar,
Hobi sebagai alasan. Good one.

edi,
Cuba cari alasan lain. Percayalah, money not the best motivator. Seriously.

mr. laer,
Waa'laikum salam.
Terima kasih diatas pendangan anda. Setuju... setuju sangat-sangat. Tak tersinggung pun, cuma tersinggung sikit sebab gunakan blog ini as promotion medium. Blog aku ni tak cukup glamer lah untuk dijadikan tempat promosi. Hahaha...

red,
Itu kiranya kerja nak membetulkan kesilapan lalu. Kira ok la kot.

sukun,
Boss ko bodoh...! Dia tak tahu apa dia nak dan apa staff dia patut buat. Konon2 nak beri kebebasan untuk staff berfikir sendiri. Padahal dia sendiri yang bodoh. Kau pun kira bodoh juga sebab tak boleh fikir sendiri, bukan maksud dia suruh ko jilat bontot. Banyak cara 'bodek' lain selain buat benda2 bangang. Benda2 pandai macam berikan idea, tolong staff lain, macam2 lagi.

ramonez,
Maksud aku, beralasankan wang semata-mata. Bodoh. Kalau kerja kilang pun, niat dihati nak belajar cara supplier supply screw contohnya. Belajar, pasang niat nak jadi supplier screw terbesar Malaysia. Or yang kerja kilang minuman, mungkin pasang angan2 nak buat air jenama sendiri. Bunyi macam lawak, tapi yg penting belajar, majukan diri sendiri dan pasang niat. Aku sendiri ingin belajar macam mana rupa kilang yang ada production line beratus-ratus, kilang aku ni ada 2 line je. Aku pulak kerja di site. So, rasa rugi tak boleh belajar environment dalam kilang. Kadang2 je aku curi2 pergi sana, melepak atau merokok.

All,
Dah macam motivator la pulak aku ni. Hahahaha...

Anonymous said...

Hai,
I am certainly working for money.i am de-motivated being in my work place.And i am not satisfied with what i did here because i know the recognition is immposible.
But at least I got experience and looking forward to upgrade myself..somewhere..certainly not here..

So..yeah..for the time being,i am certainly working to pay my bills..

-Ipoh lads-

candleprince said...

aku rasa rakyat Malaysia tak bekerja hanya untuk wang..aku rasa mereka bekerja untuk KESENANGAN MASA DEPAN(yg dierang sendiri tak tahu)..kalau duit tu tak menjadi perantaraan...dierang kerja,terus dapat apa yang dierang nak..mesti dierang kurang bekerja macam yang kau cakap tu(duduk bersenang-senang)..

ini boleh dibuktikan bila minyak masak abis...dierang TERUS BELI MINYAK MASAK bergelen-gelen tak ingat dunia..dierang buat apa yang KELIHATAN menjanjikan KESENANGAN...
faham?itu pun susah...aku rasa aku betul kali ni..hikihikhik..

never about money...we just DONT WANT TO BE SUSAH...

Anonymous said...

aku tensen gi keje..bos asyik tanya payment bila dapat..payment bila dapat..dan staff lain pulak asyik claim bila dapat..claim bila dapat...bila...bila..bila.. Tiap-tiap bulan camtu la...
kang kalau aku tak keje padan muka aku..hutang umah, kete, internet, insuran anak2 sape nak tolong bayar..??

Total Pageviews

. page counter