Tuesday, August 21

Pengaruh Peraduan

Kalau ikut Bahasa Melayu, peraduan maksudnya pertandingan. Lawak kan, sebab ADU atau ADUAN lain maksud pula. Takpe, bukan itu aku nak cerita.

Sekarang ni syarikat-syarikat berlumba-lumba menganjurkan peraduan. Tambahan menjelang kemerdekaan ini. Macam-macam jenis peraduan ada. Memang seronok melihat pelbagai tawaran disediakan untuk kita semua sebagai pengguna. Bahkan ada manusia yang tidak bekerja tetapi mengaut hasil pendapatan dengan memasuki semua jenis pertandingan dan peraduan. Menarik kan?


Tapi memang besar pengaruh peraduan sebegini. Aku teringat lagi trip aku ke rumah orang kahwin di Johor dengan member-member. 2-3 orang antara kami sibuk beli Ali Café je. Termasuklah aku. Air tu bukan lah sedap sangat, lebih baik beli Milo or Nescafe, tapi sebab terpengaruh dengan iklan kemenangan Naza Ria, wang ringgit…. Dan suara pakcik beritahu dia “Menang Motor”, aku pun sibuk beli air tin Ali Café. Rasanya dah beratus tin aku beli tapi tak menang pun. Geram pun ada… dah la mahal, RM2.50 – RM3.00 ikut jenis kedai.


Then, last month aku sibuk isi minyak kereta di Petronas. Setiap kali isi pula RM20.00 atau RM40.00. Rasa lawak pun ada, bila minyak dah kurang je aku mesti cari Petronas, sanggup pusing-pusing jauh semata-mata nak dapatkan resit. Cuba korang tengok kata-kata yang aku hantar, rasa-rasa boleh menang tak? Aku buat 12 ayat, ini 3 antaranya.

  1. Kita berbeza agama, budaya dan idea namun kita berkongsi warisan, tujuan dan kasih terhadap Malaysia.
  1. Sejarah adalah lukisan mereka terdahulu dan masa depan merupakan kanvas putih untuk kita corakkan bersama.
  1. Kita perlu lupakan perbezaan, kukuhkan persamaan, usirkan pertelingkahan, eratkan hubungan, bersama kita nikmati erti kemerdekaan.

Tak sabar aku nak tunggu Petronas call beritahu aku menang kereta, hahahaha….

Aku jarang-jarang masuk peraduan. Seumur hidup aku pun cuma sekali aku menang. Pertandingan pantun ikut SMS, anjuran Jeff Ooi. Dapat lah satu bakul coklat.

Aku kadang-kadang terfikir juga, siapa yang ‘jaga’ peraduan ini semua? Mungkin peraduan besar-besar syarikat berkenaan akan lantik auditor bertauliah, tapi kalau peraduan kecil-kecil macam Grand Opening Hypermarket ke? Atau peraduan ikut SMS. Siapa yang nak jamin tiada penipuan? Ntah-ntah Ali Café tu memang tiada pemenang. Siapa pun tak tahu.

Bercerita pasal peraduan, kawan aku yang biasa komen disini, Shah ada anjurkan peraduan di website dia. Website akukaya.com milik dia masih lagi dihack. Shah ni busy dengan project-project lain, dia boleh buat tak tahu je dengan akukaya.com. Hahahhaa…


Lawati:
http://adar.blogmas.com/2007/08/16/wang-tunai-untuk-dimenangi-sempena-kemerdekaan-malaysia/

Sengaja aku tulis the whole url, bagi member-member disini boleh nampak. Wang Tunai…!

Selamat mencuba…

13 comments:

Helena said...

Helena masuk peraduan shell.... hampeh! ehhehe

rose said...

insyaAllah..dapat adiah..saguhati pon jadila..if dapat keta..alhamdulillah..

jgn risau..dah jampi dah semua 30++ borang yg di anta..muehehehhe..

sukun said...

ehem2....

Fid said...

kami dok pulun shell....tp oklah tak rugi apa2...pen nak tulis pun pinjam kat shell juga

btw...kwan akunyer bakal mak mertua dah menang kereta tp dia ambik RM..utk petronas..

sukun said...

fid,
rugi juga masa dan tenaga kalau ko nak pk pasal rugi ke tak..
tapi kalau ko pk camni "ada rezeki dapat le"baru le ko tak dpt rugi.
malah berpahala..igt tu fid
rezeki dari Tuhan jugak

Fid said...

ada ke rezeki bukan dari Allah?

Mr. Right said...

helena,
Shell bagi cash kan. Tak penah try. Yg Projet hari tu ada try. Hampeh, takde call balik pun.

rose,
Dah jampi? ok.. confirm dapat la kot.

Sapa nak beli Perdana baru? :)

fid,
Petronas dah kluar result ke? Ceh, kenapa dorg tak call aku... ni rasa nak pegi letupkan petrol station ni.

sukun,
betul2.

fid,
Kalau nak gaduh ngn Sukun pergi la ke blog dia. Dia baru buat. Nak tiru aku le tu... muhahhahahaa...

wan said...

Dulu2 pernah menang peraduan MixFM.

Skang ni hantar lah apa peraduan pun, hatta lucky draw pun tak pernah menang.

Takpe.. cuba lagi :)

penggermar said...

dood! aku rasa baik ko masuk shell punye..senang sket..aku rasa slogan2 ni tipu je semua nye..

wei, ape cite ko nye syair aritu?? senyap je..bile result dia??

Fid said...

dood
aku tak mau gaduh
tak gemar....
seperti aku bg tau ko kat YM la...
harharhar

lankapo said...

uwaaa aku kena tipu dgn berita harian
ada peraduan suh tampal sticker kat kereta. sticker tu dapat free bila beli paper BH 11 august sahaja. syarat2nya, setiap negeri ada wakil sorg utk spot plat kereta yg tampallah. Minggu lepas aku tampal kat keta aku dgn wife. tgk2 keta kami jerk ada. org lain tak tampal. patut ada pemenang dah. aku tgk kat website dia dgn paper, haram tak mention dah...Berita harian penipuuuu GRRRRR

Mr. Right said...

wan,
Usaha tangga kejayaan.

Penggemar,
Syair? Syair mana? pasal M'sia? Sial ko ni sapa? mana aku tau aku penah bincang syair ngn sapa?. Kalau syair Malaysia hari tu dah ilang. Aku save dlm server, esok tgk dah tak jumpa. Siot. Penat je. Dah malas nak buat.

fid,
Yeke ke kau tak suka gaduh? mr. boleh tolong jawap kot. Hahahahha..

kapo,
Hahahaha... sticker kat kereta? Ermm... kalau korang berdua saja yg tampal confirm korang la yg menang. Itu la pasal, aku rasa peraduan2 ni bukan semuanya betul. Patut kena masuk cabinet ni, atau kena adakan Kementerian Peraduan atau Suruhanjaya Peraduan, supaya leh jaga semua jenis peraduan di M'sia. HAhahaha...

Kopi Suam said...

salam,
Petronas dah kuo result contest saya anak malaysia tu. My best friend won the first prize proton perdana....


tak pe cuba lagi di lain masa ok

Total Pageviews

. page counter