Thursday, August 2

Take It Easy

Tak kena mengena dengan lagu Take It Easy by Eagles

Mesti ada antara member disini pernah dengar cerita pasal bagaimana syarikat sabun serbuk di USA dan China selesaikan masalah kotak kosong terlepas dari production line. Kepada yang tidak pernah dengar, secara ringkasnya, syarikat sabun serbuk USA bina alat yang mahal untuk x-ray setiap box agar semuanya diisi dengan sabun selepas lalu line production. Jadi tiada kotak kosong yang terlepas. Sedangkan syarikat di China hanya meletakkan kipas besar meniup barisan kotak selepas melalui mesin pengisian. Bila ada kotak kosong, ia akan terjatuh. Bijak…bijak.


Last week aku bersembang dengan rakan sekerja aku dan dapat cerita yang hampir sama. Dia ni website programmer. Then, bila dia dah develop satu application di website company kami, big
boss mahu benda itu ditayangkan full screen bila visitor buka. Or at least give any instruction agar benda tu boleh jadi full screen. It’s IPTV kind of thing. IPTV yang sedikit interactive compare to normal IPTV. Kenapa lah nak tengok TV melalui Internet? Beli je lah TV. What ever, mainan budak-budak nerd ni memang susah nak faham. Jadi dia jenuh fikir untuk crack code program tu agar boleh jadi full screen. Dah hampir 2 hari dia fikir tiba-tiba wife dia yang buta I.T bagitahu… rasanya for Internet Explorer press F11 adalah shortcut for full screen. Dia tepuk dahi dan rasa nak tikam dada sendiri. If he remembers that simple short cut key, he can easily make use of it.

Then, last 2 years perkara yang hampir sama berlaku pada aku sendiri. Susah nak terangkan ni. Cuba bayangkan je lah apa yang aku tulis. Untuk mencantumkan fiber yang putus, kena guna
sejenis alat khas. Alat ini akan panaskan kedua-dua fiber then bila dah cair ia akan bercantum. Untuk protect fiber yang baru dicantumkan tu ada benda dipanggil sleeve protection. Ada batang besi kecil yang dibalut plastic. Fiber yang baru dicantumkan kena disimpan disebelah batang besi tu untuk protect fiber yang rapuh. Bila semua dah in place, plastic tu pula perlu dipanaskan agar ia mengecut dan ‘pegang’ besi sekali dengan gentian fiber. Faham dah kot? Bukan complicated sangat pun. Ok, then satu hari di site bila kami nak bakar je plastic tu agar dia mengecut, machine tu ada problem. Tension ni… nak cepat ada problem pula. Aku mengelabah call sana sini nak cari machine lain, then tiba-tiba aku tengok dah settle. Aku tanya budak yang buat tu, dia senyum je tunjukkan lighter dia. Mula-mula aku ingat dia nak ajak hisap rokok, then baru aku sedar… Sial… dia bakar plastic tu dengan lighter je. Kalau lah terkena fiber, mampos. Tapi since everything ok, aku salute la juga dengan creativity dan keberanian dia.

Moral of all stories, pada aku… tak perlu fikir teruk sangat di tempat kerja. Lebih kurang sudah la. Hahahaha… kalau korang ada conclusion lain, suka hati lah.

4 comments:

sukun said...

itu le namanya think out of the box.kreatif.tahniah akubetul sbb ada ada buah yg bijak.
takle bodoh je ikut procedure je.
skema...
bendul..
lembu kena cucuk idung..
huh,emosi lak aku.

Anonymous said...

hahaha....betoi la!!!nie asyik nk lurus cam pembaris sape soh.bosan hidup!!!....

edi said...

betulll.....kreatif sangat penting untuk survive dalam dunia ini. Orang Malaysia memang kreatif apa...kereta wira bleh tukar jadi evo(lari tajuk sket)hehehe

Mr. Right said...

Sukun,
Kau memang selalu emosi.

ano,
Yup... idup pembaris memang bosan pun.

edi,
hahaha.. setuju, budak motor pun creative tahap scientist. Ada yg pakai minyak masak ganti minyak 2T.

Total Pageviews

. page counter