Friday, September 28

Aku Bertanya…

Selalunya aku berceloteh disini, aku tulis. Aku curahkan idea dari kepala aku ke screen monitor. Aku tulis ikut suka aku, aku confident semua idea aku betul dan tepat. Aku pernah mention disini, jika orang tidak setuju dengan aku, maksudnya dia salah.

Semalam, aku terfikir satu benda. Satu isu, satu persoalan. Selalunya idea sebegini yang akan berkahir dengan 1 entry yang dipenuhi dengan idea-idea aku. Tapi yang anehnya persoalan ini aku gagal cari jawapan. Mungkin isunya tidak dekat dengan aku, tidak click dengan diri aku. Aku fikir-fikir, beberapa jam… sebelum tidor, selepas tidor, masa makan sahur, masa drive ke office… still failed to find concrete answer. Nak senang, aku just lupakan benda ini, maksudnya tidak perlu lah aku pecah kepala cari jawapan. But still rasa tak puas hati itu terus mekar dalam kepala otak aku.


Ok, seriously ini bukan joke, tapi aku gagal dapatkan jawapan. Persoalan serious…


KENAPA WANITA ADA YANG TIDAK MAHU PAKAI TUDUNG?


Aku tahu ini isu sensitive. Ramai cakap ini pilihan peribadi, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi orang lain. But, sorry lah.. bukan disengajakan, aku tiba-tiba terfikir benda ini. Dan rasa tidak puas hati kerana gagal dapatkan jawapan semakin meluap-luap.


Tidak seperti lain-lain kejahatan, tak pakai tudung nampak kecil dan tidak diambil berat. Tapi pada hakikatnya, itu tidak menutup aurat. Engkar arahan Allah… Nau’zubillah…


Ok, jadi aku harap kawan-kawan disini boleh tolong berikan idea. Aku akan biarkan posting ini dari hari ini sehingga Isnin, harap aku akan dapat jawapan yang memuaskan hati aku. Ramai kaum hawa yang ada pengalaman di sekolah, di university atau di tempat kerja boleh berikan pandangan, atau budak lelaki yang ada kekasih, tunang, bini, adik atau anak yang memang tak mahu pakai tudung kepala.


Jarang-jarang otak aku beku idea, kering jawapan atau buntu penyelesaian but for this one aku memang tak dapat cari jawapan concrete. Ada jawapan-jawapan cap ayam bermain difikiran, tapi aku memang tak puas hati.


Tolong…
Please share your thought with me.

Selamat berhujung minggu.


P/S: Aku harap mamat ini, dikenakan hukuman berat. Buat malu je…


29 comments:

edi said...

dood,
aku rasa soalan yang paling relevan ialah kenapa wanita tidak menutup aurat. Pasal sekarang ni banyak aku tengok pakai tudung tapi pakaian still menggiurkan.

teek said...

kenapa?

biarlah ini jd peringatan pada kita semua terutama sayaaaa.

-kenapa lelaki pun tak mau tutup aurat? (berseluar pendek atau tidak berbaju dan pinggang seluar di bwh pusat)
-kenapa liat sgt kita nak solat, padahal 5 minit je? kalau ngadap komputer, main game, tgk tv, baca buku, tgk wayang, tgk bola berjam-jam..ok je.
-kenapa bila mampu, kita lebih suka ke indon, london, paris tetapi tidak ke mekah?
-kenapa kita boleh belanja beratus ribu utk dapatkan model handphone terbaru tapi kita tak tau kat mana, bila dan brapa ringgit zakat yg perlu dibayar?

Mungkin sebab pemahaman kita sangat kurang. InsyaAllah as time goes by, kita belajar.

*dood, serius sgt ni? ko nak kawin dh ke?
tapi typical lelaki la ko, asyik pk psl pompuan tak tutup aurat je..benda lain pun salah jugak :P

Mr. Right said...

Edi,
Ok... betul juga tu... Lebih kurang la. Kenapa wanita tidak mementingkan aurat?

teek,
Laa.. kenapa main semangat feminist lak ni? Wei... aku mmg nak kawin, niat tu ada.. bila? taktau lagi..:). Aku tunggu kau kawin dulu...

ramonez said...

kita dah x ambil kesah sgt dengan benda2 kecik yg camgini....yg lelaki main bola pake suar pendek?bukan ke tu aurat...tapi wat derk je kita sume...kalo kita di zaman nabi ntah la...

semoga kita kembali kepada ajaran sebenarnya...amin

MR. said...

Hmm ... mungkin sebab dia takut dah pakai nanti bukak balik? So, baik tunggu betul2 bersedia nak pakai, baru pakai ...

Apa kata ko cuba tanya kawan baik ko Miss Boinq tuh ... mungkin dia ader jawapan yg pastinya menyakitkan hati ...

Ni citer pasal keta ari tu ... sorry ketinggalan sket ...
Aku dah angkat Honda City baru!! Hahahahhaahh ... keta raya!! Yea yea ....

Satu mende ko silap dood ... Honda City bukanlah keta mewah ... keta mewah cam Honda Civic, Toyota Camry, MErce dan seangkatan dengannya ... Honda City ni bolehlah dikategorikan kereta golongan pertengahan ... hehehe ...

rose said...

Hmm...nape tak pakai tudung?
ntahla..aku tak reti nak hurai or bagi pendapat pasal ni..sbb diri sendiri pon banyak lagi kene perbaiki...

Incey Aku Betul!..takyahla nak pening2 pale pikior..kang sakit pale..huhuhu

aku bukan sokong org tak pakai tudung or tak tutup aurat..tapi aku takut..takut sgt nak komen bab2 nih..takut kang aku sendiri buat..
nauzubillah..simpang malaikat 44..
Ya Allah..semoga kau kuatkan iman ku...Amin...

p/s: aku mmg pakai tudung..since skolah tadika..alhamdulillah..

diabetul said...

ni bagi pendapat aku lah.. cuba pikir.. adakah wanita yg bertutung itu baik? atau kerana tudung nyer?

mereka yg tak mahu bertudung tu, mungkin tak nak images tudung ni di cemarkan ngan cara meraka yg tidak sesuai bertudung..

biar lah mereka2 yg rasa diri tu dah layak bertudung.. baru bertudung.. jng kera dipakasa mak ayah.. images suci ini tercema kerana terpaksa..

keluar bertudung, sampai toilet rambut pon jadik merah.. apa saje yg tertutup di buka.. mcm superman lak..

apa apa pon.. tu je lah pendapat aku..

Fid said...

Dood
aku minta maaf sebab aku takleh nak bagi pendapat yg bernas ttg pertanyaan ko

tp le ni kalau aku kata tak nak pakai tudung (kes bila nak pakai tudung ..tudung tu tak mau jd elok so kes ngamuk la..dah la ada org dok bunyi hon kereta...)suami aku akan kata "jgn nak mengada2"...

Mmg org akan selalu anggap sapa pakai tudung tu 'baik'
mmm....
pada akulah kan....
kalau pakai ke tak pakai ke ..nak buat jahat mmg akan nampak juga jahatnya..tak nampak hari ni kat SANA nnt nampak juga...
tp yg pasti bila pakai tudung tu percentage syak wasangka buruk tu akan kurang sikit la....(kurang 0.000000000001% ka) hahahaa
pendapat aku la

eh ko tanya naper tak pakai tudung kan..jd aku tak menjawap la nih...ishhh

BulaT said...

fid,
aku stuju ngan ko..
bila somebody tu pakai tudung..kebarangkalian utk org nampak dia tu jahat adalah kurang..

cth. la kan yang aku tgk..
pompuan yg tak pakai tudung n pakai menjolok mata akan ada kebarangkalian yang tinggi utk dikacau & diusik oleh lelaki2 miang kat tepi jalan..if pompuan tu pakai jilbab labuh..aku pasti tak ramai yg nak kacau kan..

tu je pendapat aku..sekian

softie said...

kenapa tak pakai tudung...ntah la...pelik kalo kat umah sendri mmg pakai...tp blk umah mak...hmmm....hati insaf pakai...hati malas....kepala ku tak bertudung la jawab nya...kenapa..tak pasti...Ya Allah tunjuk kan jln yg benar pd ku...:D

Anonymous said...

Persoalan tudung ni agak sensitive, kalo dah jadi laki, bini tak pakai tudung , laki kena tanggung tau. Aku rasa bukan senang nak jaga bini. Tutup aurat ni hukumnya WAJIB, kalu x pakai tudung, pakai seluar pendek, dosa la jugak. Persoalan kalau pakai tudung tu tak tentu baik tak payah la nak timbulkan. Kurang2, kalau dah tutup aurat, kurang satu dosa.

~Bale

AC said...

Eerr..... bila banyak sangat soalan kenapa dan mengapa ni aku pun nak beratnya jugak....

"Kenapa Khalid Jamlus khalwat dalam bulan pose ha..????" Takkan khalwat je....."

nasir said...

ramai wanita bertudung skang adalah untuk fesyen semata-mata. Lilit camni, lilit camtuh. rimas aku tgk. cam antu pocong pon ade kekadang.

Kekadang depa bukan nak tutup sgt pon (sbb mak/pakwe/laki/tunang suh pakai tudung, tutup aurat = tak ikhlas!

tapi syukur, sbb mampu pakai tudung dari yg tak pakai tudung langsung kan.. bak kate Bale..kurang satu dose. betul2. aku stuju!

rose said...

1st komen aku cakap takmo komen lebih2 kan..tapi aku just nak bagi satu input je..

Beza antara org Islam & org Kafir adalah ibadat & cara hidupnya.

Pakaian seperti org Islam bukan bermakna seseorang itu Islam.
If kita suh amoi kat ofis pakai baju kurung n tudung pon..tak bermaksud dia tu Islam..yg melambangkan dia spt org Islam adalah dari segi pemakaiannya sahaja..

oleh itu, if kita org Islam..pastikan bukan sahaja pemakaian sahaja Islam, tetapi cara hidup & Ibadah kita adalah ISLAM.

"MARI PASTIKAN KITA BERIMAN & MENJALANI CARA HIDUP ISLAM YANG SEBENAR"

anamiraa said...

mr. right,
kau lupa nak tanya soalan yang seiringan dengannya:-
1) kenapa orang minum arak
2) kenapa orang tinggal sembahyang
3) kenapa orang berzina
etc

yang jugak merupakan dosa2 besar dan terang2 engkar perintah allah.

kesimpulannya allah jadikan hamba2nya ada ahli syurga dan ada ahli neraka. sebagai muslim, yang terbaik ialah berikan contoh yang baik sebagai salah satu cara berdakwah kepada orang lain. tapi hidayah itu tetap kerja allah. kalau kita dah seru berkali kali kali pun orang buat deekkkkkkk je makanya mungkin bukan kerja kita lagi.

just my 2 cents.

Mr. Right said...

All,
Thanks for all the comments.

khys said...

dari pemerhatian aku, wanita islam yg tak pakai tudung ni adalah disebabkan kehidupan mereka dikelilingi oleh wanita2 yg tak bertudung jugak, terutamanya dari kalangan anggota keluarga wanita, dan terutama sekali ibu atau adik beradik mereka. wanita2 tersebut hidup di kalangan rakan2, dan persekitaran yang 'tidak memberi motivasi' utk mereka bertudung. sekalipun mereka hidup dalam kelompok wanita bertudung, tapi tiada dorongan yg positif dari manusia2 di persekitaran mereka. apa lagilah kalau mereka hidup dlm kelompok wanita tak bertudung, sampai hujung nyawa lah mereka takkan berubah.

bagaimana anak2 mahu bertudung sekiranya si ibu tidak memulakannya? (ini pemerhatian terhadap golongan 'bandar'). bagaimana si isteri hendak mula bertudung (setelah nikah) apabila si suami tidak mendesak, atau sekurang-kurangnya mencadangkannya? semuanya ini ada kaitan dgn hubungan sesama manusia.

aku sendiri byk perhatikan bagaimana apabila seseorang wanita tidak bertudung 'menyertai' kehidupan wanita2 bertudung (contohnya berkahwin di mana keluarga suami mengamalkan menutup aurat), wanita itu tidak lagi merasa 'malu' utk bertudung. di tempat kerja aku pun pernah aku saksikan, pekerja wanita tidak bertudung yg berkawan dgn ramai rakan2 bertudung akhirnya berubah gaya. mungkin juga ada kes2 di mana ibu tak bertudung, tapi anak perempuan belajar jauh dan berkawan dgn rakan2 bertudung labuh, akhirnya si anak pula lebih dulu bertudung, dan mmg ada kes2 macam ni yg akhirnya anak pula influence ibu utk bertudung.

jadi, aku mmg percaya wanita tak bertudung akan berubah gaya sekiranya kehidupan mereka berada dlm 'jagaan' persekitaran mereka, boleh juga disimpulkan sbg: kepimpinan melalui tauladan, budaya tegur-menegur, dan menjauhi hidup drp kawasan2 bermaksiat. aku nampak 'isu' dan tingkahlaku ini dari sudut psikologi dan sosial...

Mr. Right said...

khys,
Thanks for the long comment. Agree on most of ur idea.

Melat_Pinky said...

Assalamualaikum,
lewat sket nak menyampuk,
aku rase komen yg aku nak bg ni jawapan basic je kot, kenapa tanak pakai tudung? : sengaja nak melanggar perintah Allah,sebabnya dah jelas, Allah perintahkan semua umat die menutup aurat, tapi kalau hamba die tanak tutup aurat x kira la lelaki ke pompuan jelaslah hambanya itu sengaja nak melanggar perintahNya, aurat lelaki tu dr pusat sampai lutut, pompuan plak yang boleh dibuka pon hanyalah muka dan telapak tangan(sesetengah mazhab mengatakan hanya mata dan telapak tangan)period

hamba Allah yg hina.. said...

mnutup aurat ni perlu utk lelaki ngn pompuan..tp aku rse mgkin hidayah 2 blm smpai lg utk dorg..
doa2 kn lah smoge kite sntiasa peroleh hidayah-Nya..amin..

Anonymous said...

baik dan buruk itu dari allah
AKU sentiasa bersama kamu dan setiap perbuatan kamu.
kenapa harus sibukan tentang orang lain? apakah hukum menghukum?
mengapa suka mengambil tugas AKU?
adakah kamu mengadakan dusta terhadap AKU?
ILMU ITU AMAL, AMAL ITU DIAM
perhatikan mereka yg berilmu dan beramal...
apakah dosa tidak memakai tudung? bagaiman pula dosa mengata dan mencari slah orang? bukan kah islam mengajar kasih sayang? adakah kamu wakil tuhan? mengapa mahu melantik diri menjadi wakil tuhan? adakah tuhan itu lemah sehingga perlu kamu menjadi wakilnya?
yang BETUL hanya AKU dan AKU yg mencipta. lihat filem jangan asyik dengan pelakon tapi lihatlah pengarahnya...

Anonymous said...

bg i senang je..yg xpkai tudung sbb hati diorg blum terbuka dan diorg akn terus mcm 2 klu diorg x cuba mendekati diri dgn tuhan or diorg x cuba cari siape diri diorg yg sebenar..im a new hijabi..Alhamdulillah..

luna said...

saya tidak bertudung.tidak mempunyai asas agama yg bagus.tapi,tidak salahkan ibu-bapa-keluarga.semuanya bergantung kepada diri sendiri.26tahun mencari-cari pedoman hidup dan berfikir.mencari sesuatu.mungkin sudah terbiasa.mungkin saya rasa saya lebih cantik tidak bertudung.rambut adalah mahkota wanita.tapi, akhirnye saya membuat keputusan bertudung.saya pasti dengan keputusan saya.saya tidak mahu menambahkan dosa dan tidak mahu sesat di akhir zaman ini.akhirnya.after 26years.saya bertudung dengan ikhlas.kesedaran datang.terima kasih Allah.

Anonymous said...

to anynomous:

dlm Islam tegur menegur tu digalakkan.ape lg kalau perkara tu dh sah2 salah dlm Islam.knp perlu dibangkitkan isu "wakil Tuhan" or whatever it is?Nabi2 dan Rasul2 yg sblm ni pun diturunkan oleh Allah untuk menegur kesilapan manusia.dlm Qur'an sendiri Allah menyuruh manusia utk sentiasa berpesan2 kpd manusia lain kpd kebenaran.

fitrah manusia: x suke ditegur,lebih2 lg bab agama ( sbb manusia sombong )

kalau awk x suke ditegur,itu terpulang pd awk.tp JGN MENGALAKKAN ORG LAIN BERHENTI dari memperbaiki umat Islam yg lain.

hamba Allah

Anonymous said...

Hi !.
You re, I guess , probably curious to know how one can manage to receive high yields .
There is no initial capital needed You may start to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you need
AimTrust incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with offices around the world.
Do you want to become an affluent person?
That`s your choice That`s what you really need!

I`m happy and lucky, I started to take up real money with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to choose a proper partner who uses your savings in a right way - that`s the AimTrust!.
I earn US$2,000 per day, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to join , just click this link http://eredojuwa.fcpages.com/jycaqy.html
and lucky you`re! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life

Anonymous said...

Hi !.
might , probably curious to know how one can make real money .
There is no initial capital needed You may commense to get income with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you thought of all the time
AimTrust represents an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

It is based in Panama with offices everywhere: In USA, Canada, Cyprus.
Do you want to become a happy investor?
That`s your choice That`s what you really need!

I`m happy and lucky, I started to get income with the help of this company,
and I invite you to do the same. If it gets down to choose a correct partner utilizes your funds in a right way - that`s AimTrust!.
I make 2G daily, and my first deposit was 1 grand only!
It`s easy to get involved , just click this link http://ekuhumajow.builtfree.org/pujiqe.html
and go! Let`s take our chance together to feel the smell of real money

Anonymous said...

Glad to greet you, ladies and gentlemen!

For sure you didn’t here about me yet,
friends call me Peter.
Generally I’m a venturesome gambler. all my life I’m carried away by online-casino and poker.
Not long time ago I started my own blog, where I describe my virtual adventures.
Probably, it will be interesting for you to read my travel notes and reports about winnings and losses on this way.
Please visit my web site. http://allbestcasino.com I’ll be glad would you find time to leave your comments.

Anonymous said...

Thanks for taking the time to debate this, I really feel strongly about it and love learning more on this topic. If attainable, as you acquire expertise, would you thoughts updating your weblog with extra info? It is extremely helpful for me.

AyuIdayu said...

senang je... pompuan kalo nak dapat pasangan / jodoh yg baik budi pekerti,agamanya juga , dia kenalah jadi baik dulu.. kan Allah dah janjikan, pasangan yg baik buat org yg baik juga.. jglah kt nk pasangan kt perfect tp didri sendiri huru hara.. betul tak..

tutup aurat adalah kewajipan, bermakna terpaksa pakai..walau hati tak rela @ tak sedia .. bukan tunggu smpai sampai hidayah smpai.. kena paksa diri!! :)

Total Pageviews

. page counter