Wednesday, September 26

Cerita Ramadhan: Tak Puasa

Susah nak cari orang tak puasa. Orang malas sembahyang ramai, orang suka mencarut ramai, orang suka layan benda-benda lucah pun ramai. Tapi orang tak puasa susah nak cari. Orang malas sembahyang pun ramai yang puasa. Tapi ada, memang ada. Di office aku from like 50 male workers, 2-3 orang tidak berpuasa. Ini antara alasan mereka, ada yang lawak ada yang serious.

Ibu bapa selalu encourage anak-anak untuk berpuasa dengan memberitahu hanya mereka yang berpuasa layak untuk beraya. So, for those yang malas berpuasa, mereka memberi alasan, mereka cuma beraya 1 minggu atau 2-3 hari. So, why the need to fast the whole month. Just puasa 7 hari sudah puas untuk mereka beraya nanti. Cuti raya pun maximum 1 minggu. Ini adalah alasan orang dewasa yang masih rasa diri mereka kanak-kanak dan patuh dengan nasihat ibu bapa. Jadi, kepada ibu bapa tolong guna alasan lain, nanti takut anak-anak korang dah besar akan gunakan alasan sebegini kepada rakan-rakan untuk tidak berpuasa.


Lagi satu alasan adalah minum arak. Aku ada kawan, most of my real life friends knew about this guy. Aku selalu jadikan dia sebagai topic perbualan. Sebab kehidupan dia memang pelik dah ajaib. Aku tak berniat nak sentuh kehidupan dia, cuma aku nak utarakan his excuse untuk tidak berpuasa. Rakan aku ini sememangnya seorang yang suka minum arak. Almost each weekend dia akan pergi minum. So, arak itu menjadi alasan. Menurut dia, setitik arak sudah cukup untuk amalan kita ditolak selama 40 hari, 44 hari. Something likes that. So, seumur hidup dia telah minum berbotol-botol. Nampak tak? Jadi apa guna dia puasa jika amalan dia tidak akan diterima. Apa guna puasa sekadar untuk lapar dan dahaga? Bernas kan? Kalau aku ustaz aku akan cuba untuk bersyarah dengan dia. Tapi aku bukan ustaz, aku cuma boleh berkata berhenti lah minum arak. Itu sahaja.


Penat dan sakit. Alasan seterusnya. Mereka ada terbaca hadis rasanya yang menerangkan kita boleh berbuka jika terlalu penat dan menyebabkan kesihatan terganggu. Jadi pekerja-pekerja ini menggunakan alasan tersebut. Setiap hari mereka rasa mereka terlalu penat, jika terus berpuasa mereka akan mati kot. Jadi mereka pun mengambil jalan senang. Berbuka pada pukul 8 pagi dengan roti canai. Golongan sebegini juga yang selalunya sakit perut, pening kepala, migraine, lengoh-lengoh badan dan macam-macam lain untuk mencari alasan kepada member-member atau kepada isteri untuk tidak berpuasa.


Sebungkus maggi. Ok, ini bukan alasan, cuma cerita masa aku asrama dulu. Aku form 3 rasanya. Ada seorang junior from 1 yang aku tangkap kerana tidak berpuasa. Petang sebelum pergi main dia makan maggi bawah katil. Alasan dia kerana maggi tu nampak sedap, jadi dia pun makan. Plain and simple. Aku beritahu dia, aku pun ada juga tidak puas, tapi tidak lah kerana sebungkus maggi. Kalau betul-betul nak ponteng puasa berbaik-baik lah dengan abang dewan makan, nanti pukul 3, masa orang pergi class prep, aku akan menyelinap ke dewan makan dan makan makanan untuk berbuka. Nasi, lauk ayam, air sirap… baru ada class. Bukan dengan sebungkus mee segera. But, the true reason dia tak puasa kerana dari kecil dia tidak pernah puasa. Anak orang kaya, ibu bapa tidak pernah suruh dia puasa. Even his parent pun tidak pernah puasa, dia beritahu aku dirumah dia ada mini bar. Aku terkedu. So, sampai boarding school dia jadi terkejut sebab semua orang puasa. Try puasa rasa nak mati, sebab itu tarikan mee segera membuatkan dia berbuka pukul 5 petang. Aku lanjutkan kes dia ke senior-senior yang lain. Kami tak paksa dia puasa, but slowly we encourage him to try. Alhamdullillah, dia berjaya juga puasa melebihi seminggu. But, as weird as it sound, senior-senior yang mendidik itu pun tak puasa sebenarnya. Haahhaha… Normal, di asrama cerita itu sangat normal. Senior cakap jangan merokok, but mereka hisap, jangan lompat pagar tapi merekalah jaguh ‘fly’. Prinsipnya, hanya senior boleh buat jahat. Hahahha….


20 comments:

Fid said...

banyakkan alasan org tak puasa
tp kalau org tak solat apa plak alasan ya..
yg kwn ko kaki botol tu kan dood..dia mmg yakin dia tak nak berubah ke erk?
kalaulah hudud diamalkan..ish ish ish....

tp bleh plak ko puasa merokok siang hari ya....
kalau ko bleh maintain puasa rokok siang dan malam lagi cantik....
(sekadar harapan seorang kawan)

Ramonez said...

puasa ni kalo dah di didik dari kecik cerah masa depan...insyaallah..kalo dah beasr panjang ni baru nk belajar agak susah...cam kes rebung la...kalo dh jadi buluh susah nk dilentur melainkan bakor je...

fid...pasal posa rokok tu masalah psikologi je...kalo bulan posa leh thn x rokok di siang ari...nape ari bese xleh benti??????? mesti bole punya...

teek said...

dood, apsal kan yg selalu tak puasa ni , umat lelaki? adakah keran orang pompuan ada "cuti" so, kitorg tak heran untuk TAK puasa?

lagi satu, psl kawan ko yg minum arak tu. apa yg dia buat, dan tak buat, itu antara dia & Allah. kita tak tau samada apa yg kita buat tu tidak diterima semata-mata kerana kita tidak meninggalkan laranganNya.

apa yang aku nak tulis ni, sila baca dengan tone yg "baik". ini bukan sarcasm atau perli. tapi inilah contoh yang terpk currently:

dia kata, 1 titik..tolak amalan 40 hari. sebab dia dah minum berbotol-botol, sure semua amalan ditolak therefore baik takyah buat langsung.
itu lebih kurang mcm cakap- semua orang mati,therefore..kalau kita sakit, takyah la makan ubat/buat treatment...biarkan je. lelama mati jugak kan? better still, bila sakit je..bunuh diri trus, xde suffering, ok?

ama said...

mana ada setitik arak amalan tak terima 40 hari. itula akibatnya masyrakat kita ni selalu sangat dok ambil hadis tanpa usul periksa, sahih ke tak....hmmm...

Mr. Right said...

fid,
Harapan tinggal harapan je lah.

ramonez,
Hahahaa... betul2, bakar then baru leh lentur.

Teek,
Idea menarik, nanti aku bagitau dia.

ama,
Kalau rasa pandai, buktikan lah kesalahan tanggapan kami semua. Jgn asyik berkias-kias dan berlagak cerdik sahaja.

Fid said...

dood
ni dr
http://www.hmetro.com.my/Current_News/HM/Sunday/AMMJ/20070506104021/Article/indexs_html

tp aku tolong paste la ya
supaya yg kita bleh baca terus kat sini

40 hari ibadat peminum arak ditolak

SAYA terbaca dalam akhbar baru-baru ini (bukan ruangan agama) mengatakan Allah tidak akan menerima ibadat selama 40 hari bagi orang yang minum arak. Adakah ini benar?
Bolehkah Datuk jelaskan hal ini kerana setiap hari saya mendengar hadis disiarkan di radio bahawa ada tiga kumpulan tidak diterima amalannya oleh Allah, antaranya orang yang mabuk kerana arak hingga dia sedar daripada mabuk.

Daripada pemahaman saya, apa yang disiarkan dalam akhbar itu bercanggah dengan hadis tadi. Minta penjelasan mengenainya.

INGIN TAHU
Shah Alam

Arak disifatkan dalam al-Quran dan hadis Nabi sebagai najis yang dilarang dan amalan syaitan. Bahkan kerana hebat sekali pengharamannya, Nabi Muhammad SAW mengecamnya dan bersabda yang maksudnya ‘arak itu ibu segala kejahatan’ dan ‘orang yang minum arak sama seperti orang menyembah berhala’.

Baginda juga menyatakan, Allah melaknati bukan saja orang yang minum arak tapi juga menghidang, menjual, memerah dan makan duit daripada apa saja hasilnya.

Hadis diriwayatkan daripada Rasulullah SAW tidak mungkin bercanggah sesama sendiri kerana ia datang daripada sumber yang satu.

Hadis yang dimaksudkan ialah ‘Barang siapa yang minum khamar, tidak diterima solatnya oleh Allah 40 hari, jika ia taubat.

Allah Taala akan menerima taubatnya: jika dia mengulangi (kali ke 2), solatnya tidak diterima pula oleh Allah Taala selama 40 hari jika ia bertaubat.

Allah menerima taubat jika dia mengulangi (kali ketiga), solat tidak diterima Allah selama 40 hari jika ia bertaubat. Allah akan menerima taubatnya: jika dia mengulangi (kali keempat), solat tidak diterima Allah selama 40 hari jika ia bertaubat (kali keempat), taubatnya tidak diterima oleh Allah (riwayat Tirmizi)

Yang mengatakannya hadis Hasan. Hadis ini diriwayatkan juga An-Nasa-i dan Ibn Majah).

Pokok pangkalnya bukan soal adakah 40 hari ibadatnya tidak diterima atau hanya diterima sebaik saja dia sedar, tetapi perbuatan minum arak itu sendiri ditegah dalam agama.

Mereka yang melakukannya wajar segera bertaubat, baru amalan akan diterima.

soal jawap agama kat hmetro dgn datuk dr marshitah

Anonymous said...

Ada pernah dengar dak org bagi alasan yg semua amalan telah tertulis di 'longmahfus'. Kalau tak posa, depa bagi alasan yg hari ni dah tertulis kat 'longmahfus' yg aku tak posa, nak buat mcm mana.
Jahil punya org.

*tak kena mengena dgn entry-jaga2 dgn mufti Perlis.

Berbatov

ROSE said...

ape yg nak disampaikan oleh anonymous di atas ni ek?
tak paham teman.

fid,
aku salute la ngan hubby ko..tak isap okok..bagus2

pak cik yg slalu anta surat kat ofis aku(ABX Courier) selalu cite budak2 muda kat tempat dia keje..selamber je isap okok, makan2 depan dia..bila pak cik tu tegur, depa kate..ala..muda lagi..ilek ar..bnyk masa lagi nak pose n tobat..

kureng asem punye budak! dengan org tua pon dia leh cakap camtu..mmg ati dah itam legam..iman seolah2 dah tertutup..if taubat nasuha baru leh bersih tuh..

aku harap..org2 yg selalu tinggalkan rukun Islam dan wajib dikerjakan nih..cepat2la bertaubat..insyaAllah..Allah terima taubat korang..Amin...

Mr. Right said...

Fid,
Thanks sebab tolong paste.

ano,
Kau ni Nije ke?

Mufti Perlis pro BN kan? Kenapa kena hati2 dgn dia?

rose,
Amin

Anonymous said...

Mufti Perlis tu tak kira la pro sapa pun, dia tu bawak fahaman WAHABI. Tak termasuk dalam ahli sunnah waljamaah. Sebab tu kat sana tak dak talkin, maulidur rasul tak mau sambut, lps semayang baca doa sendiri2, tahlil pun takdak dan br2 ni pompuan nak kahwin tak yah wali.

Defoe

Anonymous said...

aku rasa kan dood, dlm hal-hal yg memang terang2 dh dilarang, tak payah la citer psl hadis tu sahih ke tak, kan? tak kira la 40 hari ke, 1 hari ke, the point is..arak tu haram. no point arguing.

and psl cite org perempuan kawin tak perlu wali tu..jangan lupa tambah bhw ada syarat2 utk kawin tak perlu wali,siap kena ngadap hakim mahkamah syariah lagi, bukan sengaja boleh kawin lari je. kalaupun fahaman lain2, ambil shj yg mana perlu.

ini lah salah satu sebab orang2 arab (dan org2 islam sedunia) tak boleh bersatu; dah la keras kepala masing2, and then sibok berperang dengan sect2 lain. syakwasangka pada orang seagama tu teruk sgt.

~ kwn dood.

mudeyz akasyah said...

assalamualaikum..
seronok gak ek baca blogs ko nie..
nice..

rose said...

aku baru balik dari Program Pembangunan Diri bertajuk 'Ramadhan dan Kualiti Kerja'..disampaikan Ustad Mohd Zawawi Yusoh..ala..ustad yg selalu kuar dalam rancangan HalaQah tu..

bes betul dgr..tak terasa 3 jam dalam dewan muktamar..

aku nak relatekan dengan org tak pose dengan ape yang dia sampaikan tadi..

n salah satu yg menarik minat aku...dia tanye..Kenapa Kita Berpuasa??
jawapan dia..sbb Allah Mewajibkan kita untuk berpuasa..
then kita (manusia) yang patuh kepada suruhan Allah pula secara automatik akan mewajibkan diri kita sendiri untuk berpuasa..

ok..bagi org yg tak berpuasa ni..tak setkan dalam kepala otak diaorang yang puasa itu wajib..so there is no point utk diaorang berpuasa..takda faedah bagi mereka..

Incey Aku Betul!..rasanya lepas ni lehla buat posting pasal perbandingan untuk "Berpuasa..antara Ibadat & Adat"..lehla kita buat perbandingan org skang ni, berpuasa lebih kepada Adat semata2 atau sebaliknya..

AC said...

To ano @ Berbatov

Bukan longmahfus tapi 'loh mahfuz'

imah said...

salam...act sy tengah cari artikel pasal org puasa tapi x solat... ni memang melampau!!!!n kes ni memang dah berleluasa kat masyarakat skrg....hope boleh share paper cter about dis!

Kodey said...

Puasa tp x solat.. Huhu..
Memang akhir zaman dh ni..

Anonymous said...

fahaman wahabi tu ialah berpegang kpd sunnah rasullah dan Al-Quran. kiranya betul la tu. fahaman wahabi tu bukan ajaran sesat. baca doa beramai2 mmg la boleh. tapi bila berzikir dan beristhirfar tu sorang2 la. Sbbnya x nk menunjuk. kau yg baru setahun jagung x pyh ckp byk la. lempang kang. tahlil tu bidaah la. kalau buat bidaah msk neraka tau. sbb2 malaysia byk amalan bidaah sbb kita ni ada campur adat org cina + org india. cthnya sirap air atas kubur org mati. tabur bunga atas kubur. yela islam msk ke negara kita ni dr east and west. kalau kau blaja kat sejarah kedatangan islam di asia tenggara ni kau tahu la psl apa byk bidaah kat malaysia ni.

Anonymous said...

lagi satu..pendidikan agama islam yg diajar kat dlm tex book anak2 kita tu ikut ajaran byk dr mulut nenek moyang yg dibwk turun temurun. cthnya dr segi berwuduk, smpi la solat.

Ahli Sunnahwaljamaah ni terdiri dr 4 org imam. kita kat malaysia ni imam shafie. Imam shafie sendiri ckp.. waktu dia hidup la..kat org yg tanya dia soalan.. "if in doubt dlm bab2 agama ni..berbalik la kpd Al Quran dan hadis nabi" sambil imam shafie tunjuk kat kubur nabi.

Anonymous said...

kalau dibaca kisah sejarah agama islam, dulu mula2 nabi mmg beristighfar dan berzikir beramai2 dgn para sahabat. itu disebabkn utk mengajar mereka. tetapi setelah semua dh pandai maka dia terus suruh zikir sendiri2.

cth lain pulak ialah doa qunut waktu time solat subuh. mana ada sebenarnya. doa qunut cuma ada waktu time solat sunat witir je. dan byk bende2 lg la yg konflik kat negara kita ni. kalau nk tau hal islam sebenar kena berbalik tgk org negara arab atau eropah atau USA. sbb diaorg ni tok imam yg mengajarnya straight from arab la. Kita ni dh lama melekat ikutan nenek moyang so susah la nk berubah dan ikut ckp org tentang bende2 baru ni. Yela degil la katakan.

tapi insyaAllah kalau ada usaha nk belajar, kita semua boleh berubah. ikut individu la. Kena open minded, tak boleh terus bangging uztaz yg bwk fahaman yg di katakan wahabi ni. Wahabi ni sebenarnya kalau kau org nk tahu la.. sebenarnya nama seorg imam. dia ni la yg mengajar org suruh kembali kpd al Quran dan sunnah. Dia famous sbb ramai org besar2 tentang dia sbb kata2 dia melanggar urusan nenek moyang dan adat2. gitu la cite dia. lebih krg mcm negara kita jgk la.

marrang nung! said...

ano...
doa Qunut tu adalah sunat. bukan wajib. kalo nak tambah pahala buat la. tak ade paksaan. tertinggal pon masih sah sembahyang subuh & witir. nak cover balik pahala kalo tertinggal buat la sujud sahwi. so... ini bukan pasal ikut nenek moyang. perkara sunat kita digalakkan buat untuk tambah pahala. tp kalo rase pahala dah byk sampai boleh terbang masuk syurga tak yah le buat...
kena igt jugak. orang arab pon byk fahaman. tak semua betul. nenek moyang kita pon dulu belajar agama sampai ke Mekah tau. diorang amalkan apa yang tak bercanggah dengan Islam. so kita tak salah malah digalakkan ikut. tp bukan ikut bodo je. ikut dengan berfikir la. dengan ada tujuan yang betul.
k...

Total Pageviews

. page counter