Tuesday, September 11

Ramadhan Al-Mubaraq

Aku curi dari website Bluehyppo

Malam ini tengok anak bulan, musim hujan, rasanya tak nampak. So, most probably umat islam akan start puasa on Thursday. Esok sempat lagi main badminton. Bulan puasa badminton session tiada, sebab dewan digunakan untuk jualan gudang. macam sial... bukan murah pun, sama saja macam uptown atau petaling street.

Kalau boleh diberhentikan waktu, aku akan memilih untuk berada di bulan puasa sepanjang masa. Aku teramat suka bulan Ramadhan. Aku antara insan-insan yang akan rasa sayu bila munculnya Syawal. Tarikan baju baru, juadah hari raya, berjumpa sanak saudara, semuanya gagal membuatkan aku gembira. Weird, since I not religious kind of guy, jangan kata sembahyang terawikh, sembahyang fardhu pun ada yang tertinggal. Ada beberapa reasons aku suka bila sampainya Ramadhan.


Yang paling utama adalah kehidupan harian ada tujuan, ada target. Bangun tidor pagi-pagi dalam minda dah disetkan, pukul 7 something adalah matlamat hidup aku hari ini. Tiada nikmat sebegitu dibulan-bulan lain. Kemudian sebagai orang Islam aku turut gembira kerana dari ilmu agama aku yang cetek ini, tak salah aku dibulan Ramadhan setiap ibadat berlipat kali ganda pahalanya. So,
Ramadhan umpama bulan mendapat bonus dan mendapat discount card, which way you want to look at it. Reason yang ketiga, tentunya makanan. Unofficially or maybe dah jadi official, bulan puasa adalah bulan pesta makanan di Malaysia. Segala jenis makanan kita boleh jumpa. Kalau bulan-bulan lain cuma ada sejenis murtabak, tapi di bazaar ramadhan ada murtabak Johor, murtabak Singapore, murtabak mamak, murtabak Melayu dan ada juga murtabak ayam tanpa ayam. Macam-macam. Belum lagi aku senaraikan jenis kueh mueh. Perihal bazaar Ramdhan rasanya boleh dijadikan satu entry, next time, maybe.

Satu lagi sebab aku suka bulan puasa adalah nikmat berbuka. Ahhhhhh…..! Syok gila. Aku kena menuntut dengan A Samad Said dulu setahun dua, baru aku berupaya menggambarkan betapa seronoknya nikmat berbuka. Tabiat aku, aku tidak suka berbuka seorang diri. Mungkin hari-hari biasa aku tidak kisah makan secara solo, but not during fasting month. Aku akan cuba pastikan ‘upacara’ berbuka puasa aku berteman, berkumpulan, beramai-ramai. Dari 1st day aku dah mula merancang, few days with my mum, with my sibling, with girlfriend, colleagues, uni friends, schools friends, member-member Shah Alam… fuh, kena pandai-pandai bahagi masa. Weekend mesti akan wujud conflict, majlis disana, majlis disini.


Seperti juga Syawal, kehadiran Ramadhan secara automaticnya akan membuatkan kita terimbau kenangan-kenangan silam. Kisah sedih dan lucu silih berganti ditayangkan di layar fikiran. Aku, tentunya pengalaman berpuasa, berbuka dan berterawikh dengan arwah abah, tersangat indah bila dikenangkan. Arwah abah aku juga seorang ahli makan (macam aku), aku masih teringat pukul 3 ke 4 petang sebelum tunggu asar, aku dan arwah abah akan terlentang diatas lantai jubin, sejuk. Mak aku akan gelak, “Kesian… beruang lapar”. Hahahaha…. Semasa kecil (umur, bukan saiz badan), banyak kenangan menarik berpuasa dengan rakan-rakan. Pergi mandi sungai sepanjang hari, curi buah di kebun orang, berbuka di masjid, curi buah kurma masa orang sembahyang terawikh… Hahaha… nakalnya aku dulu. Kemudian ada pula kenangan di sekolah. Curi makanan, tak puasa disebabkan sebungkus maggi, lari dari ustaz yang ajak pergi sembahyang terawikh, suruh budak ambil makanan sahur, main mercun… macam-macam. Semuanya akan mengembalikan senyuman dimuka aku. Alam university juga penuh dengan nostalgia bulan Ramadhan. Masak beramai-ramai, cari makanan di bazaar, masak untuk kawan-kawan time sahur dengan masa tinggal 15 minit. Hahahaha… Sekali lagi semua kisah-kisah menarik ini aku rasa layak untuk dijadikan entry-entry menarik nanti.


Dari kecil aku sudah dididik untuk ‘menikmati’ bulan Ramadhan. Mungkin kerana kami tidak kaya, atau sebab-sebab lain, ibu bapa aku tidak pernah ‘sogok’ aku dengan wang ringgit sebagai balasan berpuasa. Seingat aku, aku tidak pernah dijanjikan apa-apa. Aku cuma diberitahu puasa itu wajib untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak pula siapa yang puasa boleh dikira sebagai matang dan dewasa. Seperti kanak-kanak lain, aku mahu ‘menjadi dewasa’ secepat mungkin, supaya boleh membuat keputusan sendiri, boleh belanja duit sesuka hati, boleh buat apa orang dewasa buat. Beralasan itu sahaja aku memaksa diri untuk berpuasa. Samaada ibu bapa aku teramat bijak kerana menggunakan taktik tersebut atau ianya berlaku tidak sengaja, wallahualam.


Sempena Ramadhan yang mulia ini aku akan kurangkan posting yang kurang ajar. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari melepaskan geram dengan menulis segala jenis kutukan dan makian terhadap perkara-perkara yang menyakitkan hati aku. Aku rasa itu antara reason kita berpuasa, infect that the real meaning if I not mistaken. Menahan diri… so, aku akan cuba menahan diri dari mengutuk. Susah ni… Hope you guys will help me. Hahaha.. aku akan cuba perbanyakkan jenaka dan benda-benda santai untuk merehatkan fikiran. Insyallah, jika dapat sumber menarik, Islam related materials juga akan aku selitkan sebagai santapan rohani kita.


So, ingatkan aku jika aku terlupa… aku berhutang cerita bazaar Ramadhan, kisah lucu bulan puasa masa kecil, masa sekolah dan masa university. Juga akan aku tulis pasal insan yang malas berpuasa. Terkejut juga aku bila masuk alam pekerjaan, aku terjumpa ramai manusia bangang yang malas puasa.


Izinkan saya akhiri tulisan saya ini dengan serangkap pantun. (Hahaha, macam ucapan wakil rakyat)….Cancel, aku rasa lebih afdal aku letak gambar ini berserta sepotong hadis.

Gambar dari sini. Hadis dari sini

7 comments:

sukun said...

esok takde badminton
dah abis sessi
jadi ke main bulan puasa ni
aku cadang main dari pukul 6petang sampai 8 malam
abis main kita buka ramai-ramai
tak pun buka sebelum main
harap timbangkan

sekian

alongovtx said...

6-8 bila ko nak buka? &
buka sebelum main menampakkan ko dah kurang rangsangan untuk pergi terawihlah nampaknya kalo ko polo jugak!!!!
ape nak buat...ko aje yang betul...kan!!!

Lepas terawih...lepas terawih...ko pikir la sendiri.

rose said...

Incey Aku Betul..
nak main badminton leh..tapi biorla lepas tarawih..

tahun ni nak g tarawih kat masjid Negeri every weekend..nak g ari2 mmg takleh kan..masjid yg dekat umah leh la g ari2..syoknye..tak sabar nih!

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..semoga segala ibadah kita diberkati Allah..Amin...

Fid said...

cadangan aku
kalau nak main badminton pada bulan ramadhan..main pada weekend pukul 5pm ke atas....
sbb dari pengalaman aku main hoki dolu2.....kalau trainning time 5pm ke atas dalam pkl 630pm stop trainning tahap kepenatannya masih boleh ditanggung.

namun begitu zaman sekolah dulu kami (team hockey) pernah gak 'gila' turun trainning pkl 3pm....arghhhh stop pkl 6pm...tapi tu masa sweet 16/17 memanglah kuat....

Mr. Right said...

Sukun,
Esok takde badminton? Sial. Bulan puasa tak boleh, dewan tu guna untuk jualan gudang.

Lain kali baca posting aku dulu sebelum komen. Kalau taknak baca jangan komen, infect jangan datang pun.

along,
Aku setuju apa ko cakap. Aku tak setuju dengan cadangan dia pun. Tapi betul, memang aku sahaja yang betul.

Rose,
Ok. Setuju.

fid,
Jangan samakan body kita masa remaja dengan masa dah tua-tua ni. Aku rasa main lepas terawih lagi best.

Fid said...

haaa kalau lps terawikh lagi bagus..

Ramonez said...

selamat menyambut ramadan...semoga kalian semua diberkati sepanjang bulan yg mulia ini....barakat.....

Total Pageviews

. page counter