Friday, September 14

Suami Isteri Makan Sahur

Inspired by lawak suami-isteri mat salleh aku baca sebentar tadi. Aku bayangkan perbualan suami-isteri di Malaysia pasal makanan sahur mengikut tahun perkahwinan mereka. Merely joke, nothing serious.


Tahun Pertama:
“Abang nak makan apa sahur nanti?... Nanti sayang masakkan”

“Sayang masak la apa-apa pun, abang tak kisah”


Tahun Kedua:
“Pagi esok kita makan telur masin, sayur, sambal tumis dan sayang akan bakar ikan, ok?”

Ala, buat menyusahkan sayang je”


Tahun Ketiga:
“Sahur nanti makan ikan masin dan lauk berbuka tadi, boleh ayahnya?

“Mana-mana lah yang…”


Tahun Keempat:
“Sayang tak larat la, kita makan lah lauk berbuka tadi untuk sahur nanti…k?”

“Ok…”


Tahun Kelima:
“Ayahnya, sahur nanti abang tolong masak nasi, lepas tu abang panaskan la lauk berbuka tadi ye...”

"Errmm....”


Tahun Keenam:
"...Pandai-pandai lah abang goreng apa-apa yang patut…jangan lupa air teh strawberry yang sayang suka tu…"

"...."


Tahun Ketujuh:
“Ayah kau sahur dirumah isteri muda dia…”


Hahahahah….Aku memang jenis yang suka bangun sahur. Masa budak-budak dulu antara adik beradik aku lah paling senang bangun. Sekali kejut je. Akak aku pula sampaikan arwah abah kena angkat dia bawa ke meja makan. Antara kawan-kawan pun aku antara yang suka bangun sahur, maybe the fact that aku suka makan. So, motivation lebih sikit. Dah besar-besar ni pun aku akan bangun dan buat apa-apa yang patut. Kalau tak makan sahur aku rasa nak mati siang hari nanti. Maybe ada orang bersahur segelas air atau kurma. Aku tak, mesti nasi atau roti then 2-3 batang rokok.

Selamat berlibur hujung minggu... mesti ramai plan nak balik kampung berbuka dengan family. Insyallah aku pun akan balik nak makan makanan mak aku... syoknya.


10 comments:

rose said...

hehhe..respect la Incey Aku Betul ni..aku pon tak serajin dia bangun sahur..aku just minum air je for sahur, ready siap2 kat tepi katil..hua hua hua..

if camni..syokla dah kawen nnti..ade org sediakan sahur..aku bangun untuk makan jela..hahahhaha..jgn mareeee

pesanan penaja:
isap okok banyak2 adalah untuk menjamin kesihatan yg memberangsangkan...so..isapla okok byk2..
sekian, terima kasih

sukun said...

pemalas le kau ni rose.
aku pun memang rajin sahur.
dalam 5 minit sebelum subuh bukan sebelum imsak,aku sempat abis kan 2 batang rokok dan setengah botol air.
muahahha.
hebat

rose said...

tak bangun sahur bukan bermakna org tu malas..ish2..
aku sahur gak..tapi minum air je..lagipun..itu yg disunatkan..buek apo susah2..ehehhe
ala sukun..ko rajin sahur sbb sekali bangun tgk bola..mcm Incey Aku BEtul nih..mueehhehe

isap okok 5 minit sebelum subuh?
bukanker imsak 5.39..then subuh 5.49..hmm..dats mean..ada gap 10 minit b4 masuk waktu subuh n takleh makan dah masa tuh..confuse aku..

sah ke pose ko ni buah sukun?
kuang kuang kuang...

sukun said...

kalau kail panjang sejengkal lautan dalam jangan diduga.pi sekolah dulu le budak beringus.

Mr. Right said...

Dah2. Nanti aku delete semua komen korang baru tau.

Thats 10 minits ikut sesetengah ulama tak boleh makan, ada yang kata boleh makan. Grey area... senang, tak payah makan lah.

aleeya said...

ler tak baik gaduh2 bulan pose nih. banyakkan amal ibadat ok

rose said...

Ha??
aku budak beringus??
ekekekek..geli ati dengor..
takpela..Incey Aku Betul suka budak beringus..hahahha..

aleeya,
mane ade gaduh2..org buat pertanyaan je..sah ke tak sah pose si sukun tu..dia lak emosional..hahahhaha
amal ibadah..alhamdulillah..tak tinggal lagi terawih n pose..muehhehe

Farhan said...

jgn la isap rokok mr right

Fid said...

dood
ko isap rokok time sahur waktu siang tak kering tekak ke?

aku sejak form 5 aku suka bgn sahur sbb dengan harapan time turun gi makan sahur tu bleh aku 'terserempak' ngan boyfren aku tuh....
dan sampai ke hari ni lah asyik terserempak.....

Mr. Right said...

aleeya,
Betul. Jangan bertengkar. Tak baik. :). Tapi berdiskusi takpe. Tambah ilmu.

Rose,
Hingus? A'ah.. suka. Hahahaha..

farhan,
Abis tu nak isap apa?

fid,
Tak pulak kering tekak.

HAhaha... jiwang gila kau.

Total Pageviews

. page counter