Sunday, September 9

Tak Syoknya Bola - Malaysia Cup 2007

Mungkin ada yang menyangka aku tidak akan sentuh pasal kekalahan Perak dalam final Piala Malaysia. Aku tidak ‘sekecil’ itu. Aku tidak selemah itu. Aku sanggup terima kekalahan.

Disebabkan perkara yang tidak dapat dielak dan tidak cukup menarik untuk diceritakan, aku tidak pergi ke stadium. Miscommunication with my mum, end up aku gagal dapatkan ticket. Member-member pun pelik kenapa aku tidak pergi ke stadium. Tidak, aku bukan merajuk dengan Perak, aku cuma merajuk dengan pasukan kebangsaan.

Tahniah aku ucapkan kepada pasukan Kedah dengan kejayaan treble. Sultan Kedah yang siap dengan neck tie hijau kuning malam tadi tentunya teramat gembira dengan kejayaan mereka. Kenapalah Sultan Azlan minat hockey.... Segala-galanya tertulis memang tahun ini adalah tahun bolasepak Kedah. Ketinggalan 0-2, ketua pasukan kena sent off, main strikers injured. Even Liverpool (mengambil contoh pasukan terkuat didunia kini) pun akan gagal untuk mengejar semula perlawanan. Cukup, aku tidak mahu komen lebih-lebih sebab aku cuma menyaksikan perlawanan first half, sekali lagi kerana sebab yang tidak cukup menarik untuk diceritakan. Again, congrats to sesiapa yang related to negeri Kedah.

Membuat analisis perlawanan bolasepak cukup mudah. Kita boleh cari beratus jika tidak beribu alasan kenapa sesebuah pasukan menang atau tewas. 4-4-2 vs 3-5-2, young and energetic vs compose and experience, macam-macam lagi. Selepas game, cukup mudah mencari kelemahan sesebuah pasukan, jika betul-betul pandai try to shout your opinion before the game. Namun aku rasa gambar dibawah boleh memberi sedikit idea salah satu punca kekalahan Perak. Aku tak setuju, but most people still believe money is a good motivation tools.

Cari di Utusan untuk berita penuh.

Kepada:
Conen, Dee, Pak Lan, Sukun, Mat Kayu, Nije dan beberapa nombor yang aku tidak kenal atau tidak ingat.

Tahniah. Imagine, each one of them sms aku on average 5 sms seorang. So, hampir 50 smses aku terima malam tadi dari penyokong Kedah. Nasib baik beberapa sahabat aku dari Kedah yang lain mengambil tindakan melupakan kewujudan aku. Atau mungkin mereka tidak minat bolasepak. Tetapi yang menariknya terdapat juga member-member dari negeri lain yang tumpang sekaki mengutuk kekalahan Perak. Kepada nombor-nombor yang tak kenal, sorry, mungkin kekerapan aku menukar handphone membuatkan aku terhilang nombor-nombor tersebut.


Kepada:
Lobo, Awie, Jamal, Ghadaf, seluruh sahabat-sahabat dari Kampong Bahagia, Teluk Intan dan majority dari kawan-kawan dari sekolah aku di Ipoh dulu.

Next year kita cuba lagi. Ingat, Selangor juga pernah julang tiga piala, lihat mereka sekarang. Terumbang-ambing didalam liga.

Walaupun Perak kalah, kena belasah 0-3. aku sedikit gembira. Aku tahu aku ada ramai kawan. Ramai sahabat yang diharap boleh membantu aku tatkala diperlukan, Insyaallah.

Sekarang jom alihkan perhatian ke liga luar negara dan biarkan player kita training untuk Sukan Sea.

Pelik, gambar yang sebegini indah berupaya membuat hati sesetengah pihak menjadi pedih.

Gambar - gambar dicuri dari fam.org.my


Update (10/09/07)
:

Kedah menang 5 awards di malam gala bolasepak Malaysia. Perak pun menang 5 awards jugak. Then, each award for Selangor and Negeri Sembilan.

AWARD RECIPIENTS

Popular player: K. Nanthakumar (Prk)
Valuable player (F): Marlon Alex James (Ked)
Valuable player (L): Mohd Shukor Adan (Sel)
Promising player: Mohd Zaquan Adha (Nse)
Best coach: Mohd Azraai Khor Abdullah (Ked)
Best striker: Mohd Khalid Jamlus (Prk)
Best midfielder: Ahmad Fauzi Shaari (Ked)
Best defender: Victor Andrag (Ked)
Best goalkeeper: Mohd Helmi Eliza Elias (Ked)
Top scorer (F): Keita Mandjou (Prk)
Top scorer (L): Mohd Khalid Jamlus (Prk)
Best fan club: Perak

Tapi yang penting adalah yang terakhir dalam list tu. Fan, penyokong, supporters terbaik, PERAK. Lain-lain award bukan aku menang, bukan korang menang, players dan individu lain yang menang. But for best supporters, aku turut terasa sebagai pemenang. Aku dan kawan-kawan aku. :) Jangan berbangga diatas kejayaan orang lain beb...!

Senarai pemenang dicopy dari The Star: here. Bernama tidak pula included best fan club... pelik.

14 comments:

Anonymous said...

xde luck mlm td...tp xpe klh ngn team yg lbih baik..dorg pn main cntik..thun dpn cuba lg..

AC said...

Tahniah kat kau Fendi sebab kau memang cemerlang bab analysis ni. Boleh dapat award. Tapi kebanyakkan analisis kau sebab dah kalah....

Kalau ya pun janganlah kau nak babitkan team kau dengan Liver'fool' tu.. atau lebih specific kau nak cakap even Steven G or Fernando 'Tongong' main pun belum tentu dapat kejar..... Boleh kejar la... Ingat game AC Milan dgn Liverpool (yg ni kena eja betul) main kat Istanbul...????

OK aku bukan fans Kedah neither Perak but Tahniah pada Kedah...

Banyak game final yang menonjol adalah player import. Is it good to our football...???

nordin samrin said...

aku pun tak tengok game tu... aku layan marathon DVD cite gol dan gincu season 1. malas aku layan bola malaysia nie.... dah 50 tahun merdeka pun masih dengan semangat negeri.

Anonymous said...

Elop,
Saya pun tak tgk game tu,tgk pun masa Perak kena 2-0, layan steamboat lagi best...
huhuhuhu..sedapnyer steamboat...

-Ipoh lads-

Mr. Right said...

ano,
Yup next year cuba lagi.

ac,
Aku cakap, if kena 2 biji, kapten kena kad merah then top strikers injured. Liverpool pun takkan mampu.

nordin,
Gol & Gincu? Muahhahaa.. jiwangnya kau. (Nanti aku nak pinjam CD tu). Betul2, tak bagus ikut semangat negeri ni. Betul...betul.

ano,
Boleh belanja aku steamboat bila aku turun Ipoh nanti?

Anonymous said...

Besa la bang, kalau dah team hang kalah mesti hang kata tak syok. tak adil la macam tu.

Tp gol No 2 Kedah ada nak sama dgn gol No 2 England.

sukun said...

oit budak betul,
aku message tanya game england pukul berapa je.
apsal pulak.
sapa yang sibuk nak pandang2 aku malam tu.cis

nordin,
asal kalah je camni le ko.
huahuahua.

wahai anonymous,
awat tak letak nama?tak dak teloq ka?tapi betul le gol no 2 memang sama.

Mr. Right said...

ano,
Memang ahh, takkan kalah aku kata syok. Ermm.. betul gol tu lebih kurang.

Sukun,
Kenapa tiba2 cakap Kedah ni?

Sapa nak kenal sukun, aku ada upload gambar hensem dia.

http://i127.photobucket.com/albums/p122/gambaraku/sukunsokongselangor.jpg

rose said...

Mr. Rite...
prasan nye org tu..dia kate ade org duk tgk2 dia malam tu..
mcm la die tu artis terkenal..
muehhehehehe
betul dok Incey Aku Betul??

sukun said...

aku upload gambar aku?
muahahaha.
aku memang terkenal

softie said...

terkenal mcm brad pitt tu ke?
patut la ada org tgk...nk kenal gak lah!!

Erni said...

What the best thing about being famous?

Best ke?

Orang sepi sahaja impikan popularity.

lankapo said...

haahaha , budak betul , jahat gile..simpan gamba xxx sesukun untuk buat senjata rahsia haha, tak sangka plak sudah diguna awal.

tahniah buat Kedah, tak berbaloi SUltan Kedah berjalan kaki untuk ke Stadium dulu...

Mr. Right said...

Softie,
Nak bodek boyfriend kat blog dia sudah la.

erni,
Orang sepi? Wah... apa tu? Puitisnya. Aku tak cukup jiwang untuk faham istilah-istilah sebegitu. Mungkin Sukun faham. Yg pasti aku takde niat nak jadi glamer, so confirm aku bukan orang 'sepi'.

lankapo,
Typo ke? Tak berbaloi apanya.. Kau folo local futbal jugak ye.. Errr.. negeri mana?

Total Pageviews

. page counter