Thursday, October 4

Kenapa Aku/Kita Suka Pergi Kedai Mamak?

Notice: Cuba try concentrate pada tulisan aku, bukan gambar-gambar yang indah yang berada dicelah-celah tulisan.


Pic from: http://www.flickr.com/photos/35034364511@N01

Melepak, makan, minum, tengok bola, even tengok AF di kedai mamak sudah menjadi sebahagian dari budaya Malaysia. Tak kira kaum, semua gila nak merasa air tangan mamak. Kadang-kadang lebih banyak rasa air tangan mamak berbanding air tangan isteri or ibu. Apa nak buat... dah budaya kita sebegitu, nak dilawan pun ianya bukan sesuatu yang sangat buruk. Tapi kenapa ramai orang suka lepak di kedai mamak?

1. Service Cepat.
Selalunya setiap order akan sampai kurang dari 10 minit. Kalau lebih 10 minit maksud kedai mamak tu tak cukup glamer. Sila pilih kedai mamak lain.


2. Makanan Murah.

Mungkin ramai tak setuju. Jangan la compare harga makanan di kedai mamak Pelita or Kayu Nasi
Kandar. Kedai mamak sebegini dah naik taraf ke ‘restaurant mewah’. Tapi cuba fikirkan, korang lapar pukul 3 pagi, duit dalam poket ada 2 ringgit, kedai makan mana boleh mengenyangkan perut? 7 Eleven? Nahh… air mineral dah RM1.20. Nak makan apa balance ada 80 sen. Tapi pergi kedai mamak boleh order 2 roti canai dan 1 or 2 air kosong. Kalau dah makan 2 roti kosong, belum kenyang lagi maksudnya kau bukan manusia. Pergi apply masuk zoo negara.


3.
Ada TV Besar.
Sampai tua pun aku tidak mungkin beli TV saiz badan aku. Gila… Tapi di kedai mamak hatta bulu hidung John Terry pun boleh nampak, apatah lagi jerawat Fernando Torres. Some mamak stall bukan sahaja ada TV besar yang ada roda tapi ada screen besar lagi. Khas untuk tanyangan bolasepak. Memang puas hati. Rasa macam duduk dalam panggung wayang yang ada makanan, TGV ada panggung macam tu rasanya…


4.
Ada Ramai Orang
Ramai manusia tidak suka hidup bersendirian. Antara indicator kita lonely adalah makan alone. Kalau pergi kedai makan Melayu or fast food restaurant, walaupun ramai orang kita tak rasa diterima. Masing-masing dengan hal sendiri. But di kedai mamak, agak lebih mesra, lebih ramah. Bertukar-tukar lighter, minta kerusi, pinjam ash tray, sama-sama maki pekerja mamak yang slow atau sama-sama kecewa/gembira jika ada perlawanan bolasepak. Senang kata, di kedai mamak everyone lebih friendly.


5. Kedai Mamak Melangkaui Batas Status.

Maksud aku, semua golongan manusia diterima dikedai mamak. Semua taraf. Tak kira student, orang tua, pemuda, orang kaya, orang miskin, semuanya. Even most local artist pun declare they hang out at mamak stall. Jadi, bila lepak disana kita boleh imagine diri kita up to date, dan mengikuti perkembangan zaman.


6. Sesuai Untuk Apa Jua Occasion

Seriously, aku rasa di kedai mamak kita boleh adakan apa-apa upacara. Maksud aku, samaada business meeting, lepak dengan kawan-kawan, dating dengan girlfriend, even majlis birthday. Ok, birthday party maybe melampau… tapi tak salah rasanya. Tauke kedai mesti support. Senang untuk buat decision, bila ada orang Tanya, “nak lepak mana?”. Jawapan paling mudah… “mamak”. Tak kira lepas class, lepas main futsal, lepas sembahyang terawih atau lepas clubbing. Aku lihat ramai juga budak muda jadikan kedai mamak tempat berbuka puasa, sahur lagilah ramai.


7.Kita Raja.

Ini antara sebab utama ramai budak Melayu suka lepak kedai mamak. Dan ini juga factor mereka
boleh beat kedai makan jenis lain. Disana kita adalah raja dan pekerja-perkerja disana adalah hamba kita. Maaf cakap, memang scenarionya hampir sebegitu. Kita boleh suruh apa sahaja. Minta tissue, minta straw, minta air kosong 10 kali, even minta panadol. Segala-segalanya kita boleh arahkan dia. Memang ada pekerja yang buat gaya tak puas hati, tapi majoritynya akan menurut perintah macam… sekali lagi maaf cakap…. macam hamba. Jangan salah sangka, aku tidak andaikan mereka hamba, aku hormat mereka, selalunya aku akan cakap thanks bila mereka dah jalankan apa-apa suruhan aku. Lagipun, member-member aku tahu la… aku lebih suka ambil sendiri apa-apa yang aku nak. Even kadang-kadang aku bangun dan pergi order air sendiri di pembuat air.


Aku tidak berniat menguji keimanan korang dengan gambar makanan diatas. Ok, aku tipu.. memang niat aku nak menguji. Hahahhaa...Kalau posting ini dibaca pada pukul 2-5 petang confirm korang akan marah aku. Relaks, ujian bulan Ramadhan memang banyak. Nampak sedap je nasi lemak dan ABC tu kan. Hahahaha....


P/S: Posting ini tidak ditaja oleh mana-mana kedai mamak. Samada Darul Ehsan Section 17, Shah Alam.… Atau Restauran Hakim Section 7 a.k.a Shah Alam’s Anfield.


22 comments:

Farhan said...

oo..ko selalu makan kat restoran darul ehsan sek 17 tu ek...dulu masa duk intec, aku n kwn2 aku selalu gi makan kat situ masa rehat.tp x selalu la.sbb bg kitorg kat situ dah kira mahal.mgkn sbb kitorg student.dlm kampus abih 3-4 ringgit je..kat kedai mamak abis 7-8 ringgit utk lunch.byk tu bg kami!

Ipoh Lads said...

Hi..

One thing that caught my attention here "Tiada manusia suka hidup sendirian.Indication that we are alone is we eat alone (not exactly but something that u wrote means the same)".Yeah..true..but does it apply if we eat alone most of the time and only hang out once a while?
Anyway, i'm not the kedai mamak type..more to kopitiam..hehehehehe
Cannot help by imagining how they did the roti canai and nasi kandar with more that one 'kuah' in the nasi make me dizzy..hahahahahahahhaa..but hey maybe my appetite is not to that direction..dont blame me..

But there is ONE thing i go for Hakim Restaurant Sek 7 Shah Alam..its Roti Cheese Naan with Tandoori..the best so far!!!!

btw...hey..wat's up with all the picture???....
menduga iman betul nie...hehehehehehe..

Selamat Menempuhi 10 malam terakhir Ramadhan.Semoga Diberkati dengan Malam Lailatur Qadar..

datin z said...

Hubby i....
Kalau satu hari tak pekene teh tarik mamak....cam bengong!!! Nasib baik laaaa.... mamak tu jantan..
Kalau idak....wawwawawawwwaawaaa....

lankapo said...

m tu yang sampai darul ehsan bukak sampai dua kat seksyen 11 shah alam. restoran melayu bungkus.

aku rasa shah alam paling banyak kedai mamak lah, tempat lain takade lah sangat.

kat kampung aku, kedai mamak satu dua jerk

kat kampung mr right camaner pla?

alexi said...

dood..smlm ko tgk game liverpool vs marseile tak..sori to say la kalah plak smlm sib baik le si djibril cisse tak score kalu tak merana le fan liverpool...hahahhaha...no offense...aku dah lama tak mkn kat kedai mamak la dood..time bujang je last aku pegi kat NZ corner..:D>

AC said...

Setuju posting kau kali except pasal harga. Banyak kedai/ restoran mamak harga dia dah makin tinggi @ cekik darah. Luch or dinner sure RM6.00 - RM8.00 dengan lauk biasa. Setakat roti canai tu memang harga standard.

Sekarang dah mula kurreng makan kedai mamak after so many negative e-mail spread pertaining to Mamak stall/ restaurant.

rose said...

Tosei Telur+Bawang sattuuuuuuuuu...sambal nasi lemak jgn lupe eeekkk..
siap!!!

kat shah alam ni..g semua mamak..mostly kenai incey aku betul..heran tol aku..hahahah

Alamak....addicted lak nak lepak2 kat mamak..hahhaha..ntah anak sapela ngajor neh!!

DeQmA said...

Heran juge sebenarnya... kenapa kat shah alam nie tak kira jam berapa pon, mesti mamak sentiasa happpening!Brape laa income depa tiap2 malam ek?

Mr. Right said...

farhan,
Aku pun tak makan lunch kat mamak. Lunch prefer kedai Melayu. Malam2 je. Ramai orang macam tu kot, cuma officemate aku ada yg suka pergi mamak time lunch hour. Sebab cepat. makan just 1/2 hour, ada spare time buat benda lain.

ipoh lads,
Yup... definitely, eat alone all the time means kita lonely lah. Orang dah kahwin akan makan dengan bini, bujang makan dengan girlfriend or kawan2. Rasanya lah. Yeah, agreed, Hakim's Roti Naan Cheese and Tandoori damn good, cuma this morning masa sahur aku tak rasa sedap pun. Maybe since Liverpool play like school boy. :).

datin z,
Ntah2 yg buat air di kedai mamak tu minah indon kot, jeng..jeng..jeng.

lankapo,
Betul shah alam banyak gila kedai mamak. Tapi Ampang pun banyak, Klang Valley memang banyak kot. Teluk Intan ada 2-3 kedai. Gulam Rasul, Ashraf, dan Kumar (bukan mamak kot, hahaha)...Eh ada 1 lagi, Mastan Ghani, tapi just for mee rebus and rojak, no nasi. Haiya, Teluk Intan pun ada banyak mamak ke? Hahhaha...

alexi,
Aku dapat idea nak tulis ni sambil tengok bola pagi tadi lah. Lepak ngn member2 di Hakim Section 7. Memang Liverpool deserve to lose that match. Main ntah apa2, selection or shall I say rotation Rafa memeningkan kepala. Alhamdulliah, ko prefer air tangan bini berbanding mamak.

ac,
Yup, nasi dengan ayam pun dah cecah RM5. Tapi kedai Melayu or ala Thai pun lebih kurang je.

rose,
Hahaha...Kebetulan mamak tu kenal. Tosei telur bawang, cicah kuah kelapa campur sambal tumis nasi lemak... aaahh.. sedapnya.

deqma,
Shah Alam malam cuma mamak je yang buka. Disco takde, nite clubs takde even panggung wayang pun takde. Sebab tu mamak makin maju. Mamak yang betul2 maju collection daily cecah 4-5 puluh ribu. Tapi operation cost pun tinggi, pekerja ramai, sewa kedai mahal. Nak set up satu kedai mamak perlukan at least 100 ribu. Info from tauke kedai yg baik dengan aku.

Fid said...

hahahahaaa
aku mmg jarang gi kedai mamak....

tapikan hari tu balik kg....kai gi kulim kedah...then singgah kat kedai mamak dinas ke dinaz ntak....
3 org adult satu baby...
lauk mmg semua canggih2 punya...sekali bill rm18 je....
mmg utara murahla kan but sedap...
restoren tu plak ada non smoking n smoking area.....
non smoking area with air con ngan tv besarrrrrr buka plak channel play house disney hahahaa senang makan anak aku dok elok sbb ralit tgk tv...

poyotito's said...

aku suke lepak kedai mamak psal nk maki je!!!yg lain tuh cuma faktor sampingan je..
hahah
lmbt smpai kene maki, suh amik tisu, suh amik rokok, air kosong, kire lmbt aku maki, silap anta air kene maki!
air x sedap pun kene maki!!
(klu sedap pun aku xkn puji)
sume point la senang cite!
waa...bahagianye...!

Mr. Right said...

fid,
Aku tau Kedah pun banyak kedai mamak.

poyotito's,
Kejamnya kau. Tak patut...tak patut.

lankapo said...

poyotito's,
aku rasa mesti mamak tuh ada kencing kat air ko hahah , ko ada rasa masin2 tak minum

hahaha, seperti kata encik sesukun di blognya, what u give, u get back

Noor Ariffshah said...

Nak join sekaki topic ni.

Breakfast:
memang tak lari kat kedai mamak, pasal makanan paling murah di pagi hari ialah roti canai. Kalau pegi restoran melayu memang sedap, ada macam2 kueh dan sampingan. Takut lari budget makan tengah hari.

Lunch:
Sori, kedai mamak tak boleh masuk. Ada sekali tu di USJ 9, Subang Jaya, I punyala oder, mamat mamak tu bagi I nasi dan lauknya (nasi kandar) tengok muka pun tak, duit orang nak, lepas tu tak tau cakap melayu pulak tu. Part ni I sokong poyotito's.

Dinner:

Kalau restoran mamak, best choice is Maggi Gorenglah. Kalau nak makan Tomyam, mesti rabak 5 ke 7 hinggit ni. Mamak lagi. Mr. Right, memang Restoran Mamak tak boleh dipisahkan dengan masyarakat Malaysia I rasa.

Dah la tu. Terima kasih

akusalah kot said...

wei bob!!!
malam esk ka anfield..
shah alam..
jagn lupa ek!!!!

utt said...

stuju sgt pendapat ko..cuma lain tmpat lain harga yer..
rata2 area JB nie mcm ader satu trend lak..sebagai contoh kalu kita order mee goreng mesti drg campur dgn ayam goreng TANPA tanyer kita dulu..so dr harga RM3.50(mee grg) dah jadi RM5.50 tuk sepingan mee..so kepada yg ader cukup2 duit dah kena berhutang lak..

p/s : kena berhati2 bila order makan kat mamak JB.

Mr. Right said...

lankapo,
Fuh.. tolong Sukun promote blog.

Noor Ariffshah,
Betul2.

akusalah,
Sapa kau? Adie Burger ke? Letak la link ke myspace kau, mungkin ada awek2 sini yg berminat.. hahahha...

utt,
Ala, di Subang pun ada mamak macam tu. Aku terkena. Tapi bukan mee, ini kuah kari. Dia tanya, "mau kuah apa? ayam, ikan atau kambing?". Aku pilih kambing. Dapat kuah dan daging kecil 2-3 ketul, bill RM8. Sadis...

aku said...

yezzz...nasih goreng kamben!..nasi goreng kamben!!...

i.am.chaos said...

opss...statement "harga murah" tu aku kurang setuju..psl dulu aku lepak johor...6 tahun...mamak asik2 tukar harga jer..siut betul...

tp dh lama2 br jadi kamcing...roti canai kosong 50sen...kalo org baru dia hentak 60sen..

p/s: psl harga ni jgnkan mamak, org melayu pun sama gak..td aku kene charge extra 20sen...xpe..aku x halalkan..aku mls nk tegur psl sendirik mau ingat la...apedaa..20sen pun mau tipu ke? (restoran seri keningau, i ndah permai, sepangar - berhampiran uitm sabah). Emosi plak aku...huhuh

rahena said...

aku org slangor.. time study dulu 7 thn kat penang.. sampai dah tak larat nak makan mamak...

aku ingatkan bila balik KL nnt sedeyy laa tinggalkan penang... tp balik KL pon nampak PELITA, SUBAIDAH

muyyaQ said...

restoran mamak ni leh diklasifikasikan sebagai..

.. tempat lepak
.. tempat tido (janji korang order ape2)
.. tempat makan
.. tempat dating
.. dsb

xsemua mamak murah. kadang2 lau murah sangat service cam cibai, lau mahal sgt lak kadang2 kite sendiri lak sakit hati huhu

Anonymous said...

Hati-hati la makan kat kedai mamak nie.. banyak cerita buruk.. kari taruk kepala taik, uli roti canai pijak pakai kaki, bukan muslim etc..

N

Hati-hati makan dkt kedai yg nampak muka macam melayu tapi bukan melayu (Kristian Indo), thailand (bahan masakan kicap, sos tak halal)

Total Pageviews

. page counter