Monday, October 8

Kita Tak Perlukan Doktor

Last 2 days including today aku sakit perut. Pagi tadi jumpa doctor dia kata maybe ada virus and angin. Dapat MC, tapi aku still datang kerja sebab ada urgent meeting kena attend (to ICT Selangor, lihat pengorbanan aku demi korang…:). Saturday malam aku makan 2 packet Pil Chi Kit Teck Aun (sorry if salah ejaan), lega sikit but still sakit the next day.


Apahal aku mengomel pasal perut aku meragam? Aku sebenarnya nak cerita pasal keunikan
orang Malaysia. Kita tidak manjakan badan kita dengan pergi clinic bila sakit. Kita ada ubat sendiri. Contoh diatas adalah Pil Chi Kit, dari kecil lagi pil yang dulu dalam botol dah popular.

Jom tengok ubat-ubatan yang kita percayai turun temurun…

1. Panadol
Sakit kepala…. Demam… dan sekarang lengoh-lengoh badan. Kita memang 100% percaya
dengan panadol. Ada yang makan ½ biji, ada yang makan 2 biji, tapi aku makan 4 biji. Theory aku, lagi besar badan lagi banyak kena makan. Hahahhaa…


2. Air Cap Badak.
Panas badan especially kanak-kanak. Aku tak kaji pula sebenarnya air tu air apa. Tapi rasanya macam air mineral. Budak-budak demam kalau minum air ini insyaAllah akan kebah cepat.


3. Minyak Cap Kapak

Khas untuk pening kepala. Rasa mint, sejuk je kepala bila disapu. Aku pun simpan sebotol dalam kereta, in case pening. Orang kata nak cepat hilang pening titikkan setitik atas lidah dan telan. Maybe…


4. Koyok
Satu lagi penawar pening. Aku suka ‘sejuk’ rasa koyok. Dulu aku suka curi arwah abah aku punya simply tampal kat perut, sejuk je… Hahahha…


5. Sembelit.
Julap. Dulu rasanya julap hanya berwarna hitam macam coklat. Sekarang ada macam-macam jenis. Effective gila, makan sekali memang confirm perut akan kosong.


6. Begok.

Kalau ada yang tidak tahu apa begok, malu lah jadi orang Malaysia. Sakit di bawah pipi. Sejak
turun temurun kita sapukan nila untuk hilangkan begok. Ramai tak tahu sebenarnya itu adalah color therapy. Kaedah mengubati penyakit menggunakan warna. Sama seperti upacara mandi bunga. Jika dilihat dibawah special camera, disekitar pipi dan leher memang berwarna biru (see pic), then, bila sakit kita akan cuba kembalikan ke warna asal dengan meletakkan nila. How orang tua dulu-dulu tahu pasal color therapy?


7. Luka-luka.
Plaster or any oilmen with gamat will be fine. Minyak gamat dipercayai oleh semua orang bagus untuk mengubati luka. Ada beberapa minyak lain yang popular mostly untuk mengurut, minyak Al-fiat, minyak serai dan minyak lintah.


8. Gula-gula Hacks
Batuk. Aku malas nak makan ubat batuk, so belasah Hacks je. Sometime sampai pedih lidah.


9. Ubat Cap Kaki Tiga

Dulu mak aku ketagih ubat ini. Ubat serbuk dalam packet. Campur air dan minum. Effective untuk hilangkan pening dan lengoh-lengoh badan. Tak sure ada lagi ke tidak ubat ini sekarang.


Ada ubat lain yang aku tertinggal? Ubat untuk baby memang aku tak tahu, takde pengalaman… Minyak Yu Yee Cap Limau, untuk baby kan?

Dah, aku nak pergi toilet, lambatnya berbuka. Aku nak makan ubat….

10 comments:

Anonymous said...

Kau memang tak penah kering idea ke? Sambil sakit pun boleh dapat idea. Blog memang dicipta untuk orang macam kau.

Anonymous said...

aku setuju ngan ko ano

Fid said...

aku nak komen ttg air cap badak
menurut kata kwn aku yg kerja medical line..air cap badak sangat tak sesuai utk kanak2...terutama baby....
sejak akhir2 ni didapati air cap badak tu bnyk bahan kimia...kalah parasetamol....so dr bg air cap badak baik bg panadol syrup.dlm senarai ko tu aku guna panadol ngan koyok(salonpas) je yg lain tu aku tak percaya hahahaaaaa..
in fact ubat2 ni kalau kita percaya mmg mujarab....keyakinan kita tu yg sebenarnya buat ubat2 tu work on us....

lankapo said...

tapi kita mesti ingat, Tuhan yang sembuhkan. So stil kena mintak and doa dgn Tuhan. Doktor and ubat cuma cara/jalan untuk sembuh. Sebab sakit ni pun datang dari Dia

fariezul jaafar said...

Kau lupa satu : Eye-mo untuk hilangkan pedih-pedih kornea dan koroid mata. Haha..

Anyway, kita tak perlukan doctor untuk sakit-sakit biasa. Kalau dah sakit kanser, kena jugak pakai ubat doctor, mana bleh telan panadol dgn ayor sejuk.

Sakit biasa tu pun maybe adelah simptom2 kepada penyakit kronik lain yang kita tak tahu. (unless la kau doctor)So kena la jumpa doctor.. Mana la tau kan.. Bak kata orang-orang tua : cegah sebelum parah.

Even doctor pun perlukan doctor lain. (especially yang kawen dg doctor. Haha!)

Iklan : Sudahkan anda melakukan pemeriksaan Talasemia?

Mr. Right said...

Ano 1 and 2,
Thanks. 2 ano ni org yg sama ke?

fid,
Air cap badak air ubat ke? aku ingatkan air bukit, air semulajadi or air jampi. Hahahhaa...

lankapo,
Betul, kadang2 syok juga sakit. Maksudnya Dia ingatkan kat kita.

fariezul,
A'ah... Eye-mo. Ingat masa budak2 ada teka teki.

Apa nama ubat cecair letak dalam mata?

Bila kawan jawap je Eye-Mo, kita akan sambung dengan perkataan Nyet. Hahaha...

zam said...

dlm badan kita nie banyak hormon.salah satu hormon ialah endorphin(jgn disangka dadah pulak kerana sebutan macm morphin).ia dirembes ketika gembira.jadi senyumlah dan ketawalah.hormon ini ialah ubat semulajadi dlm badan.
panadol bukannya ubat tapi anestatik.
sesapa kalu lepas demam.dimintak kasilah berpeluh badan.so tak terbeban buah pinggang kita.
aku tak caya kat eye-mo nie pasal kandungan adalah asid borik.sesapa yng tak tau asid borik klau dgr dulu yng kecoh pasal mee kuning taruk asid borik.skg guna ubat mata yang produk orang islam dari kuantan iaitu quraitainii.

Mr. Din said...

Ada betul juga apa yang awak cakap tu Mr. Right.

Tapi zaman sekarang ni ada macam-macam penyakit yg kita tak tahu. Especially bila ianya bermutasi, dari asalnya yang hanya penyakit yang ciput je, akhirnya menjadi satu pandemik pula.

Anyway.. semoga anda sihat walafiat dan berjaya 'enjoy' puasa hingga hingga ke akhir Ramadhan dengan jayanya.

nadiahchem said...

apa yg encik ckp ni salah, salah, salah. hahahaha!
sebab fakta utamanya dah salah.
tugas utama doktor adalah mengdiagnos penyakit anda.
diagnosis bukan mudah mcm letak eye-mo atau minum air badak ye.

Anonymous said...

Awak, ubat cap kaki 3 tu ada lagi la.. Ni ha atok baru suruh saya makan. Sebab demam + lenguh badan dah 3 hari.
Aiyaaakkk, 1st time ni nak makan.
Bismillah..
Huhuhu

Total Pageviews

. page counter