Monday, October 29

Mitos & Reality

Mencuba tak salah. So, let give it a try.... here it goes.

Mitos:

Bolasepak adalah sukan berpasukan.

Reality:
Setiap player ada agenda tersendiri. Masing-masing nak memuaskan nafsu sendiri. Samada nak main cantik, score goal, pukul orang, nak pikat awek diluar padang, nak dapatkan sponsor untuk krim pencukur bulu kaki, nak naik gaji dan macam-macam tujuan lain.


Mitos:

Memandu kereta cukup senang. Masuk gear 1, turunkan hand break, lepas clutch, tekan minyak dan jalan.

Reality:
Kadang kala nak cari lubang kunci pun dah payah. Belum lagi consider kedasyatan berhadapan dengan ‘jerung-jerung’ di jalanraya Malaysia.


Mitos:
Kanak-kanak tiada masalah.

Reality:
Imagine kau junior di sebuah firm. Apa yang kau bakal lalui semua orang di sana pernah lalui. Kau diperkutak-katikkan, digelakkan, ditipu, di buli. Kau dikelilingi oleh manusia-manusia yang sombong sebab mereka banyak pengalaman. Bukan masalah ke tu?


Mitos:
Credit card hanya untuk orang yang tidak berduit, suka berhutang.

Reality:
Bill Astro, bill handphone, bayaran bulanan untuk insurance nyawa, yuran keahlian gym, bill air, bill api, touch n go – semuanya diautodebitkan. Tidak perlu beratur disetiap kaunter atau lorong (touch n go) atau menyusahkan office boy. Dengan auto debit kita seolah-olah ada pembantu peribadi. Just make sure bayar bill credit card every month la.


Mitos:
Bagi orang lelaki, sukar nak fahami isi hati wanita.

Reality:
Sukar nak fahami isi hati wanita yang kita suka/minat/sayang.


Mitos:
Orang UMNO tidak tahu kepincangan kerajaan BN sekarang.

Reality:
Mereka tahu. Cuma mereka fikir there are no other better option atau mereka terlibat dalam kepincangan itu dan perut mereka kenyang.


Mitos:
Gejala social semakin teruk kini.

Reality:
Zaman dulu lagi teruk or on par dengan sekarang. Cuma dulu tiada media coverage yang intensive dan tiada kajian dari university. Tengok filem-filem P.Ramlee yang selamber minum arak, pakai baju nampak buah dada dan bontot serta aksi bercium. Remaja mereka dulu pun rosak akhlak juga. Opah aku confirmkan benda ini.


Mitos:
Cuma ada beberapa Internet Service Provider di Malaysia.

Reality:
Ada 17 or more syarikat yang mempunyai ISP license. Bizsuft, MetroFON, Izzinet, Airzet… banyak lagi.


Mitos:
Orang Melayu fasih berbahasa English lebih bijak dari yang tidak fasih.

Reality:
Pungkoq hang. Orang pandai cakap Arab pun tak semestinya dia alim. English adalah knowledge language konon, piiirrrraaaahhh. Kartun dalam BM pun dah banyak sekarang, apatah lagi bahan ilimiah.


Mitos:
Landak boleh menembak dengan duri dia.

Reality:
2 orang member aku yang pernah makan landak beritahu aku yang landak cuma gunakan duri untuk menakutkan pemangsa. (2 member tu sedang tersenyum sekarang)



Kepada blogger yang tiada idea nak memperbanyakkan posting. Bolehlah kupas setiap mitos dan reality diatas. Senang-senang boleh buat 10 entries. Good luck…! Atau mungkin boleh tambah 1 lagi;

Mitos: Mr. Right ingat dia sentiasa betul.

Reality: ….. (sendiri atur ayat la)

Hahaha…Bukan sahaja dua kawan aku yang makan landak, sekarang semua yang baca ini akan tersenyum…kot.


11 comments:

Fid said...

mmm..ada yang aku setuju ada yang tak setuju....
hehehe...btw...smlm kami selisih ngan ko ngan rose kat sec 24....

Anonymous said...

Fuh. Aku tabik kau la Mr.Right. Byk point kau aku setuju. Memang betul-betul 'akubetul' ni.

Suzee said...

Mana dapat idea semua ni?

Anonymous said...

Mr. Right,
Aku kagum dengan keberanian kau menulis. Bukan sahaja kau berani kutuk orang, kau juga berani menulis pandangan kau dalam pelbagai isu. Kau macam tidak hiraukan pendapat orang lain. Aku suka kau. Teruskan.

Pasal posting ini. Aku tidak setuju semua, tapi malas nak kupas 1 persatu.

poyotito's said...

hebat beliau nih!!
majority point2 ko aku setuju!
bgus palahotak ko ni..

tp psal landak 2 betul ke?
aku bru tau ni..
malu aku sebagai remaja kampung!
hahah

ep said...

Mitos & Reality..

Sebenarnye banyak lagi benda2 yang mitos & reality ni..buat laa lagi..

Aku buat satu k..

Mitos:

Aku betul

Reality:

Aku dah konpius..saper betul? aku ke kau?

Hahahaha..anyway, aku dah link blog ko kat aku..Aku tau ko tak suka..
tapi pedulik hapa aku.. Hahahaha..
Adios Sintos..!!

Kata Tak Nak said...

Mitos : Marilyn Monroe pernah tidor dengan JFK.

Realiti: JFK pernah tidor dengan Marilyn Monroe.

rose said...

Betul2..akubetul!..
ehehehe..gegegege..

rose said...

Betul2..akubetul!..
ehehehe..gegegege..

Ipoh Lads said...

Mitos : memandu kereta senang..Realiti : memang senang (kalau AUTO)..hehehehe

Mitos : Susah untuk memahami wanita..
Realiti : mmmm..tak payah faham sebab bukan senang juga nak memahami lelaki..so..just go with the flow..because..A relationship is not when the 'perfect couples' comes together.It is when an imperfect couples learns to enjoy their differences..

Mitos : Bolasepak adalah permainan berpasukan

Realiti : Yeah..i am SO AGREE with you!!!!!
Obviously in Malaysian Players!!!!
Gila Glamour!!!!


Ok la..itu je nak komen..hehehehehe
Malas nak komen yang lain..

Mr. Right said...

Fid,
Betul ke aku? Orang lain kot..

ano 1,
yeah... akubetul.

suzee,
Sambil sembang ngn kawan2, then aku collect mana2 yg patut.

ano 2,
Aku hirau juga pendapat org lain, just tak terlalu taksub je.

poyotito's,
Aku pun tak sure. Tapi member aku gelak la bila aku tanya "landak bukan leh tembak ke?"...

ep,
Ish, kenapa la pulak aku nak marah.

KTN,
Hahaha... deep tu.

rose,
Semua betul ke? Takkan kot.

ipoh lads,
Memang senang nak gerakkan kereta, tapi nak menempuh jalanraya m'sia susah. Bahaya.

Total Pageviews

. page counter