Tuesday, October 9

Ops Sorry… Kempen Keselamatan Jalan Raya

Notice: Posting ini tidak ditaja oleh JPJ, Polis Traffic atau Kementerian Dalam Negeri. Hanya pesanan khidmat masyarakat dari aku.

Next few days everybody, ok… not everybody but almost everybody will travel back to our hometown. Even semalam pun hits blog aku dah kurang, maksudnya masing-masing busy settlekan perkara-perkara penting untuk prepare bercuti panjang. Alhamdullilah, tanggungjawap itu penting.

Kelmarin (07/10/07) adalah hari pertama Ops Sikap XIII. Hahaha… berapa tu? 13 ke? Aku tulisan Roman ni failed sikit. Tak terfikir ke nak bagi nama lain? Biar aku beri beberapa cadangan bernas, cadangan nama ini juga boleh digunapakai sebagai cara mengurangkan kemalangan dimusim perayaan.

1. Ops Mati.
Boleh create ‘gerun’ di hati pengguna jalan raya bila letak nama macam itu. Hanya concentrate pada jumlah kematian. Everywhere letak gambar orang mati. Semua signboard ‘Exit’ di highway mesti gantung banner besar kemalangan ngeri. Putus kepala, hilang tangan, perut terburai….


2. Ops Saman.
Kalau yang tak takut mati, maybe mereka akan takut bila sebut saman. Duit, wang ringgit pastinya mereka sayang. Objective Ops Saman adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin saman. Everyday berita TV dan surat khabar akan paparkan jumlah saman yang dikeluarkan. Polis yang berjaya keluarkan saman terbanyak akan dapat award.


3. Ops Tangkap.
Pesalah traffic sepanjang musim raya akan ditangkap dan direman serta dilokap. At least seminggu. Tidak boleh beraya, confirm semua orang akan berhemat, sia-sia prepare baju baru untuk dipakai dalam lokap polis dipagi raya.


4. Ops Doa
Lebih keislaman. Mungkin polis boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk perbanyakkan aktiviti keislaman sepanjang perjalanan balik kampong. Instead of beri sticker, beri bendera, beri button keselamatan lalulintas lebih baik diberikan potongan hadis atau ayat Al-Quran. Lebih afdal diberikan surah Yassin, insyaAllah mereka/kita semua akan kurang nakal diatas jalan raya. Kemudian diperhentian highway dirikan khemah atau bangunan sementara untuk sembahyang terawih atau sembahyang fardu (surau di R&R tidak mampu tampung jumlah pengguna yang ramai). Untuk penganut agama lain, mungkin ajak sekali guru agama mereka untuk membantu. Or better prohibit them from traveling more than 20 km from home. Raya untuk orang Islam yang lain dok dalam rumah sudah lah.


5. Ops Tarik
Lebih kurang sama dengan Ops Tangkap, cuma instead of tangkap pesalah traffic, polis akan sita kenderaan mereka. Biar mereka jalan kaki or tumpang lori ayam untuk balik rumah. Even kesalahan kecil seperti speeding or potong double line sudah boleh disita kenderaan mereka. Biar penuh kereta dan motor disemua balai polis. After one or two weeks they can claim their vehicle back with minimum charge.


6. Ops Lucah
Sedang aku tulis blog ini rakan disebelah memberi idea. Ops Mati tidak akan menakutkan pengguna. Gambar orang mati dalam email pun terima hari-hari. Lebih baik diletakkan gambar lucah disepanjang highway. Gambar perempuan bogel sahaja, gambar lelaki tidak perlu (obviously member aku adalah lelaki). Confirm driver (majoritynya lelaki) akan slow down untuk menikmati poster-poster indah tersebut. Tidak practical, tidak logic dan tidak akan berlaku, but rasanya memang effective. Hahahha…


Aku tahu aku tidak mungkin boleh beri penyelesaian concreate, idea diatas pun sekadar idea suka-suka. Kita sudah ada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk kaji segala aspect yang boleh dikaji. Kita ada beribu-ribu polis yang tidak beraya untuk memastikan keselamatan kita semua. Still angka kemalangan dan kematian tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kurang.

To all friends here, please… please… aku merayu sambil melutut (cewahh… emosi lah pulak), agar semuanya akan dapat kembali bekerja selepas cuti raya dan datang blog aku lagi. Aku tak kisah keselamatan korang, aku tidak memikirkan pun pasal anak korang jadi yatim piatu, aku tidak peduli tangan korang putus, aku tidak ambil pusing kerugian beribu-beribu jika terlibat dalam kemalangan dan aku tak sedih pun ibu bapa korang semua meratapi kecelekaan yang menimpa anak tersayang…. aku just worried about my blog’s hits. Hahahhaa…

Satu lagi…jika tidak mampu puasa just berbuka. Gunakan privilege yang Allah sediakan untuk berbuka kepada golongan musafir. It’s not about naik unta or naik kereta. Perjalanan lebih 2 marhalah (90 km kot), bertujuan baik, boleh berbuka. Period. Tidak dinyatakan apa jenis kenderaan. So, jangan paksa diri. Memandu bukan sahaja pasal lapar, dahaga atau mengantuk. Banyak lagi perkara lain, concentrasi, pemikiran, daya tumpuan, keupayaan mata, ketangkasan daya reflect, dan macam-macam. Semuanya berhubungkait dengan perut yang kosong dan tenaga. Allah tidak akan create kemudahan untuk berbuka kepada musafir hanya sebab penat naik unta. Aku drive malam lagipun Teluk Intan just 2-3 hours sahaja.

Tetapi jika tetiba blog aku tidak diupdate lebih seminggu after raya, confirm something happen to me. Mana la tahu kan… Takpe, girlfriend aku tahu password blogger aku, so she will update you guys if aku ditimpa musibah.

Fuh, nak balik raya dah macam nak pergi perang. But looking at our stupid and crazy road users’ memang rasanya umpama menyabung nyawa ketika berada atas jalan raya yang busy di musim perayaan ni.

Conclusion:
Merapu panjang lebar, aku just nak pesan bawa kenderaan berhati-hati. Pastikan kereta selamat untuk travel jauh dan jangan tergesa-gesa. Plan perjalanan betul-betul. Drive Safely…..

7 comments:

Fid said...

selamat menyambut raya....
berhati2 di jalan raya....

Ipoh lads said...

Hai..

nak mengambil kesempatan utk mengucapkan "Selamat Hari Raya Aidilfitri dan mohon maaf".

Selamat balik kampung...:)

Jumpa di Teluk Intan!!!
hehehehehe

poyotito's said...

aku akan berhati2 wlupun bkn aku y drive bas tuh!

'pandu dgn cermat,ingt org tersyg'
slmt ari raye...

AC said...

Sebut pasal berhati-hati ni, hari tu (sebelum puasa) aku naik motor berhati-hati gille, tapi ada satu kutu tu (student IPT) tak berhenti kat simpang terus nak langgar aku. Dua-dua motor termasuk motor aku dan dia terjelepuk atas tar cuma tak cium tar je.. Calar-calar jugak lutut aku yang gebu ni.. Apa kes.... so kena usaha dan tawakkal serta doa.

sukun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

fid,
Tak sempat aku nak berbuka rumah kau ye.

ipoh lads,
Moh kite beraye di jam condong yob.

poyotito's,
Kau dok belakang driver bas, ketuk kepala dia if dia tertido.

ac,
Nasib baik tak parah, kalau tak kurang sorang pengunjung tetap blog aku.

All,
Boleh agak kot komen sapa yg kena delete tu. Aku tak suka lawak bodoh.

AC said...

Aku pengujung tetap blog kau...??? He he he ..... tak puas baca kat opis, baca kat rumah lepas terawih.... hua hua hua hua...

Now dah tak nampak komen dari Sukun... dah gugur ke buah sukun tu...

Total Pageviews

. page counter