Wednesday, October 17

Pengertian Aidilfitri

Malas sungguh aku nak kembali bekerja. Tetapi aku dah janji dengan boss untuk datang office hari ini. So, janji kena ditepati. Malam ini planning nak beraya di rumah member-member dia Shah Alam. Semalam aku dengan bijaknya berjaya lari dari jem. Fuh… segala skill digunakan untuk ikut jalan kampong, celah-celah pohon kelapa, ditepi batas-batas sawah, di pinggir pintu rumah orang. Kepada orang kampong di Sekinchan, Tanjung Karang dan Jeram sorry kalau aku terlanggar ayam atau itik. Hahaha….keadaan memaksa, dan kepada pakcik-pakcik yang tolong tunjukkan arah. Terima kasih bebanyak.

Not really remember raya ke berapa, tapi aku tertengok Wanita Hari Ini di TV3 dengan topic yang menarik dibincangkan. Aku ulang, aku tertengok sambil menjamu bebudak yang datang beraya, bukan aku sengaja nak tengok rancangan untuk suri rumah itu. Wardina yang still nampak cantik walaupun dah ada anak menanyakan kepada semua tetamu yang datang ke studio berkenaan maksud aidilfitri kepada mereka. Rata-rata artis yang sanggup hadir kerana mungkin kantung kewangan yang tidak seberat artis-artis class A yang mampu menolak pelawaan tersebut memberi jawapan yang ntah apa-apa. Nampak sangat mentality artis kita taraf budak sekolah. Ada ke bagi jawapan aidilfitri bermaksud jumpa sanak saudara, pesta makanan, bersuka-ria, bergembira dan macam-macam jawapan yang anak saudara aku pun boleh fikirkan. Patutlah artis-artis ini terpaksa menerima jemputan bekerja di hari raya sedangkan artis-artis macam Siti, Mawi, M. Nasir, Rosyam Noor dan Erra Fazira boleh bergembira menyambut Syawal dirumah.

Sedang memberi duit raya kepada kanak-kanak yang datang kerumah aku, aku terfikir maksud aidilfitri. Aku dengan confident memberi jawapan dalam hati yang aidilfitri bermaksud kejayaan selepas berjuang menahan nafsu dibulan Ramadhan. Aku stick with that answer till yesterday aku dengar Dr. Fadzillah Kamsah di radio Era. Aku yang memang failed bahasa Arab kagum bila Dr. Fadzillah beritahu aku aidilfitri bermaksud ‘kembali ke asal’. Aidil bermaksud kembali atau berpusing dan Fitri adalah root word for fitrah atau asal. Bukan pula bermaksud kembali keasal seperti sebelum bulan puasa, mungkin rutin harian kita sememangnya kembali keasal. Bererti bangun subuh tidak lagi pukul 5 pagi, lunch hour bukan hanya untuk tidor dan maghrib hanyalah loceng untuk kita berhenti bermain atau sudah tiba masanya untuk pulang kerumah. Aidilfitri sebenarnya bermaksud kita kembali seperti baru dilahirkan kedunia. Seperti seawal-awal kejadian kita seperi asalnya kita tiba didunia ini. Suci, putih bersih dek kerana proses pembersihan sebulan dibulan Ramadhan. Fizikal, mental dan jiwa kita kembali bersih dan bersedia untuk menjalani kehidupan yang sememang kotor dengan pelbagai daki dunia yang mendampingi kita setiap waktu. Aku tidak pasti sejauh mana kebersihan diri aku, tapi aku harap kalau tidak seputih kain barupun harapnya seperti kain cadar sekolah asrama yang baru dapat dari dobi. Insyaallah.

Then, aku terjumpa article ini: From Harakahdaily

Mungkin pesanan dari penulis itu dah terlambat untuk kita pada tahun ini, tapi jika dipanjangkan usia Syawal tahun depan kita mungkin boleh ingati pesanan beliau.

To all friends here, aku nak ucapkan selamat kembali bekerja dan jom kita warnai keputihan jiwa kita dengan corak yang lebih menarik dari tahun lepas. Insyaallah.

Jika bulan puasa sibuk dengan majlis berbuka dengan kawan-kawan atau kenalan pekerjaan, next one month pula kita akan busy menerima jemputan open house, hoooreeey... makan lagi. Makan dan makan dan makan dan makan.....


5 comments:

Farhan said...

mr right, blh aku tau artis mana yg munsul dlm rancangan tu???

haha

lankapo said...

dud,
lupa nak singgah umah ko balik kampar ari tuh.
wife aku sibuk mencari lemang, sebab kat tangkak tak jumpa.

jemput lah nanti open house umah aku.
next week kot

Mr. Right said...

farhan,
Dina, Chef Wan, Noryn Aziz, Kumpulan Newboyz, dan 2-3 orang yg aku tak ingat.

lankapo,
Ceh, boleh pulak lupa2. Blah la kau. Ok, bagitau date aku datang. Tapi mesti ada satay or at least ketupat dengan kuah kacang yang ada banyak daging.

rose said...

artis2 kita bukan nak cakapla..ramai yg ceteknya ilmu depa..tapi tak semua artisla..jawapan dalam ape2 rancangan pon..tak kirala aidilfitri ke..ape ke..kebanyakkan yg bagi jawapan sekadar melepas batuk ditangga..

hmm....

alexi said...

tu le aku rasa diorg kene singgah le ke blog ko nie dood....atleast kat sini kalu diorg nak komen pung mesti diorg berpkir gak n mesti diorg akan baca or cari source utk balas balik.:D

Total Pageviews

. page counter