Monday, November 26

Aku Betul…! One Year Young

Hooorrrreeeyyy….!

Esok genaplah usia blog ini setahun. Aku tidak ingat the exact date, but somewhere this time la last year aku create blogger account. Aku tengok ramai orang hightlightkan benda-benda menarik yang berlaku sepanjang dia tulis blog. Aku pun tiru…

Ini beberapa events menarik…

27 Nov 2006
1st posting… aku kutuk blogger pengecut yang sorok identity sendiri. What a best way to start a blog, kan?


29 Dec 2006

Di posting hari tersebut, aku ceritakan aku dapat hadiah dari Jeff Ooi. Not related to blogging pun, but be able to terima hadiah dari dia face to face, seronok sikit rasanya. So, terkeluarlah muka aku di blog dia. Nak minta link ke sini, segan pula. But most possibly dia takkan bagi pun. Hahahhaa…


22 Feb 2007

Blogger politik terkenal, Roslan SMS buat link ke cerita aku berkenaan Freedom of Expression. Dia siap quote kata-kata aku lagi. Bangga sekejap time tu. Thanks bro. He just shows not all popular blogger sombong dan kedekut linkbacks.


10 March 2007

Director terkenal, Yasmin Ahmad singgah dan komen disini. Ekoran komen aku pasal filem terbaru dia, Mukhsin. Walaupun cuma beberapa perkataan, but somebody that famous spend few minutes to read your view. Bangga la jugak. Tapi lepas aku tegur tindakan anak kesayangan dia membotakan kepala, dia dah tak layan aku. Orang seni semuanya emotional ke?


28 May 2007

First time aku sedar ada orang cilok tulisan aku. Mamat tu dengan selamber je copy beberapa tulisan aku dan post di blog dia. Dia still paparkan posting tersebut disana tanpa rasa bersalah atau minta maaf. Entah apa dia fikirkan pun aku tak faham. Bodoh ke pura-pura bodoh?


June 2007
Aku terima cek RM50.00 from syarikat PPC. Seronok, 1st time dapat bayaran from Aku Betul...! Sekarang aku still dapat lagi sikit-sikit, lepaslah duit untuk teh tarik dan roti telur.


3 September 2007

Sekali lagi tulisan aku kena copy. Kali ini seorang gadis cantik manis berketurunan Arab salin tulisan aku, edit sikit-sikit dan post di blog Multiply dia. But, gadis tersebut membuktikan ciri-ciri gadis Melayu yang pemalu, telah delete posting tersebut dan limitkan visitor ke sana setelah tahu aku sedar kesilapan dia.


14 September 2007

Aku beli domain www.akubetul.com. After trial and error, akhirkan selepas beberapa hari or maybe weeks, www.akubetul.com berjaya dikaitkan dengan www.akubetul.blogspot.com.


October 2007.

Tanpa ramai sedari, Aku delete beberapa entries diblog ini. My big boss advise me to do so. Dia pula dapat nasihat dari ‘seseorang’. Without much complaint and hesitation, aku delete. Trust me, valid reason and I have no other option. Tak banyak pun… not more that 5.

So, that’s it… few highlight, events yang berlaku sepanjang aku berblog.


List below pula adalah posting terbaik…rasanya la.

Posting with most comments, 33:
Pekerja Wanita Merugikan

Posting yang ditulis paling cepat, 5 minit:
Aku Tidak Akan Komen Bolasepak Malaysia Lagi
Juga posting paling banyak mencarut dek kerana marah yang teramat sangat. Juga mendapat banyak comments, 27.

Posting with most visit, (no statistic),
Malam Pertama
Aku memang tak faham, everyday berpuluh-puluh visitor datang dari search engine. Padahal keyword ‘malam pertama’, blog ini tak rank tinggi sangat pun.

Posting paling panjang, (try buka, memang panjang):
Definisi Kawan
Posting ini lah yang kena cilok dek gadis manis tu.


Kalau ada yang interested, here few fact and figure.

Average page view per day: Cuma 300-400.

Visit: 200-300

Unique Visitor: 150-200.

Returining Visitor (loyal reader, kot): 50-60 orang.

Hari paling tinggi visitor: 607 visits.
27 September 2007 (have no idea why, hari tu tiada posting menarik pun.)

And kepada yang dengki dengan aku because what ever reason pun, jika ada lah. Aku nak pesan, one year and only few hundred readers je per day is nothing la. Pergi dengki dengan blogger yang lebih glamer dan berjaya.

To all my friends, online and offline… thanks for all the support. Seriously, aku memang suka-suka sahaja berblog ni. Not to generate money, not to gain popularity or any other nonsense dreams. Aku memang suka bercakap, bercerita dan mengutuk. So, daripada aku bercakap dan memedihkan telinga orang disekeliling, aku rasa disini lagi best.

15 comments:

fuiyoh said...

selamat hari jadi akubetul.hehe

rose said...

Hepi Besday To Aku Betul!..
dah setahun ek..hmm..
rasa cam baru je lagi blog ni wujud..hehhe..

semoga makin ramai visitor akn dtg n muncul ngan cite2 bes...:-)

suzana said...

selamat hari jadi yang pertama buat akubetul. Tahniah yea.

Helena said...

tahniah aku betul.... yeye pulak Helena baca yr posting kali ni... sampai tak kelip2.... hehe

ramonez said...

Congrat to you...keep it up a good entry..

bukan senang nk ber'blog ni..for me hanya yg bnyk idea/otak cair je ber 'blog'..anywz, congrat to you...for the first anniversary.....hip hip...hoooreyyyyy

DeQmA said...

Congratulation!! Keep it up and good job!!

Badrul Hisham said...

congrats bro!! ape lg, open la table..haha!!

wei, ada satu posting yg best ko tak masukkan..yg kutuk bos tu, yg minah murtah tu..haha!!

mmg aku tak nafikan penulis akubetul ni suke bercerita & aku mmg suke borak dengan dia cuma dah lama tak spend time dgn dia..hehe!!

p/s:zul kawen dah, ko bile lg??

Hafifi said...

tahniah..semoga blog ni sukses sllu..

adar said...

tahniah dah setahun. teruskan dood. takder la aku bosan sgt baca blgo ntah apa2 ntah kat luar sana.

aku dah naik bosan. banyak sgt blog2 yg dibuat kerana duit. smpi dah takder perasaan dlm blog.

sbb tu aku setia dtg membaca blog ko. haha....

pakdi said...

gua ingat lu realitinya member gua. rupanya member gua kat sekolah dulu yang menang hadiah telefon dari jeffooi tuuu... lupa nak scroll.. :P

apa pun selamat meneruskan idup sebagai blogger.

:D

fariezul said...

Happy birthday. Kalau akubetul seorang bayi comel, beliau pasti mampu berdiri dengan support.

Aku support kau bro.

Ipoh Lads said...

The blog that I will open firstly in the morning..
Congratulation...

Mr. Right said...

fuiyoh,
Thanks...

Rose,
A'ah, rasa macam baru je.

suzana,
Thanks.

Helena,
Haha.. sampai tak berkelip ye.

Ramonez,
Ramai org boleh berblog, cuma malas dan tak berani je. Aku rasa kalau dah start akan banyak je idea dtg. Try lah. :).

deqma,
Thanks.

Badrul,
Bila aku apa? Aku tunggu orang pinang aku. Taktau bila. Hahahaha...

hafifi,
Thanks...

adar,
True. Aku pun dah bosan. Sebab tu kalau kau tgk posting hari ini (27/11), aku undur diri dari bercerita pasal nak jadi kaya. Hahaha... biar la org lain ambil topic tu.

pakdi,
Hahaha... aku no. 2, dapat sebakul coklat, bukan handphone LG. Cis...! Member kau jiwang gila, pantun terlalu seni.

fariezul,
Thanks. Aku mmg perlukan support dari kawan2.

ipoh lads,
Thanks. Sorry kadang2 aku tak sempat update pagi2. Busy keja.

All,
Thanks for all the support. Berblog ini merupakan hobi yang paling best aku pernah buat. Aku akan terus buat dan aku harap korang semua enjoy baca dan komen sama seperti aku enjoy menulis.

alongovtx said...

selamat hari lahir,kau cerita jer...aku baca punya.

Lain orang lain cerita!

poyotito's said...

kau mmg seorang yg hebat!
itu shj.

Total Pageviews

. page counter