Tuesday, November 20

Animal Animation

Last weekend aku tengok film Happy Feet. Aku download ikut ftp file siapa ntah. Aku baru tahu, alangkah seronoknya download movie dari internet. Dan bekerja di sebuah syarikat ISP membolehkan aku download one whole movie for only… 10 minutes. 10 minit tu maximum, kira movie lebih 2 jam. Selalunya 5-7 minutes sahaja. Oh my god, no more TGV or GSC for me. Hahaha… And kalau rasa-rasa gatal, atau rasa gatal-gatal, movie dan clip-clip menarik dari Japan, Korea, Taiwan or even Malaysia pun banyak, if you know what I mean. .3gp file anak bangsa kita ‘beraksi’ cukup banyak. Kadang-kadang sedih juga aku bila fikirkan.

Ok, aku bukan nak cerita perihal aku mencuri movie orang, aku nak cerita pasal movie berkenaan binatang. Banyak kan? Happy Feet pasal penguin. Weekend sebelum tu aku tengok filem Bee Movie dengan awek di Bukit Raja. Bee Movie cerita pasal binatang… ermm Bee kot.

Apa lagi?

Ratatouille – Tikus
Antz – Semut
Garfield – Kucing
Chicken Run – Ayam
Finding Nemo – Ikan

Aku bukan wartawan hiburan atau blogger pemalas yang buat article dengan listkan semua benda yang berkenaan dengan topic. Itu kerja senang, jadi sebagai usaha membezakan diri dengan golongan pemalas, aku nak berikan idea filem-filem haiwan lain yang aku rasa boleh tarik orang ke panggung.

1. Panda Bear.
Aren’t they cute? Bayangkan dengan muka yang comel, bulu yang gebu, pemalas, duduk atas pokok. Kerja mereka… makan…tidor…makan…tidor. Character yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Semua lelaki cemburu dengan cara hidup beruang panda.

2. Cacing.
Kehidupan dalam tanah, ada banyak lorong yang mereka korek, macam highway. Makan tanah hasil korekkan, dan keluarkan ditempat lain. Bekerja tanpa henti untuk mencari makanan. Aku rasa ada nilai-nilai murni yang boleh dieksploitasi dari sifat cacing. Mungkin di penghujung cerita tunjukkan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan family member kerana menjadi umpan kaki pancing. Sedih…sedih. Boleh juga selit unsur lawak dengan letak bayaran tol tinggi untuk lalu ‘highway’.

3. Kutu.
Tidak, aku tidak maksudkan ahli politic. Aku cakap kutu, as betul-betul kutu. Kutu yang duduk atas badan anjing, atau kepala manusia. Kehidupan bermasyarakat mereka, cara mereka lari dari serangan sikat benban (kalau tak tahu apa sikat benban, pergi tanya nenek atau makcik sebelah rumah), serangan ubat, shampoo. Nahh.. tak menarik, aku tulis kutu sebab nak buat link ke posting lucu aku pasal politician, itu sahaja. Move to next idea.

4. Biawak
Mungkin film maker dari Hollywood kena buat sedikit perubahan. Film animasi haiwan selalunya ada element lucu dan sedih. Target audience, kanak-kanak yang akan drag parent untuk ke pawagam. So, aku rasa perlu ada film cartoon ganas. As purely ganas, ada bunuh-bunuh, darah bertaburan, bangkai bersepai. Target market pula, remaja dan golongan lelaki bermotor kuasa tinggi. Buat cerita animasi pasal biawak merebut kawasan, rebut hasil buruan, rebut punca air. Kisah politic orthodox sekumpulan biawak ganas. Wahh… mesti best. Wujudkan watak-watak menarik yang akan digilai oleh lelaki ganas dan macho. Biar mereka buat tattoo di lengan ada gambar Bronko (contoh nama watak ganas ketua penjahat biawak).

5. Monyet.
Mungkin ada watak-watak cameo monyet dalam beberapa film. Atau watak pembantu macam dalam filem Tarzan dan Madagascar. Tapi cerita 100% pasal monyet belum ada lagi rasanya. Kalau untuk penerbitan tempatan boleh gunakan suara Khairy Jamaluddin untuk watak hero atau penjahat, depends samada penerbit tu sokong BN atau anti BN. Hahaha. Sorry, pilihanraya dah makin dekat aku tidak boleh lari dari elemen kutukan kepada politician. But seriously, kehidupan monyet rasanya cukup lucu untuk difilemkan.

Aku planning nak bagi idea banyak-banyak. Bila aku dapat idea je, aku terfikir yang filem sebegitu dah ada. So, that’s it, 5 idea yang aku percaya boleh diusahakan oleh pembuat filem Hollywood atau orang kita yang cukup berani.

Korang dah lawat Komuniti Iklan Percuma ke belum? So far aku ada la juga dapat ahli baru. Nampak macam ada harapan je impian aku jadi kenyataan.

9 comments:

softie said...

ish bes nya dpt dload mcm2...cuba try dload grey anatomy season 4....mesti cepat jugak kan...kat Malaysia thn depan baru nk tayang kat tv...

Kata Tak Nak said...

Kalau ada Planet of the Apes Malay version, memang elok guna suara Khairy untuk watak Urko.

Utk softie cuba link ini.
http://free-tv-video-online.info/internet/grey_anatomy/

Aku tak tengok cita tu tapi aku check tadi dah ada season 4 sampai episode 8. Aku tengok house. Sekarang dah season 4 episode 7.

Anonymous said...

Bro?

Anonymous said...

Rajin giler lu bro?

Anonymous said...

bro...lu punya pic tu mmg tepat riak wajahnyaa.....hehehe

chals

Anonymous said...

awas blog anda dlm perhatian....










jeng jeng jeng hahahha
rilek bro -lankapo.com

anamiraa said...

weh hang dah tengok ratatouille? best gilerrr!!!

Ipoh Lads said...

I really like the similarity of that Khairy to the monkey...Damn so true..
Hahahahhaahhahahahahahahaha..
cannot stop laughing already...
hahahahahahahhahaaha

Mr. Right said...

softie,
Aku tak minat tv series. Dulu minat kejap, pastu rasa macam loser lah pulak kena 'pegang' dengan rancangan tv.

KTN,
Wah.. hang pun gila benda ni juga. Ingatkan budak2 remaja je. Tidak berapa budak pun minat gak ye. Anak kenalkan ke? Hehehe...

ano,
Rajin apa? Aku tulis panjang2 bukan lama pun. Come on... 15 minutes to 1/2 hour kautim la. Itu pun kira rajin ke? bukan ada research pun. Tapi kalau nak puji aku, aku terima je... just try to act humble by not accepting the compliment. Hahaha..

ano 2,
Gambar tu aku ambil dr tempat lain. Lupa nak link ke source.

ano 3... kapo,
Memang la setiap hari ada beberap ratus org perhatikan blog aku. Hahaha... kalau hari baik cecah 6 ratus, tapi weekend 1-2 ratus je.

anamiraa,
Tak tgk lagi, sebab ada org tu tak kasi dvd kat aku lagi. Ermmm...

ipohlads,
People said after Pak Lah era KJ are nothing. But dont we think KJ also knews that fact and will take all kind of preventive action? Dono lah.

Total Pageviews

. page counter