Friday, November 9

Courts Mangkuk

Badan aku still sakit-sakit sebab panjat bukit, or to be exact anak bukit untuk mandi air terjun semalam. 1 ½ hours mendaki aku dah rasa macam nak mati… Tetapi dapat melihat keindahan air terjun macam dalam poster, berendam macam badak air dan makan ayam bbq sambil dengan bunyi air memukul batu… indah. Walaupun aku surrender pada air terjun ke 5, instead of go all the way sampai ke 7, tapi aku rasa seronok juga. Close encounter with biawak… alone… shit… menakutkan. Maybe later aku akan cerita the whole story with some pictures. Not so adventuress la for kaki panjat gunung tapi untuk aku dah kira best gila. Hahaha.. 100+ kg dude panjat dan turun bukit for more than 1 hour,.. I deserve some respect, right? Hahahaa…

Wah, such a long intro… actually nak cerita pasal pengalaman aku dengan awek aku berurusan dengan Court Mammoth, Shah Alam few weeks back. Maybe, somehow we can compre with my experience with Malay web hosting business in my previous entry. Aku dah tulis posting ini lama, cuma hari ni baru sempat post. Lagipun hari ni penat, malas nak menulis.

Dalam bulan puasa awek aku nak beli TV baru. Lepas survey semua kedai dan promotion raya we decided to buy from Courts Mammoth. Lepas belek-belek, kami pilih untuk beli TV 29’ brand Haier.

Salesgirl to cakap Haier ni brand China paling bagus, but not as good as Panasonic, Sharp, Samsung…etc. Ok lah, for only RM500, 29’… plus 1 year warranty. Not bad la kan. Awek aku request that TV to be delivered after raya, since cuti raya panjang buat apa tinggalkan TV kat rumah sewa dia. As usual salesgirl tu cakap,

“No problem”.

Kami pun setelkan bayaran dan awek aku dah berangan nak pakai TV baru lepas raya.

Lepas cuti raya, few days, no news from Courts, they promise to give my girlfriend a call bila mereka dah ready. Everytime awek aku call they gave same answer,

“We will check… later we call back”.

Few days, mereka tak call balik pun. Bila aku dah fed up dan sampai giliran aku pula call, aku maki tu the max. Bila aku dengar pula masalah mereka aku jadi semakin marah.

“Sorry ya, TV tersebut dah habis stock… supplier tak hantar lagi, awak boleh redeem your money back”

Jawapan aku…selepas puas maki hamun.

“Kau tunggu sana, suruh manager kau tunggu, aku sampai lebih kurang pukul 8 malam… aku nak jumpa… (aku mention nama asst. managers dan manager mereka yang aku dapat dari website Courts)”

Sebelum sempat aku sampai rumah awek aku mereka dah call awek aku dan offer suruh ambil duit atau mereka offer TV lain. Then bila aku sampai diCourts mereka tawarkan TV Sharp seperti gambar dibawah.

Harga Sharp tu RM850. Aku tak buat muka gembira tapi accept offer mereka. Aku juga tidak marah-marah dan tak minta nak jumpa manager mereka just because awek aku dah pesan. Dia tak suka tengok aku mengamok.

Fikir-fikirkan semula, berbaloi juga rasanya. From RM500, Haier TV to RM850, Sharp TV. Tapi hati still sedikit sakit since dilayan macam sampah oleh Court Mammoth. Maybe jika aku tak mangamok through phone, tak mention nama manager dia dan buat seolah-olah kenal hierarchy management mereka, dia akan terus layan aku macam budak baru first time nak beli barang.

Tapi orang kita memang gila beli barang di Courts, sebab boleh hutang. Kan kita suka berhutang. Even ada yang mention to me Nabi Muhamad pun tinggalkan hutang banyak lepas baginda mangkat. Although semua dihalalkan, but still baginda memang berhutang. Seperti biasa, aku tak arif agama… not sure true or not la.

Selamat berhujung minggu dan hadiri majlis DeepaRaya. Walaupun Syawal dah habis still banyak open house this weekend.


19 comments:

cika062301 said...

akupun penah ade pengalamn camtu,walaupun ku beli secara tunai(Cwgn Klang)..cuma masa tu aku budak baru blaja membeli kot, so aku tak ingt lak nak sebut nama asst. manager dowang..huhu memang teruk service!

zureen said...

aku betul...
tambah sikit ajer lagi...COURTS MANGKUK TANDAS...hehehehe tapi untung awek ngko dapat tv sharp...sharp ngan haeir mcm langit dgn bumi walaupun tak sama taraf ngan panasonic mahupun sony atau yg sewaktu dgnnya...

Fid said...

btw...aku nak tanya..apa beza taraf tv-tv ni?
bg aku semua tu strategi perniagaan je harharhar....
tv cap apa pun sama..je buka kat dlm part sama je dr china juga....

tp kan dood ko ni suka benor tulis topik yg aku mmg dok geram hahahahaa...

pendek kata...sektor servis kat malaysia ni memang hampehhh....

Anonymous said...

thanks sbb b aku post kli ni bg p'ingtn ttg hak kte sbgai pmbeli..kna gertak cket dorg ni..
untung jg klu dpt barg yg lg baik mcm tu..
kualiti n safety jer yg mbezakan taraf2 tv ni..sbb tu ada yg harga mhal ket..

Anonymous said...

'Ayuh kuningkan Kuala Lumpur 10 November ini' - Mohamad Sabu
Johari Jaafar
Fri | Nov 09, 07 | 2:25:35 pm MYT
IPOH, 9 Nov (Hrkh) - "Pada 10 November ini saya menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk kita mengadakan himpunan aman di Dataran Merdeka untuk kita mendesak kerajaan agar demokrasi dipulihkan kembali melalui pilihanraya umum akan datang dan proses pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil, kerana itu saya menyeru sekali lagi agar kita`kuningkan' Kuala Lumpur."



Sila layari www.englishsection.com untuk Laman Utama English Section atau www.harakahdaily.net/wap/ untuk melayari HarakahDaily.Net menggunakan telefon bimbit GPRS (General Packet Radio Service) anda.

Demikian dinyatakan Pengerusi Perhimpunan Aman 1000,000 rakyat Malaysia, Mohamad Sabu ketika berucap di majlis Ceramah 100,000 Rakyat Peringkat Negeri Perak di sini yang dihadiri lebih 2,000 orang.

Menurut beliau, program anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) tersebut bertujuan untuk menuntut hak rakyat bagi mempastikan proses pilihanraya berlaku dengan adil tanpa sebarang penipuan dan penyelewengan.

"Oleh kerana itulah BERSIH menuntut empat perkara, antaranya penggunaan cap jari, pembersihan senarai pengundi dalam daftar pengundi supaya tidak wujud lagi nama orang yang telah mati turut `pergi' mengundi, hapuskan undi pos dan digantikan dengan kaedah lain dan mengakseskan media," ujarnya.

Beliau meminta pihak berkuasa terutama polis supaya tidak menghalang perhimpunan aman tersebut kerana BERSIH diwaikili parti-parti politik pembangkang dan lebih 98 Badan Bukan Kerajaan (NGO) untuk mendesak agar demokrasi dipulihkan dan proses pilihanraya berlaku dengan bersih dan adil.

"Anggota-anggota polis berkursus di luar negera, ada yang berkursus di England, dan juga di Amerika Syarikat, lihatlah cara pihak polis England menangasi perhimpunan aman dan demonstrasi di negara tersebut," ujarnya.

"Ketika saya di England saya sempat melihat para pelacur mengadakan perhimpunan kerana membantah kawasan pelacuran mereka hendak dimusnahkan, perarakan itu dikepalai oleh pihak polis, kiri dan kanan diawasi oleh polis, tidak ada satu pun gas pemedih mata dilepaskan."

"Tetapi kita hairan pihak polis berkursus di England dan Amerika, mereka tidak gunakan ilmunya, sebaliknya menggunakan pendekaran 'ala Burma' bertindak terhadap perhimpunan aman dan demontrasi yang dianjurkan di negara ini, seperti yang berlaku di Batu Burok, Terengganu" katanya lagi.

Menurut beliau, perhimpunan 100,000 rakyat anjuran BERSIh bukan bertujuan untuk mengadakan huru hara dan kacau-bilau, sebaliknya perhimpunan itu sebagai menunjukkan rasa protes terhadap demoktrasi yang telah `ditelanjang' oleh Umno/BN dan rakyat kini mahu demokrasi itu dipulihkan kembali dan pilihanraya berlaku dengan adil, telus dan bersih.

Sepatutnya semua pihak termasuk anggota polis menyokong BERSIH yang menuntut proses pilihanraya berjalan dengan adil dan demokrasi dipulihkan kembali, tambah beliau.

"Di akhir perhimpunan itu nanti BERSIH akan menghantar memorandan kepada Yang DiPertuan Agong di Istana Negara, mengharapkan baginda menggunakan kuasanya, sekiranya daftar pemilih masih tidak dibersihkan sepenuhnya, bersetuju baginda boleh menggunakan kuasanya untuk tidak bersetuju menandatangani pembubarkan Parlimen dan pilihanraya umum tidak diadakan," katanya.

"Saya meminta seluruh rakyat Malaysia yang mahu melihat demokrasi dipulihkan kembali dan proses pilihanraya berjalan dengan bersih dan adil agar turun ke Kuala Lumpur 10 November ini agar hari itu kita 'kuningkan' bandaraya Kuala Lumpur. -

MR. said...

aku haram tak pernah gi courts ... ader eh tv 29" RM 500 jer ...

aku ingat giant & tesco dah abis murah dah ... ader lagi rupanya yg lagi murah ...

alexi said...

dood ak nye experience lagi hampeh ngan SAMSUNG lagi teruk n suck services dia aku beli tv 32 inci slim tv le..then aku pakai tak samapi seminggu dah ade kaler problem then aku call n anto service dia cakap takde rosak then dia anto balik aku bukak tv tu dah tak bole power on terus then aku anto balik dia cakap kene ganti baru tp depa takdak stok offer aku tvd lcd n kene tambaha duit aku cakap le aku taknak aku nak duit aku balk...aku beli tv tu bulan 7 smp skg duit aku tak dapat2 balik..aku follow up almost every week last2 minggu lepas call aku cakap duit aku dpt ujung bulan ni...service mmg hampeh nak mampus..aku dah tak larat nak maki hamun dah ..lepas ni aku rasa nak beli tv panasonic je la senang..aku dah banned terus brand samsung.:>

rose said...

Samsung pon camtu gak ke? ish2..ingatkan tv2 cap ayam je tak ok barang2 dia..sbb if cap ayam je..pakai setahun..buang je if rosak..hua hua hua hua...

teek said...

walaupun takde fakta, tp aku yakin rasulullah tidak berhutang.

ramonez said...

tv kalo de prob kaler, try tarik besi berani(magnet) kat skrin dia..kadang2 berkesan menurut experience aku...

Mr. Right said...

cika,
Courts kalau beli tunai memang untung. Memang murah.

zureen,
Sebab dapat tv sharp la aku tak namakan mangkuk tandas.

fid,
Ntah, yang aku tau brand yg byk iklan kat TV, kat merata-rata, kira bagus lah. Tapi TV branded ni memangt tahan lama sikit, Panasonic aku dengar tahan berpuluh tahun. Tapi brand JVC pun bagus gak. Info: Fid ni kerja JVC. Hahaha..

ano 1,
Betul. Kena gertak, baru dorg takut sikit.

ano 2,
Kuning la jugak smlm.

mr.,
Courts ada yg barang murah2 jugak. Try la tgk. Tapi jgn hutang la. PEdih hati tgk harga jadi double or triple.

alexi,
Lagi malang nasib kau. Bagitau reporter je. Hantar kat paper ke, tv ke, kat blog glamer2 ke.

rose,
Betul.

teek,
Aku rasa betul lah. Memang baginda berhutang.

ramonez,
Boleh try.

Fid said...

haaaaa..kalu nak beli camcorder beli yg cap JVC....
Yg HDD pun ada...wehh teriklan le plak...

Dood
yg bnyk kat iklan tu derang marketing buat kerja bagus bnyk promosi....
mcm company aku kerja ni sales marketing tidoq!

off topik le plak

btw...brg2 elektronik ni....
kalau yg branded tu derang jual brand bnyk....part dlm tu sama je...made in china....
kihkihkihkih....

lankapo said...

aku pun dah kena kat situ, beli laptop tapi di reject. Pastu terus beli pakai kad kredit, konon2 dapat beg free.
Sampai sudah tak dapat...

Anyway aku interested dgn kawan ko yang cakap Rasulullah wafat ada hutang nih. Puas aku carik hadis dan tanya orang, tk der plak aku dengar.

Dulu bukan ada Tv pun, kredit kad,kereta ker,sampai nak berhutang. Ko cakap kat member ko, selagi dia tak bawak hadis mana, kitab mana dia ambil fakta ni. Ko kena tarik balik statement ko.
Pasal menda ni serius tak leh main rasa2

i.am.chaos said...

heheh..best la ko...

tv yg aku nyer skang pun bran d sebijik ngan ko

p/s: nk beli lcd + plasma HD tv...biler la...huhuhu

akuzle said...

asm, inchek btui...

on the first hand... mmg brg2 yg dah ado jenama neh kualiti tip top tp itu bkn jaminan laaa. aku bole kata 78% jek tahap kebetulannyer tuh

kebetulan yg lain... mcm kes aku. b4 this 2 kali aku bli tv cap ayam kt Mydin. Genap 1 thn mmg almarhum laa tv2 yg dimaksudkan tuh. tv ketiga neh, kunun hubby aku nk try yg jenama siketlaa (kebetulan ado bajet) so sambaulaaa Samsung 21' flat skrin...apa ntah model. rega ok dlm rm345

1st week dh strt tunjuk perangai spt:-
1. tetiba terpadam sendirik dlm 4-5 saat then idup blk
2. tetiba juger volume bole terkuat dgn sndri then ok blk. biler dier dh terkuat volume tuh, 'alleycats' yg dok lepak2 dpn umah aku pon bole kne sakit jantung.

call2 kedai tv tuh. depa ckp kne call CS Samsung kt PJ. CS ckp, kalo nk cepat kne g anto sndri kt sana (sps kejadahnyer aku plak). siap biler wallahuaklam. abeh, selama menunggu aku nk tgk dinding umah sewa aku jeks yea?

itulaa exp yg aku nk share siket ngan angpa psl brg branded ngan x neh... kes aku neh hopefully juz yg terpencil lah..

tq, inchek btui.. sedang2 tgklaa blog aku juger...hikhikhik..wasallam

Anonymous said...

huh,kalo ko nak ngamuk lagi kat CM nih ajak aku. Aku mmg lama sakit hati ngn CM ni, bnykla kes, macam sial sgt, diorang bnyk cengkadak bnyk taktik. Tapii...time mintak bayaran gila babi macam sial mendesak2 tak nyempat2 padahal terlewat 2 3 hari..nak compare dgn service sial yg dorang bg. korang kalo nak beli brg takyahla kat CM ni dah...CM ni sbnrnyer cam along..bunga bapak akh tinggi..bodoh punyer courts..kalau aku ade power aku bakar semua CM kat malaysia ni..grrr...hins hins hins...marah ni marah ni..

Rina R said...

Ni Agency Collection yang Courts Mammoth use. Most probably panggil ex2 debt collector yang keje dr company along kot. Bodoh siap nak peras ugut guna nama "Jabatan Perundangan" la, nak sita barang la, dtg takat bwk "NOTIS PEMBERITAHUAN BAYARAN LAMBAT", boleh mengaku tu surat penyitaan. bodoh ke hape? Mana surat Penyitaannya? mana surat mahkamahnya? main peras ugut ngan family member yang xtau pape boleh la kena kencing ngan org courts aka collection agency nih. nasib semua conversation kuang hajaq dorang aku dah rakam siap2. mmg polis report la. Hingat dorang tu financial institution ke hape smpi berani nak ugut nak freezekan akaun la nak bankrupkan la...keje call center tele-collection siap boleh mengaku dari "Jabatan Perundangan"...gile hebat tuh...kelentong x hengat..yang dpt sms2 ke call2 ke cer minta no pendaftaran syarikat dorang, berani bagi x...cer mintak alamat dorang, berani bagi x... sedangkan kat notis yang dorang bagi pon xde alamat...bagi no tepon contact person. No tepon xberdaftar ngan telekom, berurusan guna no hp??? Pelik sungguh...kata pas kat manager, padahal pas kat kwn sebelah meja jer. KELENTONG LEBEY...haha..mcm la kita ni bodoh sgt xtau trick2 kat call center collection tuh...dorang ni akan ckp ape je sbb nak kejar komisen dorang.

Senang citer, klu dorang ni wat peras ugut lagi, report polis je no tepon and company dorang nih.

Ni aku share no2 yg dorang pakai kelentong org nih. (Ni no Agency Collection dorang nih)
Person In Charge utk satu akaun ramai gile.
Mazlina . Ashraf . Shafiq . shahrul. Jaspal Singh . dlm sehari smpi 4 person in charge call. gile hebat :D
Company
ARUS SELASIH SDN. BHD.
Address:
Menara Maxisegar, Jalan Pandan Indah 4/2, Pandan Indah, Kuala Lumpur
Postcode:
55100
Phone:
0342854514
011-23825127
0174586993
03-42854514
Caller: ARUS SELASIH SDN. BHD.
Call Type: Debt Collector

Redzuan Atyra said...

Siapa kata courts tidak amik tindakan. saya pernah kena masuk di mahkamah jalan duta pada 13/11/2014 di dakwa di bawah kes kehutangan sivil. walaupun hutang saya dalam rm 3k je. tetap kena bayar dlm extra 7k sbb tanggung kos guam and mahkamah mcm palat. saya ingat kan benda ni boleh di elakkan. but see ? courts mammoth ni dia amik tindakan cuma xsemua customer dia amik tindakan. and sbelum saya masuk mahkamah pun kena freeze akaun kot. sbb kita hutang dgn pihak syarikat bukan bank. mmg sial punya courts mammoth. kalau korang tak percaya korang tunggu jela. confirm 1 day korang kena. nak lawan mahkamah diarang ada bukti kita sign agreement. apa saya nak ckp is kita dah terperangkap dengan diarang ni. nak taknak terpaksa la bayar hutang ni. ini kisah benar guys.

Man Siakap said...

sesenang jgn bayo lambat. takde masalah. ahhaha

Total Pageviews

. page counter