Tuesday, November 27

Jana Wang Dari Internet

Setahun lepas, 27 November 2006 aku post 1st posting di sini. Aku create blog ini dengan planningnya nak tulis apa sahaja. Aku bercerita, berikan pandangan, semestinya setiap idea… Aku Betul…! Hasilnya, blog aku dipenuhi dengan macam-macam cerita. Dari politic, sukan, kisah peribadi, isu semasa dan online business.

Aku rasa cukup ramai blogger dah sentuh pasal online business. Mereka jadikan topic berkenaan sebagai niche untuk mereka berceloteh. Sememangnya keyword seperti “cari duit”, “kerja sambilan”, “jana wang”, “tambah pendapatan”… semunya keyword yang selalu orang search. Tidak kiralah kita kaji menggunakan apa-apa tools untuk cari ‘hot keyword’, sememangnya kita akan dapati beribu orang search perkataan tersebut. Bila ramai orang search, bermakna banyak visitor yang search engine boleh salurkan ke blog mereka. Lagipun sesungguhnya ramai orang berminat dengan topic yang dibincangkan. Mudah nak ajak visitor join the topic.

Jadi aku rasa aku nak mengundur diri. Aku tidak mahu bercakap berkenaan online business lagi. Aku tidak akan review mana-mana ebook, perniagaan internet atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Aku sedar aku tidak mahir topic ini, buktinya aku sendiri tidak kaya lagi. So, malu rasanya nak berdentam-dentum tapi hasilnya tiada pun. Lebih baik aku concentrate buat lawak sinis, kutuk politician, kutuk artis, berikan pandangan pasal kehidupan, isu semasa, kutuk Manchester United FC dan sebagainya. Biarlah mereka yang benar-benar arif sahaja bercerita pasal online business. Jika in the future aku ada idea nak berborak pasal topic ini, aku akan hantar article kepada kawan-kawan yang jaga blog sebegitu. Kalau mereka rasakan article aku cukup bagus, mereka akan publish, jika tidak aku sedia untuk article itu di recycle bin kan. Kalau ada yang betul-betul penting (ex. bisnes aku sendiri) atau lucu, barulah aku akan post disini. Seperti ini.

Untuk menutup cerita perniagaan internet di Aku Betul…! izinkan aku post 2 gambar dibawah. Aku summarykan segala pengetahuan aku didalam dua gambar tersebut. See, betapa ceteknya ilmu aku, 2 gambar sahaja dah cukup.

Summary cara buat duit di Internet, click untuk besarkan.


Teknik yang boleh dicuba, click untuk besarkan.

Ada yang tak faham? Jangan tanya aku, search la google, aku sendiri tak berapa faham apa aku tulis tu. Hahahaha…

Conclusionnya, pada aku online business ni tiada jauh beza dengan offline business. Sama juga dengan sukan bolasepak. Ramai tahu bagaimana caranya, semua orang declare pandai menganalisis dan tidak kurang yang asyik berangan-angan. Cuma untuk buat dan jalankan, kita tiada modal, skill dan yang penting keberanian. So nasihat terakhir aku kepada yang suka berangan nak cari duit dari Internet, stop dreaming. Ambil lah langkah pertama. Jangan takut. Jangan segan. Buat je.....

Good Luck...!

4 comments:

Anakdagang said...

Saya bersetuju, semua perkara pun memerlukan langkah pertama. Just go on and try! Btw, saya masih menunggu
gambar macho kamu, kamu sudah tentu
tidak mahu dikatakan pengcut bukan?

zen non said...

Salam,
aku baru sampai kat sini. tak tahu apa cite sangat. Tapi sket komentar aku bahawa perniagaan ala-ala piramid, network marketing dan sesahabat dengannya benar-benar menganiaya orang yang berada di tingkat paling bawah skim itu. Jadi untuk tidak dianiaya, maka dia terpaksa cari orang bawah dia, orang bawah dia terpaksa cari orang bawah lagi..selalunya kena cari sampai 4/5 orang baru pulang modal, nak banyak lagi duit, cari orang lagi, tak ke menipu namanya gitu. Suruh orang bayar untuk bende yang tak ada atau yang ntahapaapantah..pastu dapat ala-ala komisen..faedah aka riba'. Yang paling kaya orang kat atas sekali, sebab dia akan kaut semua duit orang lain, orang kat bawah dia kaut duit orang kat bawah dia..dan seterusnya. ramai orang rasa bende ni tak menipu sebab dapat duit, tapi cuba pikir la sendiri laa..Nak meniaga pun jangan la sampai macam ni.

Ipoh lads said...

Oh!..thank God! Finally...internet online business or whatever they called, is such a rubbish!
Hahahahaha...

Mr. Right said...

anakdagang,
Takkan aku nak letak gambar kat main page. Ruang space je. Kan setiap komen aku ada gambar.

zen non,
MLM memang la cam tu. Aku ada tulis cerita MLM. Kalau rajin, search la.

ipoh lads,
Sebab ramai cakap cam tu lah aku drop topic ni. Buang masa je rasanya. Rugi sel otak aku je. Hahaha....

Total Pageviews

. page counter