Monday, November 5

Jenaka Politik

Kalau nak diumpamakan masalah yang aku ceritakan di posting sebelum ini umpama memasak nasi minyak, aku rasa ianya sudah hampir selasai. Aku dah tumis minyak yang bermutu tinggi dengan secukup rasa segala jenis rempah ratus. Aku juga sudah masukkan beras yang mahal dan air secukupnya. Sekarang cuma perlu kacau dan kecilkan api. Harap-harapnya ia akan jadi hidangan yang enak, insyaallah.


Ok… let’s move on. This week will be very interesting week. Ada beberapa rakan lama dari seluruh pelusuk negara akan hadir ke ibukota. Confirm akan ada yang ajak minum sambil menayangkan betapa seronoknya mereka berpesta menggunakan duit ketua cawangan yang dapat peruntukan dari ketua bahagian yang pula dapat peruntukan dari ketua-ketua mereka. Yup, I’m referring to perhimpunan agong UMNO. Takpe lah, biarlah mereka berpesta, rezeki peniaga KL, UMNO pun memang kaya.

Then, next weekend, kawan-kawan dari PAS dan Keadilan ajak aku pergi perhimpunan 100 ribu rakyat. Ayat dari pemuda PAS di kawasan sekitar Perak.

“Pergi ke perhimpunan BERSIH? Dentam-dentum dalam blog je tak guna”.

Hahahaahhaa… Sorry bro, aku nak releasekan tension di air terjun dengan member-member.

Never mind, to celebrate kawan-kawan dari UMNO dan kawan-kawan dari penyokong BERSIH, aku tulis 2 lawak dibawah.

Lawak Pertama:
Tiga orang kawan, Abu, Ali dan Amir sedang menonton tv di kedai mamak. Mereka melihat iklan shampoo rambut.

Abu: Cantiknya Fasha Sandha tu kan?

Ali: Itu bukan Fasha Sandha, itu Maya Karin.

Amir: Hahaha… itu Fasha Sandha lah, yang digossipkan dengan menantu Pak Lah.

Mereka terus bertengkar walaupun iklan dah lama habis dan bolasepak dah bermula. Kemudian rakan mereka seorang ahli UMNO datang menghampiri mereka. Untuk selesaikan perbalahan mereka Abu, Ali dan Amir setuju untuk meminta pendapat Ahmad (ahli UMNO).

Abu: Mat, yang berlakon iklan shampoo ..(bla..bla..bla).. itu siapa?

Ahmad: Ooh… tu Fasha Sandha. Benda simple tu pun tak tau ke?

Ali: Hah..! Kan betul aku cakap… Maya Karin tu…

Abu, Amir: Ohhh…betul lah Maya Karin rupanya….

Ahmad: Oi, korang pekak ke? Aku cakap itu Fasha Sandha lah…

Ali: Sorry lah Mat, kami memang tak pernah percaya cakap ahli UMNO.


Cool, jangan melenting. Ok, untuk sejukkan ahli UMNO, aku buat pula lawak ini.


Lawak Kedua:
2 orang yang saling tidak kenal menghadiri satu pameran senilukis. Mereka terhenti di sebuah lukisan.

Si A: Lukisan ini cantik, cuma koordinasi kaler yang kurang sesuai. Suram. Tiada unsur-unsur kontra untuk pinpointkan pandangan kita. Motif kemanusiaan yang cuba ditonjolkan pula tidak jelas. Perempuan tu sedih? Gembira? Takut? Blur…Saya gagal connect dengan mesej yang cuba disampaikan. What say you?

Si B: Awak ahli DAP ke Keadilan?

Si A: Keadilan, tapi macam mana awak tahu?

Si B: Sebab ini bukan lukisan, ini poster decoration je. Original copy kepada karya agong terkenal…Monalisa.

Si A: Ooohhh… patutlah, agong memang tak pandai melukis.

Si B: … yela, yela… (berlalu sambil tersenyum)


Dapat apa yang aku cuba sampaikan?

Sebagai penutup, satu teka teki kepada ahli UMNO. Boleh la bawa ke PWTC nanti teka teki ini.

Manakah dibawah adalah rumah seorang menteri besar dan yang manakah rumah seorang ahli dewan undangan negeri?

Tik, tok… tik tok… masa berjalan. Teka cepat.


Answer:

A – gnalK nahubalep NUDA
B – natanleK BM


Selamat bersidang kepada ahli UMNO dan selamat berhimpun secara aman untuk penyokong BERSIH…!


7 comments:

Ipoh Lad said...

ANOTHER GOOD ONE, dood!!!

anyway, is that really Nik Aziz's house????? Gosh!

Anonymous said...

lawa k-2 tu best...

AC said...

Aku paling suka teka teki kau. Dalam dia memang menusuk kalbu...

p/s memang betul itu rumah Mursyidul am PAS...

rose said...

jauh gile beza umah Adun ngan menteri besar tu ek...huhu..

cam istana pon ada..dasat seh!

teka-teki ke-2 mmg mendalam betul maksud dia..hahahha..

Mr. Right said...

ipoh lads,
Yup. Memang rumah Nik Aziz, aku pernah pergi duluuu.

ano,
Kau orang UMNO ke? Hehehe...

ac,
Kau pun macam terasa je, kau orang UMNO juga ke?

Rose,
ADUN tu pandai bisness kot. Kita fikir baik dah lee..

All,
As usual, posting politc tidak begitu menarik perhatian. Or maybe orang UMNO busy dan tak sempat nak komen. Hahahaha...

jawa said...

tengok cermin! lihat, kenal pasti kelemahan sendiri. lepas tu fikir diri sendiri tu betul ke sama je macam mangkuk tuh. tak kira umno ke, pas ke, keadilan ke, sama je ada kelemahan masing2. ikut nafsu lesu ikut rasa binasa. setiap manusia tidak alpa dari melakukan kesilapan.sama ada sedar atau tidak. ok.... renung-renungkan lah...........

Anonymous said...

ha!!! trus snyap ko mr. right.... xpyah nk tunding jari kt sape2... muhasibah dri dlu tau...

Total Pageviews

. page counter