Tuesday, November 6

Most Malay Web Hosting Company Suck…!

Notice:
Sedikit panjang dan meleret. Korang perlu familiar dengan dunia internet untuk faham sepenuhnya rungutan aku dibawah ini.


Read title betul-betul, most… bukan semua. Aku memang tidak faham dengan so-call businessman Melayu. Yes, aku nak kutuk perihal bangsa aku sendiri. Tidak perlulah lah ingatkan aku atau kecil hati dengan teguran aku.

Aku nak specific kan teguran ini kepada Melayu yang gatal tangan nak berniaga hosting atau jual domain. Mungkin nasib aku yang malang, tetapi aku telah hubungi 4 syarikat, dan kesemuanya tidak memberi kepuasan kepada aku. Untuk menjaga kepentingan corporate mereka mungkin aku tidak patut nyatakan nama dan website perniagaan mereka, but maybe some deserve mentioning since mereka terlalu kurang ajar.

Aku ingin membeli domain name dan berkemungkinan ingin mendapatkan service membina laman web berserta hosting. Bare in mind, domain name hanya RM30-RM50, hosting mostly RM100 per year dan built website kita perlu bayar around RM150 per page for simple webpage.

Semasa aku membeli domain www.akubetul.com, syarikat yang berofis di Subang Jaya itu mengambil masa 2 minggu untuk kaitkan domain tersebut dengan akubetul.blogspot.com. Walaupun aku emailkan address ke help page blogger, mereka masih terkial-kial untuk establish that connection. Tak mengapalah, at the end berjaya juga. Kemudian aku yang tidak serik dan ingin membantu syarikat Melayu telah sekali lagi menghubungi mereka untuk membuat laman web. Setelah berbincang, mereka berjanji untuk beri aku quotation selepas 1-2 hari. Tetapi, mereka hanya menghantar quotation tersebut selepas seminggu dan itupun setelah 2 kali aku call dan meminta seperti pengemis. The best thing is quotation tu pula tidak lengkap. Mereka hanya berupaya menyediakan sebahagian dari permintaan aku. Not even ¼ pun. Hampeh betul.

Then, aku putuskan untuk membina blog sekali lagi di blogspot dan register domain. Sama seperti apa aku lakukan dengan www.akubetul.com. Aku cari syarikat bumiputera lain instead of syarikat di Subang Jaya tersebut. Aku ada dua masalah yang memerlukan aku jumpa face-to-face dengan penjual domain tersebut:

  1. Aku tidak comfortable dengan online payment.
  2. Aku nak pastikan mereka tahu untuk relatekan domain tersebut dengan blogspot aku nanti. Tidak seperti akubetul.com yang memerlukan 2 minggu walaupun aku dah terangkan segala-galanya pada mereka.

Jadi aku akan cuba untuk berjumpa, pergi ke office or at least telefon syarikat-syarikat hosting yang biasanya menjual domain.

Ingat, domain registration hanyalah RM30-RM50, servis paling basic mereka. Jawapan yang aku dapat bila aku hubungi syarikat berikut, samada mengikut email atau panggilan telefon.


1. Mesra Hosting

Aku call reseller mereka di PJ. Setelah tahu apa aku nak, dia jawap;

“Maaf encik, saya busy… Encik Affandi boleh beli domain secara online, tidak perlu jumpa saya untuk bayar, saya busy”


2. ECommenrceMastery

Ini syarikat milik ‘guru’ online business, team SaifulSham. Office mereka di Puchong. Ini pula jawapan dari sales girl yang angkat phone.

“Ohh… tiada siapa disini encik boleh jumpa, kalau sekadar nak beli domain belilah dia web kami. Kalau encik nak buat bayaran untuk hadiri bengkel kami datang la ke office”.

Mereka ada buat bengkel kursus untuk peniaga internet baru. Yuran bengkel beratus-ratus.


3. Mercumaya
Kawan aku rekemenkan syarikat ini. Aku call owner dia, dan ini butir perbualan kami.

Aku: Aku dapat no kau dari kawan, aku nak beli domain.
Dia: Ok… boleh beli di website aku.
Aku: Tapi aku nak guna hosting blogger… dan.
Dia: Takpe, beli domain dulu, kemudian beli url forwarder tambah RM5.
Aku: Tak, tak perlu url forwarder..sebab…
Dia: Perlu, sebab blogger cuma (bla..bla..bla, dia cakap benda yang aku dah tahu)..
Aku: Bukan macam tu…
Dia: Aku nak bercakap ke kau nak cakap ni?! Kau beli domain dulu lepas tu kau set la DNS sendiri.
Aku: Ok… (terus aku hang up)


4. Sempoi Hosting

Satu lagi syarikat hosting milik seorang usahawan internet terkenal di Malaysia. Aku email inquiry aku kepada dia. Aku copy and paste the whole reply, judge it yourself.

Gambar diatas ada tulis sebegini:

Jika saudara tak percaya online payment.. saudara boleh membuat pembayaran secara bank-in, tetapi kalau saudara bertegas juga ingin membayar secara faca-to-face juga, boleh sahaja, saudara boleh datang ke kajang @ bangi. Boleh jumpa selama 1-2 minit untuk buat bayaran.. perjumpaan itu pula perlulah hanya atas urusan pembayaran sahaja.. segala urusan lain (sembang-sembang, minum-minum dll) tidak akan dilayan.

Aku sedar kau seorang usahawan yang busy, dalam inquiry email aku pun aku ada tulis jika busy tidak perlu jumpa.

Aku faham, mereka businessman, mereka bekerja berlandaskan keuntungan. Dan aku hanya ingin beli domain, yang mungkin memberi keuntungan beberapa ringgit kepada mereka. Tidak kah mereka terfikir aku mungkin akan beli hosting, minta servis bina laman web, atau apa-apa servis lain dari mereka in the future? For the record, aku ada bertanyakan kepada sebuah syarikat non-bumi, mereka menjemput aku pergi ke office mereka di Wisma Central, sebelah KLCC. Sama juga, aku sekadar nak buat payment beli domain. Walaupun aku tidak beli dari mereka, tapi aku keep in mind yang mereka appreciate aku dan kemungkinan besar aku akan dapatkan servis mereka kelak. Juga terdapat seorang, aku ulang… cuma seorang peniaga Melayu yang bersopan dengan aku dan jemput aku ke office dia di Bangi. InsyaAllah, aku akan pergi jika aku berminat.

Akhirnya, aku ‘gamble’ guna credit card dan dapatkan servis godaddy.com untuk beli domain tersebut. Aku berani pilih godaddy sebab ia direkemen by blogger.com, so aku confident setting DNS, CNAME semuanya automatic. Jangkaan aku tepat, godaddy.com hanya ambil masa 15 minit untuk kaitkan domain tersebut dengan blogspot baru aku. Impressive gila. Bayaran pula hanya USD10, cheaper than most Malaysian or to be exact bumiputera company.

Aku tidak nyatakan full address syarikat hosting yang sombong dengan aku. You guys boleh search nama tersebut untuk tahu. Jika mereka terjumpa blog aku ini, read following sentences carefully. Kau bangang…! Dan sorry jika terasa, anggaplah ini teguran membina.


P/S: Blog baru aku tu belum siap lagi, dah siap nanti aku akan war-warkan disini.



40 comments:

Anonymous said...

Me la yu...layu jek...huhu..
Kdg2 segan gak ngan bangsa lain yg keje keras, tak kira projek kecik ka, besar ka..semua depa sapu. janji ada bisness..
yg payahnya ngan org melayu ni..tak sedar diri..bila dah dapat projek besar2..dah tk pandang yg kecik2 ni..padahal, if tak mula dari benda2 yg kecik, mana nak dapat projek2 yg besar...hmm..ntahla..aku pon tak paham...

mr. right, mmg patut pon ko war2kan nama2 company seperti di atas tu..depa ni kene ajar skit. biar sedar diri skit.

Fid said...

dood
cadangan aku
ko war2kan je nama syarikat tuh
bukan nak jatuhkan tapi bagi pengajaran sikit

lg satu aku juga bkn nak kutuk bangsa sendiri...tapi...

bkn syarikat jual domain je dood kurang hajor...
syarikat jual bawang, kedai jahit, butik etc yg mana tokey dia kulit sawo matang mmg gitu tabiat tabii derang

kenapa aku berkata demikian?
Kerana aku selalu terkena....

1. aku pergi pasar mlm konon nak tolong bangsa.. aku pergi le pilih bawang kat org kita tapi...mmm..kualiti kalau bandingkan ngan yg non bumi jual mmg jauh tertinggal....muka peniaga...kalau org kata cuka tu masam..muka derang lagi masam..kalau kita tanya benda yang derang tak jual..otomatik suruh kita pergi beli kat Giant..aku mmg tau giant ada jual but kot2 la ada jual juga sbb mende range perniagaan dia juga...lg pun tanya je kalau ada aku beli tak de tak pe laaa...
2..kedai jahit...nak buat blazer laki aku...
pi kedai non-b cuma nak tanya minimum price je tp dia kasi try mcm2 siap free lecture ttg jenis2 kain lg..tp pergi kedai bumi..tanya minima price tak jwp dah tu..."kami tak boleh bagi tau kalau tak confirm nak tempah kat sini"
Macam tu meniaga?
ehh dah panjang....
pendek kata...bangsaku bukalah minda bukalah seluas2nya..

ramonez said...

dah byk kali dah tegur pasal bangsa sendiri..tapi memang gitu la bangsa kita...kesian gak tengok peniaga bumi ni so,kadang kita tolong gak beli brg kat depa...tapi service memang low class...ntah la sampai bile nak maju kot gitu...
aku buta IT mr akubetul...ape beza blog ni ngan yg ko nak beli domain tu nanti?

Anonymous said...

yang pastinya tiap kali pg kedai org kita :
1. susah nak senyum
2. payah nak ucap terima kasih
3. tak boleh tanya lelebih
4. tengok kita pakai cam ner - kalau dressing lebeh sikit ok la dpt layanan, pakai cam nak pg pasar kirim salam lerrrr
5. duduk sembang2 ngan kengkawan
6. konsep - nak beli - beli, tak nak beli sudah
tapiiii.....
aku g gak kedai org kita.
aku yang senyum, aku yang cakap terima kasih dan aku gak yang akan komplen depan muka mereka!!!

Fid said...

dood
aku meh komen lg
aku malas nak tulis kat blog aku sbb kat blog lama dulu dah tulis haha
tp keinginan nak komen kat blog ko tinggi hahaa..ampun ampun..

aku setuju ngan komen2 sblm ni

bab senyum...mmg jarang2 sgt la...kecuali time nak bayar tu bawa kuar duit sejengkal tinggi kira depan mata derang (kira kena tunjuk2 ada duit bnyk)
kalau mcm aku ni pakai uniform kilang lagi la..hahahaaaaaa
body shop pun tak akan layan aku!
Aku banned bodyshop SACC mall....ampeh....
end up aku tak jejak dah bodyshop

aku tak beli baju kurung kat pkns shah aam..walaupun tu kbnykkan malay jual sbb kalau aku masuk kedai derang..derang mmg tak endah pun....
tau la derang tu just kerja je bkn owner tp owner patutnya train pekerja jd mesra pelanggan....

pada pendapat aku...(pendapat lagi!)
servis kebanyakkan syarikat/kedai bumiputera malaysia ni mmg OUT!

kalau derang jaga tatasusila melayan pelangga dgn baik derang ada masa depan cerah...

cehh aku ni komen je bnyk!..

rose said...

Kesian ngan bangsa sendiri..
YES!
Itula dalam kepala aku setiap kali nak beli barang2 if kita ada pilihan kat situ, samaada nak beli kat gerai non-bumi or bumi.
tapi..as usual, aku akan pilih bumi kan..end up, aku gak yg sedih ngan layanan depa..selalunya, yg layan kita nak tak nak ni..pekerja. Yela, bos awal2 tak serapkan PR dalam kepala otak diaorang..cara nak layan pelanggan..etc..if bos yang beri layanan, biasanya..ok n memuaskan..

tapi pada hakikatnya..bukan semua yang mcm tu..sebagai contoh, kat umah aku, aku suke g Pasar Segar Pak Teh..(cewah, promote pasar pak teh lak dah)
ha..tokey dia mmg senyummmm je..tak masam muka...kira ok la..hati pon senang nak beli barang lain kali..heheheh..

p/s : aku meluat gile dengan ayat ni...
segala urusan lain (sembang-sembang, minum-minum dll) tidak akan dilayan)

berlagaknye org tuh!! huhh!!!

WaWa said...

haha! aku sungguh x sangka ecommercemastery dan sempoihosting tu camtu. haha. adeh. utk sempoihosting tu, kalo aku, aku pon x terlintas nak ajak dia sembang2, minum2. ntah ape2.

poyotito's said...

hmm..memang!!!!
bkn takat kedai jahit je la...
ari 2 aku beli ikan kat psr mlm kat PD.peh!pakcik 2 bukn main hangin aku bayor pakai duit RM50!
cih betul!!!dia bole sound aku lak, 'xde duit kecik ke??!'
smbil wat muke cam sial!
aduh la...
melayu2...
x tolong kang..bangsa kita gak!
klu ade xknla aku bg duit tu!
apebende la...

farhan said...

hoho..kira murah gile ah tu 10 dol.aku pny 15 dol.bila blh up blog baru tu?apa bezanya yg baru ngan yg lama ni?

Aleeya said...

susah nak cakap orang melayu nih..meniaga nk untung sahaja..PR tak pandai. Hati client tk pandai nak jaga.
Masa nak pilih andaman dan baju pengantin dulu pun aku dan husband mneghadapi masalah yang sama.

Dialog yang masih diingati ketika di sebuah kedai andaman di Muar:
1."Nak tengok baju kena bagi deposit dulu dik"
2. "Deposit RM 500 yer dik"
3. "Akak nak cepat ni dik,camne yer"

Kesudahanya:
"Takperlah Kak,kami tanya abah dulu lah"

hahah tak berkaitna langsung.Kebetulan bapa mertuaku muncul

AC said...

Banyaknya komen...!!! aku setuju je lah cuma komen aku pagi ni off topic sikit

p/s - Awal pagi tadi Liverpool menang 8-0, tahniah coz rekod jaringan terbanyak UEFA League. Lebih manis kejayaan tanpa bantuan pemain kesayangan Benitez i.e Kuyt & Fernando Tongong.... he he he ... Takpe player yg main cantik pagi tadi akan jadi resrve utk next game....

Apa aku melalut da...

Anonymous said...

liv menang besar pun apa barang!!!baru 4 points.menang baki dua matches tu pun blm tentu dpt msk last 16

Anonymous said...

kdai runcit non bumi kt kg aku dr mak aku kcik lg smpi skarg ni ada lg..tp kdai org melayu yg seblahny dh lma ttup..mn taknya brg2 yg ptut djual xde kt kdai tu..rak2 byk kosong..siap soh pegi kdai non bumi tu..owner kdai yg sblum tu plak dok nk main ekor jer..

org melayu ni ska nk untung cpt bl bniaga..bknnya nk dpt customer tetap dl..dh la barg mhal, quality n servis xbgus plak..

Papahorny said...

Mr Right..!!!

Thanks for the info..!!!

Aku baru nak beli web hosting..!!

Ko ader suggestion tak nak pakai which one?

Ko ajar laa aku k..Thanks

Mr. Right said...

ano 1,
Mmg susah nak faham. Aku cuma harap antara kita takkan jadi sama seperti mereka.

fid,
Alaa.. lain kali beli je blazer kat supermarket.

ramonez,
blog satu lagi tu blog baru aku. Bukan blog untuk aku membebel, tapi kira macam servis percuma dari aku la. Utk beriklan. Later aku reveal more. Belum siap lagi.

ano2,
betul, mcmana pun kita tetap sokong jugak.

fid,
byk betoi hang tak puas hati. Hahhaha...

rose,
Sapa Pak Teh tu? Ni rasa nak marah ni. (Jeles). Hhahahahaha...

wawa,
Betoi, aku pun takde niat nak lepak2 ngn dia. Maybe dia rasa dia dah glamer dan berjaya, so bolehla berlagak. Yang bestnya, kat blog diorg masing2 sopan santun, baik gila. Konon2 nak tolong semua org. Hipokrit.

poyotito's,
Itu dah kes malas + bangang.

farhan,
Yang baru tu tempat utk beriklan. Free for rverybody. Maybe next week aku cerita lebih.

aleeya,
So, akhirnya korang gunakan servis dia ke tak?

ac,
Hahahha... yup, rindu aku nak tengok Liverpool score. Pagi tadi puas gila. Terubat segala rindu dendam.

ano3,
Non bumi tu indian ke? Pergi cakap happi diwali kat dia.

papahorny,
Kalau domain je, pergi la yg oversea punya. Mcm aku cakap tu, godaddy.com sempoi dan murah. Kalau hosting pakai la exabytes atau internet-webhosting.com (melayu yg kira ok laaaa).

All,
Nampaknya ramai tak puas hati dengan peniaga melayu. Hahaha... payah la cam ni.

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

hem..lawak laa i baca u nya pengalaman ni...nape la PR dorang ni hancus eek...isk isk isk...i jadikan ni sebagai panduan tok i bagi good service kat client....tapi kelakar la...ade gak orang camtu ek...:D

wan said...

Oh, nasib baik pengalaman aku dengan exabytes baik-baik aja.

ps: tunggu akubetul.com

Mr. Right said...

Komen yg didelete tu komen ini:

---------------------------------
Anonymous said...

now u know.. malays are stupid... PROUD BUT DISABLE
---------------------------------

Macam sial... sesuka hati kata orang Melayu bodoh. Kalau berani pakai la google i.d supaya orang boleh kenal. Kepada org yg tinggalkan komen tu, aku nak pesan. Tak guna jadi pandai kalau penakut...!

teek said...

Aku tak paham naper org melayu ni suka sgt jual mahal2. ada skali bila aku ckp kat kwn yg aku lebih suka beli kat kedai bukan melayu kat area umah aku, dia ckp “ye la, tp klu beli kat org melayu, duit tu tuan kedai bwk ke masjid”. Ye la tuuuuu. Bukan la aku nk buruk sangka tapi..tak betul la meniaga kalau charge org mahal2.

Ko baca tak cite pakcik jual popiah singgit satu tu? SINGGIT SATU? Kawan aku cite, dulu singgit dpt 3, then naik 70 sen then singgit satu. Ala pakcik, jgn la piker nk untung je (esp bulan ramadhan tu), dlm islam margin untung ni ada had nye.

Fid said...

dood
haaa mmg bnyk aku tak puas hati..harharharhar....

haaaa beli kat supermarket ok la tapi metrojaya aku tetap tak akan beli...mmg org yg derang upah jaga bahagian blazer tu mkn gaji buta!

Mr. Right said...

ano 4,
u bagi servis? Sama mcm dorg ke servis lain?

wan,
Aku pun dengar exabytes ok servisnya. Ko tunggu akubetul.com? akubetul.com memang dah setel pun. Aku tgh usahakan blog lain satu lagi.

teek,
Memang aku sakit hati dengan penjual popiah. Sebab aku suka makan popiah, so aku bengang kena bayar mahal. Since teek dah sebut popiah, biar aku bagitau sikit... blog baru aku, www.popiah.net. Hahaha.. no kidding..

fid,
Relax... hahaha

Anonymous said...

3. Mercumaya
Kawan aku rekemenkan syarikat ini. Aku call owner dia, dan ini butir perbualan kami.

Aku: Aku dapat no kau dari kawan, aku nak beli domain.
Dia: Ok… boleh beli di website aku.
Aku: Tapi aku nak guna hosting blogger… dan.
Dia: Takpe, beli domain dulu, kemudian beli url forwarder tambah RM5.
Aku: Tak, tak perlu url forwarder..sebab…
Dia: Perlu, sebab blogger cuma (bla..bla..bla, dia cakap benda yang aku dah tahu)..
Aku: Bukan macam tu…
Dia: Aku nak bercakap ke kau nak cakap ni?! Kau beli domain dulu lepas tu kau set la DNS sendiri.
Aku: Ok… (terus aku hang up)

fuhh camni ker MERCUMAYA punyer service??? aku x jadik nak order ngan diorang ni... blagak giler nak mamposs... x friendly(padahal tu faktor no 1 untuk kitorang mnilai mane2 syarikat hosting)

Aku harap sape2 kat sini ringan2 kan tangan copy n paste dialog tu kat sini http://mercumaya.net/chat/request.php?l=admin&x=1&deptid=3&pagex=http%3A//www.mercumaya.net/
bukan aper.. supaya diorang tau customer nyer comment.. so diorang leh improve servis - jng mlenting sudah

Harap Mr. Right x delete this comment

Betulla... said...

Tu la customer, dah tau pastu buat2 tak tau(bodo), guna je la order online. pernah korang jumpa godaddy ke? yahoo ke? ada pi USA nak beli domain...
Ntah apa2...

Anonymous said...

La ape salahnyer customer nak call hosting company pon? diorang pon nak bmanje2 gak sblom decide(tertawan hati) untuk beli hosting korang tu

So keep in ur mind about customer caring first

Ni la kunci utama untuk customer pilih hosting company

Mr. Right said...

ano,
Mcm aku tulis dlm posting ini. Mungkin nasib aku kurang baik. Ko boleh la try.

betulla,
Ko org company mana satu? Mmg aku tak jumpa taukeh godaddy.com. Tapi godaddy ada business arrangement dengan blogger.com dengan google.com. So, aku percaya mereka. Ko ada arrangement sebegitu? Aku percaya masa mula2 nak hidup dulu pun godaddy akan layan bakal customer mereka secara sopan. Tidak seperti yg aku nyatakan dlm posting ini. For the record, aku bukan buat2 bodo, tapi bab2 website, dns setting, html code...etc, aku mmg bodo.

ano,
Damn true!

Fman said...

bro.. aku mmg sedih la tgk rkyat malaysia.. hehe
satu lagi bro..
nk buang header blogger x?
gi kt thread ni

http://forum.jiwang.org/Remove-Navbar-in-new-Blogger-t28130.html

funstuffdaily.info said...

aku pun semua domain beli kat godaddy, hosting kebanyakannya (hehe memang banyak) beli kat exabytes .. mahal sikit tapi service dan support bagus

godaddy tu company besar , siap ada iklan masa halftime football kat US .. bila beli dengan godaddy kita boleh control domain tu sendiri, nak forward ke nak set nameserver ke, dan bila kita tukar hosting .. kita boleh map balik nameserver tu kepada hosting yang baru ..

:) aku keje memang fulltime freelance buat website

web aku
http://www.mindhivesolutions.com/ezi-portal

http://www.funstuffdaily.info

ketuk_angel said...

wah... nih yang buat aku takut nak renew domain nih... agak2 ko hivehost .net nih sepesen ke dengan apa yang nko cita? kang x pepasal jer aku mengalami nasib yang serupa.. dah dekat dekat nak expired nih.. kalau aku nak cari company lain camner ek? bleh tulun ajo x camner nak pindah server?hee

Anonymous said...

aku rasa ko x patot blame diorang pasal domain yg murah tu.ko g tgk kat kampeni cina besar²,xde nyer die nak jumpe ko smate² nak bayar domain.wakakakaka.ko ni pndai buat lawak la.
ko nak blame kampeni melayu itu ini,tp ada ko piker bila ko berada ditempat diorang ?
ko jual hosting beriba-riban,pastu domain 25 inggit tu kene g jumpe ko.kira ok kampeni melayu "tu' nk jumpe ko kat kajang.wakakaka.piker beb.piker.

Anonymous said...

Melayu Sucks or Fuck!

Mohd Yazrie said...

Assalamualaikum WBT,

Saya mewakili pihak CGY Hosting Network Sdn. Bhd. ingin memohon sepuluh jari kemaafan terhadap sebarang gangguan perkhidmatan yang diharapi oleh para pelanggan CGYHost. Alhamdulillah, dengan penstrukturan semula syarikat dan penjenamaan baru CGYHost kepada CGYNet akan memberikan kesegaran kepada kami untuk terus komited memberikan yang terbaik kepada para pelanggan.

Kadang-kadang terkejut juga saya membaca komen-komen bekas pelanggan kami. Selain itu, fitnah-fitnah juga disebarkan dan terdapat tokok tambah dalam penyebaran sesuatu isu mengenai CGY. Saya agak terkilan tetapi mungkin pelanggan lebih terkilan dengan perkhidmatan CGY sejak akhir-akhir ini. Untuk makluman, CGY TIDAK PERNAH BANKRUP atau menutup operasi syarikat sejak ia dikorporatkan. Tambahan pula, CGY juga mempunyai perniagaan-perniagaan lain seperti IT Consultant, IT-Centre, Cyber Cafe, Live Streaming & Production Service. Alhamdulillah, hasil daripada komitmen CGY, operasi hosting telah dipulihkan kembali pada 13 Ogos 2008.

CGY yang suatu masa dahulu merupakan salah satu daripada syarikat hosting Bumiputra pada tangga lima teratas terumbang-ambing disebabkan masalah kekurangan modal pusingan, tambah-tambahan lagi apabila pelanggan-pelanggan besar kami lewat melakukan bayaran.

Terima kasih di atas komen-komen saudara. InsyaAllah, pihak kami akan cuba sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik kepada semua pelanggan CGYNet dan memperbaiku mutu serta kualiti perkhidmatan CGYNet.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi saya di talian 017-2577622 atau YM : mytechnie atau MSN : pro_yazrie@msn.com. Saya sedia menjawab sebarang persoalan yang dikemukakan sebaik mungkin.

Akhir sekali, Salam Ramdhan dari kami CGYNet dan Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.

Wassalam WBT.

Sekian,

"CONNECT WITH ENDLESS POSSIBILITIES"

Mohd Yazrie bin Mohd Shukri
Ketua Pegawai Eksekutif
CGY Hosting Network Sdn. Bhd. (782068-A)

http://www.cgynet.my

izan said...

saya nak beli hosting local nyer..
tp xtau nak beli yg mana satu...
bila baca artikel saudara ni, buat sy takot lak...

Mr. Right said...

Banyak pula komen kat posting lama ni. Malas nak reply satu persatu, aku just nak cakap. Dah ramai member aku convince aku, aku simply unlucky for last year episode tu. This year masa aku nak renew domain akubetul.com pun syarikat tu layan baik gila. Dah malam pun still layan aku. So, jangan ahh sesiapa take this article seriously lagi lepas ni.

Anonymous said...

slama nie aku pakai datakl.com dh 1 thn no problem lg...aku syorkan korang pakai datakl.com, laju pun laju..murah pun murah..hosting melayu..."bukan nk promote"

Anonymous said...

aku sedang menggunakan servis dari mercumaya. aku ada perasan gak sometimes aku tanya soalan menerusi email, tp diorg x menjawab soalan aku dgn tepat atau dgn detail.

kadang-kadang rasa mcm "haih baik x payah aku tanye"... diorg mcm nak tanak jawab...

tp ada gak bagus hosting tu.. dari segi server diorg setakat ni ok la.. cume layanan seperti support / soal jawab ni mcm diorg xnak lak.. walhal support sebelum dan selepas purchasing product ni salah satu bisnes proses yg penting...

ini pandangan aku berdasarkan pengalaman... maaf kalau tersilap...

Nigel Tee said...

Memang Mercumaya sucks.

Aku dah buat review pasal diaorang..

memang banggang.. kurang ajar giler la diaorang.. =___=

Anonymous said...

uWaaaaa mekaseh bro, artikel ni sangat bagus bagi sesiapa yang kurang arif dalam melanggan hosting ambil lah iktibar, ......... aku pembeli hosting yang aktif (carik makan beb) ... bile aku terbace artikel ni... aku blacklist trus name name syarikat hosting yang tercatat di artikel ini, aku percaye ape brader ni ckp. Malah aku akan cakapkan dengan kawan kawan (rakan niaga dlm internet) yang lain agar berhati hati dengan name provider dalam list brader ni (aku bookmark). Kita bayar cash masa beli bkn berhutang.. tapi di layan mcm kita nak berhutang... miskin sangat ke kita sebagai pembeli ... kalau miskin kita beli.. kita nak bagi duit, bagi bisnes.. tapi mcm kita nak mintak duit plak di layan.. pasal tu ramai pelanggan kecil cam kami suke beli dari hosting/provider luar negara... support dia layan kita dgn pantas dan ber etika... dan semua kerje di lakukan dengan pantas.. kita cume bayar dan tunggu semua pasti siap, ada masalah tanye help support x perlu tunggu 12 jam dah di jawab dgn jawapan bernas .. x perlu risau dan terkejar kejar pada jawapan yg tak pasti ... phew!~ tolong la provider tempatan terutama melayu.. jangan pandang kami pembeli kecil cam kami tak pandai dalam soal camni..

Wan Zulkarnain said...

salam. fuh.. macam x percaya pulak sdmua ni. tapi, memang pun kenyataan bahawa org melayu ni x pandai ambil hati pelanggan.

just nak kongsikan kat korang semua, aku ada webhosting yang ok setakat ni.

http://webhosting.wanzul.net
| WebHosting | WanZul.Net |

Kalau ada apa apa hal, boleh emelkan terus ke admin@wanzul.net

Abdur said...

Domain yang saya gunakan ini dari syarikat tempatan Hosting Rajawali.

Dalam masa 10 minit blog sudah UP.

Total Pageviews

. page counter