Monday, December 10

Diamond Gulf – My Hometown

Notice:
Isu picisan, tak menarik dan tak penting. Aku busy hari ni. Pagi-pagi buta dah kena bagi presentation kat berpuluh orang kerajaan. Seram sejuk juga rasanya. Hahaha… alhamdullillah, setle. Standard la, lepas meeting mesti ada banyak kerja, boring betul.

Aku nak kutuk manusia-manusia bangang yang try too hard to be cool.

Aku kecilkan lagi scope kutukkan kepada mereka-mereka yang merasakan diri cool dengan tulis nama tempat tinggal dengan perkataan yang konon-kononnya… well… cool.

Biar aku beritahu, baca elok-elok, kalau boleh imagine aku jerit kat muka kau.

CARA MENULIS NAMA TEMPAT SEPERTI DIBAWAH HANYA UNTUK ORANG-ORANG BODOH SAHAJA…!

JayBee

Newcastle (Kota Bahru)

LockStuck

QuOneTown

Jadi, kepada mereka-mereka yang ada Facebook, Friendster, Myspace atau apa-apa lagi jenis community page, tolong jangan amalkan tulisan sebegitu.

Aku ada Friendster account, tapi aku jarang buka. Aku pun tidak rajin browse page orang lain. Rasa macam loser je rasanya aktiviti sebegitu.

Jadi reason aku hightlight benda ini sebenarnya bukan untuk kanak-kanak riang di Frindster, Myspace atau Tagged, tapi kerana aku terima satu resume semalam, member hantar kepada aku.

Bila aku baca je ‘Personal Details’ dia aku terus rasa nak gelak campur marah.

Tengok la sendiri.


Maybe kawan dia pekena dia or he has a very bad sense of humour.

8 comments:

rose said...

bukan setakat nama tempat je..banyak lagi nama2 lain..for example:

car-see-summer rOse.
a.k.a : kasi sama rose

lahai..yang mudah dipayahkan..tak ke buang masa nak dipahamkan..huhuhuhu...

Fid said...

hehehehee...aku amat geli hati dgn insan2 yang ngeja nama tempat atau apa2 yg asalnya dalam BM didlm english kerana bagi aku...mereka itu telah hilang dlm diri sendiri....Rasa tak bangga dok kat tempat nama dlm BM...
Gamaknya shah alam kalau translate ke English jd apa ya?

teek said...

mkn masa jugk nk faham "QueOne Town" tu. trend ini menular dikalangan org2 di myspace/friendster, konon cute kot.

i found this quite a lot on the back of the seats on the bus -"HIZE COOL". It takes me several months to finally get what it is.

Mr. Right said...

rose,
Car-see-summer...? muhahhaa.. badut gila.

fid,
Aku pernah jumpa budak Nepal nama dia Shah Alam. Engligh translation...ermm... ntah.

teek,
HIZE COOL?... apa tu?

AC said...

Lagi satu, sepatutnya nama khas kita tak boleh tukar. Kenapa Pulau Pinang jadi Penang, Melaka jadi Malacca bila tulis dlm bahasa Inggeris.

Pronounciation 'Selangor', 'Terengganu' or 'Sarawak' pun di Inggeriskan...??

Siapa ingat masa World Cup main kat France...??? Jenuh nak cari team mana yang lawan sebab France tulis atau show kat TV ikut sebutan negara dia....

p/s - Sorry.. aku bukan guru bahasa ya...

Ipoh Lads said...

Diamond Gulf??? gile kelakar..
separuh mati dok pikir apa la maksudnya..

so kalau Hutan Melintang..jadi CROSS JUNGLE ker????

LOL :D

teek said...

SETAPAK HIZE COOL

high school la dood, ko ni tak uptodate la weh :P

Mr. Right said...

ac,
Betul. Kenapa perlu kita tukar Pulau Pinang jadi Penang? Ada sesetengah mat salleh wannabe lagi la teruk, tukar Ringgit jadi Dollar. Bodoh..!

ipoh lads,
Kalau aku letak Anson Gulf lagi la payah kau nak agak kot. Or, Mother Diamond Gulf..Teluk Mak Intan.

teek,
Ceh... aku dah agak dah. Aku ingat nama tempat, sampai malam aku terfikir tu.

Total Pageviews

. page counter