Thursday, December 13

Jom Jadi 'Miskin'

Ramai orang gila cari duit. Berniaga minyak wangi, masuk MLM, jual barangan AVON dan macam-macam cara lagi digunakan untuk menambah pendapatan. Ada yang lebih ‘nakal’ dengan menipu wang ringgit manusia lain. Jual air liur kata mereka.

Kenapa perlu tambah pendapatan?

Mengapa kita tidak mengurangkan pembelanjaan?

Aku rasa aku adalah orang yang paling tidak patut membicarakan pasal berjimat cermat kerana aku antara orang paling boros yang aku pernah kenal. Pantang ada duit lebih dalam pocket guarantee ada je idea-idea menarik untuk aku habiskan.

So, let me try to list down idea untuk mengurangkan pembelanjaan bulanan. Seperti ramai motivator sebut, “saya bukan menasihati anda semua, saya turut menasihati diri saya sendiri”…. Hahahhaa…


1. Tipu Diri Sendiri.

Ini antara point paling penting aku rasa, kita try tipu diri kita sendiri. Bayangkan gaji kita RM 3 ribu sebulan. Janganlah menjalani kehidupan seperti seorang yang mempunyai pendapatan sebegitu. Lihat anah buah, budak lepasan university atau rakan-rakan yang kita yakin pendapatan mereka RM 2 ribu atau kurang. Tiru cara hidup mereka. Instead of use car to work, kita pakai motosikal. Makan KFC atau Pizza Hut sekali sebulan atau lansung tidak pergi kesana. Ganti baju hanya semasa hari raya atau Year End Sale. Banyak lagi, just kenali mereka dan tiru cara hidup mereka. Korban segala kesenangan yang ‘sepatutnya’ kita dapat. After one year kita akan berjaya simpan at least RM 12 ribu, not bad right? Confirm kita akan rasa lebih secure dan selesa selepas itu.


2. Kerja 365 Hari Setahun.

Ok, mungkin too much la kalau kerja sepanjang tahun. Tapi mungkin kita boleh amalkan konsep ‘lupakan weekend’. Sebagai pekerja makan gaji, kita selalu looking forward for weekend holiday. Simply because we want to pamper ourselves. Relax pada hujung minggu tidak boleh tidak, pasti melibatkan wang ringgit. Start kereta ke shopping complex pasti memerlukan at least RM50. Jika kita tidak cuti, tidak relax, tidak manjakan diri kita pasti RM50 tu still ada dalam pocket. So, pergilah bodek boss untuk buat overtime dan untuk executive yang tiada OT aturkan kerja supaya weekend pun perlu datang office. Mungkin setahun sekali kita pergi bercuti, ramai juga Chinese office aku amalkan budaya sebegini. Kerja macam lembu 51 minggu setahun, dan spare 1 minggu untuk bercuti.


3. Berhati-hati

Alert dengan segala pembaziran kecil-kecil yang kita amalkan. Contohnya, jangan beli air masa masuk 7 Eleven untuk beli suratkhabar. Talking about newspaper, rasanya kalau betul-betul ingin berjimat jangan beli newspapaper at all. Dengar sahaja berita, atau baca free di 7 Eleven atau petrol station. Banyak lagi pembaziran kecil yang boleh dielakkan. Just spent few minutes to think about it. Bawa bekal air ke office, jangan amalkan minum petang, kurangkan menonton wayang, bawa air masak masa main futsal dan banyak lagi.


4. Paksa Diri Beli Rumah.

Buat loan or beli hartanah (tidak semestinya rumah) walaupun secara logiknya kita tidak mampu. Simply isi form dan beli rumah. Bunyi macam gila tapi aku kenal beberapa rakan yang ‘dipaksa’ oleh parent, isteri atau rakan-rakan untuk membeli rumah. Selepas beberapa tahun mereka sendiri macam tak percaya yang mereka hidup selesa walaupun terpaksa bayar lebih dari sebuah rumah. Semua orang tahu properties investment adalah antara pelaburan terbaik.


5. Jangan Peduli

Untuk amalkan benda-benda diatas, satu sikap paling penting yang perlu ditanamkan dalam diri adalah sikap tidak peduli. Tidak peduli kutukan orang terhadap cara hidup kita, tidak pedulikan fesyen terbaru, tidak peduli iklan KFC, tidak peduli movie baru Will Smith (bila mamat ni nak keluar movie baru ye?), tidak peduli tapak kasut dah licin… segala-galanya kita tidak ambil pusing. Memang sukar, sebab hakikatnya kita manusia dan manusia selalunya lemah dengan desakan dan tekanan dari luar (manusia lain).

Ok… itu sahaja yang aku terfikir sekarang. Adalah beberapa points yang biasa didengar seperti buat list sebelum ke kedai, jangan terdepaya dengan jualan murah atau jualan gudang, bandingkan harga sebelum beli, ‘bayar diri sendiri’… etc. Atau macam seorang member aku, dia amalkan duit dalam wallet tidak akan lebih dari RM50.00. Dia sanggup berpuluh kali pergi ATM machine sebulan.

Kalau nak baca nasihat dari pakar-pakar orang putih read these articles:

http://www.wikihow.com/Save-Money

http://moneycentral.msn.com/content/Savinganddebt/Savemoney/P36019.asp

http://www.thisismoney.co.uk/50ways

Bunyi macam senang je kan, tapi nak amalkan… damn… susah gila. Mungkin aku perlu minta tolong mak aku simpan duit gaji aku kot?

Hahaha… what say you guys?

11 comments:

AC said...

Selain daripada usaha bersungguh-sungguh, amalkan baca surah A-Waqi'ah setiap malam sebelum tidur atau selepas sembahyang Marghrib InsyaALLAH akan dijauhkan dari kebuluran.

Sembahyang sunat Isyra'/ Dhuha 2 salam setiap pagi maka ALLAH akan berkati rezeki kita dan kalau ada kekuatan lagi baca Yaasin setiap pagi.

** Boleh rujuk dalam kitab Fadhilah Al'Qur'an/ Fadhilat Solat

p/s - sekadar tazkirah utk diri sendiri - boleh cuba dan nampak kesannya.

5zaL said...

hmm...betul gak...nk taip ape ek??sbnrnya aku blur r....sori xpat komen r
MR RighT...hehehe...

alongovtx said...

Kau buat asb loan je...tau lah budak bank tu nak call kau suruh bayar.

bro...Will smith dah kuar movie baru arini kalau tak silap.Legend itu lah tajuknya gamoknya.

Aku saje bagi kau panas...wah siap bagi tau lagi...

MR. said...

beli rumah? suka2 ko jer ...

baca buku poor dad rich dad ...

kesilapan terbesar bagi golongan educated middle class adalah membeli rumah terlalu awal ...

house is not an asset, it's a liability ...

the house will eat u alive ...

itu bukan aku yg cakap ... robert t.kiyosaki yg cakap ....

pengeluaran duit yg kerap dari mesin atm pulak akan mengayakan pihak bank ...

sebab aper aku cakap cam tuh? maybank akan charge kita rm 0.50 setiap kali kita keluarkan duit selepas pengeluaran yg ke-4 ... maknanya kalo bulan tu kita keluarkan duit 14 kali ... bank dah amik duit kita rm 5.00 ... bukan ke pembaziran tuh?

baik keluar terus duit gaji ... bayo hutang .... dan pastikan kita tak keluarkan duit melebihi 4 kali dalam bulan tuh ...

gaji 3 ribu tapi nak buat2 cam gaji 2 ribu?? mungkin agak sukar ...

masa gaji 2 ribu tak terpk langsung nak pakai honda city ...

tapi bila dah gaji meningkat ke 3-4, mulalah angkat satu keta honda city ...

bila dah beli honda city ... comitment kepada keta dah meningkat ... kalo dulu bayo keta rm 500 utk wira, skang dah kene bayo rm 900 utk honda city ... huhuhuhu ....

apa point aku sebenarnya eh? lupa dah aku ...

zen non said...

ada orang yg boleh idup dgn rm 300 sebulan, dan ada orang yg tak cukup nafas dengan rm3000 sebulan. ada orang yg boleh kasi makan 10 org anak yatim tiap2 bulan dengan pendapatan yg jauh lebih sedikit dari orang yang boleh makan ayam dan daging tiap2 malam. Kuncinya adalah di mana diletakkan kecintaan. Cinta dunia ingin memiliki segalanya. Cinta akhirat ingin memberi segala-galanya. Carilah neraca, timbangilah cinta. Bukan duit dan harta yang buat kita jadi gembira, bukan nasi yang buat kita kenyang..

p/s: kalau nak tengok movie tak payah tgk wayang, download aje kat torrent. tak tahu bertanya, sesat jalan nanti merana..buka mata, pekak telinga..
p/s lagi: east india co. dulu pun lanun gak, tak caya tengok cite pirate of caribbeans.

Mr. Right said...

AC,
Thanks. Kena amalkan ni.

5zal,
Bila dah tak blur datang la komen balik. Hahahha...

alongovtx,
Sekarang musim ujan, susah nak panas. Sejuk je. Dah ada filem baru Will Smith ke, kena cari ni.

mr,
Aku tak pandai English jadi aku ada TERbaca beberapa buku Azizi Ali. And according to him, NOW (tak kira bila) adalah time terbaik untuk invest dalam hartanah. Dan aku tidak jumpa lagi kawan2 yg dah beli rumah, hidup susah. ATM thing, thanks for the info. Mmg susah nak 'tipu diri sendiri' sebab sejak azali kita ni MANJA.

zen non,
"Bukan duit dan harta yang buat kita jadi gembira, bukan nasi yang buat kita kenyang.."

Mendalam ni... aku tidak cukup jiwang untuk faham...:)

Thanks.

zen non said...

senang aja nk faham bro..Ni contoh ye: ko tengok bape ramai org yg kumpul harta tapi tak gembira..ko tengok berapa banyak ayam goreng ko makan..tapi kejap lagi tak sampai 3 jam ko lapar lagik..
Jadi apsal ko tak gembira2 dgn harta2 dan perempuan2 yg boleh ditarik dgn harta2 tu, apsal perut tu asyik lapau jer... sebabnya tak boleh nak kawal nafsu..tak pernah puas dgn apa yang ada.. dengan kata lain tak bersyukur..lantas mencintai dunia dengan sepenuh hati.. itulah sebusuk-busuknya hati.

Ipoh Lads said...

Suruh mak simpan duit???
hahhahahaha..its a good idea actually..i am thinking to do so..
even my mum say the same...
hehehehehe

rose said...

beli umah masa muda la bagus..takpela susah2 sekarang..tiap2 bulan tak bape nak cukup duit..tapi at the end..kita akan dapat rete (rumah)..takkan dah tua2 baru nak beli umah? ish2..

bagi aku..kete tak sehebat ngan org lain pon takpe..janji dapat beli umah yg selesa..daripada duk menyewaaa n duk sedekah kat tuan umah (duit sewa) baikla aku bayor bulan2 tu duit umah aku sendiri..

Tips on how to save money said...

Hello! You are so smart man!

Sano said...

beli rumah 110k
bulan 2 rm 530
total yearly rm 6360

dalam bank ader 30k
buat pinjaman asb 50k
total 80k
dividen 7% total rm 5600

rm 6360 - rm 5600 = rm 760

tiap tiap tahun cume bayar 760 jer tuk rumah

yang lebih cume bayar ASB .. rm 246
sebulan

tu ler care aku bayar umah aku ^_^

Total Pageviews

. page counter