Friday, September 28

Aku Bertanya…

Selalunya aku berceloteh disini, aku tulis. Aku curahkan idea dari kepala aku ke screen monitor. Aku tulis ikut suka aku, aku confident semua idea aku betul dan tepat. Aku pernah mention disini, jika orang tidak setuju dengan aku, maksudnya dia salah.

Semalam, aku terfikir satu benda. Satu isu, satu persoalan. Selalunya idea sebegini yang akan berkahir dengan 1 entry yang dipenuhi dengan idea-idea aku. Tapi yang anehnya persoalan ini aku gagal cari jawapan. Mungkin isunya tidak dekat dengan aku, tidak click dengan diri aku. Aku fikir-fikir, beberapa jam… sebelum tidor, selepas tidor, masa makan sahur, masa drive ke office… still failed to find concrete answer. Nak senang, aku just lupakan benda ini, maksudnya tidak perlu lah aku pecah kepala cari jawapan. But still rasa tak puas hati itu terus mekar dalam kepala otak aku.


Ok, seriously ini bukan joke, tapi aku gagal dapatkan jawapan. Persoalan serious…


KENAPA WANITA ADA YANG TIDAK MAHU PAKAI TUDUNG?


Aku tahu ini isu sensitive. Ramai cakap ini pilihan peribadi, tidak perlulah masuk campur urusan peribadi orang lain. But, sorry lah.. bukan disengajakan, aku tiba-tiba terfikir benda ini. Dan rasa tidak puas hati kerana gagal dapatkan jawapan semakin meluap-luap.


Tidak seperti lain-lain kejahatan, tak pakai tudung nampak kecil dan tidak diambil berat. Tapi pada hakikatnya, itu tidak menutup aurat. Engkar arahan Allah… Nau’zubillah…


Ok, jadi aku harap kawan-kawan disini boleh tolong berikan idea. Aku akan biarkan posting ini dari hari ini sehingga Isnin, harap aku akan dapat jawapan yang memuaskan hati aku. Ramai kaum hawa yang ada pengalaman di sekolah, di university atau di tempat kerja boleh berikan pandangan, atau budak lelaki yang ada kekasih, tunang, bini, adik atau anak yang memang tak mahu pakai tudung kepala.


Jarang-jarang otak aku beku idea, kering jawapan atau buntu penyelesaian but for this one aku memang tak dapat cari jawapan concrete. Ada jawapan-jawapan cap ayam bermain difikiran, tapi aku memang tak puas hati.


Tolong…
Please share your thought with me.

Selamat berhujung minggu.


P/S: Aku harap mamat ini, dikenakan hukuman berat. Buat malu je…


Thursday, September 27

To My Friends….

Disini aku nak listkan majlis berbuka puasa aku yang akan datang. So, to my beloved friends, please contact relevant person in charge, if you interested to join.


1. Bekas Pelajar Bainun Ipoh, batch 1992-1996

Location: Bora Ombak Restaurant
Majlis: Buffet, RM39++
Date: 28 September 2007
Contact: Awie - 017-3705259 / Saf - 019-3033004


2. Bekas Pelajar SERATAS, batch 1992-1996
Location: Intekma Resort Convention Center, Shah Alam
Majlis: Buffet, RM35.00 nett
Date: 30 September 2007
Contact: Aku - 0162266654 or my 012 / Cik Pid


3. Bekas Pelajar Akademi Korea, UiTM
Location: Restaurant Seoul, Plaza Pantai.
Majlis: Buffet Seafood, RM33++
Date: 6 October 2007
Contact: Chalok – 0122060069


So, kepada kawan-kawan aku yang terlepas bot masa perbincangan. Sila ambil perhatian dan buat la apa-apa yang dirasakan sesuai.

Aku tak faham ada orang boleh teragak-agak bila dijemput majlis berbuka puasa dengan kawan-kawan. Pelik… betul-betul pelik. Bukan selalu, setahun sekali. And seriously what the worse can possibly happen?

Ada yang consider jumlah kedatangan, siapa yang datang, location jauh, buffet mahal…. Dan macam-macam lagi lah alasan. Betul kata orang tua-tua, rambut sama hitam, hati lain-lain.

Ingat, kita pernah dengar;

Bekas girlfriend

Ex-boss

Bekas kekasih

Bekas suami

Ex-colleague


Tapi definitely we never heard BEKAS KAWAN OR EX-FRIEND.

Wednesday, September 26

Cerita Ramadhan: Tak Puasa

Susah nak cari orang tak puasa. Orang malas sembahyang ramai, orang suka mencarut ramai, orang suka layan benda-benda lucah pun ramai. Tapi orang tak puasa susah nak cari. Orang malas sembahyang pun ramai yang puasa. Tapi ada, memang ada. Di office aku from like 50 male workers, 2-3 orang tidak berpuasa. Ini antara alasan mereka, ada yang lawak ada yang serious.

Ibu bapa selalu encourage anak-anak untuk berpuasa dengan memberitahu hanya mereka yang berpuasa layak untuk beraya. So, for those yang malas berpuasa, mereka memberi alasan, mereka cuma beraya 1 minggu atau 2-3 hari. So, why the need to fast the whole month. Just puasa 7 hari sudah puas untuk mereka beraya nanti. Cuti raya pun maximum 1 minggu. Ini adalah alasan orang dewasa yang masih rasa diri mereka kanak-kanak dan patuh dengan nasihat ibu bapa. Jadi, kepada ibu bapa tolong guna alasan lain, nanti takut anak-anak korang dah besar akan gunakan alasan sebegini kepada rakan-rakan untuk tidak berpuasa.


Lagi satu alasan adalah minum arak. Aku ada kawan, most of my real life friends knew about this guy. Aku selalu jadikan dia sebagai topic perbualan. Sebab kehidupan dia memang pelik dah ajaib. Aku tak berniat nak sentuh kehidupan dia, cuma aku nak utarakan his excuse untuk tidak berpuasa. Rakan aku ini sememangnya seorang yang suka minum arak. Almost each weekend dia akan pergi minum. So, arak itu menjadi alasan. Menurut dia, setitik arak sudah cukup untuk amalan kita ditolak selama 40 hari, 44 hari. Something likes that. So, seumur hidup dia telah minum berbotol-botol. Nampak tak? Jadi apa guna dia puasa jika amalan dia tidak akan diterima. Apa guna puasa sekadar untuk lapar dan dahaga? Bernas kan? Kalau aku ustaz aku akan cuba untuk bersyarah dengan dia. Tapi aku bukan ustaz, aku cuma boleh berkata berhenti lah minum arak. Itu sahaja.


Penat dan sakit. Alasan seterusnya. Mereka ada terbaca hadis rasanya yang menerangkan kita boleh berbuka jika terlalu penat dan menyebabkan kesihatan terganggu. Jadi pekerja-pekerja ini menggunakan alasan tersebut. Setiap hari mereka rasa mereka terlalu penat, jika terus berpuasa mereka akan mati kot. Jadi mereka pun mengambil jalan senang. Berbuka pada pukul 8 pagi dengan roti canai. Golongan sebegini juga yang selalunya sakit perut, pening kepala, migraine, lengoh-lengoh badan dan macam-macam lain untuk mencari alasan kepada member-member atau kepada isteri untuk tidak berpuasa.


Sebungkus maggi. Ok, ini bukan alasan, cuma cerita masa aku asrama dulu. Aku form 3 rasanya. Ada seorang junior from 1 yang aku tangkap kerana tidak berpuasa. Petang sebelum pergi main dia makan maggi bawah katil. Alasan dia kerana maggi tu nampak sedap, jadi dia pun makan. Plain and simple. Aku beritahu dia, aku pun ada juga tidak puas, tapi tidak lah kerana sebungkus maggi. Kalau betul-betul nak ponteng puasa berbaik-baik lah dengan abang dewan makan, nanti pukul 3, masa orang pergi class prep, aku akan menyelinap ke dewan makan dan makan makanan untuk berbuka. Nasi, lauk ayam, air sirap… baru ada class. Bukan dengan sebungkus mee segera. But, the true reason dia tak puasa kerana dari kecil dia tidak pernah puasa. Anak orang kaya, ibu bapa tidak pernah suruh dia puasa. Even his parent pun tidak pernah puasa, dia beritahu aku dirumah dia ada mini bar. Aku terkedu. So, sampai boarding school dia jadi terkejut sebab semua orang puasa. Try puasa rasa nak mati, sebab itu tarikan mee segera membuatkan dia berbuka pukul 5 petang. Aku lanjutkan kes dia ke senior-senior yang lain. Kami tak paksa dia puasa, but slowly we encourage him to try. Alhamdullillah, dia berjaya juga puasa melebihi seminggu. But, as weird as it sound, senior-senior yang mendidik itu pun tak puasa sebenarnya. Haahhaha… Normal, di asrama cerita itu sangat normal. Senior cakap jangan merokok, but mereka hisap, jangan lompat pagar tapi merekalah jaguh ‘fly’. Prinsipnya, hanya senior boleh buat jahat. Hahahha….


Tuesday, September 25

Benda ‘Mengejutkan’ Dalam Bolasepak

Notice:
Strictly for football fans. Bagi chance la, dah lama aku tak komen pasal bolasepak.


Quikie:
Update EPL. Chelsea fans bising pasal referee 'decided' their game last Sunday againts M.U. Ceewwaaahhh...! Tahu pula bising dulu masa pengadil Robes Style tolong mereka masa lawan Liverpool gaduh pasal Liverpool fans tak reti terima hakikat, konon. Ambil ubat. But, thats football, referee decision adalah part of the beauty. But, honestly speaking bila nak merasa tengok ref NOT BIAS to M.U pula ya? Ref always favoring M.U, why? Have no idea....

Ok, back to story related to title.

Jose Moronho berambus dari Chelsea. Typo disengajakan. Aku benci bekas pengurus Chelsea, benci kerana dia power. Aku rate dia hampir sama dengan Alex Fergusen. Infect some point dia better than Sir Alex. Chelsea tough dibawah jagaan dia. Bukan power, tapi tough. Kental, keras, kebal… something like that. Difficult to crack them down. Even most attacking football team, Barcelona, face hassle task to score one goal against them in previous two years champion league encounters.

Tapi dia dah berhenti dari Chelsea. Tidak tahu kenapa, misteri… Board meeting, then dia made few phone calls to senior player, lepas itu dia announced dia tidak lagi manager Chelsea. Walaupun his relationship with club owner is the worse cover up secret dalam football world, still his achievement should make that Russion billionaire think wiser.

Jose Maurinho departure adalah salah satu benda ‘mengejutkan’ yang berlaku dalam bolasepak, in particular bolasepak antarabangsa. Aku jangkakan character Jose dan Chelsea secocok, bongkak, berlagak, kaya, keras kepala… senada, seirama. Umpama perkahwinan yang akan kekal ke anak, cucu, dan jika ambil Alex Fergusen case dah boleh bercicit.

Antara beberapa benda yang dijangkakan mustahil dan mengejutkan lagi yang pernah berlaku.

Kejayaan. Sukar untuk predict kejayaan dalam sukan bolasepak. Greece johan Euro 2004 dan Korea Selatan sampai semi final World Cup 2002. Who in the right condition of mind will bet on that? Korea fairy tale in 2002. Crazy… they not even record any single win in history of world cup in previous century. But, in front of Red Army they managed to beat world top teams to reach semi final and unluckily dump by tactical Germany team. Then Greece, come on. If I not mistaken, even their captain at that time adalah free agent. Tiada club for few months. Boleh beat all the ego of European powerhouses. I don’t know how gambler dare to put their money on football match. Damn difficult to predict the result.

Player transfers. Impossible for me to memories all the ‘shock’ transfer in recent years. But few transfers still fresh in my mind. Owen to Real Madrid. I almost tears (read ALMOST) to learn Owen will sign with Real Madrid. Liverpool wonder boy refuse to work with Gerard Houllier and decided to become one of the galaticos. Sadly or should I say luckily, he never find his so called Liverpool’s form while play with Real or now with Newcastle. But, for me he still one of the best in the business. Impossible for anyone, especially Liverpool fans to forget his contribution to our happy weekend with Liverpool jersey or while dons England color. Those 2 goas in dying minutes of FA Cup at Cardiff, World Cup 1998 wonder goal, 2 away goals against Roma in Champ league and many more. Ada lagi beberapa player transfer yang mengejutkan. Beckham to Real Madrid, then Beckham to LA Galaxy. Ronaldo from Inter to Real then back to Milan City. Terbaru Henry to Barcelona. Walaupun ada masalah dalaman, but still Henry to Barcelona with only 16 million pound, nampak pelik. Arsenal’s talisman, all time top scorer, their captain, sumber inspirasi rakan-rakan, anak emas manager…. Unthinkable. But with current Arsenal position and performance, look like they not really miss their use-to-be hero. Then dulu masa Chelsea menggila dalam market player, hampir semua pembelian mereka adalah mengejutkan. No way I would thought Damien Duff, Wyne Brigde , Shaun Wright Philips or even Glen Johnson akan dijual kepada EPL rival. But as many believe, money speak louder. If we think about money, can't understand how Milan sold Sheva and Bayern sold Ballack to Chelsea. Look like, there no more impossible move in football transfer. Steven Gerrard out from Merseyside?

Ada lagi benda mengejutkan dalam bolasepak. Cerita yang lebih dekat dengan kita. Bagaimana ‘kita’ lantik national coach? Strings of fine performance while handling junior squad and our beloved FAM President overjoy by the achievement in not even a proper press conference announced;

Beta dengan ini melantik, Sathi sebagai ketua jurulatih negara.

Imagine, baginda umumkan sambil berdiri, dikerumuni wartawan dan pegawai FAM. Dollah Salleh mesti terkedu, padahal few days before nama Dollah disebut-sebut. Even Azrai Khor pun mesti sedikit kecil hati kot. What to do, that’s our highest football management body in action. Then, how baginda elected the hostest seat in FAM? I am referring to Secretary General position. Baginda make that call, yes… it is a truly phone call .... from London.

Then, after Jose quiting Chelsea reporter ask him what he intent to do next. He said he will run his normal life, he got few assignments with sponsors including come to Malaysia next month for banking comercial. Hah... maybe FAM can offer him to become national coach. He just become 24 million dolar richer, definitely money not an issue for him. Don't laugh... maybe for once FAM will make a wise decision. And looking at current scenario nothing is shocking anymore in football world. Hahahaha...

Sebelum aku meneruskan tulisan pasal FAM, lebih baik aku stop. Kalau tak sia-sia sahaja aku berpuasa hari ini.


Monday, September 24

Aku Komen Kes Nurin


(aku dah letak gambar disini tadi, then aku delete… tidak sampai hati)

Semua orang memperkatakan pasal kes Nurin. Everywhere, sambil berbuka puasa sambil lepak-lepak disurau tunggu terawih, dalam email, dan tentunya di blog. Aku pada mulanya malas nak tulis cerita ini, kerana tiada apa nak diperkatakan. Tragis, sedih, pilu geram, marah… semua ada. Aku percaya semua orang juga ada perasaan sebegitu. Malah, Pak Lah pun melahirkan rasa sedih campur marah. Pak Lah yang cool pun kata dia marah, memang binatang orang itu.

Nampak tak?, aku pun menyamakan penjenayah itu dengan makhluk Allah yang tidak boleh befikir, binatang. Ramai orang menggunakan perumpamaan sebegitu, binatang punya pembunuh…! Disini, aku ingin meminta maaf bagi pihak manusia kepada semua jenis binatang didunia. Betul-betul minta maaf. Kami manusia terlalu keji dengan menyamakan penjenayah itu sebagai binatang. Aku rasa binatang paling bodoh pun tidak akan melakukan perkara-perkara terkutuk tersebut. So, definitely that psycho not deserve to be call as animal. Again, kucing, anjing, beruk, tikus…. Aku minta maaf, kadang-kadang manusia hilang pertimbangan dan hilang idea untuk express perasaan kami.

Kemudian ramai menyamakan penjenayah itu sebagai iblis, syaitan… degawan. Hahaha… Mungkin boleh diterima cadangan tersebut. Walaupun rata-rata ulama kata bulan Ramadhan syaitan diikat. Dan jika dibaca dari sini (‘Syaitan’ Dalam Al-Quran), aku tidak nampak pula janji Allah yang syaitan itu akan menyeksa, mendera atau membunuh manusia apatah lagi kanak-kanak yang tidak berdosa. Syaitan hanya berupaya menghasut, mempengaruhi, mendesak, menipu, mempermainkan… semuanya aktiviti bukan physical. Jadi tidak adil juga kita namakan penjenayah itu sebagai syaitan, kerana dia MUNGKIN lebih teruk perangainya dari syaitan yang dilaknat Allah. Selain polis kita, syaitan-syaitan semalaysia pun sedang menjejaki dia, untuk dijadikan ketua atau sumber rujukan, mungkin. Mungkin syaitan dan iblis semua turut bangga kerana dengan menyamakan penjenayah itu dengan mereka kita seolah-olah menaikkan taraf mereka. Nampak imej kejam dan keji mereka meningkat.

Kenapa aku sibuk nak jelaskan yang penjenayah itu bukan binatang dan bukan syaitan? Kerana aku nak ingatkan semua orang yang membunuh, yang mendera, yang belaku kejam itu adalah manusia. Makhluk tuhan yang ada tangan, ada badan, ada nyawa, macam kita. Saling tak tumpah seperti kita. Jangan sibuk menuduh sana sini, sedangkan penjenayah itu adalah dikalangan kita.

Dia berkemungkinan besar seorang yang gila dan bodoh. Gila dalam erti kata suka melihat manusia lain menderita dan sukakan perhatian. Mungkin dia sedang tersenyum atau tergelak melihat liputan meluas suratkhabar dan television berkenaan isu ini. Kalau dia seorang yang jahat semata-mata, tidak mungkin dia biarkan mayat Nurin dijumpai. Dibiarkan didepan kedai untuk dijumpai oleh orang ramai. Jadi sememangnya penjenayah itu gila dan bodoh. Ingat, dia adalah MANUSIA (macam kita) yang gila, bodoh dan terpedaya dengan mainan syaitan.

Tidak kurang pentingnya, kita harus ingat. Dia manusia, kita juga manusia. Tidak mustahil jika kita tidak menguatkan diri kita dari sekarang, kita juga akan terjerumus ke lembah penghinaan sebegitu satu hari nanti. Ke lembah nafsu, lembah tipu daya syaitan dan lembah kedaifan. Mungkin masa kes-kes sebegini (rogol, dera kanak-kanak) yang dulu, penjenayah itu sendiri rasa sedih dan marah seperti kita. Tapi kini, dia bertukar menjadi mangsa hawa nafsu sendiri. So, aku sendiri tidak mahir ilmu agama untuk memberi nasihat, tapi rasanya rata-rata semua orang tahu bagaimana untuk tidak menjadi sahabat syaitan dan memdekatkan diri kepada tuhan. Kita semua tahu, cuma ada macam-macam alasan kita berikan kepada diri sendiri untuk menjadi bodoh. Na'uzubillah.

Cukup...tidak perlu kita fikirkan lebih jauh. Tidak perlu menangis. Tidak perlu terus menerus geram dan emosi. Selepas solat, disamping doa-doa lazim seperti kesejahteraan ibu bapa, kemakmuran umat Islam dan kesihatan diri sendiri, lepas ini selitkan doa agar penjenayah itu diberkas polis. Satu Malaysia nak lihat wajah manusia keji itu. Insyallah jika semua umat Islam berdoa, nescaya Allah akan makbulkan. Amin…..

Seharian aku kehulu kehilir, penat. Dahaga gila. Aku nak pergi berbuka sekarang. Air...aku perlukan air. Hahahahha....


Friday, September 21

Apa Yang Mereka Cari?

Maybe ada yang dah tahu, but to make everybody understand biar aku cakap juga. Ok, as most blog, aku juga install or letak code untuk track visitor datang dari mana. The origin of the visitor not just limited to their geographic location and their I.P address, aku juga tahu from which site they came from. Ada yang datang dari webpage yang letak link ke blog aku (thanks!) or most people came from Search Page. I don’t know why, but Yahoo! Seem like to rate this blog higher than Google, so ramai orang berakhir disini setelah search some keyword dari Yahoo! Search page. Yang menariknya aku boleh tahu what keyword they key in yang membuatkan mereka kesini. Maksudnya aku boleh tahu apa mereka search.

So, sepanjang seminggu puasa ini terkejut juga aku masih ramai manusia yang search perkataan lucah di Internet. And lebih menjadi misteri how on earth their search end up at my blog? Confuse aku. Tak bijak mana search engine rupanya.

(Firefox akan paparkan sebahagian sahaja link yang panjang, tapi I.E akan tunjuk full. Tapi for both browser, link functioning well, click akan pergi ke search page.)


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&p=aksi%20lubuk%20tapah%20gadis&rs=2&fr2=rs-bottom

Manusia ini try to search “aksi lubuk tapah gadis”, referring to video yang pernah popular sekejap satu masa dahulu. Rakaman aksi remaja melayu beromen di kawasan air terjun nama Lubuk Tapah. Yang ajaibnya, bagaimana blog aku boleh berada di tempat pertama dalam result page? Video ini hanya popular dikalangan remaja Melayu, jadi mestinya Melayu yang buat carian ini. Apa kejadahnya dia search benda lucah tersebut dalam bulan yang mulia ini? Pelik betul.


http://malaysia.search.yahoo.com/search?p=sex%20pertama&ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&xargs=0&pstart=1&b=71

Ini pula search “Sex Pertama”. Tapi blog aku tidak berada dalam ranking atas-atas pun. Tapi manusia yang search ini rajin sampai ke result page ke 8, then terjumpa blog aku. Hahaaha… bersungguh dia cari kisah sex pertama. Maybe bakal pengantin baru kot. Hehehehe…


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&p=cerita%20malam%20pengantin&y=Malaysia&fr=yfp-t-web&fr2=tab-img

Ini seorang lagi bakal pengantin agaknya. Dia search “Malam Pengantin”. Dan blog aku berada di nombor 4 dalam pencarian dia. Hahahaha… Thanks to this posting: akubetul.blogspot.com/2006/12/malam-pertama.html. Dulu, aku pernah tulis kisah lucu malam pertama, and still that entry mendapat perhatian, kerana rating tinggi dalam search engine.


http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&y=Malaysia&fr=yfp-t-web&p=video%20lucah%20uitm%20gadis&rs=0&fr2=rs-bottom

Ini pula sudah pasti pencarian remaja gatal. Dia cari “video lucah uitm gadis”. Aku tak tahu pula gadis UiTM ada buat video lucah, but again student university kita sekarang memang advance semuanya. Mungkin ada kot video mereka. Sekali lagi aku confuse, kenapa lah blog aku berada dipetak pertama dalam result page? Kesian manusia gatal tersebut, dia mati-mati ingat ini blog lucah agaknya. Tengok-tengok cuma ada celoteh aku, hahahaha….

http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&fr=yfp-t-web&p=free%20video%20lucah%20uitm&rs=1&fr2=rs-top

http://malaysia.search.yahoo.com/search?ei=UTF-8&y=All%20the%20Web&fr=yfp-t-web&p=video%20lucah%20student%20uitm&rs=2&fr2=rs-top

Lagi 2 search video lucah budak UiTM, memang budak UiTM banyak buat video ke sekarang? Pelik..pelik.....


http://search.yahoo.com/search;_ylt=A0oGkxdWCvJGCtIAizxXNyoA?p=video%20ella%20atas%20kapal%20YOUTUBE%20BLOG&y=Search&fr=yfp-t-501-s&fp_ip=MY&rd=r1&meta=vc%3Dmy

Isu baru, “video ella atas kapal YOUTUBE BLOG”. Dia search ayat tersebut, mencari clip video yang kononnya ada Ella dengan Jojie. Aku ada dapat clip itu, nampak memang macam Ella, tapi rasanya bukan. Wallahualam. Tapi kenapa lah bulan puasa ini ada manusia gatal nak tengok clip tersebut? Pelik...pelik... Mungkin dia nak buat kajian, mungkin. Aku tidak pernah mention pun pasal clip tersebut disini, tapi still blog aku top ten dalam result. Sesiapa rakan disini ingin clip tersebut, sekadar untuk nak ambil tahu dan bukan nak naikkan syahwat, boleh email aku. Aku boleh bagi.


http://search.yahoo.com/search?p=persatuan%20datin%20datin&fr=yfp-t-104-s&toggle=1&cop=mss&ei=UTF-8&vc=&fp_ip=MY

Ini pula sedikit lawak. Kenapa ada orang search “Persatuan Datin-datin”?. Hehehe… dan boleh juga terselit blog aku dicelah-celah result. Nombor 4 pula tu. Confirm la aku rasa search engine dah gila.


Ok, that’s it. Manusia-manusia pelik yang search benda pelik-pelik dan dengan sedihnya berakhir diblog aku yang tak pelik. Mungkin ada diantara pengunjung setia blog ini pun pada mulanya juga ‘terjumpa’ blog aku selepas search apa-apa keyword yang mungkin tak berkaitan pun dengan blog ini. Kalau ada share lah your story….

Aku boleh check I.P address mereka yang search perkataan-perkataan lucah tersebut, tapi malas. Just hope mereka insaf setelah tahu orang lain boleh tahu apa mereka cari. Nanti aku paparkan pencarian lain yang aku rasa lucu dan pelik. Ada macam-macam.

Ok, selamat berbuka puasa dengan family, saudara-mara, mak, mak mertua, rakan-rakan lama, member university, member sekolah atau kekasih-kekasih hati. Since during weekdays masing-masing busy. Tak sempat nak rushing untuk berbuka bersama, jadi weekend pastinya dipenuhi dengan aktiviti berbuka beramai-ramai. Alhamdullilah… merapatkan sirratulrahim. Ingat, during weekend aku akan offlinekan blog ini, ada urusan sedikit. Monday nanti everything akan jadi seperti biasa, don't aspect anything special pula. Not much different pun. Selamat berhujung minggu. Kepada manusia-manusia pelik yang search result anda aku paparkan diatas, insaf lah...

P/S: Search result berbeza dari masa ke semasa, or dalam technical term people said ‘time sensitive’. So, jangan kata aku tipu if penerangan aku tidak sama dengan result yang dipaparkan jika korang click link tersebut.

Thursday, September 20

George Bush & Condoleeza Rice - Damn Funny

Aku jarang-jarang upload video clip di sini. Infect, before this just once aku upload video. Aku received this vid from friend. Damn funny. Aku dah tengok banyak kali pun still tergelak. Actually, bukan video, just voice with some picture. Kalau take time to buffering or downloading, wait... seriously worth waiting. Clip ini pasal George Bush bercakap telefon dengan Condoleeza Rice, for those yang pernah dengar, takpe... dengar sekali lagi. ... HAHAHHA....If pagi-pagi dah dengar, petang dengar lagi... dan lagi...dan lagi....

ON speaker...



video


Kalau you guys tak tergelak... seriously, something wrong with your brain.


Wednesday, September 19

Cerita Ramadhan: Benarkah Syaitan Dirantai?

Soalan
Penceramah selalu kata pada bulan Ramadan semua syaitan dirantai tapi saya lihat orang buat maksiat dan mungkar semacam je, macam mana tu ustaz?

Jawapan

Syaitan di rantai pula mempunyai beberapa makna tafsiran. Ada juga yang bertanya, jika syaitan dirantai pada bulan Ramadan, kenapa masih ada gangguan syaitan? Ada hamba Allah berkata bahawa dia nampak makhluk itu pada bulan Ramadan.


Makna syaitan dirantai:


1. Secara zahir iaitu memang syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadan. Ia menjadi tanda kepada para malaikat dengan kedatangan Ramadan dan bertujuan mencegah syaitan daripada menganggu manusia Muslim.


2. Isyarat kepada banyak pahala dan kurang dosa.


3. Syaitan menjadi lemah pada bulan Ramadan dan kurang aktif.


* Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.


- Copy and paste dari Bicara Agama, Utusan

Gambar from forwarded email. I think everybody received this picture every year.

Dari aku budak lagi aku musykil pasal perihal syaitan dirantai dibulan puasa. Akal kanak-kanak aku selalu berfikir, syaitan musuh Allah, kenapa Allah rantai dia dibulan Ramadhan sahaja, rantai lah forever. Tapi aku memang confident syaitan tiada masa itu, jika disuruh berjalan tengah malam ke kubur pun aku berani. But if we believe what reporter said, here, memang syaitan masih bermaharajalela. Maybe not in physical form but very much in our ownself. Itu bukan syaitan rasanya, itu nafsu serakah. Tapi binatang yang dilaporkan itu memang melampau, dia buat penderaan sexual keatas kanak-kanak tersebut sehingga mati. Gila... memang betul-betul gila.

Aku memang tidak arif agama, cuma cerita syaitan dirantai memang menarik untuk diperkatakan. Pada aku, apalah salahnya kita anggap sememangnya 100% syaitan dirantai sepanjang bulan Ramadhan. Jadi segala tindak tanduk kita purely influence by our own self. Maknanya, jika kita buat salah, engkar suruhan Allah, sememangnya NAFSU kita yang menyeru kita berbuat demikian. Bukan dengan godaan syaitan, bukan dengan bisikan iblis, bukan dek kerana tertipu dengan pujuk rayu makhluk dilaknat Allah itu. Jadi bila kita fikir sebegitu insyallah kita akan mampu melawan godaan tersebut, kerana ianya cumalah nafsu kita sendiri. Takkan sebahagian dari diri kita sendiri pun kita tak mampu lawan. Lemah sangat rasanya jika begitu.

So, even though ada cerita menarik di tv kita still akan mampu menggerakkan otot-otot untuk ke surau atau masjid berterawih. Dan walaupun ada pelbagai jenis juadah di pasar Ramadhan kita berupaya untuk memilih hanya untuk mengenyangkan perut, bukan memuaskan nafsu. Aku selalu setkan apa aku nak beli dahulu sebelum pergi bazaar. Nak selamat, setkan ikut harga. Let say, today aku akan spent maximum RM10.00. So, kalau dah beli ayam percik RM5.00 ada balance RM5.00 sahaja untuk kueh dan air. If terlebih juga, esok kurangkan ke RM8.00, then diteruskan sehingga tidak membazir.

Sama-samalah kita melawan NAFSU dibulan Ramadhan. Insyaallah.

Ada macam tazkirah di surau selepas terawih tak entry kali ini? :)



P/S: Aku tidak berani memberi contoh nafsu syahwat, since aku belum kahwin. Tapi yang dah kahwin tu surely you guys know better than me. Dare to share your experience? Heheheh...

Tuesday, September 18

Boredband Internet

I believe I reached a level where I can’t find World Wide Web as interesting as before. What actually we can do with internet connection?

Majority people at my age, we discovered internet di alam remaja. Seronok gila.
Super highway of information, anything we want to know ada disini. Name it and that info just a fingertip away from us. Of cause like all teenagers, sex is one of the most interesting topics. So, aku pun rajinlah search Net to find any sex related materials. After a while, aku stop. Aku rasa macam loser pulak tengok gambar lucah dan baca cerita seru (menurut definisi Indons). Then, come chatting application, MIRC, Yahoo Messenger and MSN Messenger. Even exchanging email rasa macam fun. Chat sampai tengah malam, infect sampai ke pagi. Seronok dapat communicate dan dapat kenal rakan baru. Berkongsi masalah dan berkongsi cerita. After this phase, most of my friends hook with gaming. Not really internet game, but normal LAN or PC-PC game. Not me, I never once love computer games. Sekarang aku dengar MIRC dah jadi tempat bertukar file. Exchanging movie, clip, song, malas nak try walaupun dengar macam menarik.

Then, Internet come very handy masa di university. Cari bahan-bahan untuk buat project, curi article untuk siapkan paperwork. Howstuffworks.com adalah lubuk mencari article menarik. Macam-macam article ada, pasal engine, pasal electrical device, circuit network, telephone communication… everything. (mengambil contoh subject yang kena mengena dengan aku).


Kemudian, personal page macam friendster.com dan myspace datang. Again aku tak berminat (walaupun aku ada akaun friendster). Pada aku apa kejadahnya letak gambar-gambar kita agar
orang lain boleh tengok. Tidak cukupkah email untuk communicate dengan rakan-rakan? Tidak interactive ke chatting macam YM dan MSN untuk cari kawan-kawan baru? Tapi aku dengar ada orang gunakan Myspace untuk generate income, macam-macam style orang boleh cari duit.

Kemudian personal page tadi diadvancedkan lagi dengan weblogue, or blog. Mula-mula aku taknak terlibat, tapi lama-lama dah obsess. Everyday rasa gatal tangan nak sent something. Aku pun pelik dengan tahap obsess aku. Hahaha… Ok, let put it this way, beside this blog, aku tidak rasa internet cukup menarik pada aku lagi. Seperti soalan aku diatas tadi, apa boleh dilakukan dengan internet connection? Hari-hari aktiviti harian aku selain dari ‘menjaga’ blog aku ini adalah dengan baca berita bolasepak, baca suratkhabar tempatan dan reply email rakan-rakan atau email berkenaan kerja. Itu sahaja. Pukul 10 pagi aku dah rasa boring. Masuk petang jika aku boring aku baca blog orang lain. Tapi again, berapa kerat sangat yang update blog everyday, so ½ hour aku dah habis tawaf semua blog yang biasa aku lawat. What else I want to do?


Youtube?... Mungkin ada beberapa clip yang menarik, tapi nak jumpa tersangat payah. Browse for few hours baru jumpa satu clip menarik, tak berbaloi. Online game? PC game pun aku tak minat, inikan pula complexity online game. Lepas habis baca berita, aku jadi blur. Kalau ada kerja, alhamdullillah. Jika tiada, aku susah hati. Aku pening kepala. Kononnya aku connected to jaringan informasi dunia, tapi pada hakikatnya aku tidak jumpa apa-apa menarik. Hampir semua page-page lucu aku dah jumpa dan baca, rata-rata lawaknya berulang-ulang. Lawak suami kutuk isteri, isteri kutuk suami, blonde bodoh, pak pandir, pak kadok… boringnya. Sukar nak jumpa lawak berkualiti.


Mungkin kerana aku tidak minat music menjadikan aku ketinggalan. Kerana even blog-blog politic gagal mengalahkan hits blog-blog hiburan. Ramai sibuk download lagu, cari lirik dan bertukar-tukar materials. Sorry, aku memang tak minat music. Apa radio Era udarakan aku terima sahaja. Itupun hanya segment pagi dan petang. Sekarang ini celoteh Kieran, Hani dan AC Mizal… petang pula Linda Onn, kadang-kadang terselit suara Apek Senario. Itulah hiburan music pada aku.


So, conslusionnya…. Pada aku Internet tidak sehebat dulu lagi. Bukan dunia internet yang mundur,
tapi mungkin aku yang dah berubah. Aku rasa ramai disini beranggapan sebegitu, sebab itu ramai datang dan baca blog boring aku ini. Macamana boring pun ini sahaja internet boleh offer kepada anda semua, celoteh aku. Ok, don’t worry… I’ll try my best. Hahahah…

Selain blog ini, aku perlukan hiburan lain. Mungkin kena cari hobi baru. Kumpul stem ke, kumpul syiling ke, atau hobi unik macam ambil gambar. Mungkin aku boleh jadi ahli flikr, fotopages atau photobucket. Asyik curi gambar orang saja, mungkin giliran aku pula contribute something.

If you guys ada any interesting site, please share with us here. Time ramadhan ni takan nak tidor sahaja masa lunch hour.


Gambar 'teratai layu ditasik madu' ini sengaja dilebihkan, terkeluar dari article... konon-konon seni. Hahaha...Since ramai orang merasakan diri mereka seni, puitis, mahakarya cinta...Hahahaha... Nak jadi ahli flickr kena ada penyakit ini.

Monday, September 17

Cerita Ramadhan - Kanak-kanak dan Aku

Aku sempat berterawih di kampung last weekend. Seronok juga dapat berjumpa 2-3 orang kawan-kawan lama. Sempat la bersembang benda-benda standard macam;

Kerja mana?
Bila nak kahwin?
Pakai kereta apa?
Cuti raya berapa lama?

Bla..bla..bla..

Pakcik-pakcik yang masih kenal aku pula akan hanya komen satu perkara.

“Tak kecil-kecil badan kamu ye…”


Dalam hati dia mungkin ayat tu ada sambungan,

“Kalau kurus sikit boleh jadikan menantu”


Aku hanya membuat jangkaan. Assumption base on cara dia tengok diri aku. Hahahaha....

Lucky me, aku managed to meet 2 of my closest childhood friends. Kami sama-sama ponteng puasa. Sama-sama pergi mandi parit dan belajar hisap rokok. Tempat simpan rokok adalah diatas pokok kelapa sawit. Antara pelepah dengan pelepah. Letak disana, rokok tidak akan basah dan budak-budak lain pun tak tahu. 2 orang rakan aku ini memang betul-betul sekepala dengan aku. Aku masih ingat salah seorang dari rakan kami beraya di hospital, bukan kerana dek main mercun. Tapi kebodohan dia melompat dari menara masjid ke bawah. Tingginya equal to 2 storey building kot, dia patah kaki, then raya kaki bercement. Bengong betul dia dan kami. Berbuka di masjid adalah aktiviti wajib, seronok rasanya makan ramai-ramai. Berebut kuah, berebut peha ayam dan berebut timun dalam acar. Belum azan lagi kami dah duduk dan ready untuk makan. Memang tradisi masjid kampung aku, kami makan nasi sebelum sembahyang maghrib. Sebelum masuk waktu ada wirid, ada doa panjang then kena tunggu 2-3 minit sebelum mereka pukul bedok. This 2-3 minit very crucial, this the time to snatch the best piece of chicken dan untuk kumpul cincau dari dalam air bandung. Hahahaha…. Seronok…

Sambil lepak depan masjid tunggu mak aku, aku tersenyum dengan dua orang rakan aku sambil bercerita pasal kenakalan kami dulu. Seorang dah jadi taukeh kedai runcit yang diwarisi dari arwah bapa dia, dan seorang lagi kerja swasta di Teluk Intan, Aku tidak pasti aku perlu gembira atau sedih melihat aksi kanak-kanak yang bermain dihadapan kami. Saling tidak tumpah aksi mereka seperti kami. Ada yang mencuri kueh yang disediakan untuk orang lepas habis terawih, ada yang bawa lari buah kurma dari bilik store, ada yang pakat-pakat sorokkan basikal member, dan ada yang sibuk mengintai ke arah bahagian perempuan mungkin untuk intai member sekolah. Aduhai… sebiji macam kami dulu. Kami tidak termakan pujukan tv atau komputer seperti kanak-kanak di kota. Kami juga rasa seronok bila berada dikawasan masjid.

Memamg perangai kanak-kanak tidak akan berubah walau dah lebih sepuluh tahun ke?

Atau kampung aku sahaja yang immune dari kemajuan?


Saturday, September 15

Thanks for the Gift…


Allah selamatkan aku…
Allah selamatkan aku…
Allah selamatkan Affandi…
Allah selamatkan aku…

Today is my birthday…

Aku dah beli hadiah pada diri sendiri, since semua orang taknak belikan, hahahaha…

Akhirnya, lahirlah…


www.akubetul.com


Dengan menggunakan 100% duit dari iklan Nuffnang, aku beli domain tersebut. So, secara tak lansung aku anggap ini hadiah dari korang semua. Lepas ni rajin-rajin la click lagi. (Ops, dah langgar polisi mereka ni, I not suppose to ask you guys to click the ads. But my birthday, mereka maafkan rasanya.....Hahahaha...)

Apa-apa pun, thanks guys.

But, please do not change your bookmark or link to that domain yet. Although it’s running well so far, I still need to check with Nuffnang and Adverlets whether their counter accept this kind of ‘forwarding’ or not. Since I not buy any hosting, still host at blogger, just redirect to that domain. Monday I’ll give them a call.

Aku dah makin tua. But who cares, umur hanya pada angka. Actually aku tak pernah celebrate birthday pun. Cuma ada 2-3 tahun orang lain celebratekan. So, memang aku tidak anggap birthday satu hari yang special. Sebab tu hari ini aku kerja, malas nak ambil cuti. Lagipun bulan puasa, nak pergi dating pun letih.

But again,

Selamat hari lahir to Dood…

Betul kot orang kata blogger takde life, birthday pun celebrate diri sendiri… Hahaha… hahaha…

Aku nak balik kampung, celebrate birthday dengan 2 wanita paling aku sayang… Seronoknya.

Update (10 am):
Donno what the problem, that hosting company's server got problem or what. But the domain not working. Haiya... ini malas support company Melayu ni. When the domain not working, means people can't visit this blog. Now I have to disable the domain back. I can't even log in to my account at their webpage. Siap lah mereka Monday ni.

Friday, September 14

Suami Isteri Makan Sahur

Inspired by lawak suami-isteri mat salleh aku baca sebentar tadi. Aku bayangkan perbualan suami-isteri di Malaysia pasal makanan sahur mengikut tahun perkahwinan mereka. Merely joke, nothing serious.


Tahun Pertama:
“Abang nak makan apa sahur nanti?... Nanti sayang masakkan”

“Sayang masak la apa-apa pun, abang tak kisah”


Tahun Kedua:
“Pagi esok kita makan telur masin, sayur, sambal tumis dan sayang akan bakar ikan, ok?”

Ala, buat menyusahkan sayang je”


Tahun Ketiga:
“Sahur nanti makan ikan masin dan lauk berbuka tadi, boleh ayahnya?

“Mana-mana lah yang…”


Tahun Keempat:
“Sayang tak larat la, kita makan lah lauk berbuka tadi untuk sahur nanti…k?”

“Ok…”


Tahun Kelima:
“Ayahnya, sahur nanti abang tolong masak nasi, lepas tu abang panaskan la lauk berbuka tadi ye...”

"Errmm....”


Tahun Keenam:
"...Pandai-pandai lah abang goreng apa-apa yang patut…jangan lupa air teh strawberry yang sayang suka tu…"

"...."


Tahun Ketujuh:
“Ayah kau sahur dirumah isteri muda dia…”


Hahahahah….Aku memang jenis yang suka bangun sahur. Masa budak-budak dulu antara adik beradik aku lah paling senang bangun. Sekali kejut je. Akak aku pula sampaikan arwah abah kena angkat dia bawa ke meja makan. Antara kawan-kawan pun aku antara yang suka bangun sahur, maybe the fact that aku suka makan. So, motivation lebih sikit. Dah besar-besar ni pun aku akan bangun dan buat apa-apa yang patut. Kalau tak makan sahur aku rasa nak mati siang hari nanti. Maybe ada orang bersahur segelas air atau kurma. Aku tak, mesti nasi atau roti then 2-3 batang rokok.

Selamat berlibur hujung minggu... mesti ramai plan nak balik kampung berbuka dengan family. Insyallah aku pun akan balik nak makan makanan mak aku... syoknya.


Thursday, September 13

Berita Lucu Hari Ini

Aku tiada idea nak tulis blog, so aku buka laptop and baca online newspaper. Don’t know hari ini hati aku mudah tercuit atau memang berita-berita ini lucu.


1. Don’t Work, Have Sex
ULYANOVSK, Russia (Sept 12, 2007): The governor of a central Russian province urged couples to skip work today and make love instead.And if a woman gives birth in exactly nine months time - on Russia's national day on June 12 - she will qualify for a prize. - The Sun

To increase their province population, governor announced a ‘contest’ encourage parent dapatkan anak ramai. Gavernor suruh ponteng kerja dan melakukan hubungan seks, supaya 9 bulan lagi (June next year) bulan kemerdekaan Russia, mereka akan dapat hadiah jika anak lahir pada hari kemerdekaan. Is this funny or what? And we thought our leader stupid? Hahahaa…


2. Berbuka Puasa Ikut Bulu Roma Guru Agama
“Lebih pelik, bagi menentukan waktu berbuka puasa, pengikut hanya perlu melihat bulu romanya (Tok Pa) meremang sebelum boleh menjamah makanan.

“Amalan pelik itu disedari apabila mendapati penghuni di perkampungan itu sudah berbuka puasa lebih awal walaupun belum masuk waktu Maghrib.
- MyMetro

Boleh pula berbuka ikut bulu roma, hahaha… Memang sah la ikut laporan berita itu ahli-ahli kumpulan tersebut dah terkena ilmu hitam. Dah terang-terang berbuka ikut bulu roma salah, lucu dan tak masuk akal. Tak mungkin mereka boleh tertipu sebegitu sekali without black magic influence. Tapi memang banyak perihal ajaran sesat yang sedikit lucu. Have sex dengan anak pengikut, upacara ‘merasa’ bini orang lain, zikir laga-laga lutut, zikir sambil nyanyi… macam-macam.


3. Bukan Suka-suka Bercium
“Apa yang saya lakukan, bukan sekadar nak suka-suka, tapi disertai dengan perasaan. Saya tak boleh nafikan perkara itu.” – Ashraf told Bintang Popular

Rasanya semua orang terima email ada gambar Ashraf bercium dengan Bunga Cinta Lestari (Ini nama orang ke tajuk novel?). Dan ini berita last weekend. Aku sedikit memuji sikap Ashraf yang gentlement dan mengaku dia buat perkara tu. Cuma lucu sedikit pemilihan tajuk article oleh wartawan Bintang Popular. Aku ingatkan mereka bercium kerana berlakon ke, kerana terpaksa ke… sebab ditulis bukan 'suka-suka'. Tapi bukan 'suka- suka' pada dia bermaksud ciuman yang ‘disertai perasaan cinta suci murni’. Cewahhh… Hahahaha… Remaja kita pun akan pakat-pakat ikut.


Senang rupanya nak tersenyum... baca lah berita banyak-banyak.


Wednesday, September 12

Pak Lah Tidor

Ok... janji. Ini betul-betul kutukan terakhir. Hahahaha... can't stop laughing. Not sure that last man Bush or not. But this picture taken while in APEC meeting, circulated in blog-world during last few days. Can't resist the temptation to edit and add few funny quotes. To Pak Lah and his fellow BN troops, sorry... ketawa itu pengubat hati. Hahahaha....


Purely look at it from humor perspective, maybe he not really sleeping. Mungkin kebetulan dia pejam mata and photographer snap the picture.

Friend's Blog

Malam ni disamping bermula terawih menandakan bermulanya Ramadhan yang mulia, turut akan berlansung pesta SMS. Semua akan pakat-pakat hantar sms ucapan menjelang Ramadhan. Ada pantun lucu, ada pantun nasihat, ada hadis dan potongan ayat Al - Quran. Ok, ini intro sahaja, aku bukan nak cakap pasal SMS, aku nak cerita pasal blog rakan-rakan aku. Aku dah tulis benda ni lama, few weeks. Don't know why, but today rasa macam nak postkan. Mungkin kerana sempena Ramadhan aku teringat kenangan bersama mereka.

Pada aku blog umpama email, makin lama makin ramai orang mempunyai blog. Among my real life friends aku antara paling awal. Thanks to Nasa yang ajar aku cara berblog. But then, few of my friends tiru aku dan bina blog sendiri. Nothing wrong with that, maksud aku, aku tak rasa riak atau bangga pun. Since, aku sendiri tiru orang lain dengan memilih untuk mempunyai blog. Rasa malu sedikit ada, sebab before this aku kutuk orang yang blogging. Few years back aku anggap blogger ni loser, takde life dan tersangat boring. Hahhaha…


Izinkan aku promosikan, komen, kutuk, review atau apa sahaja istilah yang dirasakan sesuai semua blog milik kawan-kawan aku. If you guys notice, aku choose not to have any link exchange with any other blogger or simply letak link to any blog dalam blog aku. ‘Friend’s Blog’ sebelah kanan tu sememangnya milik kawan-kawan aku yang aku kenal. Kenal maksudnya disini samaada aku pernah share sepuntung rokok, tidor sebantal, makan dari periuk nasi yang sama atau ketiga-tiganya sekali.


So, here my review.


Nasasuke
For him, blog just for his own close friend viewing. So, dia buat blog hanya untuk tatapan kawan-kawan. Update pun berbulan-bulan sekali. Dia start blogging masa zaman university. Thanks to him, kalau tak memang tak wujud la blog aku ini. Almost everyday for one whole week aku kacau dia, tanya itu dan ini pasal blogger.com. Maklumlah, buta I.T macam aku gatal nak ada blog sendiri. Hahaha... Nasa, aku tak boleh lupa berbuka rumah family kau last year, aku sampai 1 minute before time berbuka and that sup... marvelous. This year boleh singgah lagi?


Badrul-True Story

He start blogging away ahead of me. Budak I.T lah katakan. But he choose to open new blog after saw my blog. Since dia ni budak baik, so blog dia pun pasal benda baik-baik sahaja. Tulis pun jarang-jarang. To Bad, jangan lupa call aku untuk berbuka puasa.



Bila Kapo Menulis

Rasanya dia pun kenal blog awal dari aku. Dia pun tolong aku pada mula-mula aku nak kenal blog. Dia ada dua blog. Satu pasal kehidupan, satu lagi pasal bola. Dia pun terkena penyakit yang biasa blogger lain kena. Copy and paste. Copy news and article then comment few sentence. Pemalas. Kapo, taknak jemput aku berbuka rumah kau ke?


Lobo Penggempur

Ahli PAS yang malas menulis. Terlalu busy with business and parti katanya. Aku rasa dia busy nak menambat hati sang puteri… fuh. Update setahun sekali kot. Super pemalas.


Malaymind

Milik housemate aku. Dia ni fanatic Barisan Nasional. Kalau letak pisau dileher suruh sokong parti pembangkang pun dia still akan sokong BN. Dalam blog politic serious dia ni, dia try to be fair, berdiri di tengah-tengah dan not bias to any parties, konon. Sorry, 1st rule of blogging kena jujur rasanya. So, Shuk better kau all out kutuk pembangkang and puji BN daripada berkias-kias and berbunga-bunga dengan pelbagai dalil. Tapi dia bijak, macam aku juga. Buktinya, aku benci BN, dia fanatic BN, kami boleh tinggal serumah. Shuk, malam ni terawih masjid negeri ke surau bawah?


Blog ku

Pengomen tetap blog aku, Sukun akhirnya buat blog. Setelah bosan komen dia kena delete di beberapa blog. Cuma Sukun terlalu meniru tulisan idola dia Mike from blog Semusim Di Neraka. Mungkin bahasa Mike lebih berbunga-bunga, Sukun plain and simple. Tapi obvious sangat Sukun try to write like him. Be yourself, jangan try to be somebody else.


http://mysweetstory.wordpress.com/

Milik Fid. Sorry aku lupa nak letak link di tepi tu. Nanti aku letak. Dia pun kenal blog awal dari aku. Dia ada 2 blog, 1 pasal kisah dia jaga anak dia. Dan satu lagi (atas tu) pasal buah dada, pasal payudara, pasal tetek. Hahaha.. aku assume orang dewasa semua disini, jadi aku dibenarkan buat lawak berbaur lucah. Actually that blog pasal breastfeeding. Fid ni passionate pasal menyusukan anak dia. Usaha murni yang perlu dicontohi. Fid, jangan lupa jemput aku berbuka rumah hang. Then, kita try arrange majlis berbuka ramai-ramai.

That’s it. To my friends yang ada blog, aku tak tahu please let me know. Then, after this aku akan include pasal blogger yang aku 'kenal' online pula.

To my friends, sorry kalau terasa dengan teguran aku. Aku memang jujur orangnya. Hahahhaa… kalau tak puas hati nanti aku belanja makan. Anggap lah ini kutukan terakhir sebelum puasa. Lepas ni seperti dijanjikan aku kena tulis 'lembut' sedikit. So, aku dedicate kutukan ini kepada rakan-rakan. Baiknya aku....Nanti kita berbuka sama-sama. Or, kalau korang anggap promosi, ini boleh consider sebagai amal jariah aku before Ramadhan.

Itulah senarai blog rakan-rakan aku setakat hari ni. Kalau boring… diulang, tatkala boring lawatilah blog mereka. Time boring sahaja. Tapi Aku Betul…! Korang perlu lawat everyday. Hahahahha….


Sekali lagi...

Selamat Menyambut Ramadhan....


Tuesday, September 11

Ramadhan Al-Mubaraq

Aku curi dari website Bluehyppo

Malam ini tengok anak bulan, musim hujan, rasanya tak nampak. So, most probably umat islam akan start puasa on Thursday. Esok sempat lagi main badminton. Bulan puasa badminton session tiada, sebab dewan digunakan untuk jualan gudang. macam sial... bukan murah pun, sama saja macam uptown atau petaling street.

Kalau boleh diberhentikan waktu, aku akan memilih untuk berada di bulan puasa sepanjang masa. Aku teramat suka bulan Ramadhan. Aku antara insan-insan yang akan rasa sayu bila munculnya Syawal. Tarikan baju baru, juadah hari raya, berjumpa sanak saudara, semuanya gagal membuatkan aku gembira. Weird, since I not religious kind of guy, jangan kata sembahyang terawikh, sembahyang fardhu pun ada yang tertinggal. Ada beberapa reasons aku suka bila sampainya Ramadhan.


Yang paling utama adalah kehidupan harian ada tujuan, ada target. Bangun tidor pagi-pagi dalam minda dah disetkan, pukul 7 something adalah matlamat hidup aku hari ini. Tiada nikmat sebegitu dibulan-bulan lain. Kemudian sebagai orang Islam aku turut gembira kerana dari ilmu agama aku yang cetek ini, tak salah aku dibulan Ramadhan setiap ibadat berlipat kali ganda pahalanya. So,
Ramadhan umpama bulan mendapat bonus dan mendapat discount card, which way you want to look at it. Reason yang ketiga, tentunya makanan. Unofficially or maybe dah jadi official, bulan puasa adalah bulan pesta makanan di Malaysia. Segala jenis makanan kita boleh jumpa. Kalau bulan-bulan lain cuma ada sejenis murtabak, tapi di bazaar ramadhan ada murtabak Johor, murtabak Singapore, murtabak mamak, murtabak Melayu dan ada juga murtabak ayam tanpa ayam. Macam-macam. Belum lagi aku senaraikan jenis kueh mueh. Perihal bazaar Ramdhan rasanya boleh dijadikan satu entry, next time, maybe.

Satu lagi sebab aku suka bulan puasa adalah nikmat berbuka. Ahhhhhh…..! Syok gila. Aku kena menuntut dengan A Samad Said dulu setahun dua, baru aku berupaya menggambarkan betapa seronoknya nikmat berbuka. Tabiat aku, aku tidak suka berbuka seorang diri. Mungkin hari-hari biasa aku tidak kisah makan secara solo, but not during fasting month. Aku akan cuba pastikan ‘upacara’ berbuka puasa aku berteman, berkumpulan, beramai-ramai. Dari 1st day aku dah mula merancang, few days with my mum, with my sibling, with girlfriend, colleagues, uni friends, schools friends, member-member Shah Alam… fuh, kena pandai-pandai bahagi masa. Weekend mesti akan wujud conflict, majlis disana, majlis disini.


Seperti juga Syawal, kehadiran Ramadhan secara automaticnya akan membuatkan kita terimbau kenangan-kenangan silam. Kisah sedih dan lucu silih berganti ditayangkan di layar fikiran. Aku, tentunya pengalaman berpuasa, berbuka dan berterawikh dengan arwah abah, tersangat indah bila dikenangkan. Arwah abah aku juga seorang ahli makan (macam aku), aku masih teringat pukul 3 ke 4 petang sebelum tunggu asar, aku dan arwah abah akan terlentang diatas lantai jubin, sejuk. Mak aku akan gelak, “Kesian… beruang lapar”. Hahahaha…. Semasa kecil (umur, bukan saiz badan), banyak kenangan menarik berpuasa dengan rakan-rakan. Pergi mandi sungai sepanjang hari, curi buah di kebun orang, berbuka di masjid, curi buah kurma masa orang sembahyang terawikh… Hahaha… nakalnya aku dulu. Kemudian ada pula kenangan di sekolah. Curi makanan, tak puasa disebabkan sebungkus maggi, lari dari ustaz yang ajak pergi sembahyang terawikh, suruh budak ambil makanan sahur, main mercun… macam-macam. Semuanya akan mengembalikan senyuman dimuka aku. Alam university juga penuh dengan nostalgia bulan Ramadhan. Masak beramai-ramai, cari makanan di bazaar, masak untuk kawan-kawan time sahur dengan masa tinggal 15 minit. Hahahaha… Sekali lagi semua kisah-kisah menarik ini aku rasa layak untuk dijadikan entry-entry menarik nanti.


Dari kecil aku sudah dididik untuk ‘menikmati’ bulan Ramadhan. Mungkin kerana kami tidak kaya, atau sebab-sebab lain, ibu bapa aku tidak pernah ‘sogok’ aku dengan wang ringgit sebagai balasan berpuasa. Seingat aku, aku tidak pernah dijanjikan apa-apa. Aku cuma diberitahu puasa itu wajib untuk orang dewasa, bagi kanak-kanak pula siapa yang puasa boleh dikira sebagai matang dan dewasa. Seperti kanak-kanak lain, aku mahu ‘menjadi dewasa’ secepat mungkin, supaya boleh membuat keputusan sendiri, boleh belanja duit sesuka hati, boleh buat apa orang dewasa buat. Beralasan itu sahaja aku memaksa diri untuk berpuasa. Samaada ibu bapa aku teramat bijak kerana menggunakan taktik tersebut atau ianya berlaku tidak sengaja, wallahualam.


Sempena Ramadhan yang mulia ini aku akan kurangkan posting yang kurang ajar. Aku akan cuba sedaya upaya untuk menahan diri dari melepaskan geram dengan menulis segala jenis kutukan dan makian terhadap perkara-perkara yang menyakitkan hati aku. Aku rasa itu antara reason kita berpuasa, infect that the real meaning if I not mistaken. Menahan diri… so, aku akan cuba menahan diri dari mengutuk. Susah ni… Hope you guys will help me. Hahaha.. aku akan cuba perbanyakkan jenaka dan benda-benda santai untuk merehatkan fikiran. Insyallah, jika dapat sumber menarik, Islam related materials juga akan aku selitkan sebagai santapan rohani kita.


So, ingatkan aku jika aku terlupa… aku berhutang cerita bazaar Ramadhan, kisah lucu bulan puasa masa kecil, masa sekolah dan masa university. Juga akan aku tulis pasal insan yang malas berpuasa. Terkejut juga aku bila masuk alam pekerjaan, aku terjumpa ramai manusia bangang yang malas puasa.


Izinkan saya akhiri tulisan saya ini dengan serangkap pantun. (Hahaha, macam ucapan wakil rakyat)….Cancel, aku rasa lebih afdal aku letak gambar ini berserta sepotong hadis.

Gambar dari sini. Hadis dari sini

Monday, September 10

Aku Komen Bajet 2008

Mungkin nak ambil berkat hari Jumaat, tiap tahun bajet mesti dibentangkan selepas sembahyang Jumaat. Aku pada asalnya tidak berniat untuk komen pasal perbentangan bajet 2008. Its simply not my cake, not my cup of tea, bukan selera aku. But, aku still baca serba sedikit pasal cadangan bajet oleh Pak Lah. Then, I found this interesting picture dalam surat khabar percuma: Sinar Harian. They published this a day after the bajet. Cool kan, penuh symbolic and lucu.


I not really concern about budget 2008 since aku percaya semestinya apa yang Pak Lah baca dari buku yang diberikan kepada dia last Friday will try to satisfy everybody. With general election in mind, surely government will try their best to make public happy. Months before last Friday opposition parties and NGOs predict it will be ‘voters friendly’ budget. So, aku malas nak peningkan kepala mengkaji each and single details, aku just assume Pak Lah and the gang already crack their brains out to write the best proposal. Lagipun, cukai rokok tak increase, apa lagi aku nak complain. Hahahaha…

Few plus points yang aku terbaca adalah; pendidikan percuma (tiada yuran dan beri free buku teks), kenaikan kadar biasiswa, skim bantuan pembelian rumah, pengeluaran KWSP bulanan, elaun bulanan kepada golongan OKU, bantuan kepada warga emas, peruntukan untuk memajukan pengangkutan awam dan banyak lagi. Semuanya bernilai jutaan ringgit, ratus juta.

Some might say, banyak negara sudah memberi kemudahan sebegini kepada rakyat mereka. So, Malaysia lambat dan lembab. Hasilnya, they not satisfy with bajet 2008. Oi.. stupid, its better late than never lah. For me, kalau idea dan cadangan itu bernas, bagus, majority pihak happy, tidak perlu lah nak cari point untuk kutuk juga. Just shut our mouth up and nikmati segala kemudahan yang bakal diberikan.

Aku tidak baca pasal perniagaan, percambahan ekonomi, pengurangan cukai, pengecualian cukai, peruntukan ratusan juta untuk pelbagai sector. Aku tak berminat nak kaji, sebab tidak kena mengena dengan aku. Mungkin belum kena mengena, 10, 20 tahun lagi mungkin aku akan cari benda-benda sebegini. Aku terdengar juga cakap-cakap mengatakan private sector as always, berada dipihak yang rugi. Betul kot, lantak lah. Aku tidak ada mood nak mengkaji dan mengutuk.

Aku ada terbaca comparison perbelanjaan menyambut kemerdekaan dengan peruntukan untuk sesetengah sector. Dalam dewan rakyat last week Kekkwa inform Malaysia spend RM 67.7 juta untuk sambutan ambang Merdeka. Banyak, memang banyak… Membazir? Aku sedikit setuju. Tapi kalau in return, kita dapat menonjolkan image yang hebat kepada orang luar, boleh meningkat jati diri rakyat, boleh mengurangkan racist, boleh meningkatkan perpaduan. Aku tak kisah. Cuma diharapkan angka tersebut 100% disalurkan ke channel yang sepatutnya. Harapnya that RM 67.7 mil are properly spent. Tidak seperti laporan Sunday Star semalam. Kalau duit 67.7 juta itu terlalu banyak portionnya yang disalurkan ke perut-perut boroi pemimpin-pemimpin BN yang bususk, then baru aku rasa nak pecahkan perut mereka. Yang menariknya, laporan audit tersebut tidak dijadikan berita utama oleh media arus perdana berbahasa Melayu.

Berita Sunday Star, here. Utusan pula cover that story here. Bayangkan ini baru cerita screwdriver dan buku. Sudah ratusan ribu wang rakyat terang-terangan di curi, dirompak, disonglap, digunakan untuk memuaskan nafsu manusia-manusia bangsat. Jangan bayangkan berapa nilai wang yang dilacurkan bila kita bercerita pasal pembinaan bangunan, pembangunan hartanah, pemberian permit. Takut aku bila aku tiba-tiba jadi rajin dan ambil tahu semua benda-benda ini.

Dari cerita bajet 2008, masuk cerita perbelanjaan ambang merdeka dan terus ke laporan Ketua Audit Negara. Sebelum aku melalut jauh, better stop here. Aku pun tidak berminat nak memaki dan mengutuk lebih-lebih hari ini. Simpan lain hari.

Berapa banyak peruntukan untuk apa-apa sekalipun yang penting ianya disalurkan ke jalan yang betul. Bukan ke poket manusia-manusia bangsat. Full stop.


Total Pageviews

. page counter