Wednesday, October 31

Definitions of Politics

Notice: Short one, busy today with meeting, proposal submission and Raya function. Then, jangan pula cakap aku bangang sebab buat conclusion bodoh, purely joke je ni.


When ever there are senses of ‘feel good’ factor in society people will assume general election is round the corner. Don’t blame us; we just bunch of young kids that learn from our experience. Even cat run headed for their owner when ever they heard Whiskers Box’s sound.

Now I want to give a brave definition of the word politics. I have to mention this posting not referring to any very good, well behave Malaysian politician. Just assume I projecting images of US, Britain, Australia, Indonesia, Bangladesh, Bulgaria or any other country while writing this article.

(Above declaration is not to save my ass… :)…)

My definition will purely base on this finding from dictionary.com.

Politic actually come from 2 roots word. Yup, damn true, just buy it la. Just like antisocial came from word ant or anti (againts) and social . Also as hypermarket, superpower,polygraph, homosexual, you get what I mean, right?

Ok...

First word:

POLITE...

  1. Showing good manners toward others, as in behaviour, speech, etc.; courteous; civil: a polite reply.
  2. Refined or cultured: polite society.
  3. Of a refined or elegant kind: polite learning.


Second word:

TICKS…

Any of numerous small, parasitic arachnids of the suborder Ixodida that feed on the blood of animals. Like their close relatives the mites and unlike spiders, ticks have no division between cephalothorax and abdomen. Ticks differ from mites by being generally larger and having a sensory pit at the end of their first pair of legs. Many ticks transmit febrile diseases, such as Rocky Mountain spotted fever and Lyme disease. (KUTU)


So, in conclusion… politic is a place where people politely suck someone blood.

Make your own conclusion for the meaning of politician, I run out of time to help you out. Good luck!


P/S: Kids, do not stupidly answer your exam question base on this article.


Tuesday, October 30

Tak Ori Takpe

Idea macam ni lah yang membuatkan aku berat hati nak beli vcd original.

TOYATA vs GEELY


BMW vs BYD


Read more at this blog.

Interesting how they copycat the logo and the cars design. Then I wonder if we Malaysian can match that ‘achievement’.

--

--

--

--

--

--

--

--

--

--

--

--

NTV7’s Logo

Source: www.ntv7.com.my

Compare with

ABC7’s Logo

Source: www.abc7.com

If anyone knows ntv7 and abc7 are corporately related please alert me. Maybe I not realize that fact.


Then, luckily Proton hired designer with slightly more creativity, if not their logo will end up like this…

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket


… Thundercats… Hooooo….


As usual, Malaysia Boleh…!


Even our national flag, Jalur Gemilang we copy from you know where (details here). People also claims our national anthem we copy from Hawaii song or France song, what ever.

But then, if we think deeper even the idea of naming our nation as MALAYSIA is not the most original name, right?

Asia, Indonesia, Tunisia….

From wikipedia;
|The name Indonesia derives from the Latin Indus, meaning "India", and the Greek nesos, meaning "island".|

So, Malaysia adalah Kepulauan Melayu....


Wahh... kita jaguh meniru rupanya...


P/S: Also come to my knowledge this posting not original. There are already some blogger highlighted that Malaysia adalah negara copycats, try google it.

Monday, October 29

Mitos & Reality

Mencuba tak salah. So, let give it a try.... here it goes.

Mitos:

Bolasepak adalah sukan berpasukan.

Reality:
Setiap player ada agenda tersendiri. Masing-masing nak memuaskan nafsu sendiri. Samada nak main cantik, score goal, pukul orang, nak pikat awek diluar padang, nak dapatkan sponsor untuk krim pencukur bulu kaki, nak naik gaji dan macam-macam tujuan lain.


Mitos:

Memandu kereta cukup senang. Masuk gear 1, turunkan hand break, lepas clutch, tekan minyak dan jalan.

Reality:
Kadang kala nak cari lubang kunci pun dah payah. Belum lagi consider kedasyatan berhadapan dengan ‘jerung-jerung’ di jalanraya Malaysia.


Mitos:
Kanak-kanak tiada masalah.

Reality:
Imagine kau junior di sebuah firm. Apa yang kau bakal lalui semua orang di sana pernah lalui. Kau diperkutak-katikkan, digelakkan, ditipu, di buli. Kau dikelilingi oleh manusia-manusia yang sombong sebab mereka banyak pengalaman. Bukan masalah ke tu?


Mitos:
Credit card hanya untuk orang yang tidak berduit, suka berhutang.

Reality:
Bill Astro, bill handphone, bayaran bulanan untuk insurance nyawa, yuran keahlian gym, bill air, bill api, touch n go – semuanya diautodebitkan. Tidak perlu beratur disetiap kaunter atau lorong (touch n go) atau menyusahkan office boy. Dengan auto debit kita seolah-olah ada pembantu peribadi. Just make sure bayar bill credit card every month la.


Mitos:
Bagi orang lelaki, sukar nak fahami isi hati wanita.

Reality:
Sukar nak fahami isi hati wanita yang kita suka/minat/sayang.


Mitos:
Orang UMNO tidak tahu kepincangan kerajaan BN sekarang.

Reality:
Mereka tahu. Cuma mereka fikir there are no other better option atau mereka terlibat dalam kepincangan itu dan perut mereka kenyang.


Mitos:
Gejala social semakin teruk kini.

Reality:
Zaman dulu lagi teruk or on par dengan sekarang. Cuma dulu tiada media coverage yang intensive dan tiada kajian dari university. Tengok filem-filem P.Ramlee yang selamber minum arak, pakai baju nampak buah dada dan bontot serta aksi bercium. Remaja mereka dulu pun rosak akhlak juga. Opah aku confirmkan benda ini.


Mitos:
Cuma ada beberapa Internet Service Provider di Malaysia.

Reality:
Ada 17 or more syarikat yang mempunyai ISP license. Bizsuft, MetroFON, Izzinet, Airzet… banyak lagi.


Mitos:
Orang Melayu fasih berbahasa English lebih bijak dari yang tidak fasih.

Reality:
Pungkoq hang. Orang pandai cakap Arab pun tak semestinya dia alim. English adalah knowledge language konon, piiirrrraaaahhh. Kartun dalam BM pun dah banyak sekarang, apatah lagi bahan ilimiah.


Mitos:
Landak boleh menembak dengan duri dia.

Reality:
2 orang member aku yang pernah makan landak beritahu aku yang landak cuma gunakan duri untuk menakutkan pemangsa. (2 member tu sedang tersenyum sekarang)



Kepada blogger yang tiada idea nak memperbanyakkan posting. Bolehlah kupas setiap mitos dan reality diatas. Senang-senang boleh buat 10 entries. Good luck…! Atau mungkin boleh tambah 1 lagi;

Mitos: Mr. Right ingat dia sentiasa betul.

Reality: ….. (sendiri atur ayat la)

Hahaha…Bukan sahaja dua kawan aku yang makan landak, sekarang semua yang baca ini akan tersenyum…kot.


Friday, October 26

Blogger Aku Tak Kenal

Disini: Blog rakan-rakan, aku cerita pasal blog my real life friends. Ada yang suka aku highlight blog mereka disini, free promotion. Ada yang tak suka, dan ada yang merajuk. Hahaha… dengan penuh jiwangnya dia merajuk dan ‘membalas’ teguran aku dengan satu posting just to mention aku salah. Macam tu punya orang pun ada.


Seperti dijanjikan aku akan listkan pula blog kepunyaan virtual friends. Kawan-kawan yang aku kenal di internet atau blog yang aku selalu lawat walaupun aku tak tau siapa empunyanya. These blogs I believe deserve the free promotion samada kerana aku ‘kenal’ mereka atau sebab blog mereka memang best gila.


http://teeklebone.blogdrive.com/

Cerita aku dengan owner blog ni memang menarik untuk diceritakan. Senang cerita, aku dah ‘kenal’ dia lebih 5 tahun tapi tidak pernah bertentang mata. Dia pakai nama Teek bila berblog dan merahsikan identity sebenar dan sebagai menghormati privasi dia, aku pun tidak akan beritahu nama betul gadis ini. Penakut. Masa mula-mula berblog dulu pun aku ada bertanyakan beberapa soalan dari dia, since dia start blogging away head of me.


http://adar.blogmas.com/

Ini blog milik Shah. Dulu dia rajin juga datang dan komen blog aku, sekarang kemana la pula menghilangnya. Latest entry di blog beliau indicate his very own blogging platform www.blogmas.com ada problem. Semoga everything akan kembali ok and all the best.


www.kennysia.com

Dia ni salah seorang celebrity blogger. Bukan celebrity yang tulis blog, macam afdlinshauki.blogspot.com atau yasminthestoryteller.blogspot.com tetapi Kenny menjadi celebrity dek kerana blog dia yang terlalu popular. Kenny cukup pandai menulis cerita yang menarik, lucu dan informative. Aku admire dia, honestly speaking kadangkala aku meniru style penulisan dia.


http://neraka2.blogspot.com/

Semusim Di Neraka (SDN). Personally aku rasa ini adalah blog paling best if we base on penulisan sahaja. Tiada gambar, tiada lawak-lawak bodoh, tiada kutuk-kutuk ahli politik, tiada copy and paste article orang lain, jarang-jarang komen isu semasa. Cuma dia berceloteh pasal kehidupan dia dengan penuh puitis dan lenggok bahasa yang begitu mengagumkan. Kadangkala lucu, kadangkala sedih, kadangkala geram… macam membaca satu novel panjang.


http://akutakpeduli.blogspot.com/

Aku rasa ini milik kawan kepada pemilik blog SDN. Mereka berdua seolah-olah sependapat dalam pelbagai isu, yang paling obvious adalah ‘tulis blog dalam Bahasa Melayu walaupun mereka fasih berbahasa English’. Mereka juga memandang sinis orang Melayu yang tidak pandai berbahasa English, macam sial. Tapi aku suka baca blog dia. Dia lebih suka komen isu semasa dan hal ehwal dunia berbanding kawan dia di SDN.


http://n32.blogspot.com/

Ini sumber utama aku pasal scenario politic Malaysia. Aku percaya 100% apa dia tulis tapi kadangkala aku tidak 100% setuju.


Itulah beberapa blog milik blogger yang aku tidak pernah jumpa, share segelas the tarik atau main bola sekali. Tapi as everybody knew, membaca blog kadangkala kita rasa seolah-olah mengenali penulis blog tersebut, kan?

Ada beberapa blog lagi seperti http://katataknak.blogspot.com, www.pengila.com, http://www.liewcf.com/blog/, http://rojaks.blogspot.com/, http://kickdefella.wordpress.com/, dan http://mob1900.blogspot.com/ yang aku biasa lawati time aku boring atau mencari idea untuk tulis apa. Mob1900 tu ada banyak poster-poster sinis mengutuk politik Malaysia, best gila.

Ok… seperti dulu juga, aku nak pesan. Bila boring, takde kerja dioffice, kepala otak tengah blur atau tengah malam lepas ‘tidor’ dengan pasangan korang boleh lawat blog yang aku nyatakan diatas. Ingat, time sebegitu sahaja. Tapi blog aku korang mesti buka setiap hari. Setiap hari buka beberapa kali sebab you will never know when exactly aku akan update. Kadang-kadang pagi, lunch hour, malam or even tengah malam bukan lepas ‘tidor’ dengan pasangan sebab aku stil bujang dan gersang. Hahahha….

Untuk meraikan posting ini, aku akan letak elemen or widget baru disebelah kanan. Dibawah tajuk Blogger Aku Tak Kenal.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri open house. Start this evening aku ada tidak kurang 5 open house kena pergi. Private and corporate invition. So far KESAS open house is the best. Azmi (aku tahu kau baca blog aku), thanks for the invitation.

Thursday, October 25

Bolasepak – Not For Woman

Katalah aku conservative, orthodox, ketinggalan zaman, man ego or what ever sekalipun. Aku sememangnya tidak peduli. For me bolasepak sememangnya dicipta untuk dimainkan oleh orang lelaki. Sama seperti bola jaring yang hanya patut dimainkan oleh golongan hawa sahaja.

Mungkin sesetengah lelaki gatal yang pelik akan suka melihat perempuan main bolasepak. Bengong. Tengok perempuan pakai skirt main netball atau pakai swimming suit pergi berenang lagi best.


Bolasepak adalah sukan yang berteraskan kelajuan, kepantasan, kekerasan dan berasaskan kemahiran. Come on, semua itu umpama langit dengan bumi jaraknya dengan wanita. Laju? Pantas? Keras? Kemahiran practical? Nahhh… Mana ada tukang kayu yang mahir seorang wanita, even the best chef in the world pun lelaki. Sudah terang lagi bersuluh yang segala keindahan sukan bolasepak tidak dapat dipenuhi oleh orang perempuan. Then, apa gatal nak diadakan kategori wanita? Pelik… pelik…Sama seperti sukan sepak takraw yang juga manusia-manusia bangang adakan kategori wanita.


Kenapa tidak diwujudkan kategori
gimnastik berirama lelaki?

Atau bola jaring lelaki?

Kalau bercerita pasal adat timur, agama Islam… lagilah tak patut wanita main bolasepak. Tak perlu aku elaborate rasanya.

So, tak kira dilihat dari sebelah mana sekalipun. Sudut mana yang cuba dikaji. Celah mana cuba dikorek alasan. Bolasepak hanya untuk dimainkan oleh lelaki. Full Stop.

Kalau wanita minat menonton bolasepak, itu takpe. Seksi…. Hahaha… if girl talk about football, aku rasa macam cool je.

Bukan aku nak kata perempuan tidak patut bersukan atau perempuan tidak layak memegang jawatan berkemahiran tinggi. Cuma, pilihlah sukan yang bersesuaian, yang lebih sopan, lebih jiwang, tidak memerlukan kemahiran fizikal, tapi lebih kepada daya tumpuan atau …. Arrrggghh… korang faham apa aku nak maksudkan. Right? Kalau tak faham juga pergi register class Kumon, disini.

Jap nak cari gambar untuk menguatkan posting ini.

Jumpa.

Tengok tu, kan ke tak manis perempuan main bola. Nak salin baju pun susah. Stupid.


Walaupun aku sudah ada laptop baru, tapi aku tidak dapat concentrate kepada Aku Betul…! Aku sedang usahakan satu project baru. Nanti-nanti aku let everyone here know. Hint: Money…money…money…


Tuesday, October 23

Lelaki Misteri

Siapa lelaki misteri ini?

Click gambar untuk dapatkan jawapan. You must click tu get an answer, mouse over the picture will not helping. Hahaha…

Dan lihat buku yang dia baca. Kepada adik-adik yang kurang pandai English, read definition of articulate from dictionary.com. Rasa-rasanya layak ke dia pegang buku tu? Maybe dia nak belajar kot… tahniah.

Hasilnya beliau sudah lahirkan sebuah buku biography. Tahniah sekali lagi….

Monday, October 22

Good, Bad and Ugly

Notice: Short one, aku kurang sihat.

Newspaper The Sun ada ruangan macam ini (good, bad and ugly) rasanya, so consider aku meniru lah ni. Whatever lah.


Good.

Both our beloved Dr. M selamat. Referring to Dr. angkasawan dan Dr. Mahathir. Angkasawan kita dan balik ke bumi dan selepas seminggu quarantine akan bermulalah sessi perarakan kesana-kesini. Semua orang akan try ambil credit atas kejayaan dia. Lantak lah. Yang penting he managed to craft our nation name at world stage. Then, pemimpin yang initiate program angkasawan, Dr Mahathir telah discharge from IJN. Walaupun aku tak suka sangat dengan bekas PM kita ni, tapi tak kira sesiapa pun aku happy dengar ada orang yang bertambah sihat.


Bad.

Today I’m not feeling well, terpaksa MC. Tak dapat nak tayang laptop baru aku kepada budak-budak office. Hahahha… But seriously Malaysia kena belasah dengan Bahrain semalan… aku sedih. Yesterday newspaper Khairy Jamaludin yang baru dapat jawatan dalam FAM confident cakap anak-anak buah jurulatih bidan terjun, Sathianathan dah prepare dan akan membanggakan. Hahaha… now KJ knew what he gonna face in the future. Talking abaut KJ, MyTeam pun kena belasah dengan team under-17 Indonesia. Aku ulang, under-17, bawah 17 tahun. Maybe not all but majority player mereka belum ada sijil SPM or SMA lagi. Hahahaha... buat malu je.


Ugly.

Ok, not exactly for me or for us. Tetapi untuk peminat sukan dari England sememangnya last week bukan minggu yang menyeronokkan. Ugly disini adalah ahli sukan mereka. First, squad bola mereka kalah 2-1 dengan Russia. Most probably England will not qualify to next year Euro Championship. Now they need Israel to do them a favour and at least hold Russia to a draw and England themselves must beat Croatia. Then, pasukan rugby mereka kena belasah dengan Afrika Selatan. Johnny Wilkinson failed to guide his friends to give England desperately needed victory. Mereka diperayam-ayamkan oleh South Africa, I really hope Australia or New Zealand plays South Africa in final instead of boring England team that gave ‘drop goal’ away new meaning. Then, yesterday high flying Brits, Lewis Hamilton failed to become the youngest and the best rookie of all time when he crack under tremendous pressure, surrendered the F1 driver title to Kimi Raikkonen. Kimi beat Lewis and Alonso by merely one point to add joy in Ferrari camp after capturing constructor title. Nasib baik aku bukan orang England….bola kena belasah, rugby kena belasah, driver F1 pun kena belasah juga. Hahaha…

Aku juga nak ucapkan selamat kembali bekerja kepada rakan-rakan yang berjaya membodek boss dan dapat cuti raya lebih seminggu. Hahaha…

Friday, October 19

Kebaya Nampak Ketiak

Tidak tahu lah orang lain, tetapi aku perhatikan sekarang makin ramai budak perempuan Melayu suka pakai baju kebaya. Terutamanya di musim raya. Alhamdullillah, pengekalkan tradisi turun temurun. Kalau baju kurung moden maksudnya takde pesak, tapi kebaya moden agaknya memang mesti pakai kain yang menampak dada dan bulu ketiak ke?

Mak aku cakap memang kebaya sebegini sudah glamor zaman opah aku, cuma sekarang di popularkan semua. Trend ini mungkin dimulakan oleh artis-artis kita.



Kemudian remaja-remaja kita yang cerdik pandai pun rajin lah ikut.



Kepada gadis-gadis sebegini aku cadangkan next raya daripada penat beli kebaya kain kasa atau kain renda dan pakai tube, korset or spaghetti shirt didalam, lebih baik pergi beraya dengan fesyen sebegini. Lebih sedap mata aku memandang. Bodoh...!



On serious note, kalau betul pun teringin pakai baju kebaya jarang. Ikut trend kononnya, apalah salah buat seperti 3 dara pingitan dibawah ini. Kebaya renda dengan lining yang menutup the whole body. Nampak manis dan sopan.



P/S: Semua gambar aku jumpa dari google search, kalau owner tak benarkan aku guna gambar-gambar diatas sila beritahu aku.

Thursday, October 18

Syabas…


BBC NewsMalaysia Astronaut Set to Launch

Reuters
Malaysia 1st Astronaut relish ‘giant leap’

Japan Today
Malaysia’s 1st Astronaut Blasts Off

CNN
Prepare for space lift

Radio Australia
Astronaut blasts into space

USA
Today
Astronaut prepare for trip to space station


Antara topic menarik yang disembangkan dengan sanak saudara masa musim raya ada perihal orang kita naik ke bulan. Itulah istilah opah dan mak su aku. Walaupun not exactly naik ke bulan, takpe lah, janji mereka sedar ada orang kita yang terbang ke angkasa. With all the media coverage around the globe impossible for me and for us to not feel the proud of sending our 1st astronaut into space. Indeed it is a big step, satu langkah besar mewakili jutaan rakyat Malaysia dan umat Islam secara keseluruhannya.

Aku juga turut berbangga dengan majority cerita angkasawan kita, setakat ini. Walaupun coverage media tempatan agak melampau, sehingga beberapa movie raya dimalam hari pun terpaksa ditangguhkan, jenuh aku tunggu. Tapi aku rasa lebih baik liputan terlebih dari terkurang. Banyak kebaikan liputan yang meluas itu. Syabas Astro, RTM dan TV3.

Satu lagi aku suka melihat gelagat Datuk JJ, susah aku nak suka dengan pemimpin BN tapi dia memang cool semasa di pusat angkasa Russia. Ucapan, jawapan dan tingkah laku dia nampak bersahaja dan relax. Beliau turut bertindak seperti ‘kurang ajar’ dengan menyatakan kita akan menghantar angkasawan lagi selepas ini sedangkan pihak NASA dan Russia tidak memberikan persetujuan lagi. Datuk JJ juga dengan penuh selamber memanggil ayah Dr. Sheikh semasa first video conference. Tindakan berani dan bersahaja Datuk JJ melihatkan kita bukan negara kerdil, kita bayar untuk segala perkhidmatan yang diberikan, kita tidak takut dengan negara-negara maju yang lain. Hahahhaa… aku suka. Aku benar-benar suka dengan tindakan beliau. Malam raya aku semakin meriah melihat gelagat pemimpin kita bertaraf Dr. yang berani dan mengambil sikap ‘tidak peduli’ semasa berhadapan dengan media asing dan wakil negara-negara besar yang lain. Beliau juga nampak penuh ilmu pengetahuan semasa mengendalikan sessi temubual, jawapan yang tepat, bernas dan berinformasi. Syabas Datuk Jamaludin Jarjis.

Aku juga tersenyum melihatkan segala aktiviti yang angkasawan kita lakukan diatas sana. Aku bukan maksudkan experiment penting yang aku tidak faham itu, tapi aku referring to trivia thing that he did. Macam memakai suit angkasawan ada bendera Melaysia, mengibarkan bendera, melafazkan rukun negara, merakamkan aksi beliau bersolat, menjamu astronaut lain dengan juadah kita, memakai baju batik, dan beberapa perkara yang menunjukkan identity kita. Cool…! Very cool. Bahkan semasa nak berlepas pun dia tunjukkan jari beliau ke lengan dia yang ada bendera kita. Penuh bermakna dan symbolic. Balik kebumi nanti confirm angkasawan kita akan dapat Datuk, dibawa kesana kemari macam Datuk Azhar Mansur dulu. Pastinya beliau akan jadi jutawan, jadi celebrity, jadi idola. Takpelah, bertahun latihan, perah minda, perah keringat, he totally deserve all the attention. Syabas Dr. Sheikh Muszaphar.

Sejak 2003, kita diberitahu kita bakal ada angkasawan sendiri. Walaupun ianya pakej percuma kerana membeli Sukhoi – 30MKM fighter jet, tapi aku tidak peduli. Aku tetap berbangga. At least kita boleh berbangga kita kaya dan mampu beli jet pejuang tersebut, kita pandai untuk negotiate untuk dapatkan seat ke angkasa dan kita ada rakyat yang berani, kuat dan cukup bijak untuk pergi kesana. Syabas Malaysia.

Sedikit perihal lucu yang boleh disenyumkan. Nampaknya apa bidang pun sekarang ini perlukan package. Untuk ke angkasa pun good look play a vital part, hahaha... judge yourself.

Di perenggan kedua article ini aku tulis aku berbangga dengan majority cerita pasal program angkasawan kita. Majority, maksudnya bukan semua. Kerana terdapat beberapa perkara yang aku confuse, pelik dan sedikit sakit hati. Pertamanya, ramai juga mulut-mulut jahat yang dapat instruction dari hati-hati busuk mengatakan beliau bukan angkasawan, bukan astronaut, cuma penumpang, space traveler. Bodoh betul, space traveler tidak dapat mandate untuk jalan experiment penting dari Europe, Japan dan beberapa uni tempatan. Lantak lah, beliau dah terbang dari bumi singgah di angkasa dan akan balik kebumi, for me itu adalah angkasawan, astronaut. Tak perlulah fikir jauh-jauh dan selidik dalam-dalam. Benda yang best didengar kenapa perlu ditukar menjadi tidak best? Bodoh betul. Cari lah idea lain untuk kutuk kerajaan. Berlambak modal lain. Banjir kilat, ferry terbakar, kes Nurin yang umpama menemui jalan buntu, Datuk Zakaria tayang istana beliau, isu Pak Lah pergi bercuti dengan suami/tunang Michele Yeoh last year dan macam-macam lagi. Kedua, pasal isu ‘1st muslim fasting and celebrate Raya in space’. Media tempatan dengan penuh confident declare sebegitu. Read this news: Arab News. So, tak perlulah carried away untuk memuji dan taksub dengan record, since Pak Arab dah berpuasa dan beraya disana lebih 20 tahun lepas…!

Dan perkara ketiga yang aku menyampah adalah berita ini:

Click untuk ke berita penuh dari Utusan Online

Apa ke peliknya orang Indonesia, ada hajat nak jadi Singapore ke?

Tidak mengapalah, hope Dr. Sheikh akan selamat kembali ke bumi dan kongsi cerita dengan kita semua. Dan aku juga berharap lepas ini kita akan menjadi ahli aktif dalam barisan negara yang berjaya explore angkasa lepas. Good luck Malaysia.

Untuk tahu all the technical details pasal cerita ini explore this site: Official Angkasawan Programme

Untuk baca blog angkasawan kita sebelum dia berlepas ke angkasa dan mungkin akan diupdate selepas dia kembali nanti, buka site ini: Angkasawan Blog


Wednesday, October 17

Pengertian Aidilfitri

Malas sungguh aku nak kembali bekerja. Tetapi aku dah janji dengan boss untuk datang office hari ini. So, janji kena ditepati. Malam ini planning nak beraya di rumah member-member dia Shah Alam. Semalam aku dengan bijaknya berjaya lari dari jem. Fuh… segala skill digunakan untuk ikut jalan kampong, celah-celah pohon kelapa, ditepi batas-batas sawah, di pinggir pintu rumah orang. Kepada orang kampong di Sekinchan, Tanjung Karang dan Jeram sorry kalau aku terlanggar ayam atau itik. Hahaha….keadaan memaksa, dan kepada pakcik-pakcik yang tolong tunjukkan arah. Terima kasih bebanyak.

Not really remember raya ke berapa, tapi aku tertengok Wanita Hari Ini di TV3 dengan topic yang menarik dibincangkan. Aku ulang, aku tertengok sambil menjamu bebudak yang datang beraya, bukan aku sengaja nak tengok rancangan untuk suri rumah itu. Wardina yang still nampak cantik walaupun dah ada anak menanyakan kepada semua tetamu yang datang ke studio berkenaan maksud aidilfitri kepada mereka. Rata-rata artis yang sanggup hadir kerana mungkin kantung kewangan yang tidak seberat artis-artis class A yang mampu menolak pelawaan tersebut memberi jawapan yang ntah apa-apa. Nampak sangat mentality artis kita taraf budak sekolah. Ada ke bagi jawapan aidilfitri bermaksud jumpa sanak saudara, pesta makanan, bersuka-ria, bergembira dan macam-macam jawapan yang anak saudara aku pun boleh fikirkan. Patutlah artis-artis ini terpaksa menerima jemputan bekerja di hari raya sedangkan artis-artis macam Siti, Mawi, M. Nasir, Rosyam Noor dan Erra Fazira boleh bergembira menyambut Syawal dirumah.

Sedang memberi duit raya kepada kanak-kanak yang datang kerumah aku, aku terfikir maksud aidilfitri. Aku dengan confident memberi jawapan dalam hati yang aidilfitri bermaksud kejayaan selepas berjuang menahan nafsu dibulan Ramadhan. Aku stick with that answer till yesterday aku dengar Dr. Fadzillah Kamsah di radio Era. Aku yang memang failed bahasa Arab kagum bila Dr. Fadzillah beritahu aku aidilfitri bermaksud ‘kembali ke asal’. Aidil bermaksud kembali atau berpusing dan Fitri adalah root word for fitrah atau asal. Bukan pula bermaksud kembali keasal seperti sebelum bulan puasa, mungkin rutin harian kita sememangnya kembali keasal. Bererti bangun subuh tidak lagi pukul 5 pagi, lunch hour bukan hanya untuk tidor dan maghrib hanyalah loceng untuk kita berhenti bermain atau sudah tiba masanya untuk pulang kerumah. Aidilfitri sebenarnya bermaksud kita kembali seperti baru dilahirkan kedunia. Seperti seawal-awal kejadian kita seperi asalnya kita tiba didunia ini. Suci, putih bersih dek kerana proses pembersihan sebulan dibulan Ramadhan. Fizikal, mental dan jiwa kita kembali bersih dan bersedia untuk menjalani kehidupan yang sememang kotor dengan pelbagai daki dunia yang mendampingi kita setiap waktu. Aku tidak pasti sejauh mana kebersihan diri aku, tapi aku harap kalau tidak seputih kain barupun harapnya seperti kain cadar sekolah asrama yang baru dapat dari dobi. Insyaallah.

Then, aku terjumpa article ini: From Harakahdaily

Mungkin pesanan dari penulis itu dah terlambat untuk kita pada tahun ini, tapi jika dipanjangkan usia Syawal tahun depan kita mungkin boleh ingati pesanan beliau.

To all friends here, aku nak ucapkan selamat kembali bekerja dan jom kita warnai keputihan jiwa kita dengan corak yang lebih menarik dari tahun lepas. Insyaallah.

Jika bulan puasa sibuk dengan majlis berbuka dengan kawan-kawan atau kenalan pekerjaan, next one month pula kita akan busy menerima jemputan open house, hoooreeey... makan lagi. Makan dan makan dan makan dan makan.....


Wednesday, October 10

Happy Syawal

Aku start bercuti hari ini (Rabu) dan akan kembali bekerja next Wednesday. Malam ini berbuka dengan opah aku, esok insyallah dengan rakan-rakan kampong di masjid dan malam raya berbuka dengan adik beradik. Most probably aku tidak update blog sepanjang musim raya. Laptop rosak, malas nak pergi cyber cafĂ©, lagipun tidak banyak masa terluang dikampong berbanding di tempat kerja… Hahahaha…

Seperti aku pernah tulis disini, kedatangan raya memang tidak begitu menggembirakan aku. Keseronokan Ramadhan pasti akan aku rindui. Hilai tawa jiwa aku menikmati juadah berbuka puasa, beramah mesra dengan kenalan lama dan baru dimajlis berbuka, kepedihan hati melihat rakan-rakan tidak puasa minum air dan menghisap rokok dan pelbagai keindahan Ramadhan yang lain.


Tidak mengapa, mari kita sama-sama raikan kejayaan kita mengharungi ibadat puasa. Menyambut kehadiran Syawal dan membuktikan keunggulan kita menghadapi rintangan Ramadhan. Semoga kita telah mendapat manafaat dari ibadat puasa yang kita kerjakan, insyaAllah…..


So, aku nak ucapkan…


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI


Since aku selalu kutuk pelbagai pihak di blog ini, seperti kebiasaan umat Islam yang lain, aku juga menumpang keberkatan Syawal untuk memohon maaf.


MAAF ZAHIR DAN BATIN


Ok, selamat bercuti… Jangan lupa kirim salam aku kepada sanak saudara korang semua. Ingat, aku kirim salam pada mereka. Tanggungjawap korang untuk sampaikan salam aku. Maybe not all, but I leave it to you guys to decide who should 'know' me. :)

Assalamua’laikum…


Tuesday, October 9

Ops Sorry… Kempen Keselamatan Jalan Raya

Notice: Posting ini tidak ditaja oleh JPJ, Polis Traffic atau Kementerian Dalam Negeri. Hanya pesanan khidmat masyarakat dari aku.

Next few days everybody, ok… not everybody but almost everybody will travel back to our hometown. Even semalam pun hits blog aku dah kurang, maksudnya masing-masing busy settlekan perkara-perkara penting untuk prepare bercuti panjang. Alhamdullilah, tanggungjawap itu penting.

Kelmarin (07/10/07) adalah hari pertama Ops Sikap XIII. Hahaha… berapa tu? 13 ke? Aku tulisan Roman ni failed sikit. Tak terfikir ke nak bagi nama lain? Biar aku beri beberapa cadangan bernas, cadangan nama ini juga boleh digunapakai sebagai cara mengurangkan kemalangan dimusim perayaan.

1. Ops Mati.
Boleh create ‘gerun’ di hati pengguna jalan raya bila letak nama macam itu. Hanya concentrate pada jumlah kematian. Everywhere letak gambar orang mati. Semua signboard ‘Exit’ di highway mesti gantung banner besar kemalangan ngeri. Putus kepala, hilang tangan, perut terburai….


2. Ops Saman.
Kalau yang tak takut mati, maybe mereka akan takut bila sebut saman. Duit, wang ringgit pastinya mereka sayang. Objective Ops Saman adalah untuk mengeluarkan sebanyak mungkin saman. Everyday berita TV dan surat khabar akan paparkan jumlah saman yang dikeluarkan. Polis yang berjaya keluarkan saman terbanyak akan dapat award.


3. Ops Tangkap.
Pesalah traffic sepanjang musim raya akan ditangkap dan direman serta dilokap. At least seminggu. Tidak boleh beraya, confirm semua orang akan berhemat, sia-sia prepare baju baru untuk dipakai dalam lokap polis dipagi raya.


4. Ops Doa
Lebih keislaman. Mungkin polis boleh bekerjasama dengan JAKIM untuk perbanyakkan aktiviti keislaman sepanjang perjalanan balik kampong. Instead of beri sticker, beri bendera, beri button keselamatan lalulintas lebih baik diberikan potongan hadis atau ayat Al-Quran. Lebih afdal diberikan surah Yassin, insyaAllah mereka/kita semua akan kurang nakal diatas jalan raya. Kemudian diperhentian highway dirikan khemah atau bangunan sementara untuk sembahyang terawih atau sembahyang fardu (surau di R&R tidak mampu tampung jumlah pengguna yang ramai). Untuk penganut agama lain, mungkin ajak sekali guru agama mereka untuk membantu. Or better prohibit them from traveling more than 20 km from home. Raya untuk orang Islam yang lain dok dalam rumah sudah lah.


5. Ops Tarik
Lebih kurang sama dengan Ops Tangkap, cuma instead of tangkap pesalah traffic, polis akan sita kenderaan mereka. Biar mereka jalan kaki or tumpang lori ayam untuk balik rumah. Even kesalahan kecil seperti speeding or potong double line sudah boleh disita kenderaan mereka. Biar penuh kereta dan motor disemua balai polis. After one or two weeks they can claim their vehicle back with minimum charge.


6. Ops Lucah
Sedang aku tulis blog ini rakan disebelah memberi idea. Ops Mati tidak akan menakutkan pengguna. Gambar orang mati dalam email pun terima hari-hari. Lebih baik diletakkan gambar lucah disepanjang highway. Gambar perempuan bogel sahaja, gambar lelaki tidak perlu (obviously member aku adalah lelaki). Confirm driver (majoritynya lelaki) akan slow down untuk menikmati poster-poster indah tersebut. Tidak practical, tidak logic dan tidak akan berlaku, but rasanya memang effective. Hahahha…


Aku tahu aku tidak mungkin boleh beri penyelesaian concreate, idea diatas pun sekadar idea suka-suka. Kita sudah ada Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) untuk kaji segala aspect yang boleh dikaji. Kita ada beribu-ribu polis yang tidak beraya untuk memastikan keselamatan kita semua. Still angka kemalangan dan kematian tidak menunjukkan tanda-tanda untuk kurang.

To all friends here, please… please… aku merayu sambil melutut (cewahh… emosi lah pulak), agar semuanya akan dapat kembali bekerja selepas cuti raya dan datang blog aku lagi. Aku tak kisah keselamatan korang, aku tidak memikirkan pun pasal anak korang jadi yatim piatu, aku tidak peduli tangan korang putus, aku tidak ambil pusing kerugian beribu-beribu jika terlibat dalam kemalangan dan aku tak sedih pun ibu bapa korang semua meratapi kecelekaan yang menimpa anak tersayang…. aku just worried about my blog’s hits. Hahahhaa…

Satu lagi…jika tidak mampu puasa just berbuka. Gunakan privilege yang Allah sediakan untuk berbuka kepada golongan musafir. It’s not about naik unta or naik kereta. Perjalanan lebih 2 marhalah (90 km kot), bertujuan baik, boleh berbuka. Period. Tidak dinyatakan apa jenis kenderaan. So, jangan paksa diri. Memandu bukan sahaja pasal lapar, dahaga atau mengantuk. Banyak lagi perkara lain, concentrasi, pemikiran, daya tumpuan, keupayaan mata, ketangkasan daya reflect, dan macam-macam. Semuanya berhubungkait dengan perut yang kosong dan tenaga. Allah tidak akan create kemudahan untuk berbuka kepada musafir hanya sebab penat naik unta. Aku drive malam lagipun Teluk Intan just 2-3 hours sahaja.

Tetapi jika tetiba blog aku tidak diupdate lebih seminggu after raya, confirm something happen to me. Mana la tahu kan… Takpe, girlfriend aku tahu password blogger aku, so she will update you guys if aku ditimpa musibah.

Fuh, nak balik raya dah macam nak pergi perang. But looking at our stupid and crazy road users’ memang rasanya umpama menyabung nyawa ketika berada atas jalan raya yang busy di musim perayaan ni.

Conclusion:
Merapu panjang lebar, aku just nak pesan bawa kenderaan berhati-hati. Pastikan kereta selamat untuk travel jauh dan jangan tergesa-gesa. Plan perjalanan betul-betul. Drive Safely…..

Monday, October 8

Kita Tak Perlukan Doktor

Last 2 days including today aku sakit perut. Pagi tadi jumpa doctor dia kata maybe ada virus and angin. Dapat MC, tapi aku still datang kerja sebab ada urgent meeting kena attend (to ICT Selangor, lihat pengorbanan aku demi korang…:). Saturday malam aku makan 2 packet Pil Chi Kit Teck Aun (sorry if salah ejaan), lega sikit but still sakit the next day.


Apahal aku mengomel pasal perut aku meragam? Aku sebenarnya nak cerita pasal keunikan
orang Malaysia. Kita tidak manjakan badan kita dengan pergi clinic bila sakit. Kita ada ubat sendiri. Contoh diatas adalah Pil Chi Kit, dari kecil lagi pil yang dulu dalam botol dah popular.

Jom tengok ubat-ubatan yang kita percayai turun temurun…

1. Panadol
Sakit kepala…. Demam… dan sekarang lengoh-lengoh badan. Kita memang 100% percaya
dengan panadol. Ada yang makan ½ biji, ada yang makan 2 biji, tapi aku makan 4 biji. Theory aku, lagi besar badan lagi banyak kena makan. Hahahhaa…


2. Air Cap Badak.
Panas badan especially kanak-kanak. Aku tak kaji pula sebenarnya air tu air apa. Tapi rasanya macam air mineral. Budak-budak demam kalau minum air ini insyaAllah akan kebah cepat.


3. Minyak Cap Kapak

Khas untuk pening kepala. Rasa mint, sejuk je kepala bila disapu. Aku pun simpan sebotol dalam kereta, in case pening. Orang kata nak cepat hilang pening titikkan setitik atas lidah dan telan. Maybe…


4. Koyok
Satu lagi penawar pening. Aku suka ‘sejuk’ rasa koyok. Dulu aku suka curi arwah abah aku punya simply tampal kat perut, sejuk je… Hahahha…


5. Sembelit.
Julap. Dulu rasanya julap hanya berwarna hitam macam coklat. Sekarang ada macam-macam jenis. Effective gila, makan sekali memang confirm perut akan kosong.


6. Begok.

Kalau ada yang tidak tahu apa begok, malu lah jadi orang Malaysia. Sakit di bawah pipi. Sejak
turun temurun kita sapukan nila untuk hilangkan begok. Ramai tak tahu sebenarnya itu adalah color therapy. Kaedah mengubati penyakit menggunakan warna. Sama seperti upacara mandi bunga. Jika dilihat dibawah special camera, disekitar pipi dan leher memang berwarna biru (see pic), then, bila sakit kita akan cuba kembalikan ke warna asal dengan meletakkan nila. How orang tua dulu-dulu tahu pasal color therapy?


7. Luka-luka.
Plaster or any oilmen with gamat will be fine. Minyak gamat dipercayai oleh semua orang bagus untuk mengubati luka. Ada beberapa minyak lain yang popular mostly untuk mengurut, minyak Al-fiat, minyak serai dan minyak lintah.


8. Gula-gula Hacks
Batuk. Aku malas nak makan ubat batuk, so belasah Hacks je. Sometime sampai pedih lidah.


9. Ubat Cap Kaki Tiga

Dulu mak aku ketagih ubat ini. Ubat serbuk dalam packet. Campur air dan minum. Effective untuk hilangkan pening dan lengoh-lengoh badan. Tak sure ada lagi ke tidak ubat ini sekarang.


Ada ubat lain yang aku tertinggal? Ubat untuk baby memang aku tak tahu, takde pengalaman… Minyak Yu Yee Cap Limau, untuk baby kan?

Dah, aku nak pergi toilet, lambatnya berbuka. Aku nak makan ubat….

Friday, October 5

Email Hoax?

---------------------------------------------------------

Dear Friends,
Please do not take this for a junk letter. Bill Gates is sharing his fortune. If you ignore this you will repent later. Microsoft and AOL are now the largest Internet companies and in an effort to make sure that Internet Explorer remains the most widely used program, Microsoft and AOL are running an e-mail beta test. When you forward this e-mail to friends, Microsoft can and will track it (if you are a Microsoft Windows user) for a two week time period. For every person that you forward this e-mail to, Microsoft will pay you $245.00, for every person that you sent it to that forwards it on, Microsoft will pay you $243.00 and for every third person that receives it, you will be paid $241.00. Within two weeks, Microsoft will contact you for your address and then send you a cheque.

---------------------------------------------------------

Surely anda semua pernah terima email yang ada kata-kata indah diatas. Aku pelik dengan kebodohan manusia yang gilakan duit. Aduhai, pelbagai alasan untuk kita mengabaikan email bodoh itu. Tapi still ada manusia yang percayakan keajaiban dan mengharapkan rezeki terpijak dengan forward email tersebut kepada semua kawan-kawan atau kenalan. Forward email boleh dapat beratus-ratus dollar, hanya dengan forward email. Hahahaa… lawak gila. Tapi ada yang percaya, lagi lah lawak. Kepada kawan-kawan aku, tolong lah. Stop. Percayalah rezeki berkadar terus dengan usaha. There is no halal easy money in this world. Then, email address kita yang berjela-jela dalam forwarded email tu boleh digunapakai oleh email spammer untuk hantar email-email bodoh yang lain. Lagi la letih nak delete email dalam inbox.

Kalau ada pihak yang rasa email diatas tu logic, kalau-kalau ada kebenaran dicelah-celah lawak jenaka. Sila baca laporan dibawah ini… dated tahun 1999, fuh… dah lama email bodoh ini berluas-luasa rupanya.

http://urbanlegends.about.com/library/weekly/aa051299.htm

Ok, then aku ingin bertanya kepada kawan-kawan disini yang celik I.T. Lebih celik dari aku. Adakah betul mereka (who ever lah) boleh detect each and single email kita forwardkan? Since email pasal Bill Gate nak sedekah duit diatas tu confirm ada orang suka bergurau yang buat. Tapi how to explain email ini;

---------------------------------------------------------

From:
Sent:
To:
Subject: FW: Plz help this cute girl (Must Read).............Do not Delete

Only forward this no money needed.........

Please help this girl (she is only 4 1/2 months) and she is very sick
and by forwarding this email to all your contacts, you will help her
by contributing 10 cents for her operation.

---------------------------------------------------------


Ramai juga received email ini rasanya. Ada disertakan gambar baby sedang terlantar sakit. Tidak mungkin manusia nakal bergurau dengan menggunakan gambar baby tu kan?

So, mungkinkah ini benar? Tapi untuk detect email yang kita forward, rasanya macam mengarut je. Sesiapa yang pandai I.T tolong clearkan benda ini. Thank you in advance.

Sekali lagi selamat berhujung minggu. Weekend terakhir before raya, confirm semua orang pakat-pakat shopping untuk persiapan raya. Termasuklah aku. Kasut, seluar, baju, kain pelikat….then satu jubah untuk mak aku.... best, best.

Thursday, October 4

Kenapa Aku/Kita Suka Pergi Kedai Mamak?

Notice: Cuba try concentrate pada tulisan aku, bukan gambar-gambar yang indah yang berada dicelah-celah tulisan.


Pic from: http://www.flickr.com/photos/35034364511@N01

Melepak, makan, minum, tengok bola, even tengok AF di kedai mamak sudah menjadi sebahagian dari budaya Malaysia. Tak kira kaum, semua gila nak merasa air tangan mamak. Kadang-kadang lebih banyak rasa air tangan mamak berbanding air tangan isteri or ibu. Apa nak buat... dah budaya kita sebegitu, nak dilawan pun ianya bukan sesuatu yang sangat buruk. Tapi kenapa ramai orang suka lepak di kedai mamak?

1. Service Cepat.
Selalunya setiap order akan sampai kurang dari 10 minit. Kalau lebih 10 minit maksud kedai mamak tu tak cukup glamer. Sila pilih kedai mamak lain.


2. Makanan Murah.

Mungkin ramai tak setuju. Jangan la compare harga makanan di kedai mamak Pelita or Kayu Nasi
Kandar. Kedai mamak sebegini dah naik taraf ke ‘restaurant mewah’. Tapi cuba fikirkan, korang lapar pukul 3 pagi, duit dalam poket ada 2 ringgit, kedai makan mana boleh mengenyangkan perut? 7 Eleven? Nahh… air mineral dah RM1.20. Nak makan apa balance ada 80 sen. Tapi pergi kedai mamak boleh order 2 roti canai dan 1 or 2 air kosong. Kalau dah makan 2 roti kosong, belum kenyang lagi maksudnya kau bukan manusia. Pergi apply masuk zoo negara.


3.
Ada TV Besar.
Sampai tua pun aku tidak mungkin beli TV saiz badan aku. Gila… Tapi di kedai mamak hatta bulu hidung John Terry pun boleh nampak, apatah lagi jerawat Fernando Torres. Some mamak stall bukan sahaja ada TV besar yang ada roda tapi ada screen besar lagi. Khas untuk tanyangan bolasepak. Memang puas hati. Rasa macam duduk dalam panggung wayang yang ada makanan, TGV ada panggung macam tu rasanya…


4.
Ada Ramai Orang
Ramai manusia tidak suka hidup bersendirian. Antara indicator kita lonely adalah makan alone. Kalau pergi kedai makan Melayu or fast food restaurant, walaupun ramai orang kita tak rasa diterima. Masing-masing dengan hal sendiri. But di kedai mamak, agak lebih mesra, lebih ramah. Bertukar-tukar lighter, minta kerusi, pinjam ash tray, sama-sama maki pekerja mamak yang slow atau sama-sama kecewa/gembira jika ada perlawanan bolasepak. Senang kata, di kedai mamak everyone lebih friendly.


5. Kedai Mamak Melangkaui Batas Status.

Maksud aku, semua golongan manusia diterima dikedai mamak. Semua taraf. Tak kira student, orang tua, pemuda, orang kaya, orang miskin, semuanya. Even most local artist pun declare they hang out at mamak stall. Jadi, bila lepak disana kita boleh imagine diri kita up to date, dan mengikuti perkembangan zaman.


6. Sesuai Untuk Apa Jua Occasion

Seriously, aku rasa di kedai mamak kita boleh adakan apa-apa upacara. Maksud aku, samaada business meeting, lepak dengan kawan-kawan, dating dengan girlfriend, even majlis birthday. Ok, birthday party maybe melampau… tapi tak salah rasanya. Tauke kedai mesti support. Senang untuk buat decision, bila ada orang Tanya, “nak lepak mana?”. Jawapan paling mudah… “mamak”. Tak kira lepas class, lepas main futsal, lepas sembahyang terawih atau lepas clubbing. Aku lihat ramai juga budak muda jadikan kedai mamak tempat berbuka puasa, sahur lagilah ramai.


7.Kita Raja.

Ini antara sebab utama ramai budak Melayu suka lepak kedai mamak. Dan ini juga factor mereka
boleh beat kedai makan jenis lain. Disana kita adalah raja dan pekerja-perkerja disana adalah hamba kita. Maaf cakap, memang scenarionya hampir sebegitu. Kita boleh suruh apa sahaja. Minta tissue, minta straw, minta air kosong 10 kali, even minta panadol. Segala-segalanya kita boleh arahkan dia. Memang ada pekerja yang buat gaya tak puas hati, tapi majoritynya akan menurut perintah macam… sekali lagi maaf cakap…. macam hamba. Jangan salah sangka, aku tidak andaikan mereka hamba, aku hormat mereka, selalunya aku akan cakap thanks bila mereka dah jalankan apa-apa suruhan aku. Lagipun, member-member aku tahu la… aku lebih suka ambil sendiri apa-apa yang aku nak. Even kadang-kadang aku bangun dan pergi order air sendiri di pembuat air.


Aku tidak berniat menguji keimanan korang dengan gambar makanan diatas. Ok, aku tipu.. memang niat aku nak menguji. Hahahhaa...Kalau posting ini dibaca pada pukul 2-5 petang confirm korang akan marah aku. Relaks, ujian bulan Ramadhan memang banyak. Nampak sedap je nasi lemak dan ABC tu kan. Hahahaha....


P/S: Posting ini tidak ditaja oleh mana-mana kedai mamak. Samada Darul Ehsan Section 17, Shah Alam.… Atau Restauran Hakim Section 7 a.k.a Shah Alam’s Anfield.


Total Pageviews

. page counter