Friday, November 30

Email Title Penting

Notice: Not so interesting stuff.

Last night after one urgent meeting I rushed back to office to look for one particular document in my email’s inbox. I need to send it over before tomorrow morning. Damn. I couldn’t found it. I made some phone calls and luckily they gave me one more day. I knew its there, in between thousands of emails. So, I learn something; always use a proper title for our email. Not simply like, “urgent” or “for your review”. Be specific, “Drawing for KK project 1st draft”… or “Letter to Mr. Tan IOI Properties”.

Ingat pesan aku tu. Kalau tak, end up berjam-jam dok membelek email. Penat…mata pun naik juling. Do not make assumption I so stupid to not save in into my hard drive, my laptop rosak few months back.

Ok… but, during the search and rescue mission, aku terjumpa satu interesting email.

Title: (no title)

Here the email chain goes….

Pushpin wrote:
 
Dear All,
 
Tahniah, kita telah belasah pasukan WTF dengan teruk tetapi
atas alasan kesihan....kita telah MENBENARKAN mereka
menjaringkan gol supaya nampak macan ada fight.....7-6.....
So piala dunia adalah milik kita untuk minggu ini.
 
Keep it up kawan kawan
 
SMD boleh!!!!!!!!
 
 
pusphan wrote:
 
> Kawan Kawan semua,
> 
> Last week kita kalah kerana ramai pemain kita
berkhidmat untuk OCE
> dan terpaksa berjuang pada saat yang terakhir
sampai ada member
> kita yang berjuang tanpa kasut...............
itulah semangat SMD.
> Kita telah kalah COPA America...............
tak apa para
> perajurit.....kali ini kita bertarung untuk
piala dunia.
> Kita akan MENANG kali ini.............
Kita akan Menang........
> 
> Let do it.................Semua untuk
maruah Kita.............................
> 
> SMD boleh!!!!!!!!!!!!
> 
> 
> 
> pusphan wrote:
>> Pejuang-pejuang kita,
>> 
>> Today kita main untuk maruah kita, kita perlu
menang tropi yang
>> terunggul di dunia. Kita harus ada semangat
yang mendalam untuk
>> menunpaskan pasukan WTF.
>> 
>> Barisan wira wira and wirawati kita yang akan
berjuang mati matian.
>> 
>> Gol Keeper-Sagun
>> Sweeper-Pushpan
>> Left Back-Nasa
>> Right Back-Shah
>> Centre-Arwin
>> Centre Forward-Prem
 
 

If you read the whole emails surely at least it will create a smile on your face. Those are my ex boss’s email to all of us who join the every Tuesday Futsal. We divided ourselves into two teams, SMD and WTF. Please, you guys do not want to know what those two words stand for.

Oh man… I miss those days. After my ex boss left, nobody care to arrange Futsal anymore. Badminton pun dah takde, patutla aku makin gemuk.

Wednesday, November 28

Pemimpin Gedebe

Masa zaman sekolah dulu ada aktiviti perbahasan dalam kelas masa subjek BM. Tajuknya adalah “Kestabilan Politik Penting Untuk Pertumbuhan Ekonomi Sesebuah Negara”. Aku bahagian pembangkang, so aku dengan kawan-kawan kena buktikan tidak perlu pun sesebuah negara tu stabil politiknya untuk maju. Susah tu… Tapi akhirnya kami menang sebab aku berikan contoh Jepun, Korea dan Taiwan. Di tiga negara ini pemimpin selalu bertukar ganti, tapi ekonomi terus berkembang maju. Bagaimana? Ntah, sorry la masa tu aku budak sekolah, bukannya pakar ekonomi atau pemerhati politik.


Dari dulu lagi kita selalu tergelak or at least tersenyum melihat pergaduhan ahli politik dari negara-negara berkenaan. Baling-baling kerusi, sepak terajang, tumbuk-tumbuk… sampai berdarah-darah la. Tapi yang penting negara mereka terus maju.

So, aku rasa seorang ahli politik kita pun nak tiru benda yang sama. Mungkin dia harap negara kita or to be more specific, negeri dia akan maju jika dia gaduh-gaduh ikut style Japan, Korea dan Taiwan. Bijak…bijak….

Kepada orang daerah Paloh, hambo nak rhoyak sikik…

Gapo demo pilih pemimpin gedebe lagu tu? Doh takdok ko pemimpin hok senonoh sikik. Kalo meme doh takdok, demo cori la hok dari parti laing. Kalau semuo calon meme dokleh guno, pilihanrayo nanti demo pakak-pakak buak undi rosak, ok? Errmmm… teh O beng se, tomyam campur se, nasi toksei, kawe diet lo ni.

Housemate aku dua-dua dari Kelantan… Hehehe… jangan pukul aku wei… kawe gurau je ni.

Kepada pro-BN, pergi baca Utusan dan Berita Harian. Ada kisah ini, boleh tambah kebencian korang kepada parti PAS, dan seperti biasa kepada anti-BN, pergi la search blog-blog politic popular dan baca their version pula. Confirm akan meluap darah tengok orang pakai suit nak belasah orang pakai baju melayu. Siapa yang betul? Ntah... tapi pada aku, sesiapa yang nak selesaikan apa-apa dengan kekerasan, memang bodoh la orang tu. Tambahan pula awak tu pemimpin. Kalau rasa diri tu bodoh, tak boleh nak control amarah, jangan jadi ahli politik, pergi cari kerja lain.

Tuesday, November 27

Jana Wang Dari Internet

Setahun lepas, 27 November 2006 aku post 1st posting di sini. Aku create blog ini dengan planningnya nak tulis apa sahaja. Aku bercerita, berikan pandangan, semestinya setiap idea… Aku Betul…! Hasilnya, blog aku dipenuhi dengan macam-macam cerita. Dari politic, sukan, kisah peribadi, isu semasa dan online business.

Aku rasa cukup ramai blogger dah sentuh pasal online business. Mereka jadikan topic berkenaan sebagai niche untuk mereka berceloteh. Sememangnya keyword seperti “cari duit”, “kerja sambilan”, “jana wang”, “tambah pendapatan”… semunya keyword yang selalu orang search. Tidak kiralah kita kaji menggunakan apa-apa tools untuk cari ‘hot keyword’, sememangnya kita akan dapati beribu orang search perkataan tersebut. Bila ramai orang search, bermakna banyak visitor yang search engine boleh salurkan ke blog mereka. Lagipun sesungguhnya ramai orang berminat dengan topic yang dibincangkan. Mudah nak ajak visitor join the topic.

Jadi aku rasa aku nak mengundur diri. Aku tidak mahu bercakap berkenaan online business lagi. Aku tidak akan review mana-mana ebook, perniagaan internet atau perkara-perkara yang sewaktu dengannya. Aku sedar aku tidak mahir topic ini, buktinya aku sendiri tidak kaya lagi. So, malu rasanya nak berdentam-dentum tapi hasilnya tiada pun. Lebih baik aku concentrate buat lawak sinis, kutuk politician, kutuk artis, berikan pandangan pasal kehidupan, isu semasa, kutuk Manchester United FC dan sebagainya. Biarlah mereka yang benar-benar arif sahaja bercerita pasal online business. Jika in the future aku ada idea nak berborak pasal topic ini, aku akan hantar article kepada kawan-kawan yang jaga blog sebegitu. Kalau mereka rasakan article aku cukup bagus, mereka akan publish, jika tidak aku sedia untuk article itu di recycle bin kan. Kalau ada yang betul-betul penting (ex. bisnes aku sendiri) atau lucu, barulah aku akan post disini. Seperti ini.

Untuk menutup cerita perniagaan internet di Aku Betul…! izinkan aku post 2 gambar dibawah. Aku summarykan segala pengetahuan aku didalam dua gambar tersebut. See, betapa ceteknya ilmu aku, 2 gambar sahaja dah cukup.

Summary cara buat duit di Internet, click untuk besarkan.


Teknik yang boleh dicuba, click untuk besarkan.

Ada yang tak faham? Jangan tanya aku, search la google, aku sendiri tak berapa faham apa aku tulis tu. Hahahaha…

Conclusionnya, pada aku online business ni tiada jauh beza dengan offline business. Sama juga dengan sukan bolasepak. Ramai tahu bagaimana caranya, semua orang declare pandai menganalisis dan tidak kurang yang asyik berangan-angan. Cuma untuk buat dan jalankan, kita tiada modal, skill dan yang penting keberanian. So nasihat terakhir aku kepada yang suka berangan nak cari duit dari Internet, stop dreaming. Ambil lah langkah pertama. Jangan takut. Jangan segan. Buat je.....

Good Luck...!

Monday, November 26

Aku Betul…! One Year Young

Hooorrrreeeyyy….!

Esok genaplah usia blog ini setahun. Aku tidak ingat the exact date, but somewhere this time la last year aku create blogger account. Aku tengok ramai orang hightlightkan benda-benda menarik yang berlaku sepanjang dia tulis blog. Aku pun tiru…

Ini beberapa events menarik…

27 Nov 2006
1st posting… aku kutuk blogger pengecut yang sorok identity sendiri. What a best way to start a blog, kan?


29 Dec 2006

Di posting hari tersebut, aku ceritakan aku dapat hadiah dari Jeff Ooi. Not related to blogging pun, but be able to terima hadiah dari dia face to face, seronok sikit rasanya. So, terkeluarlah muka aku di blog dia. Nak minta link ke sini, segan pula. But most possibly dia takkan bagi pun. Hahahhaa…


22 Feb 2007

Blogger politik terkenal, Roslan SMS buat link ke cerita aku berkenaan Freedom of Expression. Dia siap quote kata-kata aku lagi. Bangga sekejap time tu. Thanks bro. He just shows not all popular blogger sombong dan kedekut linkbacks.


10 March 2007

Director terkenal, Yasmin Ahmad singgah dan komen disini. Ekoran komen aku pasal filem terbaru dia, Mukhsin. Walaupun cuma beberapa perkataan, but somebody that famous spend few minutes to read your view. Bangga la jugak. Tapi lepas aku tegur tindakan anak kesayangan dia membotakan kepala, dia dah tak layan aku. Orang seni semuanya emotional ke?


28 May 2007

First time aku sedar ada orang cilok tulisan aku. Mamat tu dengan selamber je copy beberapa tulisan aku dan post di blog dia. Dia still paparkan posting tersebut disana tanpa rasa bersalah atau minta maaf. Entah apa dia fikirkan pun aku tak faham. Bodoh ke pura-pura bodoh?


June 2007
Aku terima cek RM50.00 from syarikat PPC. Seronok, 1st time dapat bayaran from Aku Betul...! Sekarang aku still dapat lagi sikit-sikit, lepaslah duit untuk teh tarik dan roti telur.


3 September 2007

Sekali lagi tulisan aku kena copy. Kali ini seorang gadis cantik manis berketurunan Arab salin tulisan aku, edit sikit-sikit dan post di blog Multiply dia. But, gadis tersebut membuktikan ciri-ciri gadis Melayu yang pemalu, telah delete posting tersebut dan limitkan visitor ke sana setelah tahu aku sedar kesilapan dia.


14 September 2007

Aku beli domain www.akubetul.com. After trial and error, akhirkan selepas beberapa hari or maybe weeks, www.akubetul.com berjaya dikaitkan dengan www.akubetul.blogspot.com.


October 2007.

Tanpa ramai sedari, Aku delete beberapa entries diblog ini. My big boss advise me to do so. Dia pula dapat nasihat dari ‘seseorang’. Without much complaint and hesitation, aku delete. Trust me, valid reason and I have no other option. Tak banyak pun… not more that 5.

So, that’s it… few highlight, events yang berlaku sepanjang aku berblog.


List below pula adalah posting terbaik…rasanya la.

Posting with most comments, 33:
Pekerja Wanita Merugikan

Posting yang ditulis paling cepat, 5 minit:
Aku Tidak Akan Komen Bolasepak Malaysia Lagi
Juga posting paling banyak mencarut dek kerana marah yang teramat sangat. Juga mendapat banyak comments, 27.

Posting with most visit, (no statistic),
Malam Pertama
Aku memang tak faham, everyday berpuluh-puluh visitor datang dari search engine. Padahal keyword ‘malam pertama’, blog ini tak rank tinggi sangat pun.

Posting paling panjang, (try buka, memang panjang):
Definisi Kawan
Posting ini lah yang kena cilok dek gadis manis tu.


Kalau ada yang interested, here few fact and figure.

Average page view per day: Cuma 300-400.

Visit: 200-300

Unique Visitor: 150-200.

Returining Visitor (loyal reader, kot): 50-60 orang.

Hari paling tinggi visitor: 607 visits.
27 September 2007 (have no idea why, hari tu tiada posting menarik pun.)

And kepada yang dengki dengan aku because what ever reason pun, jika ada lah. Aku nak pesan, one year and only few hundred readers je per day is nothing la. Pergi dengki dengan blogger yang lebih glamer dan berjaya.

To all my friends, online and offline… thanks for all the support. Seriously, aku memang suka-suka sahaja berblog ni. Not to generate money, not to gain popularity or any other nonsense dreams. Aku memang suka bercakap, bercerita dan mengutuk. So, daripada aku bercakap dan memedihkan telinga orang disekeliling, aku rasa disini lagi best.

Thursday, November 22

Terima Kasih Lanun Cetak Rompak

Dulu aku pernah cerita pasal cetak rompak. Aku berikan beberapa idea untuk benteras cetak rompak. Tapi sekarang nada aku lain sikit, aku nak suarakan kesyukuran aku kerana industri cetak rompak di Malaysia semakin bercambah. Seriously, ini bukan reverse physiology, sindiran sinis atau lawak jenaka. Sesungguhnya aku rasa ada kebaikkan daripada industri cetak rompak, tak kira hasil seni atau software.

Tanpa gorengan yang lebih panjang ini dalil aku.

1. Pendidikan.
Software-software yang mahal tidak mungkin boleh dibeli oleh masyarakat kita. Bayangkan Autocad contohnya yang bernilai beribu-ribu ringgit. Kalau sekali dengan training untuk pekerja syarikat dikenakan RM10,000.00. Rasanya student mechanical engineering kita boleh beli? Kalau hanya latihan di makmal university agak lambat untuk mahir. So, dengan beli CD cetak rompak RM5.00 di Lowyat, mereka boleh meningkatkan kemahiran. Autocad Designer dapat gaji purely base on their skill, certificate atau pengalaman kerja tidak sangat dipandang. Aku percaya sesiapa yang pernah belajar di university dan mempunyai computer pasti pernah menggunakan perisian cetak rompak, bukan hanya untuk games dan suka-suka tapi juga untuk pembelajaran.

2. Mematikan Niat Untuk Menghasilkan Movie Lucah.
Hari tu aku cakap aku baru kenal dunia download movie dari ftp file. Disana aku jumpa cukup banyak clip .3gp yang diupload oleh orang Melayu kita. Semua clip tersebut adalah aksi orang Malaysia beromen yang diambil guna handphone. Jadi aku assume sebenarnya orang Malaysia cukup berani dan cukup jahat untuk buat filem lucah sendiri. Cuma mereka sedar sukar untuk mereka mengaut keuntungan kerana kedasyatan industri cetak rompak kita. Kalau filem Hollywood pun mereka boleh keluarkan sebelum tayangan perdana di Hollywood, rasanya kalau filem lucah tempatan confirm beberapa jam lepas habis shooting akan terus berada dipasaran cetak rompak. Kerana ini kita belum dengar lagi filem lucah made in Malaysia. Aku maksudkan filem lucah yang berkualiti dan professional, bukan clip-clip bangang atau movie compilasi clip-clip bangang.

3. Peringatan Kepada Artis Kita.
Bagaimana artis nak pastikan peminat membeli hasil titik peluh mereka? Dengan hanya buat hasil berkualiti, bekerja bersungguh-sungguh, sokong segala jenis kempen, semua itu tak menjamin. Cara terbaik adalah dengan membuatkan peminat semua sayang kepada mereka. Artis kena ambil hati peminat, tidak sombong, tidak besar kepala, kena senyum selalu, layan peminat, hormat peminat dan sebagainya. Kalau artis kurang ajar tapi lagu dia sedap atau lakonan dia mantap, kita tidak perlu beli album dia, tidak perlu ke pawagam untuk tengok filem dia. Kita search di google, download dalam MP3 player kita dan kita pergi jumpa Ah Chong beli filem terbaru dia. Padan muka dia. Bayangkan jika cetak rompak tiada, aduhai… confirm ada artis yang berbakat tapi sedikit sombong, macam artis berkulit hitam US.

4. Senang Nak Tulis Blog
Kepada blogger yang niche mereka pasal industry hiburan atau technology terbaru. Ingat senang ke nak keep up dengan semua filem, lagu, atau segala jenis software dan gadget dalam market. Kalau tiada cetak rompak letih juga nak membeli semuanya. Kan?

5. Bagi Chance Penguatkuasa Pakai Pistol.
Kalau tidak mereka hanya buat serbuan empty handed. Tapi sebab taukeh cetak rompak makin ganas, dan police makin sibuk nak jaga aktiviti penyokong parti pembangkang, hasilnya penguatkuasa merasa pakai pistol.

Ok… Idea aku makin mengarut dan tidak logic. Daripada posting serious nanti jadi lucu pulak.

Better stop.

Wednesday, November 21

Jual Laman Web - BlogOhBlog

Notice: Kena tahu serba sedikit pasal technology website dan online business untuk ‘klik’ dengan posting ini. Long entry… read during free time.


Awal November dulu seorang blogger Malaysia jual website dia kepada orang India dengan nilai USD10 ribu. Convert to RM, tolak dengan fee yang mungkin dikenakan oleh orang tengah (laman web jual-beli website), Bob Jiwakacau mungkin dapat lingkungan RM30,000.00. Ya, nama dia Bob Jiwakacau, daripada nama pun kita dah tahu mamat ni mesti sempoi, kepala otak gila-gila. Laman web tersebut www.BlogOhBlog.com, nampak tak acronym BOB disana, creative kan? Untuk tahu lebih lanjut pasal web yang cuma berusia 5 bulan tu dan cerita jual-beli tersebut boleh godek-godek disana.

Aku nak tulis pengajaran yang aku dapat dari cerita mamat jiwa kacau tu jual website dia. (website BlogOhBlog.com aku refer sebagai BOB dan foundernya Bob Jiwakacau aku refer sebagai Bob, jangan confuse pula)

1. Technical Knowledge Penting
Forget about what some online gurus told us, sememangnya pengetahuan teknikal penting untuk dapat duit dari internet. Kalau buta html 100% macam aku, lebih baik lupakan pasal nak jadi kaya dari internet. At least kena belajar sikit-sikit. Damn… malasnya aku. Website BOB jadi popular sebab dia bagi theme wordpress secara percuma. Dalam theme tersebut ada link ke BOB semula. So, kerana theme yang Bob buat cantik, kemas, html codenya tersusun… ramai blogger wordpress download theme dari BOB. Hasilnya BOB dapat linkback beribu-ribu, search engine suka linkback ini dan ranking BOB pun naik mendadak di Technorati dan Alexa.

2. Time is Nothing di Internet.
Bayangkan BOB berusia 5 bulan, sudah rangking cukup tinggi sehingga ada pembeli sanggup bayar USD10K. Dia confident traffic yang tinggi akan convert ke pulangan wang dengan pelbagai jenis iklan. So, tidak perlulah set time yang lama-lama untuk sesuatu projek. 5 bulan pun sudah cukup kalau kena gayanya dan betul caranya.

3. Malaysia Boleh
Sebagai seorang yang sedikit racist dan teramat patriotic, aku bangga dengan kejayaan Bob. Dia membuktikan orang Melayu dan orang Malaysia juga dihormati di negara luar. Majority pengunjung BOB daripada USA, mereka suka theme wordpress yang Bob buat dan mereka sering memuji Bob dan BOB di blog mereka. Sememangnya kejayaan Bob membuatkan aku sedar jurang knowledge orang kita dengan mat salleh tidak jauh mana, kita semakin power dan dihormati. Jadi, jika kita ada sebarang idea yang ingin diusahakan, jangan takut untuk mencuba. Aku pernah bersembang dan mencetuskan beberapa idea kepada kawan-kawan pasal dunia I.T, jawapan mereka:

“Alaaa.. kau ingat kau pandai sangat, mesti orang putih dah terfikir benda ni. Kalau boleh untung confirm diaorang dah buat dulu. Diaorang kenal Internet awal daripada kita.”

Terus mati idea aku dibuatnya. Idea Bob tak la secanggih mana, tapi kenapa mat salleh tak terfikir sebelum ini? Sebab diaorang sememangnya tidaklah sepandai seperti yang ramai orang kita fikirkan.

4. Fluent English Penting.
Antara reason Bob jual website dia adalah dia percaya dia kurang mahir berbahasa English. Aku setuju sangat dengan Bob. Setiap posting BOB banyak graphic dan kurang wording. Bob sedar pentingnya good explanation dan content wording. Jadi untuk membawa BOB lebih jauh Bob jual kepada one Indian dude yang mahir cakap orang putih dan pandai buat theme wordpress. Sememangnya kebanyakan iklan memerlukan wording. Adsense contohnya akan paparkan iklan base on content, dan LinkTextAds pula akan selitkan iklan diperkataan yang sesuai. So, kalau tak mahir English memang tak dapat fully utilize website tersebut.

5. Nama Tak Penting Sangat.
www.blogohblog.com. Tak la cantik dan catchy sangat. Macam website jiwang je. Dan nama founder pula Bob Jiwakacau, hahahhah… So, tidak perlulah crack our brains out untuk fikir nama domain atau nama pena yang cantik-cantik. Bak kata Pensonic dulu, barang baik tidak perlukan kata-kata indah. Akubetul.com dan Popiah.Net pun dah 10 kali ganda cantik daripada blogohblog.com, kan?

Harap kawan-kawan yang bersemangat nak cari duit di Internet boleh dapat sedikit ilmu dari cerita Bob ini. Semakin ramai orang yang bersemangat nak cari side income dari lautan Internet yang khabarnya ada pelbagai punca rezeki. Korang pakat-pakat lah berebut ikan, udang, sotong, minyak dan sebagainya. Aku dapat kulit kerang pun jadilah…hahahaha..

Good luck to us.

--------------------------------------------------

Last night I happen to stumble upon the new owner of BOB. During our chat session, I told him I already write one article about BOB and planning to post it today. So, he asks me to translate the article in English. Oh my God, my English suck… I mean, when I wrote something serious in English, it will come out funny and lame… but as he said, just indicate… ‘Just for Jai’ (new owner of BOB)…

Early November one lucky Malay dude sold his 5 months old blog for USD10K to equivalent talented web designer from India. Let see what we can learn from this event:

1. Technical Knowledge Vital
BOB gain popularity by offering theme for WordPress, people love the design and start downloaded it. The backlinks created by that reach thousands and search engine, technorati and alexa love that. BOB become popular also because webmasters appreciates BOB and mention it in their blog posting. So, like it or not at we need to have some technical knowledge to succeed in online business. This also the main reason new owner braves enough to pay USD10K for 5 months old blog. The ranking so high, tons of idea he can throws to get back his investment. He be able to do this because… he have the technical knowledge to do so.

2. Time Is Nothing
5 Months and BOB ranked so high by most ranking site. So please do not set long target for our project.

3. Malaysia Boleh (Jai, you should know this by now :))
Malaysian always sceptical when come to self-confident. We always thought others are far better than us. Bob Jiwakacau proof that wrong. For sure now we realize I.T related stuff we not lagging behind what so ever. We very much on par with others.

4. English Language Important
Bob Jiwakacau sold his blog partly because he believe he can’t raise the blog anymore, since he not fluent in English. He realise this and he wisely choose someone that have the ability to write in English and also continue designing good theme for Wordpress blogger. New owner also realize this fact and it is truly win-win situation. Bob Jiwakacau get pays for his effort and have a chance to witness his idea to hit sky rocket, and for Jai he got a very good income generator site.

5. Name Not Important.
Blogohblog not that catchy, right? It just likes sad song title or soup opera script. And his owner nickname Bob Jiwakacau (somebody help me translate this into English). So, please do not waste our time finding good domain or nickname. www.akubetul.com and Mr.Right sound pretty cool, right?

Hope friends here will learn something from BOB story. Looks like nowadays everybody crazy about getting money from world wide web.

Good Luck.

Jai, I have no idea how to make the small box that you mention last night…I know… everybody do that and cannot be that difficult. But… you know… lazy. Hahahaha…

Tuesday, November 20

Tuanku Mizan - Watch Out Everyone

Before BERSIH rally...



After BERSIH rally...


Pic and report: Here

Tuanku found new hobby... TABABOOOM...!.. Looks like Tuanku not afraid to play dangerous game afterall.

Animal Animation

Last weekend aku tengok film Happy Feet. Aku download ikut ftp file siapa ntah. Aku baru tahu, alangkah seronoknya download movie dari internet. Dan bekerja di sebuah syarikat ISP membolehkan aku download one whole movie for only… 10 minutes. 10 minit tu maximum, kira movie lebih 2 jam. Selalunya 5-7 minutes sahaja. Oh my god, no more TGV or GSC for me. Hahaha… And kalau rasa-rasa gatal, atau rasa gatal-gatal, movie dan clip-clip menarik dari Japan, Korea, Taiwan or even Malaysia pun banyak, if you know what I mean. .3gp file anak bangsa kita ‘beraksi’ cukup banyak. Kadang-kadang sedih juga aku bila fikirkan.

Ok, aku bukan nak cerita perihal aku mencuri movie orang, aku nak cerita pasal movie berkenaan binatang. Banyak kan? Happy Feet pasal penguin. Weekend sebelum tu aku tengok filem Bee Movie dengan awek di Bukit Raja. Bee Movie cerita pasal binatang… ermm Bee kot.

Apa lagi?

Ratatouille – Tikus
Antz – Semut
Garfield – Kucing
Chicken Run – Ayam
Finding Nemo – Ikan

Aku bukan wartawan hiburan atau blogger pemalas yang buat article dengan listkan semua benda yang berkenaan dengan topic. Itu kerja senang, jadi sebagai usaha membezakan diri dengan golongan pemalas, aku nak berikan idea filem-filem haiwan lain yang aku rasa boleh tarik orang ke panggung.

1. Panda Bear.
Aren’t they cute? Bayangkan dengan muka yang comel, bulu yang gebu, pemalas, duduk atas pokok. Kerja mereka… makan…tidor…makan…tidor. Character yang berpotensi tinggi untuk dikomersialkan. Semua lelaki cemburu dengan cara hidup beruang panda.

2. Cacing.
Kehidupan dalam tanah, ada banyak lorong yang mereka korek, macam highway. Makan tanah hasil korekkan, dan keluarkan ditempat lain. Bekerja tanpa henti untuk mencari makanan. Aku rasa ada nilai-nilai murni yang boleh dieksploitasi dari sifat cacing. Mungkin di penghujung cerita tunjukkan kesedihan ahli keluarga yang kehilangan family member kerana menjadi umpan kaki pancing. Sedih…sedih. Boleh juga selit unsur lawak dengan letak bayaran tol tinggi untuk lalu ‘highway’.

3. Kutu.
Tidak, aku tidak maksudkan ahli politic. Aku cakap kutu, as betul-betul kutu. Kutu yang duduk atas badan anjing, atau kepala manusia. Kehidupan bermasyarakat mereka, cara mereka lari dari serangan sikat benban (kalau tak tahu apa sikat benban, pergi tanya nenek atau makcik sebelah rumah), serangan ubat, shampoo. Nahh.. tak menarik, aku tulis kutu sebab nak buat link ke posting lucu aku pasal politician, itu sahaja. Move to next idea.

4. Biawak
Mungkin film maker dari Hollywood kena buat sedikit perubahan. Film animasi haiwan selalunya ada element lucu dan sedih. Target audience, kanak-kanak yang akan drag parent untuk ke pawagam. So, aku rasa perlu ada film cartoon ganas. As purely ganas, ada bunuh-bunuh, darah bertaburan, bangkai bersepai. Target market pula, remaja dan golongan lelaki bermotor kuasa tinggi. Buat cerita animasi pasal biawak merebut kawasan, rebut hasil buruan, rebut punca air. Kisah politic orthodox sekumpulan biawak ganas. Wahh… mesti best. Wujudkan watak-watak menarik yang akan digilai oleh lelaki ganas dan macho. Biar mereka buat tattoo di lengan ada gambar Bronko (contoh nama watak ganas ketua penjahat biawak).

5. Monyet.
Mungkin ada watak-watak cameo monyet dalam beberapa film. Atau watak pembantu macam dalam filem Tarzan dan Madagascar. Tapi cerita 100% pasal monyet belum ada lagi rasanya. Kalau untuk penerbitan tempatan boleh gunakan suara Khairy Jamaluddin untuk watak hero atau penjahat, depends samada penerbit tu sokong BN atau anti BN. Hahaha. Sorry, pilihanraya dah makin dekat aku tidak boleh lari dari elemen kutukan kepada politician. But seriously, kehidupan monyet rasanya cukup lucu untuk difilemkan.

Aku planning nak bagi idea banyak-banyak. Bila aku dapat idea je, aku terfikir yang filem sebegitu dah ada. So, that’s it, 5 idea yang aku percaya boleh diusahakan oleh pembuat filem Hollywood atau orang kita yang cukup berani.

Korang dah lawat Komuniti Iklan Percuma ke belum? So far aku ada la juga dapat ahli baru. Nampak macam ada harapan je impian aku jadi kenyataan.

Sunday, November 18

Mempersembahkan www.Popiah.Net

Notice: Aku janji posting tidak akan ada iklan. Sorry, aku terpaksa mungkir janji. Ini adalah sejenis iklan…lebih kurang pay-per-post. Cuma aku sendiri yang bayar kepada diri aku, kalau tak ayam tandoori maybe cheesy wages.


Ok… without further ado aku dengan bangganya memperkenalkan kepada semua, blog terbaru aku….

Tak, nope… aku bukan buat perniagaan jual kueh popiah. Popiah tu hanya symbolic kepada benda lain. Metaphor kata orang putih.

Jika di www.akubetul.com, aku sentiasa betul, di www.popiah.net pula sememangnya aku dah tidak betul, hilang akal, kurang siuman. Aku memberikan perkhidmatan percuma. Popiah.Net adalah non-profitable homepage. Tidak perlu fikir panjang, aku tidak menipu, tiada sebarang muslihat, tiada lansung unsur pekena atau dikena. Sememangnya ia adalah website yang tidak membawa keuntungan kepada aku secara terus. Aku memberikan perkhidmatan iklan yang seratus peratus percuma. Tiada iklan adsense, tiada iklan Toyota dari adverlets, tiada iklan Honda dari nuffnang atau apa sahaja jenis iklan yang lain.

For further explanation please visit Popiah.Net. Panjang lebar aku terang disana.

This week, aku tidak akan promote Popiah.Net secara besar-besaran. Hanya kenalan disini dan didunia luar sahaja. Aku nak test market dulu. Kalau ok, tiada sebarang masalah, aku akan buat promosi di tempat lain. So, tolong aku dengan berikan pandangan, tolong tengokkan jika ada salah ejaan, salah tatabahasa, any technical problem, broken link, things like that. Since seperti aku selalu beritahu, aku buta I.T, html code aku tak belajar masa sekolah dulu, apatah lagi javascript, dan apa kejadah jenis script yang lain. Nasihat, pandangan anda semua sangat-sangat dialukan. Boleh tinggalkan komen disini jika jumpa apa-apa problem disana.

Sekali lagi… berikan tepukan gemuruh kepada…


www.Popiah.Net.


P/S: (baca p/s ni lepas lawati Popiah.Net). Yup, someone have extra USD10 in the pocket and a lot of free time in the life…Hahahahah…

Thursday, November 15

Badut Nak Ajar Kita Jadi Kaya

Notice: Panjang la juga, tapi ada ilmu. Rajin-rajinkanlah untuk baca.

Again I want to talk about online business. Aku masih gagal (belum cuba also consider gagal, right?) membina apa-apa laman web perniagaan. Tetapi seperti biasa aku rajin baca blog milik ‘guru’ atau ‘pakar’ dalam online business. Aku register email dalam list mereka, aku menjadi salah seorang daripada beribu orang dalam list yang mereka bangga-banggakan. Yes, most of this internet entrepreneur proud about how many person they have in their list. Kepada yang kurang faham, ‘list’ tu bermaksud orang yang register email dengan peniaga internet dan akan terima pelbagai jenis email promosi. Peniaga internet akan bina list base on their niche atau bidang perniagaan mereka.

Antara niche yang paling glamer dan akan glamer sampai bila-bila adalah ‘cari duit’. Tambah pendapatan, rahsia kejayaan, peluang bisness luar biasa, jadi jutawan dalam masa sebulan…topic ini memang tidak pernah jemu. Tak pelik, sebab semua orang gila duit. Semua orang tidak pernah cukup dengan duit. Jadi berlambaklah bahan-bahan yang dijual yang membolehkan kita tambah duit. Bahan yang paling popular, seperti biasa… buku elektronik.

Cuba tengok dua website ini:

Mereka siap iklan guna Adword lagi tu. Memang betul-betul lawak. Aku rasa nak pecah perut baca laman web jualan mereka. Aku rasa pemilik kedua-dua site tersebut adalah orang yang sama. Satu di tujukan kepada orang Melayu dan satu lagi adalah untuk orang Cina. Mungkin juga aku silap, kebetulan ayat dan cara niaga mereka serupa, sebab aku lihat jika nak membeli kita kena bank-in duit ke akaun yang berbeza.

Kenapa aku rasa nak gelak?

1. Dia declare dia kaya-raya. Duit juta-juta dalam bank.

2. Dia ceritakan yang dia hidup senang lenang sekarang. Siap ada gambar BMW dan rumah mewah.

Memang kebanyakkan penjual buku sebegini memberitahu kita yang dia dah berjaya. Berjaya bermaksud hidup mereka senang financially. Tapi di kedua-dua website tersebut, dia ceritakan yang dia kaya melampau. Kereta mewah, rumah mewah, duduk diam dan enjoy kehidupan to the max. Lawak..lawak. Ntah gambar kereta atau rumah mana yang dia cilok.

3. Dia dengan yakinnya memberitahu dia discover ‘rahsia buat duit dengan mudah’.

4. Teknik itu membolehkan kita buat duit selepas 10 minit baca ebook tersebut. Sebulan boleh dapat puluhan ribu ringgit. Beberaa bulan boleh jadi jutawan, seperti dia.

Kah..kah..kah… come on. No internet gurus promise such thing. Kalau semua orang follow rahsia dia, tiada la orang nak kerja makan gaji lagi didunia ini. Bahaya tu.

5. Dia jual e-book, RM 90.00 or RM40.00

Ok…Cuba recap balik. Dia kaya raya, dia jumpa rahsia buat duit di internet. Dia hidup senang lenang, pendapatan ratusan ribu ringgit sebulan. Apa kejadahnya dia nak berniaga buku yang cuma memberi puluhan ringgit per customer? Dah la buku bahasa melayu, jika 1 ribu orang beli sebulan pun belum capai pendapatan dia sekarang. Ermm.. mungkin rahsia yang dia jumpa itu adalah jual buku. Wait, maksudnya dia jumpa rahsia jadi kaya iaitu jual buku yang menceritakan dia jumpa rahsia jadi kaya, dalam buku itu ada tulis yang rahsianya adalah jual buku jadi kaya. (Ayat panjang, boleh faham kot).. Kah..kah..kah. lawak jenaka scenario betul diaorg tu.


Kenapa aku cerita semua ini?

Aku cuma memberi contoh 2 website diatas, padahal berlambak lagi website sebegini.

Satu lagi contoh: www.perigiduit.com atau www.sekolahjutawan.com

Modus operandi (macam jenayah la pula) mereka adalah suruh kita bayar untuk jadi ahli, dapat benda-benda free (ebook, software, ubat), then cari orang untuk jadi ahli. Sound familiar? Hahaha… MLM, internet base.

Ok… contoh-contoh diatas adalah menggambarkan betapa terdesaknya manusia mencari duit. Peniaga-peniaga sebegini sebenarnya memberi reputasi buruk kepada peniaga internet sebenar.

So, berhati-hati bila nak mencari system janaan pendapatan di internet.

Sebelum aku stop, aku terjumpa satu lagi. Lagi lah lawak..

http://janaduitdapatduit.blogspot.com/


Aku jumpa setelah clik iklan Adword di site google. Dia kata dia kaya, tapi website jualan guna blogspot, not even own domain. Hahahhaa….Sanggup pula iklankan dia Adword, siapa lah ‘guru’ dia agaknya.

In any case, owner of any websites aku mention diatas tu terbaca posting ini. Jangan la marah. Or to owner Onlyinmalaysiamah.com. Lu jangan angly sama gua ok...

Just anggap ini sebagai batu kecil yang menghalang korang dari berjaya. Berapa kerat la sangat orang baca blog aku compare to millions of internet user in Malaysia. Cool… menteri pun aku kutuk apatah lagi peniaga badut seperti korang. Hahahhaaa…..!

Most probably esok tiada update, aku kerja luar office the whole day…

So, selamat berhujung minggu. Setelah hampir setiap minggu ada open house, minggu ini semua pakat-pakat dok rumah dan layan anak, bini/suami la pulak.

Wednesday, November 14

Stupid Man


1. Drunk driving, arrested, wearing bikini…


Name: Steven S. Cole
Age: 46
Occupation: Fire fighter
Nationality: USA
News Link: News.Cincinati – article no longer available.


2. Reporter bring loaded gun to school while covering school’s violence story.

Name: Jeff Weinsier
Age: 40
Occupation: Investigation Reporter
Nationality: USA
News Link: Local10.com


3. Forgot car at gas station.

Name: Unknown
Age: 63
Occupation: unknown
Nationality: German
News Link: Yahoo! News


4. Comical comment and opinion.

Ops... wrong pic, sorry


Name: Zainuddin Maidin
Age: Can’t find anywhere, let’s assume 7 years old.
Occupation: Minister
Nationality: Malaysia…maybe
News Link:

“Datuk Seri Zainuddin Maidin mendakwa ada pihak memanipulasi kes klip video perbualan telefon seorang peguam kanan mengenai pelantikan hakim bertujuan meraih populariti.”Utusan 26/10/07

(Anwar Ibrahim inginkan popularity?...Errmmm..)

“Rakyat Malaysia dan Asia perlu mengenepikan rating kebebasan akhbar yang dibuat oleh Reporters Without Borders (RSF) yang berpejabat di Paris kerana badan itu bukan hakim bagi nilai-nilai tempatan, kata Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin hari ini.”Utusan 19/10/07

(Media kita bebas ke?...)


And the latest, his live telephone interview with Al-Jazeera reporter/presenter that Astro censored during delayed telecast. Below copy and paste from Kennysia.com. Go there to watch the clip and read the transcript.



-----------------

Minister: I commend yo-yo-your journalists trying to project... to exaggerate more than what actually happened. That-that-that-that's it. We are not the-the and I-I congratulate your journalists behaving like an actor, that-that's it...

Reporter: As you say that, sir, we're watching scenes of protesters being sprayed by chemical-filled water!

Minister: YA! I am watching! I'm here! You've been trying... trying to do it this - to do this everywhere but in Malaysia people are allowed to, you know? We know our police head our colleague...

-----------------

More here…

Serious version here....

Datuk Zam version of the story here: Kementerian Penerangan Malaysia


Macam ini punya orang pun boleh jadi menteri ke? English bertarabur… tergagap-gagap, bagi pandangan tanpa fikir panjang. Masuk sekolah balik la Datuk. (Nasihat ikhlas ni)

Tuesday, November 13

Tontonilah Animal Planet

Notice: Cerita santai, mencuit hati. Sesuai sangat untuk meredakan fikiran yang bercelaru dan tension.

Marzuki seorang pemuda yang gemarkan aktiviti lasak dan mencabar. Beliau seorang ahli Kelab Kembara disekolahnya. Pada satu hari Kelab Kembara sekolah beliau mengadakan ekspedisi perkhemahan di Bukit Larut, Perak. Dengan penuh semangatnya, seperti biasa Marzuki bersedia dan mengikuti program perkhemahan tersebut.


Lebih 2 jam perjalanan dari sekolah beliau ke kaki Bukit Larut, Marzuki dan kawan-kawannya menjalankan aktiviti rutin mereka, dengan memasang khemah, menghidupkan ungun api, menyediakan makanan, tempat solat dan sebagainya. Selepas semuanya selesai, mereka memulakan aktiviti ‘jungle tracking’, meredah hutan belantara untuk mendapatkan kepuasan. Hampir 1 jam bermandi peluh mereka terserempak dengan seekor anak harimau yang
sedang dihanyutkan air. Anak harimau tersebut kelihatan tidak berupaya untuk menyelamatkan diri. Dalam keadaan genting tersebut Marzuki dengan penuh beraninya terjun ke dalam sungai dan menarik anak harimau ke tebing. Anak harimau tersebut kelihatan penat tapi masih berupaya bangun dan berlalu pergi. Sebelum anak harimau itu melangkah lebih jauh, dia menoleh kearah Marzuki yang masih tercungap-cungap kepenatan. Anak harimau itu seolah-olah ingin mengucapkan terima kasih kerana jasa Marzuki menyelamatkan nyawanya. Dia merenung tepat ke mata Marzuki. Semua yang ada disitu tergamam. Selepas beberapa saat, anak harimau tersebut pun berlari kedalam belukar tebal. Semua rakan-rakan Marzuki kagum dengan keberanian dan kemulian hati Marzuki yang sanggup mengadai nyawa untuk menyelamatkan seekor binatang liar. Mereka meneruskan perkhemahan mereka seperti biasa.


Semenjak hari tersebut Marzuki tidak dapat melupakan anak harimau itu terutama renungan tajamnya. Marzuki benar-benar berharap dapat berjumpa dengannya sekali lagi, sekadar untuk melihat dan merasakan kepuasan menyelamatkannya. Hari berganti hari, bulan berganti bulan dan tahun berganti tahun. Ingatan Marzuki terhadap anak harimau tersebut semakin pudar ditelan waktu.


Kini Marzuki sudah berjaya dalam hidup, menjawat jawatan tinggi dalam kerajaan. Dia sudah
berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata yang sudah meningkat remaja. Satu hari, anak bongsu beliau mengajak Marzuki sekeluarga melawat Zoo Taiping. Mereka pun pergi kesana, nampaknya kegemaran Marzuki terhadap aktiviti lasak bakal diwarisi oleh putera bongsunya, sedangkan puteri sulongnya yang sedang menuntut di universiti tempatan lebih mengikut sifat lemah lembut isteri Marzuki yang manis dan berkerja sebagai seorang guru. Setelah berjalan-jalan didalam zoo selama 1 jam, Marzuki sekeluarga sampai ke kandang harimau. Anak bongsu Marzuki begitu gembira dan berlari untuk melihat haiwan liar itu dari dekat. Marzuki memanggil anaknya agar berhati-hati. Suara Marzuki yang sedikit tinggi mengejutkan seekor harimau tua yang sedang tidur. Harimau tersebut lantas melihat tepat kewajah Marzuki dan terus mara menghampiri pagar sangkar kediamannya. Dia terus berhenti dan menghulurkan tangan seolah-olah ingin menyentuh tubuh Marzuki yang menjauhkan diri kerana bimbang keselamatan dirinya. Setelah beberapa minit, Marzuki terkenang kisah dia lebih 20 tahun dulu. Marzuki dapat merasakan inilah harimau yang telah Marzuki selamatkan dulu. Memberanikan diri, Marzuki bergerak perlahan melepasi pagar keselamatan dan mara kearah sangkar harimau tersebut. Suara anak-anak dan isterinya yang memanggil tidak dihiraukan.

Adakah impian Marzuki lebih 20 tahun dulu akan termakbul?


Tidak, sebaik sahaja Marzuki menghulurkan tangan, harimau tersebut terus mencakar dan menyentap lengan Marzuki. Marzuki meronta cuba menyelamatkan diri, namun gagal. Tangannya putus dan petugas zoo segera menarik tubuh Marzuki dan beliau dibawa ke pusat rawatan.

Marzuki kini kudung, semunya kerana dia tidak menonton Animal Planet, Astro channel 556. Kerana disana ada diberitahu yang jangka hayat seekor harimau hanyalah 10-15 tahun! Tiada harimau yang boleh hidup melebihi 20 tahun.


Sekian.

Confirm, at least aku berjaya membuatkan korang semua tersenyum. Boleh agak bila aku dapat ilham nak tulis cerita ini?


Sunday, November 11

Aku Komen Pasal BERSIH

Notice: Aku tahu majority rakan disini fed up dengan cerita politik. Sorry BERSIH just too big to be ignore lah.

Pic from Harakahdaily


Syukur alhamdulliah, dari semua berita yang aku baca tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku. Although as usual nobody knows the exact number of participants in today BERSIH rally to Istana Negara, but at least aku rasa impactnya dapat dirasai oleh semua pihak. Yang penting memorandum tersebut berjaya disampaikan ketangan yang dipertuan Agong. Bila pagi-pagi nak pergi kerja aku jumpa 2 roadblocks, tengok helicopter diudara dan dengar cerita roadblock semua tempat, aku confident gelombang kuning tidak akan bergelora di KL. Jangkaan aku meleset, puluhan, jika tidak ratusan ribu manusia berjaya mengharungi segala rintangan untuk menyokong perjuangan BERSIH. Aku kagum... aku kagum sangat-sangat dengan mereka.

Pergi lah visit website-website dan blog-blog popular untuk dapatkan data, tengok gambar atau tengok clip video pasal perhimpunan tersebut. Di Youtube pun ada clip yang diupload oleh orang ramai dan comparison dengan laporan dari media bangsat milik Barisan Nasional. Kalau rajin, judge it yourself.

Jika ada yang berminat nak tahu apa isi memo tersebut, click link ke Harakahdaily ini. Rata-rata kandungan memo tersebut seperti tujuan BERSIH ditubuhkan. Meminta pilihanraya yang bersih dan adil. Didalam memo tersebut diselitkan contoh scenario penyelewengan pilihanraya dan juga beberapa cadangan untuk mem’bersih’kan pilihanraya dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

Pandangan aku terhadap cerita perhimpunan 100,000 rakyat ini:

1. Aku sedikit kagum dengan pasukan Polis yang tidak bertindak terlampau ganas. Sekarang kita tahu yang polis kita masih bermaruah. Tahniah.

2. Aku tabik kepada puluhan ribu rakyat yang sanggup redah segala rintangan untuk sampai ke ibukota dan ikut rombongan ke Istana Negara. Nampaknya disekitar Klang Valley pun puluhan jika tidak ratusan ribu rakyat merasakan perlu ada perubahan dalam system pilihanraya. Tahniah x 10.

3. Website rasmi BERSIH dan website media alternative commercial, Malaysiakini down kerana congested dengan visitor dari seluruh Malaysia. Maksudnya, jutaan rakyat dari luar KL berminat dengan isu ini. Mereka juga kemungkinan besar mahukan pilihanraya yang lebih adil dan bersih. Tapi Harakahdaily tak down, steady je… server power tu.

4. Rata-rata perhimpunan ini dapat liputan dari luar negara, terutama Al Jazeera yang update hourly pasal kejadian dia KL. Tahniah Malaysia, kita dah hampir sama dengan Myanmar, Indonesia dan Pakistan…!

5. Aku sakit hati dengan sekatan jalan raya yang melampau oleh pihak polis. Aku dapat lihat sebuah ambulans tersangkut dicelah-celah jem di federal highway sekitar Subang.

Tak tahu la apa nasib pesakit dalam ambulans tu. Semua perjalanan di ibukota menjadi terhenti dan sesetengah tempat kelam kabut. Polis perlu lebih bijak dalam cubaan menghalang perhimpunan tersebut, bukan dengan jadikan 3 lane highway ke 1 lane, itu bodoh namanya.

6. Nampaknya Pak Lah yang memberi ‘arahan’ dengan melaungkan ‘kejantanan’ beliau kononnya pantang dicabar semakin kelam kabut. Siapa pula cabar dia? Dia tahu ke tidak tujuan BERSIH? Pak Lah merasakan diri dia Suruhanjaya Pilihanraya ke? Ke dia dah nyanyuk?

7. Aku tidak rahu reaksi pemimpin BN pasal perhimpunan ini sebab aku tulis posting ini sebelum dengar komen mereka. But, surely they will comment base on news from media milik mereka. So, better we just ignore their irrelevant komen and views.

8. Walaupun puluhan ribu hadir, ratusan ribu tersangkut dan jutaan visitor cari info pasal perhimpunan ini. Hakikatnya puluhan juta lagi rakyat Malaysia yang tidak mengendahkan perkara ini. Semuanya malas nak ambil tahu apatah lagi nak terlibat. Bangun la oi…! Jangan dok tidor lama-lama nanti jadi gila.

9. Aku takut, malas, penat, tak confident akan berjaya dan ambil keputusan untuk tidak pergi perhimpunan tersebut. For this particular event aku admit, aku sedikit loser. Juga aku nak maki kawan-kawan yang pergi tapi tak ajak aku. Dah balik baru nak sms. Blah lah…

Pesanan ikhlas kepada kawan-kawan aku dalam UMNO including my own beloved sister. Buka mata… buka minda. Baca memorandum tersebut, peruntukan sedikit masa untuk kaji the whole scenario. Kenapa permit perhimpunan direject? Rayuan juga direject? Pergi search harakahdaily untuk dapatkan copy surat permohonan dan surat rayuan.Kaji elok-elok setiap butir dan fakta yang diberi. Fikir masak-masak. Korang semua dah besar, takkan nak kena tunjuk segala bukti dan fakta depan mata baru nak terbeliak kepala otak tu. Jangan fikir perut sahaja, naikkan sedikit harga diri, angkat sedikit maruah bangsa dan martabatkan keagongan agama.

Dah la, aku malas nak berceramah macam wakil rakyat. Adios… nak pergi layan game Liverpool dengan member-member yang sememangnya tidak peduli hal ehwal politik negara.


Total Pageviews

. page counter