Monday, December 31

Happy New Year 2008

Kalau masa zaman student dulu malam tahun baru memang aku nanti-nantikan. Dengan kawan-kawan kami akan pergi KL. First few years pergi naik motor, lepas tu naik public transport sebab malas nak layan roadblock. Lepas tu masa aku gila clubbing, memang happening la. 2 tahun rasanya, aku merasa meraikan tahun baru di club. Damn syok. But, dah tua-tua ni malas pula rasanya. Habis rajin pun malam ni aku akan cari port menarik untuk tengok bunga api. Dari jauh pun jadilah.

2007 antara tahun paling menarik kepada aku. Macam-macam benda best berlaku. 2008 pula akan menjanjikan tahun yang lagi seronok rasanya.

Secara ringkasnya entry ini aku cuma nak hightlightkan Winner and Loser pada 2007 dari kacamata aku. Dan sedikit azam tahun baru untuk dikongsi.


Winner: Squad Bolasepak Iraq.

They beat Asian giants to clinched Asian Cup. The team consist of all the ethnic in Iraq. They just gathered 2 months before the final, trains at hotel’s playground somewhere in Jordan. Against all odds, their fairytale end up in highest note possible. Mereka berjaya menaikkan taraf sukan ke tahap tertinggi. Rakyat Iraq bersatu menyokong dan meraikan kejayaan mereka. From Islamic prospective juga mereka berjaya memperlihatkan semangat juang, kekuatan minda dan perpaduan sesama muslim. Tidak seperti imej peperangan dan pergaduhan yang biasa diperlihatkan oleh media antarabangsa terhadap Islam. Alhamdullillah. Not to mention, they put other countries such as Malaysia in shame, with all the preparation and facilities pasukan kita hanya berjaya menconteng tahi ke muka kita semua. Laporan Soccernet pasal pasukan Iraq, disini.

"I want America to go out,"Iraq captain, after lifted the Asian Cup trophy.

How cool is that?


Loser: Kerajaan Junta Myanmar.

Ada banyak pilihan untuk Loser 2007. Sport wise, aku pilih team F1 McLaren. Perkara yang lebik buruk dari kekalahan adalah menipu untuk menang. And McLaren did just that. Padan muka kena denda 100 juta. But, biggest loser aku rasa adalah kerajaan junta Myanmar. Pada August lalu, sami-sami Buddha sudah tidak mampu melihat rakyat Myanmar ditekan dan diseksa terutama dari segi kewangan dan kebebasan, telah keluar berdemontrasi. Beribu monks turun ke jalanan dan menunjukkan keprihatinan mereka kepada scenario politik disana. Demontrasi oleh sami, tidak mungkin akan bertukar ganas. Daripada clip dan berita aku lihat rakyat yang lain tak join sangat, mereka cuma bertepuk tangan dan bersorak. How junta handle this? They shot the monks. How stupid is that? Ramai monks mati, angka sebenar tidak diketahui kerana system komunikasi yang dikawal rapi oleh tentera Myanmar. Aku juga rajin bersembang dengan pekerja Myanmar aku, dan dari cerita mereka aku sedar sememangnya kerajaan junta Myanmar kejam, bodoh dan tidak berperikemanusian. Perkara sebegini kadang-kadang membuatkan aku rasa beruntung sangat tinggal di Malaysia. At least kekejaman BN tidak menghalang aku dari cari rezeki. Laporan The Star pasal ini, here.

Ada macam-macam pendapat pasal azam tahun baru. Ada yang kata sia-sia, buang masa dan tidak kurang yang bersemangat membuat azam. Ala, New Year resolution just a target we set and tools to evaluate ourselves at year end. Ok la tu. Tahun lepas aku tak buat azam. So, tak boleh la nak check.

Ramai juga yang menjadikan azam sebagai bahan jenaka;

“Azam aku tahun ini nak merealisasikan azam tahun…
2000 dulu. Belum sampai lagi….”

“Azam aku tahun ni nak berbini 2.”

“My New Year resolution, I want
to comment others New Year resolution…”

Lame…seriously lame joke.

Ada juga azam-azam yang standard dan terlalu biasa:

  1. Nak kumpul duit banyak-banyak.
  2. Nak jaga berat badan.
  3. Nak kerja rajin-rajin.
  4. Nak kembangkan perniagaan.
  5. Nak naik pangkat.

Come on, all those thing sememangnya azam setiap hari kepada semua manusia. Orang sebegini confirm azam mereka tidak akan tercapai, nak buat azam pun tak tau, apa tah lagi nak naik pangkat.

Ok, dengan penuh beraninya aku nak beritahu azam tahun baru aku. Insyallah end 2008 nanti aku akan tengok samada azam aku tercapai atau tidak. Aku tidak mahu jadi pengecut yang menjadikan ‘peribadi’ sebagai alasan untuk simpan azam kepada diri sendiri.

So, azam aku tahun 2008.

  1. Nak berhenti merokok.
  2. Nak kahwin.
  3. Nak naikkan pendapatan bulanan aku at least by RM1, 500.00.
  4. Nak bawa mak aku melancong.
  5. Nak dapat 1000 page view per day for Akubetul.com

Cukup. Lebih-lebih nanti nampak ambitious sangat pula.

Kalau berani sila nyatakan azam korang. Kalau simpan je tak guna. Kurang thrill. Good luck.


SELAMAT TAHUN BARU 2008


Friday, December 28

Jemputan Perkahwinan

Cuti sekolah hampir selesai, maka berakhirlah juga marathon majlis perkahwinan di seluruh Malaysia.
Picture from : http://thekadkahwin.fotopages.com/

Name it what ever you want; berkira, tak friendly, belagak bagus, kolot, kekampungan atau apa sahaja. Tetapi aku memang jenis yang berkira bila berkaitan dengan jemputan kahwin. With all the new communication technology nowadays people seem like to treat wedding invitation lightly. Ini reaksi aku terhadap jenis-jenis jemputan kahwin.


1. Hantar Email ke Yahoo Group.
Ramai bakal pengantin hantar jemputan melalui Yahoo or Google Group.

“Saya menjemput semua rakan-rakan ke majlis

perkahwinan saya dialamat bla…bla..bla.. attached map”

Confirm aku tidak akan pergi ke majlis dia, jika mood aku bagus aku akan reply email dia seperti ini:

“Congrats dude!”


2. Hantar Email.
Tidak jauh beza dengan hantar ke Group. Cuma mereka hantar individually.

“Dood, jemput datang kenduri aku..bla..bla..bla”

Jawapan aku pun tidak jauh berbeza,

“Jika tiada aral aku akan hadir…”

Kemungkinan besar aku tidak akan pergi, paling baik pun aku akan kirim hadiah kepada sesiapa yang pergi.


3. Short Message Service 1.
Sama seperti email, cuma lebih ringkas dan padat.

“Jmput ke knduri aku pada tarikh bla..bla..bla”

Most probably aku tidak akan reply sms dia, kalau ada masa aku call balik untuk ucap tahniah. Again, aku jarang pergi jemputan seperti ini, kiriman hadiah the best he/she will get from me.


4. Shot Message Service 2.
Ini antara cara terbaik.

“Aku bakal jadi raja sehari early nex year, pls

reply wif ur mail addy for me to mail u the card”

Dengan pantas aku akan reply.


5. Kirim Kad Sahaja.
Post or pass kepada pihak ketiga. Aku highly consider untuk pergi ke majlis dia but most probably with no hadiah.


6. Phone Call.
With or without kad, aku appreciate phone call untuk jemputan kahwin. Bertanya khabar beberapa minit then beritahu yang dia bakal mendirikan rumah tangga. Kemudian menjemput aku. Lepas habis call dia akan sms alamat rumah dan tarikh. Jemputan sebegini, confirm aku akan pergi walaupun dihujung dunia provided dengan izin Allah lah.


7. Face to Face.
Datang cari rakan-rakan lama dan baru. Join tengok bola di mamak, pergi futsal, ajak lepak-lepak then surprise us all with invitation card. Without doubt aku akan pergi. Aku akan penuh semangat cuba ajak semua rakan-rakan pergi secara konvoi. Hadiah besar badan aku akan aku usahakan. Hahaha…

Aku sedar bakal pengantin busy untuk entertain semua rakan-rakan. Ada bermacam-macam perkara mereka perlu uruskan. Walaupun aku tiada pengalaman, tapi dari cerita rakan-rakan sememangnya ianya memang sukar untuk menjemput semua rakan-rakan dengan penuh ‘hormat’ seperti yang aku inginkan. But, for me kalau bakal pengantin tidak show any effort to invite aku, aku juga tidak akan bersungguh untuk pergi ke majlis dia.

Ingat, jika kita pergi ke majlis perkahwinan without proper and valid invitation from tuan rumah makanan kita makan itu consider haram.

Selamat berhujung minggu dan menghadiri majlis perkahwinan terakhir tahun ini (jika you guys dapat jemputan la)...


P/S: This entry nothing to do with my engagement, cuma banyak majlis jemputan kahwin aku terima membuatkan aku terfikir benda ini. :)

Thursday, December 27

Motivation Poster

Today damn busy, tak sempat nak tulis panjang-panjang. Hope these posters will cheer you guys up.











Gambar tidor dari blog member aku:
www.malaymind.blogspot.com

Untuk tahu details pasal kebaikan tidor, visit page ini: http://www.nytimes.com/books/first/m/maas-sleep.html

Gambar-gambar lain daripada google image search.

Wednesday, December 26

Trip ke Terengganu

Tahun ini Cuti-cuti Malaysia family aku kami pergi ke Terengganu. Not the best choice during monsoon season, but janji sudah dibuat jadi tidak boleh dimungkiri.

Family aku sekali dengan 2 orang makcik bertolak pada Hari Raya pertama, malam. Fast forward, setelah lebih 10 jam perjalanan campur berhenti makan, berhenti repair tayar dan berhenti kerana anak sedara nak ke toilet, kami sampai ke Primula Beach Resort. Very nice hotel berhampiran Pantai Batu Burok. Again, since hari raya tidak banyak kedai makan buka. So, terpaksalah tunggu pagi untuk cari makanan. Nasib baik the best nasi kerabu berhadapan istana buka awal. Merasalah makcik-makcik aku makan nasi kerabu dengan ayam dan daging bakar fresh.

The whole day hujan, lepas sembahyang Jumaat aktiviti shopping dimulakan. Aku dan abang aku sekadar tunggu akak, makcik-makcik dan mak aku bershopping sakan di infamous Pasar Payang. Walaupun raya kedua, still banyak kedai buka, meriah lah mereka membeli kain batik, baju batik, barang perhiasan dan macam-macam lagi. Jenuh aku jadi tukang angkat barang.

Malamnya kami pusing Bandar Kuala Terengganu hampir 10 kali mencari kedai makan yang ada ikan bakar. Mission failed kami cuma jumpa mek kelate jual nasi beriani. Sedap juga rasanya.

Esok paginya, aku dengan anak sedara sempat pergi bermain di tepi pantai sambil menunggu the main event. Habis jugalah duit aku 30 ringgit membeli layang-layang untuk mereka.

Tengah hari, kami pergi ke rumah awek aku. Terkejut aku melihat begitu ramai sedara mara dia menunggu. Meriah…meriah.

Selesai semua acara, kami beredar dari rumah tunang aku lebih kurang pukul 1:30 petang. Singgah sebentar di Masjid Terapung dan terus bergerak balik ke Teluk Intan, kerana esoknya ada majlis orang kahwin yang abang aku terpaksa hadiri.

So, Cuti-cuti Malaysia family aku tahun ini lebih meriah kerana bukan sahaja kami bercuti tapi aku juga bertunang….

Actually posting ini, aku cuma nak cakap:

AKU DAH JADI TUNANG ORANG.

Aku berbelah bagi juga samada perlu atau tidak aku beritahu semua orang yang aku dah bertunang. Tapi setelah mendapat nasihat dari family dan rakan-rakan, mereka kata perlu dihebahkan. Supaya tingkah laku kami dapat diperhatikan. Jika ada sesiapa nampak aku menggatal, buat tak senonoh boleh lah tegur. Hahaha…Tegur aku, bukan report kat tunang aku.

Kepada Faizal, Nasrul (officemate) dan Lobo (member uni)… sama-samalah kita menghadapi zaman bertunang. Since aku yang paling akhir akan kahwin, jangan lupa ceritakan pengalaman korang nanti kepada aku. Dan jangan lupa ajak aku pergi Nilai untuk shopping barangan kahwin. Best sangat ke kat sana?

Next year adalah Visit Terengganu Year. So, jom pergi Terengganu ramai-ramai.


P/S: Tayar 18 inch, 225/45 tidak mungkin boleh dicari di Terengganu. Seluruh Terengganu tidak ada. So, kalau ada kaki kereta dari Terengganu sembang besar sangat suruh dia balik kampong dan jadi taukeh tayar. Hahaha…

Monday, December 24

Foreign Workers Kurang Ajar

Aku still bercuti, ada free time, so aku nak bercerita pasal pekerja asing di Malaysia inspired by these two stories.

Ini kisah perkerja asing kena kurung:
http://www.hmetro.com.my

Sinopsis:
Amah ini dihantar semula oleh majikan kepada agen. Then, agen dera dia dengan kurung dia di dalam bilik selama 3 hari tanpa makanan (dia cakap la).


Ini pula kisah pekerja asing kena denda:
http://www.mmail.com.my

Sinopsis;
Seorang pelancong Belgium bikin kecoh dengan hantar gambar pekerja asing didenda kepada pemberita. Kes gantung perkataan “Sorry, I am lazy” di leher menjadi besar sehingga pegawai taraf Datuk dari Labour Department datang menyiasat incident tersebut. For record, pusat membeli belah itu telah meminta maaf.


Komen aku:

Tolong jangan simply blame employer or worker’s agent for performing those reprimanding. Sememangnya sukar menjaga pekerja asing. Again, tolong faham, aku tidak anggap kesemua pekerja asing berperangai sebegitu, but trust me kalau ada yang bermasalah, mereka memang betul-betul pain in the ass. Before you make any conclusion and end up leave nasty komen atau berhenti membaca entry ini, just imagine you in the agent or the employer’s position.

You found one lazy worker. Degil, bodoh, kurang ajar, kaki tidor…. What choice you have? Kalau local worker, you can simply tendang dia keluar sambil jerit kuat-kuat “berambus dari sini, kau dipecat..!”. But for foreign workers, you can’t do that.

Bila mereka nak masuk ke Malaysia, majikan akan dahulukan duit levi bernilai lebih kurang 2 ribu. Majikan atau agent akan potong gaji mereka monthly untuk cover duit levi.

Jadi apa option yang majikan ada bila foreign workers berkelakuan macam sial? Tiada pilihan yang lebih bagus dari penderaan fizikal. Biar padan muka dia. Datang negara orang ada hati nak besar kepala, nak kerja ikut suka hati bapak dia, datang dan ponteng sesuka hati.

Aku sudah tanya police dan jabatan immigration, sememangnya majikan atau agent pekerja asing tidak mempunyai banyak pilihan bila berdepan dengan pekerja yang berperangai teruk. Paling biasa pun, majikan hanya boleh batalkan permit kerja dan serahkan pekerja tersebut ke jabatan immigration, but majikan akan dikenakan penalty yang sama nilai dengan kos untuk menghantar pekerja itu balik ke negara asal. Not to mention wang levi yang gagal di kumpulkan jika pekerja itu buat perangai just months after came in to Malaysia.

Sememangnya mengambil pekerja asing umpama berjudi. Nasib sahaja. Kita boleh memilih base on experience or negara asal mereka, but attitude mereka, kita memang tidak tahu. Kita tidak interview mereka before they came here. And once they work with us, not much we can do if they start to create any kind of problem.

So, kalau lepas ni keluar berita ada pekerja Myanmar kena belasah di sekitar Petaling Jaya, sila baca berita tersebut lebih details mana lah tahu kalau-kalau muka aku terkeluar. Hahaha…

Tidak perlu bagi nasihat how to deal with them, aku dah fikir bertahun benda ini. Sememangnya penderaan fizikal (atau mental) adalah cara terbaik.


Wednesday, December 19

Sediakan Parang, Kapak, Pedang…

Kpd smua umat islam d msia, sediakn parang, kapak, pedang. Akn brlaku 1 prkara pnting. Kta smua kna sdia utk…
-
-
-
-
-

Sembelih Lembu, kerbau, unta..

Slmt Hari Rya Aidiladha

Sebahagian daripada SMS aku terima semalam…Siot je, aku ingat one of those ‘warning sms’ create by paranoid racist Malaysian.

Cuti lagi…

Start hari ini mungkin dah ramai yang bercuti. Aku sendiri start cuti hari ini sehingga lepas Hari Natal baru aku start semula kerja. Walaupun tidak semeriah Raya Puasa tapi kita semua umat Islam still bercuti, dan bangsa-bangsa lain pun akan menangguk dengan turut bergembira dengan cuti dari bekerja, salah satu keindahan hidup di Malaysia.

Ramai beritahu aku sambutan Hari Raya Haji di pantai timur lebih meriah compare to other states, but dengan ujian banjir dari Allah mungkin sambutan tahun ini akan kurang meriah.

Untuk melegakan hati, mungkin rakyat pantai timur boleh anggap mereka beruntung kerana Allah ‘ingat’ mereka. Aku pun selalu fikir sebegitu bila hadapi masalah, honestly aku memang rasa sedikit lega lepas fikir macam tu. Since sememangnya kita tidak mahu Allah ‘lupakan’ kita, walaupun kita tahu ianya mustahil. Tapi kadang-kadang aku memang seronok bila diuji. Aku rasa rapat dengan Allah. (Cukup la kot, nanti ada yang panggil aku ustaz…Hahahhaa…)

Baca page wiki ini jika nak tahu maksud Hari Raya Haji.
http://id.wikipedia.org/wiki/Idul_Adha

Bahasa Indons, but still boleh faham.

Sempena cuti dan berkat hari baik ramai juga orang akan berkahwin atau bertunang pada musim cuti Raya Haji. Salah seorangnya kawan baik aku, Lobo. Aku pernah cerita bagaimana mamat ni tolong aku dulu. Dua orang budak office aku juga rancang untuk bertunang pada hari raya ke 3. Aku nak ambil kesempatan ucap selamat bertunang kepada mereka dan semoga berjaya menempuh alam pertunangan dengan jayanya. Ada beberapa sahabat pula akan berkahwin, Aca from Sekolah Bainun and Fodi from SERATAS. Selamat pengantin baru aku ucapkan. All the best!

Most probably aku tidak update blog sampai Krismas. Unless aku ada free time di kampong dan rajin tunggu dial up 1515. So, lebih baik aku wish juga Merry Christmas kepada mereka yang sambut.


Kepada umat Islam lain…


Selamat Hari Raya Aidiladha


… dan kepada semua orang..


Selamat bercuti ...lagi


Sepatutnya title posting ni "Aku Ucapkan...". Takpe lah.

Pesanan terakhir, kepada sesiapa yang driving masa cuti ini, tolong baca posting ini: Kempen Keselamatan Jalanraya. Walaupun dah pernah baca, baca lah sekali lagi.

Tuesday, December 18

Beza Pantun Dan Syair

Last Saturday aku tengok Sehati Berdansa. Damn funny. Melihat barisan peserta celebrity berusaha demi kebajikan memang menarik. Mungkin derma mereka tidak seberapa jika base on mingguan, cuma beberapa ribu. Tapi hakikatnya mereka memberikan publisiti kepada badan-badan kebajikan yang terlibat, kini kita at least ada idea dimana nak salurkan derma jika ada rezeki. Insyaallah....

Cuma ada satu perkara lain yang turut menarik perhatian aku. Tema hari itu adalah tarian traditional Melayu dan country music. Jadi sebelum panggil barisan peserta menarikan tarian tradisi Melayu, host rancangan, Linda dan boyfriend dia akan bacakan serangkap pantun. Aku terkejut kerana pada aku mereka tidak lansung menyampai PANTUN. Apa yang mereka baca adalah syair. Tidak mungkin penulis skrip Astro tidak tahu membezakan Syair dan Pantun.


Jadi, izinkan aku memberi sedikit ilmu subject Bahasa Melayu kepada rakan-rakan semua dan harapnya ada individu dari panel penulis skrip Astro terbaca blog aku ini.

Ini pantun:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Bukan Aku nak Menonjol diri,
Jangan Pula Ada yang Berang.

1st rule of pantun, suku kata mesti antara 8-12. More or less, akan menyusahkan si pembaca. Then, hujung kata mesti sama bunyi dalam urutan:

………A
………B
……....A
………B

Inilah beza Pantun dan Syair, walaupun jumlah suku katanya sama atau lebih sedikit. Tapi aturan sama bunyi adalah:

………A
………A
………A
………A

Ini contoh Syair:
Tersebutlah Kisah Satu Cerita,
Di Sebuah Negeri Penuh Derita,
Nasib Rakyat Tidak Dibela,
Hanya Mengenyangkan Perut Mereka.

Nampak? Semua ayat berakhir dengan sebutan A...Syair dibaca seperti menyanyi. Tidak semestinya A… boleh juga apa-apa bunyi asalkan hujungnya bunyi hampir sama. Jadi, pada malam Sehati Berdansa hampir semua ‘pantun’ yang dibacakan oleh Linda dan Fahrin adalah berbentuk Syair dimana semua ayatnya berakhir dengan bunyi yang sama.

Jika ada sesiapa melihat pantun lama yang tersusun A-A-A-A, maksudnya pantun tersebut adalah serangkap ‘lagu’ dalam sebuah Syair yang panjang.

Info tambahan, Syair dan Pantun yang bagus bukan sahaja hujungnya sama, tetapi dibahagian tengah juga mesti sama.

Pantun:
…A…..B
…C…..D
…A…..B
…C…..D

Contoh:
Anak Ayam Berlari-lari,
Anak Ikan Berenang-renang,
Sungguh Geram Rasa Dihati,
Tidak Makan Nasihat Orang.

Nampak? ayAM… gerAM dan iKAN dan maKAN.

Contoh pantun popular:
Pulau Pandan Jauh Ketengah,
Gunung Daik Bercabang Tiga,
Hancur Badan Dikandung Tanah,
Budi yang Baik Dikenang Juga.

Syair:

....A…..B
…A…..B
…A…..B
…A…..B

Contoh (susah ni):

Harga Barang Selalu meningkat,
Rasa Nak Berang Sukar Disekat,
Bukan Senang Menjadi Rakyat,
Salah Canang Tangan Diikat.

(Memang sukar nak 'lagukan' syair yang guna perkataan moden)

Sekadar memberi contoh pantun dan syair 4 baris, ada pantun dan syair yang hanya 2 baris atau 6, 8, 10 baris. Ok… cukup pelajaran kita hari ni. Again, aku nak ingatkan jangan pula adik-adik jawap soalan exam base purely on this article. Aku tidak check dengan buku teks masa tulis posting ini.

P/S: Aku memang suka pakai pembayang pantun, anak ayam, anak itik, anak ikan, anak katak… Hahahhahahha….

Monday, December 17

Sea Games – How to Create an Ultimate Record?

Sea Games memadamkan obornya kelmarin. Walaupun kalau sesiapa menyaksikan upacara perasmian last weekend akan perasan semasa last runner bawa obor Sukan Sea dalam stadium, obor tiba-tiba terpadam. She acts cool and teruskan larian. Half way, an official came and gave her new torch. Rasa nak gelak pun ada. Satu lagi aku nak sebut, walaupun official website nampak cantik dan update selalu. Tapi all the news just concentrate for Thailand visitor and there is almost no video footage at all. Lame…

Malaysian performed quite well la. Best ever result outside Malaysia. As usual host country clinches the overall title. Don’t know because of bias judging, semangat, ridiculous sport like Muay THAI or any other reason, but host country selalunya akan johan except for minnows like Brunei or Singapore…. I repeat… SINGAPORE, even with all the import athletes they still not a powerhouse and will never is. Dah la surrenders the chance to host the Games. Yes, sepatutnya this year Singapore turn, but they pass it to Korat. Bodoh.

So, I believe for next Malaysia host Sea Games (2015) we can plan something to make sure not just we become overall champion but we also broke the number of gold medal harvested by any participant. Lazy to check the record, but obviously if we managed to bagged around 300 to 400 gold medals I believed we good to broke the record. Total number of gold should be around 4 to 5 hundreds, so if we collected 80% of the gold surely we will become the best ever performer in Sea Games history.

Ok… here my ideas.

1. Concentrate on Our Favour Sport
As everybody has in mind, we should maximum our potential in our favourite sport. Let say, field
hockey, we are a class above the rest of ASEAN countries. So, bukan sahaja kita include both men and women categories. But, also maximize it. Lelaki, perempuan, campuran, 5-a-side, 7-a-side, 9-a-side, indoor, outdoor, best flicker event, ball juggling, fastest hitter, etc. Senang-senang kita boleh dapat lebih 20 pingat emas. Same thing goes for squash, diving and equestrian. Kalau betul-betul plan kita boleh dapat lebih 100 emas dari tactic ini.


2.
Introduce New Sport

Previous Sea Games they introduced funny swimming sport. Berenang pakai sirip. Host nation swept away semua pingat emas. So, we should do the same. Introduce all our traditional sport; galah panjang, congkak, dam haji. Martial arts sports like Taekwondo and Karate always offer more than 20 gold medal each, imagine we introduce sukan beladiri macam silambam, SilatCekak, Silat Gayong, Tai Chi. We can easily get at least another 100 gold medals. Not to mention if we dare enough to introduce seni tarian seperti zapin, dikir barat, mak yong. But we need to check 1st, and make sure Indons not good at those events. Or worst then sue us for claim their heritage. Funny Indons. Also we can start create new sport now, so by the time we host the Games in 2015 we will has plenty of new sport to introduce.


3. Buang Acara yang Kita Hampeh.
Bolasepak 1st in the list. Bina badan, golf, tennis, weightlifting. Semua ini kita jangan pertandingkan. Make a bold move; simply replace those sports with sports in point 1 and 2. Dengan ini kita bukan hanya jadi johan keseluruhan, tapi kita juga boleh memperayam-ayamkan negara lain, just like what Thais did to our futsal team this year. After lead 5-0 and few minutes before final whistle they play with no goalkeeper. They brought in outfield player to replace their goalie. How rude is that? So, we must make sure we eliminate all other countries gold potential and tunjukan sifat angkuh secara maximum. Squash for example, we sent Nicol to play in men category, or include few under 12 players in our hockey squad, we the host we can bend the rules. Hahahha…


4. Prepare Better Incentive Scheme.

Instead of few thousand ringgit of money, Malaysia should come out with more lucrative rewarding system. Endorsement deal, front page of Mangga, dinner with Mawi or their own talk show since I believe our athletes love those things.


5. Dirty Tactics.

(Since above mentioned strategy not dirty enough). Other tactics include ban other countries's top athlete to enter our country. Curi passport mereka, relate them to any illegal movement, we got plenty in ASEAN. Abu Sayyaf, Gerakan Acheh Merdeka or even Hindraf or BERSIH. Also we should start planning right now by sending our judges to apply citizenship at other ASEAN countries. So, by 2015 even their judges will support us. If thing out of control, by that means still their athlete manage to make it into the starting list, we always has ISA to detain them. How cool is that?

This article inspired by this news report:

http://www.bernama.com/bernama/v3/news_sports.php?id=302868

P/S: Please, hope nobody will leave a comment and said how stupid I am. I knew there is an organising committee, host country need support from participants countries and not simply alter the Games to suit them.

Friday, December 14

Aku Komen Isu Semasa

Dah lama aku tak komen isu semasa. Bukan aku tak nak, cuma aku busy dan tak sempat nak ambil tahu isu semasa. Busy with what? I myself have no idea. Work?, maybe. Next year gonna be really fun, December tahun lepas aku tidak tahu apa akan aku hadapi in January and February 2007, but this time around aku sudah boleh agak all the ‘fun’ for at least till June next year. Isn’t that cool? Ok enough with my work, aku tidak mahu menyusahkan rakan-rakan sekerja (kaki bodek, cock sucker, butt licker) yang akan terpaksa report kepada big boss kerana aku blog too details pasal kerja. Aku juga tidak mahu meletakkan big boss dalam keadaan serba salah samaada nak marah or pujuk aku. Hahahhaa…


1. Hindraf

Aku baru je kaji apa itu Hindraf like, 5 minutes ago. Aku tahu sikit-sikit je before this. My findings, they just plain stupid. Any movement yang memperjuangkan sesebuah agama dan bangsa secara extreme adalah tindakan bodoh. Any group of people yang blame others kerana diri mereka miskin dan ketinggalan adalah kumpulan manusia yang bodoh. Any individual timbulkan keseimbangan bangsa di Malaysia adalah manusia bodoh. So, for me Hindraf and any party who support them adalah BODOH x 3. As simple as that. Government use ISA to detain them...? Good, padan muka. Don’t get me wrong, some of Hindraf demands quite logic and reasonable, but mostly memang stupid dan melampau. And their execution, nampak sedikit radikal.

--------

Update(18/12/2007):

Member aku ada komen menarik pasal isu ini. Disini.

-------


2. Sea Games – Sepak Takraw

Kita tarik diri dari ambil bahagian kerana membantah penggunaan bola yang ada couting getah. Aku berbelah bagi dalam perkara ini. My patriotism, egoistic mind said, it is a good decision. We stamp our mark as strong and brave country. Nobody can push us around. Tetapi aku sedikit sedih kerana ketidakprofesionalan (confirm takde perkataan ini) persatuan sepaktakraw dunia, asean dan negara-negara anggota. Imagine, mereka gagal dalam menguruskan pasal bola, ini jelas memperlihatkan kelemahan orang-orang kita (Asia) dalam sport management. Ini juga sedikit sebanyak akan membantutkan usaha untuk mengembangkan sepak takraw ke peringkat lebih tinggi. It’s almost impossible now to see Sepak Takraw masuk Olympic Games.


3. Gempa Bumi

Recent days, 2 kali earthquake di Pahang. Gurauan rakan-rakan cakap ‘hantu’ disana sedih dengan kematian Uncle Lim. Hahaha… But seriously, antara tanda-tanda kecil kiamat adalah banyak berlakunya gempa bumi. So, negara kita yang tidak dalam lingkuan gempa pun dah terkena tempias. Walaupun duluuuu.. aku rasa sesiapa yang berada disempadan Indon selalu terasa cebisan gegaran bila Indon kena gempa, tapi kalau dah 3.2 scala Richter aku rasa kita kena fikirkan amaran Allah ini.


4. Gadis Malaysia Kena Tipu

Malas nak search, Siti Munirah dan few other ladies rasanya. Tapi cerita hampir sama, pergi oversea then kena tangkap sebab bawa dadah dalam beg. Beg itu diberikan oleh lelaki asing kepada mereka just before take off. How on earth mereka boleh kena tipu hidup-hidup macam tu? Aku tak familiar dengan boarding arrangement for international flight, tapi aku confuse macam mana beg tersebut boleh lepas checking di KLIA? Then, memang betul-betul tiada cara ke untuk bantu gadis-gadis ini legally? Can’t Malaysia government do something? Damn.. too many question dah. But, as everybody setuju aku harap gadis-gadis kita akan lebih bijak next time. Jangan terpedaya dengan kehenseman pemuda-pemuda asing dan terpengaruh dengan janji-janji manis keindahan bekerja di negara luar. Tak cukup cool ke kerja dalam negara?


5.
Noh Alam Shah Belasah Daniel Bennett.
Bukan cerita popular, cuma aku nak ambil kesempatan mengutuk kebodohan jiran-jiran kita. Noh Alam Shah adalah player bolasepak kebangsaan Singapore. Semasa game antara club, dia telah belasah rakan sepasukan kebangsaan beliau, defender import Daniel Bennett. Bodoh tahap lembu.

During the final minutes, Noh Alam Shah and Daniel Bennett tussled for the ball and Alam Shah kneed Bennett in the head. When Bennett was on the ground, Alam Shah kneed him once more. After he was dragged away, he returned and kicked Bennett in the head.”

Noh Alam kena ban from Singapore league for 1 year. But the best thing is, he can still play for national team. Stupid. Then, Fandi Ahmad yang sekarang jadi coach Pelita Jaya (club di Indonesia) nak import dia main disana. Noh Alam Shah bodoh, FA Singapore bodoh, Fandi Ahmad dan Pelita Jaya pun juga bodoh.


6. Big 4 Showdown.

Forget about national football team failure di Sea Games, this Sunday semua peminat bolasepak akan disajikan dengan 2 perlawanan gergasi EPL. Aku harap kedua-dua perlawanan akan menarik dan bukannya semua team main safe. Although still early to use the results as indicator siapa akan clinch the title, but obviously siapa yang menang akan dapat confident. If Liverpool won, kepada rakan-rakan penyokong lain, jangan la buka blog ini next Monday. Hahahaha…. Tapi kalau kalah… nope, tak mungkin. Kah..kah..kah.


7. Banjir.

Since government dah predict akan berlaku banjir, so aku rasa everything under control. Tapi ini membuktikan betapa lemahnya kita sebagai manusia. Walaupun kita dah tahu ianya akan berlaku, months back metrological department dah predict, but still nothing we can do to avoid it. Sedih juga dengar ada juga kemalangan maut. Aku juga susah hati ni, raya haji nanti aku ada ‘urusan penting’ di Terengganu, harapnya banjir akan segera surut. Some said, banjir adalah untuk membersihkan dosa. Betul juga kot.


Sorry, aku tidak tahu kalau ada isu besar lain yang aku tertinggal. As mentioned tadi, aku rasa aku banyak terlepas pandang. Aku malas nak komen isu politik macam Mat Sabu kena tangkap atau ahli parlimen kena buang dewan... boring pula rasanya tunggu pilihanraya umum ni. Ntah bila la BN nak 100% ready. Penakut!

Have a nice weekend.

Thursday, December 13

Jom Jadi 'Miskin'

Ramai orang gila cari duit. Berniaga minyak wangi, masuk MLM, jual barangan AVON dan macam-macam cara lagi digunakan untuk menambah pendapatan. Ada yang lebih ‘nakal’ dengan menipu wang ringgit manusia lain. Jual air liur kata mereka.

Kenapa perlu tambah pendapatan?

Mengapa kita tidak mengurangkan pembelanjaan?

Aku rasa aku adalah orang yang paling tidak patut membicarakan pasal berjimat cermat kerana aku antara orang paling boros yang aku pernah kenal. Pantang ada duit lebih dalam pocket guarantee ada je idea-idea menarik untuk aku habiskan.

So, let me try to list down idea untuk mengurangkan pembelanjaan bulanan. Seperti ramai motivator sebut, “saya bukan menasihati anda semua, saya turut menasihati diri saya sendiri”…. Hahahhaa…


1. Tipu Diri Sendiri.

Ini antara point paling penting aku rasa, kita try tipu diri kita sendiri. Bayangkan gaji kita RM 3 ribu sebulan. Janganlah menjalani kehidupan seperti seorang yang mempunyai pendapatan sebegitu. Lihat anah buah, budak lepasan university atau rakan-rakan yang kita yakin pendapatan mereka RM 2 ribu atau kurang. Tiru cara hidup mereka. Instead of use car to work, kita pakai motosikal. Makan KFC atau Pizza Hut sekali sebulan atau lansung tidak pergi kesana. Ganti baju hanya semasa hari raya atau Year End Sale. Banyak lagi, just kenali mereka dan tiru cara hidup mereka. Korban segala kesenangan yang ‘sepatutnya’ kita dapat. After one year kita akan berjaya simpan at least RM 12 ribu, not bad right? Confirm kita akan rasa lebih secure dan selesa selepas itu.


2. Kerja 365 Hari Setahun.

Ok, mungkin too much la kalau kerja sepanjang tahun. Tapi mungkin kita boleh amalkan konsep ‘lupakan weekend’. Sebagai pekerja makan gaji, kita selalu looking forward for weekend holiday. Simply because we want to pamper ourselves. Relax pada hujung minggu tidak boleh tidak, pasti melibatkan wang ringgit. Start kereta ke shopping complex pasti memerlukan at least RM50. Jika kita tidak cuti, tidak relax, tidak manjakan diri kita pasti RM50 tu still ada dalam pocket. So, pergilah bodek boss untuk buat overtime dan untuk executive yang tiada OT aturkan kerja supaya weekend pun perlu datang office. Mungkin setahun sekali kita pergi bercuti, ramai juga Chinese office aku amalkan budaya sebegini. Kerja macam lembu 51 minggu setahun, dan spare 1 minggu untuk bercuti.


3. Berhati-hati

Alert dengan segala pembaziran kecil-kecil yang kita amalkan. Contohnya, jangan beli air masa masuk 7 Eleven untuk beli suratkhabar. Talking about newspaper, rasanya kalau betul-betul ingin berjimat jangan beli newspapaper at all. Dengar sahaja berita, atau baca free di 7 Eleven atau petrol station. Banyak lagi pembaziran kecil yang boleh dielakkan. Just spent few minutes to think about it. Bawa bekal air ke office, jangan amalkan minum petang, kurangkan menonton wayang, bawa air masak masa main futsal dan banyak lagi.


4. Paksa Diri Beli Rumah.

Buat loan or beli hartanah (tidak semestinya rumah) walaupun secara logiknya kita tidak mampu. Simply isi form dan beli rumah. Bunyi macam gila tapi aku kenal beberapa rakan yang ‘dipaksa’ oleh parent, isteri atau rakan-rakan untuk membeli rumah. Selepas beberapa tahun mereka sendiri macam tak percaya yang mereka hidup selesa walaupun terpaksa bayar lebih dari sebuah rumah. Semua orang tahu properties investment adalah antara pelaburan terbaik.


5. Jangan Peduli

Untuk amalkan benda-benda diatas, satu sikap paling penting yang perlu ditanamkan dalam diri adalah sikap tidak peduli. Tidak peduli kutukan orang terhadap cara hidup kita, tidak pedulikan fesyen terbaru, tidak peduli iklan KFC, tidak peduli movie baru Will Smith (bila mamat ni nak keluar movie baru ye?), tidak peduli tapak kasut dah licin… segala-galanya kita tidak ambil pusing. Memang sukar, sebab hakikatnya kita manusia dan manusia selalunya lemah dengan desakan dan tekanan dari luar (manusia lain).

Ok… itu sahaja yang aku terfikir sekarang. Adalah beberapa points yang biasa didengar seperti buat list sebelum ke kedai, jangan terdepaya dengan jualan murah atau jualan gudang, bandingkan harga sebelum beli, ‘bayar diri sendiri’… etc. Atau macam seorang member aku, dia amalkan duit dalam wallet tidak akan lebih dari RM50.00. Dia sanggup berpuluh kali pergi ATM machine sebulan.

Kalau nak baca nasihat dari pakar-pakar orang putih read these articles:

http://www.wikihow.com/Save-Money

http://moneycentral.msn.com/content/Savinganddebt/Savemoney/P36019.asp

http://www.thisismoney.co.uk/50ways

Bunyi macam senang je kan, tapi nak amalkan… damn… susah gila. Mungkin aku perlu minta tolong mak aku simpan duit gaji aku kot?

Hahaha… what say you guys?

Wednesday, December 12

Bangganya Aku – Proton di Syria

Notice: Short one. Busy…

Seorang kawan aku sedang bekerja di Syria. Katanya dia mengajar engineer Syria pasal electric power or something. Bayangkan, pak arab minta tolong orang kita… Bangga kan? Kemudian, dia hantarkan gambar-gambar kereta Proton yang dia jumpa disana. Seperti yang aku selalu cakap, aku ni patriotic so, sekali lagi aku berbangga.

Member aku ni selalu juga baca blog aku, cuma aku rasa seminggu dua ni dia tak baca kot. Since his wife yang dia dah tak jumpa berbulan-bulan baru sampai sana. Confirm dia tak buka laptop for few days, mesti dia busy main…. Maksud aku main dengan anak kecil dia yang datang sekali. Rindu la katakan. Hahaha…

Enjoy the pictures…



Mesti ada yang cakap kenapa aku nak berbangga sedangkan Proton menghadapi pelbagai masalah. Nobody wants to invest and become their partner. Aku tidak tahu the real story, malas nak kaji. So, lebih baik aku berbangga dan tersenyum daripada menyemakkan fikiran dengan masalah mereka.

Agak-agaknya, ada ke blogger dari Korea ke, Japan ke yang bangga tengok kereta Hyundai dan Honda di negara lain? Nahhh…. Damn kita ketinggalan.

Ada sesiapa ingat Iswara pernah jadi guest star dalam Mr. Bean?

Monday, December 10

Diamond Gulf – My Hometown

Notice:
Isu picisan, tak menarik dan tak penting. Aku busy hari ni. Pagi-pagi buta dah kena bagi presentation kat berpuluh orang kerajaan. Seram sejuk juga rasanya. Hahaha… alhamdullillah, setle. Standard la, lepas meeting mesti ada banyak kerja, boring betul.

Aku nak kutuk manusia-manusia bangang yang try too hard to be cool.

Aku kecilkan lagi scope kutukkan kepada mereka-mereka yang merasakan diri cool dengan tulis nama tempat tinggal dengan perkataan yang konon-kononnya… well… cool.

Biar aku beritahu, baca elok-elok, kalau boleh imagine aku jerit kat muka kau.

CARA MENULIS NAMA TEMPAT SEPERTI DIBAWAH HANYA UNTUK ORANG-ORANG BODOH SAHAJA…!

JayBee

Newcastle (Kota Bahru)

LockStuck

QuOneTown

Jadi, kepada mereka-mereka yang ada Facebook, Friendster, Myspace atau apa-apa lagi jenis community page, tolong jangan amalkan tulisan sebegitu.

Aku ada Friendster account, tapi aku jarang buka. Aku pun tidak rajin browse page orang lain. Rasa macam loser je rasanya aktiviti sebegitu.

Jadi reason aku hightlight benda ini sebenarnya bukan untuk kanak-kanak riang di Frindster, Myspace atau Tagged, tapi kerana aku terima satu resume semalam, member hantar kepada aku.

Bila aku baca je ‘Personal Details’ dia aku terus rasa nak gelak campur marah.

Tengok la sendiri.


Maybe kawan dia pekena dia or he has a very bad sense of humour.

Total Pageviews

. page counter