Monday, January 28

AKu Kena Beli Laptop Baru Lagi...

Rasanya macam baru je aku cerita aku beli laptop sebab laptop aku rosak, kan? Malas nak cari tapi rasanya baru few months back. Aduhai...

Memang sakit hati gila. Sepatutnya aku balik kampong Friday night. Tapi sebab ada urgent meeting Saturday noon, so aku postponed dan plan nak balik ke kampong selepas habis meeting. Jadi, pada Jumaat malam, aku pergi ke Petronas di federal highway untuk makan KFC.

Petronas tu ada CCTV bercambah disetiap sudut, kereta memang tidak pernah putus. So, aku fikir tidak mengapa untuk meninggalkan laptop yang diletakan dalam beg galas (beg budak sekolah) di seat belakang. Andaian bangang dari aku. Hasilnya, tidak sampai 1 jam berikutnya cermin kereta aku kena pecah dan beg tersebut lesap. Pekerja Petronas cakap;

…Tak perasan lah bang…

Jawapan simple yang menusuk kalbu dan mereka memerlukan arahan polis untuk lihat rakaman CCTV, so aku dah buat report. Macam biasa lah, confirm polis akan tunggu berabad untuk mereka siasat kes bodoh aku tu. Betul juga, lebih baik dia cari budak hilang daripada cari laptop aku.

Esok atau lusa terpaksa lah aku mulakan activity survey untuk beli laptop baru. Sayang betul, laptop tu aku baru beli je. Dell Vostro, menggantikan laptop HP aku yang rosak. Sedih…sedih…sedih.

Cantik kan? Hahaha.. sial betul.

Aku betul-betul tidak faham dengan perompak-perompak picisan ni. Mereka ini adalah kategori manusia paling bodoh dalam dunia. Curi laptop, jual mungkin dapat maximum RM1,000.00. Bahagia dua atau tiga orang. Dapatlah seorang beberapa ratus. Bodoh…! Risiko yang tinggi, tapi pulangan tidak seberapa. Pergi la rompak bank ke, rompak van security ke, rompak taukeh judi ke. Confirm dapat berjuta dengan sekali usaha.

Bila ditimpa bala sebegini aku selalu teringat cerita My Name is Earl. Something to do with karma lah. Pastinya sesuatu yang baik akan berlaku kepada aku in the near future. Sebagai orang Islam pula kita cakap setiap perkara ada hikmah kenapa ia berlaku. Kawan-kawan juga cakap, aku kena sabar ujian Allah. Tunang aku pula cakap;

….Takpe la hilang laptop, boleh beli baru.

Bayangkan yang hilang anak… "

Macam-macam cara kita boleh guna untuk tenangkan fikiran. Damn true. Tapi itu laptop baru aku… 2 ribu lebih aku beli tu. Not to mention all the things inside the hard disc. Arrrggghh…. Kerja office, bahan-bahan untuk blog, software, ebook yang aku curi atau terbeli, movie yang aku download, gambar-gambar dan macam-macam lagi.

Celaka punya perompak. Aku sumpah korang semua takkan hidup senang sampai ke tua. Pergi la kerja, apa kejadahnya mencuri. Berlambak profession lain yang lebih berisiko rendah dan pulangan tidak kurang hebatnya. Kalau muka tak malu, berani dan tangkas pergi lah join mana-mana Multi Level Marketing.


On happier note, 1st time my thought quoted by harakahdaily. Read this article: Faizal Tahir: Buka baju vs tayang buah dada

Thanks to Kapo and few others who email memberitahu. At least ada juga benda untuk membuatkan aku tersenyum.

So, put problem aside. Any idea laptop dalam range 2-3 ribu yang worth for money? Bestnya, dapat laptop baru lagi. Hahahaha...

36 comments:

tiang lampu said...

TIDAAAAAAAAAK!!

hm, hilang ic lagi susah. dh la hilang, pastu kena denda lagi huhuh

p/s: ala2 sumpah mahsuri nampak :D

Badrul Hisham said...

wahh!!dasyat la ko Dood..ko ni dah boleh jd penulis rencana dlm paper dah ni..siap harakah amek article ko..cayala Dood!!

lepas ni ko kena la undi PAS..hehe!!wei, ko email la kat petronas pasal laptop ko yg hilang tu..ko tulis, ko nak tgk cctv tp diorg tak bg..ko ada hak sebagai pengguna..ko jgn lupe hak ko tu..

poyotito's said...

ko ilang laptop tp mood ko utk menulis x ilang kn?
kira ok la tu.
sabor je la.

dlu time duk asrama aku slalu sumpah bdk2 y curi slipar aku,

"aku sumpah sapa amik slipar aku, mandul 7 keturunan!!".
x lm pastu aku dpt slipar aku balik.
heheh

adar said...

takziah. insyaALLAH ada hikmahnya. ahad lepas kereta aku kena kena penah masuk kat tempat parking midvalley. Alhamdulillah takder hilang2 apa2 sbb mmg takder bernda berharga.

Kesimpulannya, dah takder tmpt slmt dah. walaupun situ ada cctv, jgn lalai. mcm kat midvalley pun ada cctv gn guard tp pencuri masih masuk kereta aku.

hmn said...

Salam,

betul kata si Rose tu..
adar,

Betul ke Malaysia dah tak de tempat yang selamat??

teek said...

dood, even if you put dlm bonnet kete lagikan dicuri, apatah lg terang-terangan kat back seat. apapun, mungkin subconciously event ni suh ko bli external hard disk utk backup benda2 yg sepatutnye.

bli lah MacAir tu! giler nipis! and giler mahal.

rose said...

Sabor yep..jgn cedih2..kang leh beli lagi...:-)...

nak tanya la pengomen2 kat blog akubetul out there...
Betul ke ade alat pengesan laptop ek??
polis cakap ade alat dia..bentuk sekecil hp..then bila tanye pak polisi tu..camne caranya? ape yg dikesan?...jawapan mcm besala..
NTAHLA..tapi adelaaa alat tu..huhu..
musykil aku..:-D

last friday..1st time masuk balai polis..tak penah jejak kaki pon sebelum nih..
mcm tu upenye ek nak buat laporan polis..cite skit2..then tung tang tung tang pak polisi tu menaip jalan cerita..mcm buat karangan..tapi geramnye..dia taip lambat bebenor..rasa nak g tolong taipkan je..ngeh ngeh ngeh..:-D

Fid said...

aku speechless

Kata Tak Nak said...

Kalau nak sumpah depa, sumpah la kaw, kaw kalau tidak jangan sumpah. Kalau aku, aku sumpah depa jadi siput babi di Perancis.

lankapo said...

dud,
takziah lah atas kehilangan laptop ko. aku pun en sukun yg bgthu. Petronas kat federal belah mana dkat shah alam tu ker sebelah seksyen 15 ek

wa pun bru ilang cash duit gaji wa.bulan lepas. atas kebangangan wa. Bawak cash banyak sgt sampai tercicir.ai macam2 payment sangkut.kad kredit, astro,semua call ai tension aku.

mula2 tension jugak, tapi bila tgk baby aku gelak2, terasa ilang segala masalah di kepala.

kesimpulannya, setiap yang berlaku jadikan pengajaran.

Skynett said...

Tumpang simpati. Baru nak mintak e-book free dan yang hang "TERBELI" tu. Punah harapan. Tak pa la..ada hikmah disebalik tu...paling tempat lagi...bleh la beli laptop baru.... bila apartment aku nak dapat fiber PenangFon nih? Bila wei?

Mr. Right said...

tiang lampu,
Tapi denda ilang i.c tak sampai harga laptop. Cuma leceh lah, nak kesana kemari uruskan.

badrul,
Ala... kalau aku nampak pencuri tu pun melalui cctv petronas tu apa aku leh buat? Sekadar puaskan hati je lah.

poyotito's,
Sumpah mandul 7 keturunan? Muahahhaa.. gila kejam ko. Tapi betul jugak, manusia keji mcm tu tak patut ada zuriat.

adar,
Betul, mmg dah takde tempat selamat. Masa aku buat report kat balai polis, polis tu tunjukkan report yg serupa mcm kes aku. Just for 1 day, byk gila. Even dalam kawasan rumah sendiri pun keta kena pecah. Sadis...sadis.

hmn,
Rose mmg selalu betul. Hahaha.. mcm aku jugak.

teek,
Dulu aku mmg ada pakai external hard dics. Alih2 benda tu pulak yg kong. Sakit hati betul. Aku tak mampu nak beli yg mahal2, lagipun bukan aku nak guna yg high performance sgt, secukup rasa sudahlah. Rasa nak beli model yg sama mcm yg ilang tu je. hmmm...

rose,
Detector tu tak wujud. Confirm, alat tu cuma boleh detect wifi signal from laptop yg tidak di shut down kan. Kalau dah shut down, laptop tu umpama seketul besi passive device.

fid,
Wah.. mcm tragedi besar je.

KTK,
Dalam hati mmg ahh aku sumpah seranah maximum. Cuma tak sampai hati lak nak zahirkan di blog ini. Kalau tak, akan penuh dengan makian je la posting ini.

lankapo,
Petronas yg ada KFC sebelah Shell (dulu projet) di federal highway kat shah alam tu la.

skynett,
Hahaha... ala, semua ebook tu useless lah. Aku dah check tadi, cable dah sampai sana. Cuma belum up je lagi link tu. Within 1 or 2 days lah. Nanti dah up dorg akan inform aku. Ko pun leh check kat website dorg.

All,
Surprisingly aku tak sedih atau bengang sangat dengan ketiadaan laptop. Byk juga kerja2 offline di ofis aku leh selesaikan. Boss pun ada offer scheme baru untuk aku beli laptop baru.

cik henr said...

sabar la...ada hikmah tu...dulu tak salah aku la...kat tv rancangan apa tah...dia ckp utk elak kan diorg (maksudku pencuri2) detect laptop tu...ko kaver dgn benda2 contohnya tudung periuk cap buaya kat atas beg sekolah ko tuh...lebih kurang gitu lah apa yg aku dengar kat tv...nk tau periuk cap buaya tu apa tanya rose yg rajin masak...sure dia tau..kan kan

adar said...

dood, alat kesan laptop tu mmg ada la. dia leh kesan signal bateri. tak kira la bateri laptop ke, bateri handphone pun bleh. tutp ke bukak mmg alat tu leh detect.

ala...mcm alat kesan emas gn logam la. walaupun hanya seketul logam yg takder nyawa still ada alat leh kesan dia. btul tak?

tak caya leh tanya pegawai2 yg dah pergi kursus pasal benda ni.bukan semua polis tau pasal rupa dan bentuk alat ni. mostly depa ckp pun pasal ketua balai mrk yg ckp.

alongovtx said...

takziah,kau perlu lebih bersabar.Bersabar sangatlar...

tahniah,kalau harakah bagi direct link ke page aku rasa bonus awal tahun untuk akubetul.com

alongovtx said...

sorry bukan page aku tapi akubetul.

sukun said...

ya!!karma..buat jahat dibalas jahat..
tu baru balasan dunia tu.

rose said...

encik sukun..
ape maksud ko 'Buat jahat dibalas jahat'?
ko nak cakap yg incey akubetul ni suka buat jahat ye?
tang manelaaa jahatnya tu ek?
sepanjang aku kenal dia..suke tolong org adela ..sbb tu aku sayang kat dia..
tp org buat jahat/dengki/busuk ati kat dia banyak..

suppose..time kawan kita sedih..susah ati..kita bagi moral support..hmm..ntahla..tak paham aku...

lankapo said...

haha ada tunang backing la plakk

haha
en sukun kenal en akubetul dari sekolah menengah lagik :)

rose said...

lankapo,
if ur wife tak backing dari blakang..agak2..camne rasanya ek?

ooo ye ke dari skolah menengah..surprisenya..ngeh ngeh ngeh..

lankapo said...
This comment has been removed by a blog administrator.
rose said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

Dah2. Jangan jadi budak2. Dewasa la sikit.

Rose,
Thanks...:)

piye said...

dood..
aku dengar alat tu wujud dia boleh detect device yang elektronik ni so kalu. kalu ko tgk cite csi ke ape ke yg diorg selalu cari barang2 besi ke ape ke kan ke dia bole detect kang so .. aku dengar mmg ada barang tu sbb dia bole check brg elektronik n yang ade chip nie..so maybe sbb tu le dia bole detect.. tu yg aku dengar org cite..

tp kalu ada pun mesti barang tu mahal so possibility pencuri picisan ni ada device tu rendah le
kecuali ada sindiket

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
sukun said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Mr. Right said...

kepada sesiapa yang rasa tak perlu untuk komen di sini..aku harap tak payahla buang masa untuk pos komen-komen korang yang tak berfaedah..tak datang blog aku terus pun takpe..aku tak rugi apa-apa

sila baca AMARAN kat atas tu
kalau tak paham jugak, mmg sah tak sekolah!

AC said...
This comment has been removed by a blog administrator.
MR. said...

kali ke-2 kehilangan barang akibat kelalaian sendirik ... nampaknya ko mmg tak amik pedulik nasihat org ...

dulu hilang handphone sebab leka sangat berkasih sayang di intekma resort ...

jangan dok salahkan org lain kalo diri sendirik tak amik pengajaran ...

Sewa Laptop said...

Selamat sukses dengan laptop barunya :)

Sewa Laptop said...

Dell Vostro, Laptop yang cantik.

Rental laptop said...

selamat atas pembelian laptop baru anda jadi anda tidak perluRental Laptop
atau
Rental Komputer
dan bisa langsung kerja

faranisha said...

salam...
saya baru hilang laptop di pejabat..semestinya budak pejabat yang ambil...saya beli tak sampai sebulan..sedih sangat...hutang ngan courst mammoth lg tu.. yang peliknya, masa makan kat bilik pantri pejabat, saya terjumpa bateri laptop saya yang hilang tu kat tempat sampah...oh..apakah dosa saya pada mereka... telefon sya n give motivation... 013-7279159

jom jalan2 pi melaka..! said...

kata orang tua2 semua kejadian ini ada hikmahnya, biasanyanya kejadian barang hilang berlaku untuk hapuskan dosa2 manusia or jika x manusia bayar zakat or x buat bebaikan...

sabar jerlah ni semua dugaan Ilahi..

wahyoe dul said...

Semoga laptopnya awet tidak rusak-rusak, bisa bermanfaat yach..

Joko susetyo said...

Kalau rusak lagi beli komputer aja, gk usah laptop, mahal kan?

Total Pageviews

. page counter