Thursday, February 28

Industry Rasuah Malaysia

Yup, rasuah di Malaysia telah menjadi satu industri yang semakin berkembang pesat. Merata-rata kita boleh lihat percambahan aktiviti rasuah.

1. Semua pengguna jalan raya pernah atau sekurang-kurangnya tahu cara untuk merasuah polis traffik.

2. Bila sebut je tender kerajaan, ramai orang akan kaitkan dengar rasuah. Pembekal atau syarikat trading tahu hampir mustahil untuk menang sebut harga atau tender kerajaan tanpa memberi ‘duit kopi’. Not to mention banyak urusan ‘direct nego’ yang senang-senang diaturkan.

3. Semua atau hampir semua ahli UMNO tahu semasa persidangan pemilihan agong UMNO di PWTC, akan berlaku pemindahan wang bernilai puluhan juta ringgit. Ini bukannya satu rahsia. Semua pewakilan tahu hal ini, bergantung kepada sikap mereka samada untuk terlibat atau tidak. Cara mereka bercerita kepada aku umpama ianya satu aktiviti yang sihat dan digalakkan.

4. Banyak lagi badan penguatkuasa kita terkenal dengan gejala rasuah. Kastam, JPJ, Puspakom even Jabatan Pendaftaran Negara dikhabarkan terkena penyakit ini.

Ini membuktikan sememangnya aktiviti rasuah di Malaysia semakin mendapat tempat dalam masyarakat kita.

Persoalannya sekarang how to reduce or to eliminate this problem if possible. So, posting ini adalah cubaan aku memberikan jawapan kepada masalah yang menghantui kita semua, sama seperti posting Cetak Rompak, Keruntuhan Akhlak Remaja dan Kempen Keselamatan Jalanraya. Most of the idea are simply jokes but some I believe boleh digunapakai.

Here my idea to solve masalah rasuah di Malaysia:

1. Improve BPR Function.
Jadikan BPR sekuat Polis Diraja Malaysia atau Angkatan Tentera Malaysia. Wujudkan balai pencegah rasuah di setiap kawasan perumahan, disetiap kawasan perindustrian, di celah-celah bangunan kerajaan, dimerata tempat. Ramaikan anggota mereka, berikan mereka senjata, latih mereka seperti melatih tentera atau polis. Gubal undang-undang baru untuk menaiktarafkan fungsi mereka. Letakkan wakil ‘tentera’ pencegah rasuah ini disetiap banggunan kerajaan, balai polis, pejabat JPJ. Selitkan mereka didalam perhimpunan agong UMNO, dalam mesyuarat ahli majlis pihak berkuasa tempatan. Dalam erti kata lain, biar semua orang boleh nampak ‘tentera’ ini dimerata-rata, sama atau lebih jumlah daripada anggota polis. Setidak-tidaknya ini boleh melahirkan gerun dihati pengamal rasuah sedia ada.

2. Naikkan Gaji Menteri.
Kita semua tahu industri rasuah berkembang maju kerana ada sokongan diperingkat atasan sehingga ke peringkat menteri. Come on, lihat sahaja perbelanjaan seorang menteri dan try compare dengan pendapatan mereka. Tally tak? So, aku rasa jika kita naikkan gaji menteri ke angka yang cukup tinggi, mereka tidak akan menyokong aktiviti rasuah dan ini sedikit sebanyak akan mengurangkan gejala ini diperingkat akar umbi. Aku bayangkan kita memberi gaji setinggi RM 1 juta sebulan kepada perdana menteri, RM750 ribu kepada timbalan perdana menteri dan RM500 ribu sebulan kepada para menteri dan menteri besar. Mungkin bunyinya nampak mengarut atau melampau, tapi percayalah aku rasa ‘perbelanjaan’ perasuah setiap tahun lebih daripada itu. Dan semua ‘perbelanjaan’ ini akan dikenakan kepada semua rakyat secara tidak lansung. Fikirkan dimana kerajaan ambil duit untuk membayar sesuatu tender yang bernilai jutaan ringgit setelah dijangkiti oleh aktiviti rasuah. Aku sekadar memberi contoh pembayaran tender, padahal hampir segala jenis pembangunan oleh kerajaan melibatkan nilai rasuah yang amat tinggi. Ini bukan tuduhan melulu, fikirkan secara detail dan korang akan setuju dengan aku.

3. Islam
Sebagai orang Islam, aku percaya keagungngan agama aku mampu untuk memberi jawapan kepasa masalah ini. Majority penerima rasuah yang bekerja dengan kerajaan adalah orang Melayu. Mungkin kerajaan patut sedarkan mereka dengan kempen secara besar-besaran. Arahkan mereka pergi mendengar ceramah agama, anjurkan aktiviti keagamaan, edarkan risalah keislaman dan sebagainya. Sedarkan mereka pendapatan haram dari rasuah akan membawa mereka ke dalam neraka jahanam. Tidak berkat memberi keluarga mereka memakan makanan daripada duit rasuah. Juga sedarkan kepada semua pemberi rasuah yang mereka juga mendapat tempias dosa yang cukup besar dengan memberi rasuah. Jangan gunakan hukum akal untuk melepaskan diri.

4. Tingkatkan Penguatkuasaan.
Standard idea la ni. Tapi aku cadangkan yang lebih radikal. Beratkan hukuman kepada pesalah rasuah. Hukum bunuh pun tak pe. Atau arahkan keseluruhan keluarga dia dibuang negara. Campak kat pulau mana-mana. Ingat, bukan sahaja hukum pesalah, tapi keseluruhan keluarga dia patut diheret sama. Baru mereka takut. Juga hukuman kepada pemberi rasuah juga patut lebih diberatkan berbanding kepada penerima. Pemberi rasuah mungkin patut dipotong tangan atau at least potong jari.

Sebenarnya penyakit rasuah ini sudah cukup teruk di Malaysia sehinggakan kita semua sudah menerima kehadiran ia dengan senang hati. Kita salahkan BN kerana harga barang naik, petrol naik, tol naik, kehidupan semakin sukar. Sebenarnya ini semua banyak disebabkan oleh penyakit rasuah. Contohnya, jika kos pembinaan highway tidak terlalu tinggi dek kerana rasuah, nescaya pihak konsesi tidak perlu naikkan harga tol untuk dapat semula modal besar yang mereka keluarkan. Cuba fikirkan, dari pembelian tanah, pembekalan kelengkapan, pemberian kontrak dan sebagainya tentunya dipengaruhi oleh rasuah. Jika ditolak 'kos rasuah' dalam pembinaan sebuah highway, mungkin modal membina highway akan jauh lebih murah dan tol juga mungkin tidak semahal sekarang.

Sedang sedap aku menaip, bos pula telephone ajak pergi meeting. Aduhai… So, aku stop disini.

Aku perlu nyatakan, segala tuduhan rasuah yang aku sebut diatas purely base on my verbal communication with friends and family. Also almost all adalah from my own assumption. Aku tiada bukti nyata dan tiada hak sebenarnya untuk menuduh mereka. Use your wise judgement to read and understand what I try to say. Kepada yang tidak boleh terima simply assume aku berbohong.

Bak kata Ahmad Nabil dalam rancangan Raja Lawak Astro musim ke 2:

Luuu fikir la sendiri…!

22 comments:

kangaroo said...

Berkerak jugak otak nak pikir mcm mana nak selesaikan masalah rasuah. Peluang merasuah memang cerah. Aku baru dioffer seseorg untuk merasuah seseorang. Term yg mereka gunakan bukan rasuah tapi komisyen.Competition dlm sesebuah projek bukan berdasarkan kehandalan company itu sendiri tapi kehandalan merasuah dan kadang2 tu siap suruh bid plak.Ceh! Malas..
Pilihanraya nak dekat,aku mmg bersemangat nak baca benda mcm ni. Teruskan usaha Mr. Right!

Anonymous said...

betul jgk apa mr right ni ckp. byk mslh yg berpunca dari rasuah. contoh hiway tu tepat betul. kalau modal bina hiway murah mungkin tol akan murah gak. modal murah kalau pembinaan takde libat rasuah. tepat.

tiang lampu said...

dh lama aku tk komen

hehee,option hukum satu keluarga tu memang best. aku sokong.

MR. said...

Cadangan agak leceh nak buat! BAnyak keje dan menyusahkan ...

Pada aku senang jer ...

Keluarkan je BPR dari Jabatan PErdana MEnteri ...

Letakkan BPR di bawah kuasa Yang Dipertuan Agong ...

So, BPR akan lebih berani bertindak kerana kuasa mereka adalah direct dari YDPA ...

Bila BPR dah boleh cantas org2 atas yang rasuah termasuk Perdana MEnteri sekali pun, so org2 bawahan ni mesti takut nak buat rasuah ...

Sekarang ni, BPR dengan MEnteri BEsar pun takut nak amik tindakan!!

tiang lampu said...

aku baca balik post ni, option bagi naik gaji tu, baik tukar bagi rendah harga2 barangan. eheheh. takkan menteri2 je senang dpt gaji lebih.. kesiaaan orang bawahan (mcm aku ni), terpaksa berhempas pulas keje nk gaji supaya boleh membeli/membayar. orang bawahan ni lagi la nnt makan rasuah. yang bawah pincang, yang atas lagi la patah.

nasir said...

Rasuah?

kasi pancunggg je sama itu org.
Takkan aman la sape2 yg mkn rasuah ni. Benda bukan kecik. Besar Dosanye OooOOO..

Anonymous said...

mr.
Aku rasa kau kaki rasuah.

mr. right,
great blog. teruskan.

Bunga said...

Merasuah dan dirasuah.
Aku suka Merasuah anak-anak buah aku time derang nangis or merajuk.
Okla tu kan. Merasuah budak2.Hoho.
Tapi kes2 besor tak penoh la pulok teman bagi rasuah. Nauzubillah.

Tapi aku dgr drpd kwn2 aku, derang ni cakap2 bab merasuah polis cam perkara biasa plak.
Heran teman. Tak takut Dokser ke?

Ano,
Mr. Tu cari publisiti murahan kot kat blog ni. Hoho. Sian dia. Bolayan je org cenginih.
Takpun kita ikut nasihat nasir, Kasi Pancung Aje. :-D

Mr. Right said...

kangaroo,
Rasuah pun ada bid ye. Bukan bid harga tender, tapi bid nilai rasuah. Fuh... macam sial.

ano,
Thanks.

tiang lampu,
Hukum letak kat pulau the whole family. Bior mereka idup mcm org zaman batu. Singapore punya menteri aku dengar tinggi gila. Salah satu sebab, mereka nak kurangkan rasuah lah.

mr,
Ok gak idea ko. Bijak gak ko ni. Ingatkan ko ni bodoh.

nasir,
pancung apa? Kepala? yg mana satu?

ano,
Thanks.

bunga,
Jgn ajar budak kecik rasuah. Tak baik. Next time bagi ganjaran, bukan rasuah.

zakzak said...

tak silap ada institut baru yg akan menerajui kempen kesedaran anti rasuah ni kat malaysia.
Institut Integrasi Malaysia.

btw, aku setuju yg BPR kena diletakkan di bawah kuasa YDA.skang ni laporan semua bagi ke perdana menteri

x-ad said...

Kalau kat putrajaya polis suka peras ugut couple kononnya ada rakaman cctv yg couple tu buat benda x senonoh..lepas tu ugut nak inform family ngan jabatan agama..walaupun korang mmg x buat apa2 tapi bila nak libatkan family itu yg leceh.lepas tu kena bayar 'denda polis'kalau nak tutup kes..aku dah pernah kena,housemate gfrend aku pernah kena..kerajaan pasang cctv untuk cegah jenayah tapi polis gunakan cctv untuk buat jenayah..selalunya org awam offer ke diaorang yg mintak? ayat standard yg polis belajar masa training cara2 nak minta rasuah."saya boleh tolong awak,tapi awak pun kena tolong saya"..

Anonymous said...

Berani kerana benar. OK

kepada
DBKL
daripada
BADAN KEBAJIKAN KAKITANGAN MELAYU DBKL


Hasil kutipan dari derma untuk iklan dalam majalah badan BKMDDBKL

50% - untuk PRO ( yang membuat panggilan )

15% - untuk persatuan

Rm1000 - untuk pegerusi BKMD DBKL
(setiap bulan)
Rm200 - untuk semua AJK
(setiap bulan)
selebihnya untuk RSA

kalau nak tahu PA (gf) dia bg tau pd aku. Bacalah Ruzaini Sieh Abdullah blog. Lu fikirlah sendiri

Anti Rasuah said...

OOO biar betul.

Contohnya kan:
Penderma bagi:RM1000
Pro : RM500
Persatuaan : RM75
RSA : RM425

Patutlah kaya raya. Kesian persatuan hanya dapat RM75.

Rasuah Dunia said...

Terima kasih kerana telah bagi aku sumber inspirasi untuk menulis di blog

Berani kerana Benar said...

Berani kerana Benar. Hang dah buat blog ni orang nak buat comment dan news tentang pengamal Rasuah ni hang kenalah baca.

Anonymous said...

tentang DBKL aku malas dah terlalu banyak sangat coruptionya tu. Ia lah pekerja nya kebykkan bergaji kecil. Bila ada lubang sikit hanyut le

Anonymous said...

aku pun dah malas tgk org yg tak berusaha cari duit sendiri. makan rasuah, buat ape?? tak takut ke dengan hukuman di akhirat nanti? kenape malas sgt tu??

uncle said...

Jangan kerana bergaji kecil kita ketepikan dosa dan pahala. Tutup mata asalkan kita hidup senang. Maksiat rasuah merata rata.

Anonymous said...

Hello! Can you tell me how i can register mail at google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com

Anonymous said...

Hello! Can you tell me how i can register mail at google [url=http://google.com]google[/url] http://google.com

Anonymous said...

mr right, tui right sangat ke kau ni roy? manusia munafik dan perangai tak ubah macam azazil mudah mudahan cepatlah lingkup rsa mkn duit haram

Anonymous said...

last few days our group held a similar discussion about this subject and you point out something we have not covered yet, appreciate that.

- Kris

Total Pageviews

. page counter