Monday, March 24

Kesimpulan Pilihanraya Umum 12

Notice: Panjang… aku tulis masa weekend.

Back to politic. Sikit je lagi. Sort like a conclusion to 12th general election. Aku just nak listkan WINNER and LOSER of just concluded election. This list from my point of view, again kalau ada yang tak puas hati… lantak korang lah…!

WINNER

1. Rakyat.

Or should I say majority of rakyat semenanjung Malaysia. Although BN still managed to wins majority of Parliament seats, we knew most of those seats came from Borneo. Here, in peninsular majority menolak Barisan Nasional. Kita sebagai rakyat telah menunjukkan kuasa kita. Kita tidak lagi mahu pemimpin yang kurang ajar, pemimpin yang tamak, pemimpin yang malas dan pemimpin yang kita rasa tidak layak jadi pemimpin. Now government in particular Barisan Nasional sedar rakyat Malaysia tidak mudah diperkutak-katikan lagi.


2. Opposition Parties.

In parliament they still consider as oppositions, right? Without doubt, all PKR, DAP and PAS leaders hardly stop smiling from 9 March 2009 onwards. Denying BN 2/3 parliament majority and capturing 6 states including KL just like a dream come true for Guan Eng, Anwar and Hadi Awang. Although the wins come with more responsibility and challenge, at least now they have something in the hand that they can work with and ‘walk the talk’.


3. Alternative Media.

I’m referring to blog, website and one of the most powerful communication tool, SMS. Melawan media arus perdana yang mempunyai akses ke jutaan minda rakyat Malaysia bukanlah satu usaha yang mudah. Setiap hari di kaca TV, di newspaper even di iklan Yahoo Mail kita boleh lihat duit Barisan Nasional ditabur serta pengacara dan pembaca berita di TV dirogol mindanya. Tapi pendokong media alternative tidak kenal erti penat, lelah dan dengan tidak kurang rakusnya meneruskan usaha dalam memberikan berita yang mereka rasakan benar dan perlu diketahui oleh segenap rakyat. Just imagine, how almost all Indian rejected BN? Even dalam estate dan ditempat yang pendalaman mereka mendapat berita untuk menolak Samy Vellu and friends. How? Hindraf tidak selalu buat ceramah macam PAS, mereka tidak ada banyak laman web yang bantu mereka. SMS dan mouth-to-mouth communication telah berjaya dengan cemerlang disana.


4. Sistem Diraja
Aku bukanlah fanatic Melayu yang sanjung kerabat diraja terlalu tinggi. Aku cuma gembira melihat Sultan dan Raja Melayu disesetengah negeri handling the critical situation. Di Perak dan Selangor contohnya. Sultan Selangor dan Raja Nazrin secara bijak mahukan persetujuan bertulis dari setiap Ahli Dun untuk menyokong calon Menteri Besar. Di Perlis dan Terengganu pula Sultan telah memperlihatkan kuasa mereka. Mereka tidak hanya memainkan peranan kecil dalam drama yang ingin dipentaskan oleh ahli politik. Mereka kini sedar mereka boleh jadi pengarah walaupun bukan penerbit produksi.


5. Polis
Aku tidak dengar sebarang tindakan bangang dari polis sepanjang tempoh berkempen atau selepas pilihanraya. Rakan-rakan yang pergi ke bangunan SUK di Shah Alam juga memberitahu FRU dan Polis yang menjaga bangunan tersebut bertindak adil. Tidak sesiapa dibenarkan masuk dalam bangunan SUK. Tidak kira apa juga alasan, hanya setiausaha kerajaan negeri sahaja dibenarkan. Pihak Polis juga tidak mengizinkan perhimpunan yang ingin dianjurkan oleh UMNO di Penang dan Perak.


LOSER

1. UMNO
Walaupun semua party component BN kalah banyak kerusi, namun UMNO merasa bahang yang paling teruk. MIC, Gerakan dan MCA hampir semua pemimpin tertinggi berjanji akan bersatu dan akan concentrate to built their image back. Ong Ka Ting even volunteers not to hold any minister job so he can focus to help MCA. Samy and long time foe, Subramaniam bersalam dan berjanji akan bekerjasama membantu MIC untuk mengembalikan kepercayaan orang India. But for UMNO, bukan sahaja calon popular mereka kalah, tapi pergolakan pasca pilihanraya nampaknya tidak kurang hebatnya. Ramai pemimpin tidak puas hati, Pak Lak tidak dihormati, dan yang penting mereka berani melawan sistem diraja kita. Kalau Ong Ka Ting tak mahu jawatan menteri, pemimpin UMNO berkeris dan bergolok berebut. Mungkin ombak tsunami terakhir kita akan lihat di perhimpunan agong UMNO beberapa bulan lagi.


2. Bekas Menteri Besar Melayu.

Aku maksudkan bekas menteri besar seperti Khir Toyo, Tajol Rosli dan Mahadzir Khalid. Maybe the professionalisms show by Koh Tsu Koon yang membuatkan menteri besar lain looks bad. Koh Tsu Koon dengan machonya facing hundreds of reporters on the result night. Then he acts like a host to Lim Guan Eng bila musuh politiknya itu datang ke pejabat menteri besar dan bila pergi ke upacara angkat sumpah. Tsu Koon tidak pernah lari dari media. Aku tidak pula melihat bekas menteri besar Melayu dari Perak, Kedah dan Selangor melakukan perkara yang serupa. Khir dikatakan menghilangkan diri beberapa hari sehingga tercetusnya sms lawak untuk mencari beliau. Malu sangat ke? Teruk sangat ke untuk mereka bertindak seperti Tsu Koon dan menerima kemenangan parti lain? Bak kata kawan aku, kalau Khir, Tajol dan Mahadzir benar-benar anak jantan Melayu mereka patut tunjukkan kejagohan kalau tidak, potong dan simpan saja anu masing-masing. Shahidan dan Ideris Jusuh lagilah teruk, rakan separti pun dia tak boleh terima.


3. Suruhanjaya Pilihanraya
Walaupun pasukan aku sokong menang, aku tidak percaya pengadil kali ini bertindak seadilnya. SPR masih belum jelaskan beberapa isu penting. Kenapa mereka baru sedar penggunaan ink tidak diwartakan dalam perlembagaan? Pengundi berumur seratus tahun yang ramai sehingga pecah record dunia. Khairy tiba-tiba boleh mengundi di Rembau sedangkan dia pengundi berdaftar di tempat lain beberapa bulan sebelumnya. Kenapa petugas pilihanraya tidak serahkan borang 14 kepada agent Cikgu Bad di Rembau? Kenapa jumlah pengundi DUN dan Parliament tidak sama?


4. Pak Lah
Pusing ikut belah mana sekalipun, aku tidak boleh lari dari melihat Pak Lah antara biggest loser dalam PRU 12. Dia gagal dapatkan kepercayaan, kerjasama dan pengaruh dari segenap lapisan ahli UMNO dan BN. Selepas pilihanraya nampaknya beliau semakin goyah. Mungkin benar kata sahabat aku…



Tunku Abdul Rahman – Bapa Kemerdekaan





Tun Abdul Razak – Bapa Pembangunan






Tun Hussein Onn – Bapa Perpaduan






Tun Dr Mahathir – Bapa Pemodenan





Datuk Seri Abdullah Ahmad Badwi – Bapa Segala Loser…!



Harapnya tiada lagi berita-berita menarik pasal politik yang aku terpaksa komen. Seriously dah malas…

14 comments:

zen non said...

kutintakan persinggahanku di sini untuk menyalurkan maklumat berikut:
tajuk video: 10 tahun sebelum merdeka
(maklumat yang tercicir dalam buku sejarah) Hartal!!!
http://www.youtube.com/watch?v=s...ex=0& playnext=1

sila tengok sehingga tamat 4 bahagian, sesuai ditonton oleh penyokong pembangkang, penyokong kerajaan dan yang di atas pagar.

Anonymous said...

to zen non,

aku rasa adress yg kau bagi tu silap kot. aku dah try banyak kali tapi x dpt. Boleh recheck balik x?

thanks.

tiang lampu said...

Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Tunku Abdul Razak - Bapa pembangunan

Tunku Hussein Onn - Bapa perpaduan

Tun Dr Mahathir - Bapa pemodenan

Dr Seri Abdullah Ahmad Badawi - Bapa mertua khairy..

Anonymous said...

Salam Semua,

Mereka lupa bahawasanya KeBawah Duli Tuanku Sultan Terengganu apabila MURKA boleh mengenakan tindakan BUANG NEGERI kepada Idris Jusoh. Maka secara SAH Idris tidak akan dapat menjalankan tugas sebagai MENTERI BESAR.

AAB, GANI PETAI, NAJIB, ZAID IBRAHIN, KUNANG + 23's Stooges FAHAM KE ATAU TIDAK???

Anonymous said...

Salam Semua,

Mereka lupa bahawasanya KeBawah Duli Tuanku Sultan Terengganu apabila MURKA boleh mengenakan tindakan BUANG NEGERI kepada Idris Jusoh. Maka secara SAH Idris tidak akan dapat menjalankan tugas sebagai MENTERI BESAR.

AAB, GANI PETAI, NAJIB, ZAID IBRAHIN, KUNANG + 23's Stooges FAHAM KE ATAU TIDAK???

Ipoh Lads said...

Saya rasa ade baik dan buruknyer yg kite dpt through PRU ni.Yg buruk ialah, saya rasa hak2 Melayu keatas tanah Melayu akan tergugat. Sebab ade leader yg memperjuangkan kesamarataan hak, which i think totally not encouraging, specially bila fikir tentang sikap orang Melayu sendiri.Sad but true.Tapi ini adalah sesuatu yg patut diambil menjadi teladan oleh pemimpin2 parti Melayu dan mungkin apa yg bakal berlaku in another 5 year patut dijadikan teladan utk rakyat Melayu sendiri. Saya harap jangan la sampai azan pun tak bole berkumandang lagi, sedangkan DEB yg terlalu byk membantu Melayu di Penang pn diniatkan utk dihapuskan...then later, wat left for us???
And good point is, this is like a tsunami, to clear all the corrupted people and hopefully the new head will improved.Which not for themselves but mainly for the civilians.
Lets just wait another 5 years...

p/s : It's so disappointing Perak fall to DAP..

AC said...

To Ipoh lads...

BERNAMA dah minta maaf kat Lim Guan Eng sebab tersalah quote statement. BERNAMA siap issued official letter lagi.

Sebenarnya Lim Guan Eng kata, mana-mana hiccup atau benda tak elok dalam perlaksanaan DEB di Penang akan dihapuskan seperti rasuah, kroni, direct nego bla bla .... Benda tu nak dihapuskan bukannya DEB.

Kalau betul DEB dilaksanakan dan berhasil, kenapa nasib orang Melayu kat Penang tetap tak terbela nasib dia. Jangan kata sebab pangkah roket ya.... dah berbelas tahun di bawah pemerintahan dacing kenapa nasib dia orang mcm tu jugak.... kesian tau... Mcm kat T'ganu.... rupanya mempunyai kadar kemiskinan tertinggi di M'sia (yang ini audited data ya... bukan data bloggers)walaupun lama di bawah pemerintahan dacing except for one term bawah bulan.

p/s - Sorry ya the above statement is freem from any political issue.

rose said...

Aku, Sebagai rakyat terengganu...malu sgt2 ngan org2 yang melanggar perintah Sultan.

Kang kene TULAH..tahuler camno ghasenye. Aku respect sultan aku..Sultan Mizan...sbb ade pendirian..Apa yang dia buat ade sebabnya. If Si JE (Pemilik Jusoh Enterprise, Bukan yg penyakit dari BABI tu ye...) tu bagus..takde sebab Sultan Mizan untuk tidak melantik dia kembali..dari pengamatan aku..Si JE ni banyak perabih duit rakyat kot. Dah dekat2 nak PRU12..di isytiharnya TERENGGANU sebagai bandaraya..bagi aku tak layak lagi terengganu untuk bergelar bandaraya...satu lagi..tu ha. Masjid Kristal..aku raya bewok ngan kera je duk lepak2..sbb nak g solat kene g naik bot penambang. tambang satu hala rm2.50..5 waktu solat...rm25.00..OMG!

hhuurmm..aku malu if org sekitar aku cakap pasal krisis di terengganu...kalau aku balik kampung, tak pernah terlintas kat kepala aku nak puji pembangunan yg tidak terancang di terengganu...hurmmm

Nasir said...

Ipoh Lads,

"..saya rasa hak2 Melayu keatas tanah Melayu akan tergugat..."

A: YANG GUGAT TANAH RIZAB MELAYU UMNO BUKAN DAP-Contoh: WPI,singapura (yg dijual umno)Tanah wakaf PP,etc...

Hak orag Melayu & Bumiputera dah dijamin dlm perlembagaan...Perlu difahami, bukan UMNO atau BN yang jaga hak org Melayu..selepas 50 tahun, mereka terbukti gagal menjaga 'hak' itu...

DAP jadi ancaman? tak terbukti lagi...kita tunggu dan lihat dulu..jgn mengadili terlalu awal..Tp seingat saya Guan Eng tu pernah dipenjara sebab memperjuangkan gadis melayu yang dirogol pembesar umno...!!!

Orang melayu kena ingat...survival org melayu ditentukan oleh kematangan mrk handle 'politik'...melihat suasana semasa, umno nampaknya jauh dpd tahap itu. MCA & gerakan nampaknya lebih matang sikit...

sama-samalah kita belajar. Klu ditakdirkan ada yang jadi leader suatu masa nanti, toleh-tolehlah ke belakang..rajin-rajinlah sikit baca buku sejarah supaya kesilapan lama tak diulangi...pemimpin kita sejak dulu dah banyak sangat buat silap sampai singapore pn 'dilelong'...!!!

zen non said...

yeke, salah address ke..aiseh.. ko pegi check kat youtube.. taip 10 tahun sebelum merdeka. konfim ada..
tengok la..mmg bagus..sbb tu beria-ia aku suruuh korang tgk.

zen non said...

yeke, salah address ke..aiseh.. ko pegi check kat youtube.. taip 10 tahun sebelum merdeka. ada 4 episod sumer..konfim ada..
tengok la..mmg bagus..sbb tu beria-ia aku suruuh korang tgk.

myexin said...

hi sume..aku baru je terjumpa blog nie..salam berkenalan...

ipoh lads: aku rasa pendapat itu ada betulnya..orang melayu kena mempertahankan hak-hak orang melayu tapi aku rasa selama aku idup ni yang banyak mengurangkan hak orang melayu pun pemimpim kita jugak..yang sudah barang tentu berbangsa melayu..

nasir :aku setuju ngan idea yang kata "Orang melayu kena ingat...survival org melayu ditentukan oleh kematangan mrk handle 'politik'..." selama ini, dah 50tahun..BN memerintah..kita dah tengok hasilnya..
lepas ni kita tengok kat 5 negeri plak..apa hasilnya..
aku sesangat yakin jika kita memilih DAP,PAS @ PKR pimpin selama 50 tahun pun..hasilnya tetap sama..kronisme,korupsi dll...
jadi semuanya kembali pada kita..adakah kita telah membuat pilihan yang bijak??

Mr. Right said...

zen non,
Thanks for the info. Aku dah pernah tgk video tu.

tiang lampu,
Macam dalam forwarded email.

ano 1,
UMNO ingat mereka lebih power dari raja.

ipoh lads,
Setuju, MUNGKIN hak orang Melayu di Penang akan disekat. Tunggu dan lihat lah.

AC,
Thanks for the info. Ko orang BN kan?

rose,
Setuju...setuju dan setuju.

nasir,
Thanks, aku pun baru sedar benda ko ckp tu.

myexin,
Survival orang Melayu bukan HANYA pada politik. Tolong jgn pandang rendah dengan businessman Melayu, cerdik pandai Melayu dan sistem diraja kita. Our faith not totally in politician's hand.

tegx said...

Tunku Abdul Rahman - Bapa Kemerdekaan

Tunku Abdul Razak - Bapa pembangunan

Tunku Hussein Onn - Bapa perpaduan

Tun Dr Mahathir - Bapa pemodenan

Dr Seri Abdullah Ahmad Badawi - Bapa Koridor

Total Pageviews

. page counter