Wednesday, March 19

Laptop Baru Aku

Akhirnya aku beli laptop baru… hooreey…!

Ini rupa laptop baru aku.


Ini pula rupa laptop lama aku yang hilang dulu.

Hahahhaa…. Sama.

Aku pening memilih, ada macam-macam brand. Spoiled with choices. Malas nak peningkan kepala dan membuang masa, aku just pilih sama brand, same model, slightly lower price with few added features. Not bad la kan.

Memang ada macam-macam brand laptop dipasaran sekarang. Selain dari brand yang sudah famous macam HP, Compaq, Acer, Dell dan Fujitsu ada macam-macam brand yang pelik-pelik lagi. Aku ingat Toshiba dan Panasonics cuma buat mesin basuh dan peti sejuk je, rupanya laptop mereka pun popular juga. Tak kira lagi brand-brand cap ayam (aku rasa) macam BenQ, Ftec, Gateway dan macam-macam lagi. Aku yang buta I.T ni memang pening lah. Aku cuma nak Intel Core 2 Duo yang aku tak berapa faham pun apa maksudnya, then 2 Gig RAM sebab nak laju. Itu sahaja…pasal specification lain memang aku tak ambil peduli sangat sebab aku tak tahu.

So, hasilnya aku ambil semula Dell Vostro yang aku rasa kemas, tak berapa berat, simple dan yang penting tak mahal. Kalau diperhatikan betul-betul, laptop lama dan baru aku ada satu perbezaan yang jelas.


Yes, ada camera… so, lepas ni aku boleh berchatting dengan gadis-gadis cun sambil bangga menunjukkan wajah aku. Hahahaha… Ataupun bolehlah aku buat rakaman video peribadi depan laptop… Menarik…menarik. Seriously aku tidak sangat peduli pasal camera, tapi memandangkan officemate aku sedang membangunkan satu laman web yang cukup menarik, aku cari juga laptop with built-in camera. Website tu umpama youtube + blogspot. I can’t reveal more, but ianya bakal menjadi sesuatu yang gempak nanti. Guarantee…The fact that it is a local content site, pastinya ia akan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebab ia akan menawarkan perkhidmatan macam YouTube dan blogspot tapi super duper fast. Sound interesting kan?

Terima kasih kepada tunang aku yang benarkan aku guna laptop dia sepanjang aku mencari laptop baru. Terima kasih juga kepada rakan sekerja yang memberi kerjasama semasa aku mengganggu computer mereka jika keadaan memerlukan.

Sekali sekala posting santai sebegini ok juga kan. Tak salah rasanya aku membebel pasal hal peribadi sikit. Walaupun aku ada idea nak komen pasal cabinet baru Malaysia, tapi aku takde mood nak berceloteh benda serious hari ni. At least Pak Lah 'mendengar' keluhan rakyat dengan membuang menteri-menteri yang penuh dengan kontroversi. Rata-rata ramai percaya ianya kabinet yang clean, except for Menteri Pertahanan dan beberapa portfolio lain, mungkin.

8 comments:

NASIR said...

.....Website tu umpama youtube + blogspot. I can’t reveal more, but ianya bakal menjadi sesuatu yang gempak nanti. Guarantee…The fact that it is a local content site, pastinya ia akan menjadi pilihan rakyat Malaysia sebab ia akan menawarkan perkhidmatan macam YouTube dan blogspot tapi super duper fast.....::: DOOOD....AKU TAK SABAR TUNGGU YANG NIIII......

MR. said...

memandangkan dah ader camera ni ... boleh la ko buat VBlog plak ... gempak gak!

hmn said...

Mr Right,

Laptop Toshiba dan Panasonic glamer kat Jepun..jangan tak tau..hehhe

rose said...

amboi amboi amboiii...chatting ngan awek???
gateiii

Mr. Right said...

nasir,
Aku silap sikit, bukan macam youtube + blogspot. Tapi sebenarnya youtube + wordpress. Sebab ada 2 pilihan, samada nak gunakan platform secara online atau download CMS yang akan diberi. This will give Vblog away new meaning. But now still under R&D department la. Blom pun pass pada Sales and Marketing. Lambat lagi la kot.

mr.,
VBlog? Malas ahh aku.. walaupun aku tau suara aku sedap, tapi aku takut pronunciations aku out.

hmn,
Mmg ahh.. aku baru tau.

rose,
Gurau... hahahaha...

piye said...

dood,
aku pun ade plan nak beli notebook dell..so takpe nanti aku plak beli notebook dell..ari tu nak rekemen hang pakai dell gak.:D

Fara said...

sronok juga baca org baru beli laptop. mcm cerita budak2 baru beli patung barbie doll ke, atau beli sponge bob .. mcm tu lah, nice, akak turut gembira you dpt beli laptop baru.

kak fara

en_me said...

sonoknyer ade laptop baru kann, ehehe

Total Pageviews

. page counter