Tuesday, March 4

Maksud Setiap Undian

Again, politic related posting. Sorry, just close the browser if you really sick with this topic.

Last weekend, as usual aku spend time melepak di bilik gerakan BN di tempat aku. Just nak kenal-kenal dengan jiran tetangga. Then, datang seorang pakcik yang claim diri dia ‘neutral’ but start mengutuk BN dan memuji PAS dalam setiap tutur kata. Aku seperti beberapa budak muda yang melepak disana, just ignorekan pakcik ni dan biarkan dia membebel seorang.

Tapi aku sempat curi-curi dengar satu point penting yang dia bualkan. Dia cakap kita akan berdosa jika undi BN kerana… bla...bla…bla.

Malam sebelum tidor aku terfikir semula perkara ini. Mungkin benar kata-kata pakcik tersebut. Maksud aku, mungkin benar kita akan berdosa jika mengundi seseorang yang sudah terbukti zalim dan jahat. Tidak kiralah BN atau BA. Tetapi ianya berdosa kerana kita bersubahat memilih pemimpin yang jahat, memilih pemimpin hanyalah salah satu fungsi atau makna undian kita. Betul tak?

Apakah lagi tujuan kita mengundi selain dari memilih pemimpin?

Ada…. Bergantung kepada keadaan dan niat.


1. Undi Protes.

Calon pilihan kita pernah memungkiri janji yang dibuat pada kempen pilihanraya yang lepas, YB tidak pernah tunjuk muka lepas menang last election atau YB tiba-tiba bertukar karaktor selepas dapat kerusi empuk. Jadi mungkin kita boleh mengingatkan beliau dengan memberi undi protes kepada lawan beliau. Percayalah, setiap calon terutamannya daripada BN akan membuat post mortem yang terperinci. Mereka akan kira undi bagi setiap peti undi. Ini akan reflect tahap
sokongan sesuatu kawasan. Kebiasaannya BN akan kaji juga jika ada sebarang perubahan mendadak dalam corak undian sesuatu kawasan. Segala isu-isu setempat akan cuba


2. Undi Berjaga-jaga.
Kita sedar calon yang kita sokong hampir pasti menang sesuatu besar. Sepanjang berkempen calon lebih banyak habiskan masa dikawasan lain dan hanya menghantar machai-machai dia mengendalikan gerak gempur. Kawasan kita adalah kubu kuat parti calon tersebut. So, possible kita vote lawan beliau. This just to make sure calon favorite tidak menang terlalu besar dan membuatkan dia mengabaikan kebajikan kawasan kita. Sometimes, it’s better to change our place from safe seat title to kerusi panas, supaya perhatian akan diberikan kepada kawasan kita sehingga tahap menteri. Ini juga salah satu point parti-parti pembangkang, mereka berusaha menidakkan 2/3 kemenangan kepada BN.


3. Undi Terima Kasih.

Walaupun kita sedar calon pilihan kita bukkanlah seorang pemimpin yang baik. Namun mungkin
kita memberikan undi kepada beliau sekadar ingin mengucapkan terima kasih terhadap apa-apa jasa beliau kepada kawasan kita atau kepada diri kita secara peribadi. Kita orang Melayu terkenal dengan sifat mengenang budi dan suka berterima kasih. Tidak salah rasanya, so teruskan je.


4. Undi Jaga Perut
Arwah abah aku sepanjang 25 tahun berkhidmat dalam tentera tidak pernah melihat kertas undi. Menurut rakan-rakan dalam tentera dan polis pula, mereka terpaksa mengundi parti yang menjadi pilihan bos masing-masing. Aku tidak tahu kebenaran kata-kata mereka. Kepada para usahawan juga aku rasa undi mereka adalah undi terpaksa. Undi yang terpaksa diberikan kepada sesuatu
parti kerana ingin menjaga perut mereka dan keluarga. Semua orang sedar undi kita bukan rahsia, mereka mempunyai cara untuk tahu siapa yang kita undi. Kan?


5. Undi RM150
Lebih kurang sama dengan Undi Terima Kasih, cuma ini lebih bangang. Kepada so called ‘pengundi luar’, UMNO ada sediakan RM150 sebagai ‘upah’ balik mengundi. Sekali lagi aku tidak pasti kesahihan perkara ini, tapi hampir semua rakan-rakan aku tahu akan kewujudan benda ini dan ramai juga yang pernah menerima ‘travel allowance’ tersebut. Jadi, kesimpulan manusia-manusia bangang yang menerima RM150 tersebut adalah mereka akan mengundi calon pilihan UMNO, kerana UMNO bagi RM150. Bodoh…! Cuba fikirkan, dari mana datangnya wang tersebut? Dari UMNO? UMNO dapat dari mana? Dari ‘sponsor-sponsor? Sponsor ini pula dapat duit tersebut dari mana? Fikirlah lagi jauh… Wang itu bukan datang dari langit. Bengong.

Jadi aku harap rakan-rakan disini sedar, undi bukan simply memilih pemimpin atau memberi kuasa kepada sesuatu pihak. Ada pelbagai lagi makna bagi setiap undian kita. Jangan pandai-pandai jatuhkan hukuman berdosa atau mendapat pahala dengan mengundi mana-mana pihak.

6 comments:

the who said...

aku setuju dgn perkara4 yg ko terangkan. masa kecik2 dulu aku pernah pangkah kertas undi pos bapak aku sbb aku teringin sangat nak mengundi. tapi kena undi BN la sbb kalo tak kena mengadap tatatertib la jawabnya... lagi satu sepatutnya la kan, setiap kertas undi mestilah dilupuskan selepas tamat penjumlahan undi dilakukan dihadapan ejen2 yg bertanding bagi mengelakkan drp pihak2 yg tertentu membuat kajian semula terhadap pola pengundian bg sesuatu tempat ataupun menjejaki/ mengenalpasti pengundi bagi pihak pembangkang. pd masa kini undi bukan lagi rahsia dan mereka pasti boleh trace orang2 yg mengundi pembangkang.

nasir said...

1. Undi Protes: Mmg ade YB2 yg spt ini. Sebelum ari buang undi, bukan main lagi janji2 manisnya! Dah abis, batang idung pon tak nampak.

3. Undi Terima Kasih: Betul tuh. Aku stuju.

4. Undi Jaga Perut: Kesian untuk org2 yang mcm ni. Dimanakah DEMOKRASI yang dilaung2kan? Aku pun tak paham. Takde hak untuk memilih. Perut2 boyot menteri2 jugak la yg kena jaga. Kang tak pasal2 kena buang kerja kan.

5. Undi RM150: YESSS!! ramai balik sbb dapat duit claim tuh. Ha Ha Ha..tapi untuk pengetahuan semua. Tak semestinya yang dapat duit dari UMNO tu pangkah UMNO..ada kawan aku yg mengaku pangkah PAS. Dia cakap dah org bagi. Aku Ambikla. HaHaHaHa.

adar said...

ala dood, dah BN bg RM 150, mik je. tp jgn undi depa. undi je pembangkang. BN bukan leh buat apa2 pun kat aku sbb aku keje sendiri kat internet. Hehe.. kalo kerja gn kerajaan mungkin leh kena pecat kot. ntah la.

Makcik aku cerita, dia mmg mmg dpt duit utk blk pahang mengundi. Pastu masa nak amik duit, org tu siap ajar suruh pangkah BN tp makcik aku bukan bodoh.

dia amik duit tu pastu pangkah pas. duit tu duit rakyat tu, kalo kita tak amik nnt yg lebih akan dpt kat ketua cawangan dan kroni. baik amik pangkah lain cerita.

rose said...

Tensionnye..ari tu abg aku janji nak balik kg..so, ingat nak tumpang dia je balik kg..alih2 dia tak jadi....uurggghhhhhh..tensionnyeeee..!!!
tiket bas dah abis..takleh balik ngundi..huhuhu..:((:((

p/s: Undilah Calon, Bukan Parti!!

Anonymous said...

Pangkah apa saja ..... asal BUKAN BN! Kurangkan kekuasaan mereka.

Mr. Right said...

the who,
Kertas undi dihapuskan. Bernas...bernas.

nasir,
thanks.

adar,
Hahaha... betul2. Hari ini dia bagi kita RM150, esok2 mereka cekik leher kita dengan cukai, tol, harga barang.

rose,
Sian. Jom balik Teluk Intan.

ano,
Aku setuju.

Total Pageviews

. page counter