Thursday, March 6

Pilihanraya Umum ke 12

Kepada mereka yang tidak mendaftar mengundi, tidak mahu buang masa untuk fikir pasal politik. Atau berpendapat semua ahli politik sama busuk. Aku ada pesanan untuk korang semua - Kau bodoh. Sorry, lebih tepat dan indah aku cakap…kurang cerdik…!

This might be my last posting before the election day. I know, no matter what the hell I gonna write it will not effect your choice. I don’t think I’am good enough to influence voters. Sememangnya bukan niat aku tulis blog untuk pengaruhi orang, aku suka-suka tulis, mengisi masa lapang dan dapatkan sedikit side income. Thanks to all the reader, sekarang aku boleh belanja kawan-kawan minum teh tarik hasil dari duit iklan disini.

Tapi untuk memuaskan diri sendiri, aku still nak give some last words regarding PRU 12. Sepanjang berblog memang aku selalu sentuh pasal politic. Sebagai rujukan, jika ada masa terluang, boleh la baca posting-posting disebelah atas, kanan - “Bacaan Sempena PRU 12”. Semuanya berkaitan politic dan boleh dijadikan sedikit panduan.

Selepas pilihanraya umum, secara automaticnya akan berkuranglah cerita politik disini. Nak tulis apa kejadah lagi, pilihanraya bukan berlaku tiap bulan atau tiap tahun. 4 tahun sekali. So, tunggu la beberapa tahun lagi, panjang umur then kita berceloteh pasal politic lagi.

Sempena general election Sabtu ini, aku summarizekan cerita politic di akubetul.com.

Pendirian Aku.
Mungkin ada yang nak tahu dimana aku berdiri. Sebelah BN ke, sebelah Pembangkang ke, atau adakah aku pengecut dengan mengambil kedudukan atas pagar? Aku juga tidak mahu jadi blogger penakut yang konon-konon neutral. Tidak perlu berselindung.

- Aku sememangnya benci dengan semua pemimpin Barisan Nasional.
- Aku menyampah dengan semua anggota parti DAP.
- Aku sokong pemimpin Parti Keadilan Rakyat.
- Aku kagum dengan semua pemimpin PAS, termasuklah Mat Sabu.

Clear dah kot. So, jangan ada orang sibuk email aku dan kutuk. Kononnya aku talam dua-tiga muka. Di tempat aku nanti, ADUN Changkat Jong, PAS vs UMNO dan Parlimen Teluk Intan, MCA lawan DAP. Dah boleh agak kot macam mana aku mengundi nanti.

Harapan Aku.
Harapan Mat Jenin aku mahukan PAS menang majority dan ambil alih pemerintahan Malaysia. Aku bukan alim, jauh sekali layak jadi ustaz. Aku cuma confident pendekatan keIslaman yang dibawa oleh PAS boleh membenteras pelbagai masalah-masalah yang Barisan Nasional gagal selesaikan selama ini. Akhlak remaja, seks bebas, keselamatan jalan raya dan yang terpenting sekali gejala RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA. Aku juga tidak fikir PAS kekurangan cerdik pandai dan pakar ekonomi untuk merencana pembangunan negara. Aku juga rasa sistem pemerintahan Islam boleh digunapakai tidak kira zaman atau keadaan. Jika diterangkan betul-betul, non muslim pun pasti suka.

Tapi itu cuma angan-angan kosong, tidak mungkin PAS menang majority kerusi parlimen. Jumlah kerusi yang mereka tandingi pun tidak cukup. Jadi harapan realistik dari aku:

- PAS mengekalkan Kelantan.
- PAS ambil kembali Terengganu
- PAS mengejutkan UMNO Kedah or least nafikan 2/3 kerusi negeri disana.
- Keadilan dan PAS menang beberapa kerusi di Selangor.
- DAP berjaya malukan Gerakan di Penang.
…dan beberapa tokoh BN dimalukan. Sharizat, mungkin?

Itu sahaja. Dalam erti kata lain, aku mahukan Pembangkang yang lebih kuat tidak kira di Parlimen atau di Negeri. Aku tidak mahu Barisan Nasional sesuka hati mencabul kehormatan kita sewenang-wenangnya. Macam sekarang.

Jangkaan Aku.
Barisan Nasioanl menang besar… macam biasa. Secara detailsnya, segala harapan aku diatas kemungkinan besar tidak jadi kenyataan.

Sekarang, aku ada beberapa soalan ingin aku ajukan kepada penyokong Barisan Nasional. Beberapa soalan utama dan diselitkan dengan penerangan atau soalan sampingan.

1. Tak nampak ke BN memperkudakan RTM, TV3, dan semua media massa?
2. Tak nampak ke BN menyalahgunakan kemudahan kerajaan untuk gerakan jentera pilihanraya mereka?
- Kalau secara terang-terangan mereka boleh melacurkan media massa dan jentera kerajaan untuk kepentingan politik, tidakkah terfikir yang mereka boleh lakukan macam-macam salah guna kuasa lagi?

3. Tak kisah ke korang semua dengan rasuah yang makin bermaharajalela?
- Baca posting ini: Industry Rasuah Malaysia. Untuk tahu kedasyatan rasuah di Malaysia. Secara mudahnya, cuba fikir berapa belanja BN untuk PRU 12 ini? Mana sumber duit tersebut?

4. What the worst akan berlaku jika pembangkang Malaysia makin kuat?

5. Korang semua buta kayu ke tak nampak semua kepincangan dalam kerajaan Barisan Nasional?
- Memang barisan Pembangkang pun tidak perfect. Mungkin mereka pun akan jadi sebegitu teruk jika mereka memerintah atau jika mereka semakin kuat. Tapi jangan lah jadi pengecut dan takut dengan benda yang belum pasti.

6. Adakah korang semua lemah sangat sampai sanggup melihat semua jenis kezaliman semata-mata kerana nak jaga perut sendiri?
- Tidak takut api nereka ke? Jangan halalkan benda yang haram.

7. Tak cukup bukti penyelewengan SPR yang pembangkang tunjukkan? Bagaimana boleh mereka baru sedar penggunaan dakwat tidak diwartakan dalam perlembagaan? Bodoh ke pura-pura bodoh?

8. Tidak sakit hati ke korang semua melihat politik anak beranak, anak menantu dan sedara mara di halalkan oleh UMNO? Ini bukan lagi kronisme, tapi dah KERAbatnisme.
- Kalau orang Pelabuhan Klang pilih menantu Datuk Z, memang mereka buta tuli dan bodoh tahap kerbau..

Ingat, aku tulis posting ini bukan nak pengaruhi orang. Aku nak puaskan hati aku sendiri. Awal-awal lagi aku dah beritahu.

Apa akan berlaku lepas ini?
Kalau harapan aku jadi kenyataan, aku akan kutuk BN maksima. Aku suka, gelak sambil guling-guling. Kalau mereka menang besar pula, aku akan cakap mereka menipu. Standard la, aku kan penyokong parti pembangkang. Apa yang korang jangkakan? Hahahaha…

Kepada semua kaum hawa. Happy woman day. Kebetulan hari wanita sedunia jatuh pada hari pilihanraya. Read my last year entry to find more about International Woman Day (IWD).

http://www.akubetul.com/2007/03/today-is-international-woman-day-iwd.html

Selamat mengundi kepada kita semua yang bijak. (baca 1st sentence of this posting)…



10 comments:

nasir said...

2 Hari lagi. Tetapkan Ati. Mana Calon yang nak diundi. Mana Parti yang nak diundi..............

korang ade terbaca tak pasal KJ menantu Pak Lah kuarkan ayat2 yang aku rasa amat celupar. camni ayat dia:

"sedangkan tuan-tuan dan puan-puan, hari kiamat nanti, semuanya akan hancur. Apabila malaikat meniup sangkakala, segala-gala hancur. Bumi hancur! Laut hancur! Langit hancur! 'BULAN' pun hancur!.
Yang tinggal hanya 'DACING' yang akan menimbang antara dosa dan pahala manusia."
Hmm..aku tak tahu kategori apa lawak KJ ni. Sehingga menggunakan hari khiamat untuk dipersenda2kan dalam ucapan dia. Mmg Bodoh!
Haiii..nak mengundi nih, semuanya keluar..dosa, pahala, hari khiamat..sbelum ni aku tak penah lak dengar kuar dari mulut dia ayat2 camni bila berucap. Yg biasa dengar pasal kemajuan negara, kesepakatan ahli UMNO, agih2 kekayaaan..tu jela kan.
Kalau dia tak berniat untuk mempersendakan hari khiamat takpela..harap dimaafkan. Tetapi, Sekiranya niat dia adalah untuk buat lawak semata-mata nak Mengundi nih..aku rasa cepat2la bertaubat. Org macam ni ka Yg nak dibuat pemimpin?? tuan2 dan puan2 fikir2kanla sendiri..

Wallahualam.

Kata Tak Nak said...

Orang yang ada prinsip dan pegang pada prinsip aku hormat. Tabik!

Terang Bulan said...

Dood, aku setuju ngan ko...
Ko punya brainwave lebih kurang sama ngan aku...
Sabtu malam ahad, sama ada kita rejoice atau kutuk BN kaw2!

Apapun, ada 48 hours utk merayu undi, keep up the effort!

Aku

the who said...

Selamat mengundi, Undilah apa yang tuan2 mahu asalkan tidak kepada calon BN. Moga2 kita beroleh pahala dengan menyokong kepimpinan yang hendak menegakkan Islam dengan berteraskan Al-Quran dan Sunnah Nabi. Wallahualam.

Aku akan pastikan panji2 PAS berkibaran kat kereta aku sepanjang perjalan dari KL ke Kamunting. Takbir!!!

adar said...

hehe... dr ceramah2 yg dianjurkan oleh BN dan pembangkang, jelas rakyat lebih condong kepada pembangkang.

walaupun TV3 gn RTM lapor kononnya ceramah pembangkang tak dpt sambutan, tu semua tipu. ceramah BN yg sebenarnya tak dpt sambutan walaupun mrk panggil artis. hehe...

tp pilihanraya ni kompom BN menang sbb awal2 lg mereka dah rancang nak tipu.

tak logik, korang g tgk ceramah BN atau pusat gerakkan BN. tak meriah mcm ceramah pembangkang atau pusat gerakkan pembangkang tp BN menang.

poll yg dibuat kat forum2 pun jelas menunjukkan pembangkang akan menang. tp bila PRU btul, sebaliknya pulak. dasar penipu la BN ni.

last kater, kalo umno menang kat kelang, tak tau nak ckp pe. nak ckp org klang buta tak logik juga. mungkin berlaku penipuan di klang juga nnt.

AC said...

Bila parlimen dibubarkan maka semua harta milik kerajaan bukan milik BN, Pak Lah or Najib..

Aku tak halalkan duit bayar cukai aku dia orang guna untuk advertisement BN kat TV atau akhbar.

Najib juga tak boleh guna jet/ kapal terbang kerajaan utk kempen mengundi coz he's not entitle anymore.....

AC said...

Nak tambah lagi ... agreed 100% on your posting kali ni ... selalunya skala tak pernah cecah 100%...

Lagi touching pasal sub bullet no. 6.


Takbir.......

Mr. Right said...

Nasir,
KJ tu try to be funny la kot. Lawak akhirat.. bodoh betul.

KTN,
Thanks. Dialog perbualan pemimpin BN yang aku baca diblog kau tidak pernah mengecewakan aku. Damn funny.

Terang Bulan,
Sabtu malam ahad most probably aku lepak ngn budak2 PAS kampung aku. Harap2 dorg ada internet line, boleh aku tgk perkembangan di alam siber disamping dari TV.

the who,
InsyaAllah. Allahuakbar...!

adar,
Siber space memang BN kalah. Tapi aku terfikir juga, most BN supporter mereka diam dan tidak sefanatik penyokong pembangkang. Sebab tu kadang2 kita rasa pembangkang ada chance. But, again.. maybe BN do use dirty tactics.

AC,
Yup... aku pun tak halalkan duit cukai aku digunakan untuk kempen BN. Pedih hati je tgk slip gaji pemotongan cukai, pastu BN selamba guna untuk berkempen. Sial tul.

Anonymous said...

Aku juga setuju yang BN akan menang kali ni. Tapi tak mustahil pembangkang boleh take over. Semuanya kuasa tuhan. BN can do anything, even the dirtiest tactics they have, because they have the power and money. But, tak mustahil PAS and KEADILAN boleh menang banyak tempat dengan senario sekarang. Aku suka cara PAS kendalikan kempen mereka, bukan macam BN, habih semua digunakan semata-mata nak burukkan parti lawan. Rakyat boleh nilaila mana yang baik dan yang keji, jadi terpulang pada diri masing-masing, tanya diri sendiri....you want happiness di dunia saja atau dunia & akhirat sekali?

DeKach said...

Aku suka dengan cara ko menulis dengan pendirian ko. Tapi sedih jer ler psl pendekatan politik ko yang sempit. Well anyway, kita masing2 punya pendapat, apa2 pon, selamat mengundi :).

Total Pageviews

. page counter