Saturday, March 15

Siapa Menteri Besar Perlis?

Ramai melenting bila apek Kit Siang ‘hina’ Raja Nazrin sebab tidak setuju dengan pelantikan wakil PAS sebagai MB Perak. Seluruh Malaya heboh. Blog apek tu down beberapa jam sebab server tak mampu nak tanggung traffic. Kat sini pun kawan-kawan dentam-dentum tinggalkan komen kutuk apek Kit Siang.

Biar aku cuba recap balik apa yang berlaku…

DAP menang 18 kerusi DUN di Perak. PAS menang 6. Then, bila Raja Nazrin lantik wakil PAS jadi menteri besar, apek dari DAP melenting. Nak boikot majlis angkat sumpah. Samaada itu drama atau apek terlepas cakap, tak pasti. Aku rasa marah pada apek, seorang Cina mencabar Raja Nazrin yang aku sayang. Alhamdullilah, masalah di Perak hampir selesai dengan persetujuan DAP Perak menerima wakil PAS. PAS-PKR-DAP juga dah setuju dengan pembahagian exco. Raja Nazrin dengan bijaknya mengarahkan semua wakil PAS, PKR dan DAP tandatangan surat persetujuan. What ever apek dari Melaka tu nak cakap, pergi mampos. Aku makin kagum dengan kebijaksanaan Putera Raja yang baru dapat baby tu.

Cuba bandingkan dengan apa yang berlaku di Perlis…

BN menang banyak kerusi. UMNO yang diketuai oleh ORANG MELAYU menang banyak kerusi. ORANG-ORANG MELAYU ini gagal bersatu untuk sebulat suara memilih seorang wakil untuk jadi menteri besar. ORANG-ORANG MELAYU DARI SATU PARTI YANG SAMA ini gagal mendapat kata sepakat. Raja Perlis keluarkan press release dan melantik seorang wakil BN untuk jadi MB Perlis. Shahidan Kassim yang direject oleh Raja Perlis terus pergi ke Putrajaya dan mengadu macam budak kecil kepada Pak Lah and the geng. Sambil menonton Nightline semalam di TV3 aku geleng kepala. Shahidan dengan confidentnya berkata dia akan menjadi Menteri Besar Perlis. Dia cakap dia sudah dapat ’watikah’ dari Pak Lah. Seolah-olah Pak Lah lebih berkuasa dari Raja Perlis. Utusan cover cerita ini: Md Isa diperkenan Raja, Shahidan terima watikah BN.

Sekarang aku sebagai orang Melayu dah blur. Seorang apek cabar Raja aku, aku marah. Kalau orang Melayu sendiri diketuai oleh Perdana Menteri aku sendiri juga tidak menghormati keputusan Raja. Apa aku nak cakap? Maybe kita boleh kata apek tu dah nyanyok, tua, lupa daratan dan sebagainya. Takkan Pak Lah dan Shahidan Kassim juga dah nyanyok dan lupa daratan. Adakah satu Malaya akan heboh sekali lagi? Adakah semua saluran media akan mengutuk Shahidan dan BN kerana 'lawan' Raja Perlis?

Tahniah kepada Sultan-sultan Melayu kerana tidak hanya mengikut telunjuk ahli politik. Raja Nazrin, Raja Perlis, Sultan Selangor sudah menunjukkan kebijaksanaan mereka dan aku dengar Sultan Terengganu juga akan ‘bersuara’. Sekarang aku dah confident, what ever happen dalam dunia politik bukanlah segala-galanya, aku masih ada Sultan-sultan dan Raja-raja untuk 'berlindung'.


Tahniah dan Daulat Tuanku…!


Kalau apek nyanyok Kit Siang aku namakan kurang ajar, adil rasanya aku cakap Shahidan dan Pak Lah sebagai penderhaka...

Betul tak?

13 comments:

Fid said...

fukuzatsu da naa...

sama2 bangsa dan agama pun bleh gaduh.

haaa
bleh....
penderhaka..kalau zaman kesultanan dahulu sah2 dah kena lah tu!

Anonymous said...

ini yang aku suka dengan penulis blog akubetul.com. tepat dan padat.

mereka memang boleh dinamakan penderhaka.

teek said...

i'm shocked that shahidan made a statement of "kalau orang lain tak hormat parti, tak hormat umno..siapa lagi?" bloody hell. terer nye mamat ni insulting sultan perlis. and whining summore! "presiden parti sudah berikan watikah perlantikan kepada saya". my goodness, budak tadika pun tak whining mcm dia. and he asked the headhonchos of his party to negotiate with the sultan?

i wish and hope Sultan stood his ground.

Ditaur said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Skynett said...

UMNO dah tak betul la.... apa depa nak buat pun tak tau la. Macam kat Penang ada kat patut suruh tarik balik semua project termasuk rapid penang yang dah jadi tunjang penangkuatan kat PENANG ni. 1 hari stop lumpuh penang. Mana relevant nya UMNO ni. Sepatutnya duduk bincang macam mana nak selesaikan masalah perut boyot depa yg penuh dgn duit rakyat selama ni dan kini tak dak lagi. ni tak, nak menjahamkan melayu lagi. dok buat demo kat sana sini. tunjuk berani. kalau la ada orng cucuk yg lagi satu side...tak ka gaduh....boleh jadi bunuh2 ni...

rose said...

Rasa mcm tak percaya je..tapi betul la kot..PAK LAH pon dah nyanyuk. AKu ingat UNKEL KIT je nyanyuk n kurang ajor...huhuhu...

apola PAK LAH nih..jadi penderhaka kat SULTAN..nak kene TULAH ke?
kang Sultan sumpah..jadi kodok baru tahu..uhuhu..

before this my respect toward PAK LAH is half..but now..its turn to ZEROOO...00000!!
Yeehaa...Zorooo..XoXo!

Mr. Right said...

fid,
fukuzadsu tu apa? Kau jgn ckp jepun sini, mana ada org faham. Hahaha...

ano,
Thanks.

teek,
Yup, confirm Raja Perlis will elect Md Isa Sabu as Menteri Besar Perlis. Confirm Shahidan akan menangis kat kali Pak Lah nak juga jawatan MB.

skynett,
Aku pun tak faham org2 UMNO ni. Ali Rustam pun sarankan project2 mega di negeri pembangkang dibatalkan. Apa kejadahnya? Nak balas dendam? bengong. Tak professional lansung. Koh Tsu Koon relax yang cool dan minta kerajaan persekutuan teruskan agenda di Penang.

rose,
Pak Lah disumpah tak boleh pejam mata. Hahahhaa... terbeliak je. Padan muka dia.

joesh said...

aku nak kata aku seorang cauvinis melayu..yup..memang aku cauvinis melayu...aku tak suka cine sbb diorang kuat betul brotherhood sesama cine..tapi sebenarnya aku jeles sebab melayu tak leh macam tuh..n aku jeles ngan cine sbb melayu tak serajin cine...aku kagum cine buat keja laju..
dan bile DAP dapat penang...aku mula pikir balik,kenapa tak give them a chance to change?selama ni kita dimomokkan bahawa DAP adalah parti cauvinis cine.tapi betul ke...?
Pada aku...Pak Lah yang lembik...tak leh nak buat keputusan spontan...lembab dan entah apa2 entah...Pak Lah adalah liabiliti..bukan aset pada malaysian...
atau Mahathir yang dah set satu benchmark yang terlalu tinggi?dan kita masih dibayangi kehebatan Mahatahir?
I WANT MAHATHIR BACK!

adar said...

Shahidan takkan dpt rasanya j blk MB perlis. Dia dah buat Raja Perlis murka mana ada peluang lg jd MB.

AC said...

Kedah, Perak, Selangor dan settle and now Terengganu pulak. Apa kes takkan jadi mcm Perlis jugak. Pak Lah vs Istana. Gossip kata Istana tak suka Ideris Jusoh.... Tapi IJ tu cool je dia kata serah pada Qada' dan Qadar... takdelah mcm Shahidan Kasim and wife menangis depan press and merayu di kaki Pak Lah... Pak Lah pun lembab.....

Anonymous said...

Mahathir yg buat angkara tp Pak lah yg kene. Mahathir buat utang berlambak2 ngn Bank Dunia kononnya nak majukan negara buat KLIA, KLCC bukak putrajaya la n macam2 tok anak cucu dia tp Pak Lah juga lah yg penin2 lalat tok fikir cmne kena langsaikn utang piutang yg mahathir tinggalkn n x kn abis2 smpi bla-bla pon. Dah jd lembab tak kering2 otak Pak Lah mengenangkan beban yg Mahathir tinggalkn pd dia. Kebanyakkn pulau2 n resort2 d sekeliling malaysia ni Marina mahathir yg dpt masa Mahathir jd PM, termasuk lah ank2 jantan Mahathir banyk dpt habuan gak. Bole d katakan 1 malaysia ni di catit ngn nama Mahathir ank branak. Apa pun syukur lah Negara kita masih lg di pegang oleh bangsa Melayu yg beragama Islam. Masih dikuasai Perlembangaan sistem diraja. Memang x kn bole puaskn ati manusia ni..

joesh said...

hmm...
mana ko dapat fact pasal anak2 mahathir tuh?
dari kawan sebalh adik belah makcik dia punya jiran punya anak punya menantu ke?
ehehehhe...dont spread rumours yang ko sendri tak tahu...
at least masa pemerintahan mahathir tak de lak anak dia ke,menantu dia ke jadi ADUN atau MP.Ni pak lah baru je sepenggal jadi PM menantu dah jadi MP.
Mahathir buat hutang...?heh..kalau ko beli rumah atau beli kereta,pernah tak bank reject kau..sebab apa?sbb bank tak kompiden ko bleh bayar..sama gak malaysia..kalau bank dunia tak kompiden malaysia boleh bayar,tak kan dia bagi pinjam...agak2 kau kalau congo ke, lesotho ke nak pinjam duit nak buat airport cam KLIA, bank dunia bagi pinjam ke?
dan ko pernah tak baca pasal cemana ekonomi US bleh berkembang?sbb dia berhutang la...
moral of the story..dont spread rumours dan taip guna otak

Fid said...

dood
complicated=fukuzatsu

Total Pageviews

. page counter