Tuesday, March 11

Siapa Tipu Siapa?

Aku tidak akan menulis kutukan melampau terhadap pemimpin, ahli dan penyokong Barisan Loser Nasional lagi. Rakan-rakan penyokong BN yang baca blog aku menghantar SMS tidak puas hati. Ok. Sorry.

Kalau nak tiru gaya Budin dari Pi Mai Pi Mai Tang Tu, aku boleh cakap…

Piiiiirrrraaaaahhhhh…. Macam la kau bertanding. Sekadar ambil upah gantung bendera pun nak emotional ke?

Seriously, aku tidak sangka ramai kenalan yang baca blog aku. Salah satu sebab aku tulis blog adalah nak buat kawan baru, bukan nak hilang kawan yang sedia ada. Aku faham, time-time sedih ni memang ramai yang sentimental sikit.

Jadi… sebab tidak boleh kutuk BN, jom sama-sama kita berfikir. Kalau betul jangkaan aku ni, boleh sama-sama kutuk Suruhanjaya Pilihanraya.

Kajian ini dicetuskan setelah membaca tulisan KataTakNak pasal peratusan keluar mengundi yang menakjubkan di Jerlun.

Kalau ada masa free tolong buat apa yang aku akan suruh.

1. Pergi ke page ini:
http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php

2. Tolong fahami jadual disana.

3. Cuba check bagi setiap negeri untuk kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Aku tidak berminat dengan keputusan pilihanraya. Aku cuma minta korang check JUMLAH KESELURUHAN --> BILANGAN PEMILIH. Bahagian bawah kiri.

Sefaham aku, itu adalah jumlah pengundi berdaftar atau Registered Voters.

Jadual dibawah summarynya.

No.

Negeri

Parlimen

DUN

Perbezaan

1.

Perlis

120,081

120,081

0

2.

Kedah

865,468

873,684

8,216

3.

Kelantan

751,682

735,419

16,263

4.

Terengganu

521,597

521,597

0

5.

Penang

705,832

705,408

424

6.

Perak

1,196,160

1,196,160

0

7.

Pahang

603,242

603,242

0

8.

Selangor

1,565,553

1,536,111

29,442

9.

N. Sembilan

462,015

462,015

0

10.

Melaka

371,594

371,594

0

11.

Johor

1,279,119

1,312,121

33,002

12.

Sabah

752,132

786,142

34,010

Persoalannya sekarang, kenapa ada perbezaan jumlah pengundi berdaftar untuk Parlimen dan Dewan Undangan Negeri untuk sesetengah negeri?

Tidak mungkin pengundi tu berdaftar untuk mengundi Parlimen tapi tidak daftar untuk DUN. Tidak mungkin juga sebaliknya.

Betul tak?

Kalau tengok jumlah keluar mengundi keseluruhan bagi setiap negeri juga berbeza. Kenapa ya? Takkan la pengundi mengundi di Parlimen dan tidak mengundi di DUN atau sebaliknya. Dia simpan kertas undi kot.

Aku tidak ingin cakap ada penipuan dalam pilihanraya kali ini. Kalau betul-betul BN berpakat dengan SPR takkan la mereka ‘dibelasah’ oleh Barisan Alternatif.

Ada kemungkinan ke BA berpakat dengan SPR?

Mungkin juga SPR yang silap collect atau masukkan data.

Atau aku yang salah faham keseluruhan jadual itu?

Dulu aku ada lihat I.P address dari office SPR datang melawat blog aku. Mungkin ada diantara mereka yang boleh berikan sedikit penerangan.

7 comments:

teek said...

dood, i think it's ok for us to "say a few words" about the pemimpin2 and tokoh2. They are there in a capacity of looking out after the rakyat, they have a huge responsibility for us and our children as well as our children's children. If they messed up, critic all you want. However, you have to draw a line on critisizing the leaders with the voters. Of course la you can kutuk all you want actually, it's your blog and it's your opinion kan?

anyway...the point for this entry is; what is "kertas undi tidak dipulangkan"? got meh? it is very impossible for the voters not to pulangkan the kertas undi lah.

rose said...

Ermm...besornye perbezaan dia.
Suppose kene telly la kan..
Takkanla masa nak mendaftarkan nama kat SPR kena cakap..

"Encik, saya nak daftar untuk parlimen je..Untuk DUN saya tak nak daftar"...uhuhuhu...

or Maybe Staf SPR tak teliti masa buat Statistik ni? tido ke??...ZZzzzZZzzzzZZZZZZZZZZZ...

Anonymous said...

Salam,
Saya pengundi berdaftar di Parlimen Setiawangsa. Saya mengundi untuk PARLIMEN sebab tak ada DUN. Jadi statistik untuk saya ada di PARLIMEN sahaja. Tapi bagi negeri2 lain sepatutnya sama jumlah pengundi berdaftar bagi PARLIMEN dan DUN.

Bunga said...

OOiiCC. Ada juga yang tiada DUN ye. 1st time baca ari ni. Wehehe. Patutla tidak seimbang Statistik tew.

Mr. Right said...

teek,
Thanks.

2 things, 1st how come parliament and DUN number of registered voter not tally and 2nd even number of voter turn up also diff.

rose,
Ye kot, staff SPR tido.

ano and bunga,
Setiawangsa under Wilayah Persekutuan, I not include in that table. Since Wilayah takde DUN. Also, not in that table adalah Sarawak, since they not contesting DUN in this GE.

Bunga said...

OOOwwhhh. Tak perasan la pulak WP takde dalam table tu. He He he

Anonymous said...

Aku try wat pe yg kau suruh,

gi kat link ---->http://pru12.spr.gov.my/spr/laporan/5_KeputusanKeseluruhan.php tp x leh bukak, dah tutup kot. tp mmg pelik tuh, agak2 ada kemungkinan tak disebabkan oleh ada satu kerusi P yang bawah dia ada beberapa kerusi N? entah.. aku pun x faham.. thee..hee..hee tp aku suka blog kau.. peace brader!

Total Pageviews

. page counter