Monday, April 7

Are You Ready for Marriage?

Last weekend aku balik kampong, jenguk ibu aku. Aku juga tolong assemble gym bicycle yang abang aku belikan untuk mak aku. Tengok wajah gembira mak aku mencuba bicycle tu memang betul-betul best. Tak tahu macam mana aku nak gambarkan. Dia memang nak sangat alat senaman tu.

Ok… bukan itu aku nak cerita. Aku nak bercakap pasal serious, really serious stuff….kahwin. Sabtu malam, aku pergi masjid kampong aku. Saja nak lepak dengan member-member. Lepas habis sembahyang dan tengah sembang dengan member-member di veranda masjid, kami didatangi oleh seorang pak haji. Kami kenal sangat lah pak haji ni, imam yang sangat dihormati di kampong aku. Pak haji ni juga ada bau-bau mempelam dengan family aku.

Pak Haji: Fandi… pakcik dengar kau dah bertunang, betul ke? Orang mana?

Aku: A’ah… Orang Ganu.

Member aku menyampuk…

Member Aku: Cikgu, macam mana kita nak tahu yang kita dah sedia nak kahwin?

Pak Haji bekas guru itu pun bersedia untuk memberi unofficial kuliah isya’ kepada kami semua. Dia seorang bekas guru besar, imam masjid, ada berbelas anak yang semuanya dah kahwin dan berjaya dalam hidup. Aku rasa wajib aku share ilmu yang manusia penuh pengalaman ini beri kepada kami malam itu.

So, dia cakap ini adalah tanda-tanda yang sesorang itu sudah betul-betul ready untuk berkahwin…


1. Sex Tidak Penting. (Aku semua terus berminat bila dengar perkataan SEX)
Bila seseorang sebut nama kekasih anda, anda tidak membayangkan tubuh sexy dan wajah dia yang cantik. Sebaliknya anda bayangkan suasana yang seronok bersama dia, anda bayangkan gelak tawa, anda bayangkan kebaikan hati budi dia atau anda bayangkan masakan dia yang sedap. Kepada mereka yang benar-benar bersedia untuk berkahwin, melakukan hubungan sex dengan pasangan anda bukanlah niat utama anda berkahwin. Selagi belum sampai perasaan sebegitu, maksudnya anda masih lagi dikawal oleh nafsu dan belum bersedia.


2. Suka Kanak-kanak.
Anda akan tersenyum melihat kanak-kanak bermain atau melihat ibu mendukung bayi yang comel. Tanpa anda sedari anda akan mengukir senyuman.

3. Sharing.
You experience anything fun, funny or interesting; you will always want to share with your love ones. Happy news, good food or anything, first in your head is to let you partner knows about it.


4. Faktor Luaran.
Ini factor-faktor biasa, seperti semua kenalan sudah berumah tangga, adik beradik semua sudah berkeluarga, rakan berseronok dah semakin kurang dan sebagainya.

Aku tidak pasti kebenaran point-point diatas. Mungkin rakan-rakan disini yang pernah dan sedang berkahwin boleh memberi sedikit pandangan.

Aku mula terasa bahang persiapan majlis perkahwinan aku. Aku dengar-dengar, mak, abang dan akak aku dah mula planning ini dan itu. Maklumlah anak dan adik bongsu kesayangan mereka nak kahwin…Hahahha….Let the fun begins…. Hahahahha….

20 comments:

Anonymous said...

Oh my..no wonder la aku tak kawin2 lagi...1st reason pn dah fail..
:p

-Ipoh Lads-

Anonymous said...

Bro.....

aku nak tambah sikit...ada satu ua lagik kriterianya....bersedia menerima tanggungjawab sebagai ketua keluarga...kalo takda benda nie...boleh kawin tapi tak tahu sampai bila....kawin bro...janan tak kawin...:)

chalok

rose said...

Iye Betul tu Incey Aku betul..Stuju sgt2 ngan faktor2 yg diutarakan oleh InCey Aku betul!

MalayMind said...

Aku setuju dengan faktor2 tu - tapi dari kacamata seorang perempuanlah.

Setahu aku, pompuan mmg :
1 - benci lelaki gila seks@seks tidak penting.
2 - mementingkan kasih sayang@sharing is caring
3 - Suka budak2

Faktor di atas memang menjadikan kebanyakan pompuan ready untuk kawin sejak azali lagi.

Tapi 'biasanya' lelaki pulak macamana?

1 - Tidak mementingkan sex hanya kerana 2 sebab : a-alah, sex bukannya best sgt, b-aku tak de nafsu pun {Soalan: Macamana dia tahu sex tu tak best sgt? Kui kui kui}

2 - Sharing bilik? Sharing kereta? Teamwork dengan perempuan? - Lelaki: u handle your stuff, i handle my stuff le, in the end, baru kita combine. Ini boleh consider sharing ke?

3 - Suka budak2 hanya kalau budak tu anak sendiri. Anak orang? Subjektif la kalau comel ke, cute ke ape ke.

Alamak, aku ni nampaknya belum ready nak kawin ni?

nordin samrin said...
This comment has been removed by the author.
nordin samrin said...

BETUL... SEMUANYA BETUL BELAKA..

Bunga said...

He he he, betul tuh.
aku belum kawen gak. Tapi dah ready kot nak kawen..KOT? ade kot meh? HoHo.

pada aku seks penting kerana tak buat seks camno nak dapat anak..hohohoho..

Tapii...aku pandang hina pada org yg kawen semata-mata seks! Jadi Hamba Seks.

ade yg merancang utk tak dapatkan anak dalam beberapa tahun selepas kawen.ini semata2 nak puaskan nafsu seks..yela, kang dah ade anak isteri dah tak mcm anak2 dara kan..eh, bebal sungguh org camnih..Bodoh, Banghal!
Padahal salah satu tuntutan agama untuk berkahwin adalah untuk memanjangkan generasi, menambahkan zuriat.

MalayMind said...

Saudara / saudari bunga,

Jangan senang dimarah org yg merancang keluarga. Tak semua orang merancang semata - mata sebab seks.

Sebab-sebab lain yang Malaymind menyokong 'ditangguhkan' dulu anak:

Lelaki tak boleh dipercayai
-Ada lelaki yang mmg tak boleh percaya. Pandai buat anak saja dan hal tanggungjawab, diserahkan kepada isteri. Akhirnya, isteri yg akan menderita, jadi kenalah berhati-hati.

Kemampuan material yang terhad
-Kalau diikutkan, manusia boleh melahirkan anak setiap tahun. Walaupun kita percaya, rezeki setiap anak sudah ditentukan, kita perlu akur akan kesan 'family planning'. Ia telah terbukti membawa lebih banyak kebaikan.

Proses penyesuaian
-Kalaulah kita merujuk kepada statistik, berpuluh ribu penceraian berlaku saban setahun. Zaman ini, lelaki dan perempuan sudah tidak sama seperti datuk nenek kita yang bercerai hanya kerana sebab mati. Orang zaman sekarang, kalau tak sesuai, mereka boleh saja memilih yang lain. Kalau ada anak, merekalah mangsanya.

Bunga said...

Dari pengamatan aku..mesti si malay mind ni tersenarai dalam org2 yg aku cakapkan kat atas tu..sbb org yg makan cili je terasa pedasnye..ish ish ish...

Mr. Right said...

ipoh lads,
Hahahaha... ye ke? Aku pun termenung panjang bila pak haji tu ckp cam tu.. errmmmmm....

chalok,
Aku bukan ckp pasal persediaan nak kawin, aku cuma ceritakan apa tanda2 seseorang tu ready nak kahwin.

rose,
Tima kasih.

Malaymind 1,
Posting ini purely base on kata-kata pak haji, imam masjid kg aku. Aku rasa ini bukan dari pandangan perempuan. Ini pandangan dari seorang orang tua yang penuh pengalaman hidup.

nordin,
Thanks bro.

bunga,
Betoi...betoi dan betoi.

Malaymind 2,
Aku tak berani nak komen pasal merancang keluarga ni. Kerana aku rasa ini melibatkan hukum hakam agama. Aku tidak berani menggunakan hukum akal untuk menghalalkan apa2 yg haram dan sebaliknya. Tp aku rasa point2 yg ko berikan tu, mcm tak logik je. Lelaki tak bertanggungjawap? kewangan? penyesuaian? Ini alasan remeh rasanya. Kalau ko ckp ngn ustaz, mahu kena tampar ko. Hahahahha....

en nordin said...

hehehe.. makin nak kawin makin keliru. betul ke "she the one"?. boleh ke aku masuk dengan kaum kerabat dia? betul ke aku nak kawin ni? kalau dah kawin nanti kalau tak serasi mcam mana lak? hehehehe.. jawapannya jangan terlalu banyak berfikir. ikut je arus tu.

rose said...

en.nordin..mcm ade masalah besorr jek.
if banyk kekeliruan..
buatla solat istiharah..7 mlm berturut2..insyaAllah..Sesungguhnya Allah Maha mengetahui...:-):-)

piye said...

en nordin,

kalu pikir camtu mmg le smp bile pun tak kawin...ngan minah tu ko pikir camtu then ko ade minah yang lain kang ko pikir camtu gak..

jgn pikir yang bukan2..pikir yang positif je..kalu asyik negatif...lelama benda2 camtu akan jadi negatif...

piye said...

tambahan skit lagi..

kekadang tu ape yg kite pikir negatif tu seme hasutan setan le dia taknak kaum adam dan hawa ni berkembang..so dia racun le fikiran dengan fikiran2 camtu...

seme tu permainan akal dan fikiran je.kalau hati dah rasa suke dan bersedia proceed...kalu tak camne nak tau ape yang dipikirkan tu betul ke tak..:D

just my 2cent advice.
insyaAllah

nordin samrin said...

HEHEHE. bukan ape... kita nak kawin sekali seumur hidup je.. sampai akhir hayat.. alam rumahtangga ni lain dari ape yang dijanjikan masa bercinta. dan yang paling merisaukan sekali, takut tak dapat beri yang terbaik pada pn nordin .

MalayMind said...

Chet, asal aku komen agama aje, ingat aku pakai logik.

Nah rujukla sendiri:

http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=8171&highlight=1885&sid=2c20c67f1c6b6c82cc50aa659fab3978

وبركاتهم


{ بسم الله الرحمن الرحيم }


(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.

Amatlah baik sebelum kita pergi jauh meneliti apakah pandangan Islam terhadap perkara tersebut, marilah kita sama-sama berkenalan dengan beberapa definasi dan pengenalan berikut :

[color=blue] 1 - TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : Ertinya : Merancang Keluarga , seperti dengan cara berjimak dengan isteri pada tarikh dan masa yang tertentu , ataupun dengan cara selainnya dengan tujuan untuk menyusun jadual kehamilan mengikut kehendak sepasang suami – isteri . Nama lain bagi Tanzim Al-Usrah ini ialah “ Tanzim An-Nasal “ ( النسل تنظيم ) yang bererti : Merancang Kelahiran . Ianya dilakukan menurut tempoh tertentu , bukannya secara kekal.


2 – TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) : Ertinya : Membatasi Kelahiran , seperti alat kelamin lelaki ataupun perempuan dimatikan fungsinya , sehingga tidak boleh menghasilkan sperma yang boleh menyebabkan seseorang zuriat itu lahir. Nama lain bagi proses ini ialah “ Tahdid Al-Usrah “ ( تحديد الأسرة ) yang bermakna : Membatasi Keluarga . Di dalam kitab-kitab Fiqh klasik , istilah untuk proses yang sama seperti ini dinamakan sebagai “ At-Taa’qim “ ( التعقيم ) ertinya : Proses Pemandulan . Kalau untuk binatang diertinkan sebagai : Proses Pengkasian . Proses pemandulan ini @ membatasi keturunan ini dilakukan untuk jangka masa yang kekal-abadi.


3 - ‘AZAL ( العزل ) : Proses menahan ataupun menghalang mani lelaki daripada masuk ke dalam rahim wanita , samada dengan cara menumpahkannya , ataupun dengan memakai kondom dan seumpamanya. Dilakukan agar wanita tersebut tidak hamil. [/color]


**************************************

[color=blue] TANZIM AL-USRAH ( تنظيم الاأسرة ) : MERANCANG KELUARGA [/color]

Walaupun Islam sememangnya mahukan umat yang ramai akan tetapi di dalam beberapa ketika, dibenarkan bagi sepasang suami-isteri itu untuk merancang keluarganya iaitu dengan menggunakan sistem di atas.

[color=blue] Tanzim Al-Usrah ini dibenarkan di atas sebab-sebab berikut :

1 – Agar si ibu mempunyai tempoh masa yang cukup untuk menghadapi anak yang akan datang dan tempoh untuk menyusui anak yang pertama itu sempurna selama dua tahun sebagaimana menurut ajaran Al-Quran Al-Karim. Selain itu, dengan menyusun jadual kehamilan bagi tempoh 2-3 tahun bagi setiap kehamilan , lebih memberikan kekuatan dan tenaga kepada si ibu.Lihat dan pelajari Firman Allah Ta’ala di dalam Surah Al-Baqarah , ayat 233.

2 – Jika si ibu itu lemah fizikalnya , tidak berupaya untuk selalu bersalin.

3 – Jika si ibu itu ataupun si bapa mempunyai “ penyakit keturunan “ yang boleh menjangkiti si anak yang bakal dilahirkan.

4 – Terdapatnya sebab-sebab ekonomi bagi sesebuah keluarga itu , seperti keadaan susah dan miskin . Perkara ini diistilahkan oleh ulama’ , khasnya oleh Hujjatul Islam , Imam Al-Ghazali (rh) sebagai : “ الخوف من الوقوع في الضيق بسبب كثرة الأولاد “ yang bermaksud : Bimbang terjerumus ke dalam lembah kesusahan disebabkan ramainya anak.

5 – Si ibu itu sememangnya mempunyai penyakit , dan jika dia beranak lagi, penyakit yang dideritai itu akan lambat sembuh , ataupun tidak sembuh ataupun anak yang bakal dilahirkan itu dalam keadaan yang amat sukar. [/color]

Apabila terdapatnya salah-satu daripada sebab-sebab di atas , dan ianya disememangnya disahkan oleh orang yang ‘alim di dalam agama , dengan kerjasama daripada seorang pakar perubatan yang amanah , maka Tanzim Al-Usrah ini harus dilakukan menurut pandangan Islam.

**************************************

[color=blue] TAHDID AN-NASAL ( تحديد النسل ) MEMBATASI KELAHIRAN : [/color]

Proses membatasi kelahiran ini dilakukan dengan cara memandulkan si suami ataupun si isteri agar mereka tidak lagi boleh menghasilkan zuriat di masa yang akan datang. Sama ada ianya dilakukan secara proses pembedahan , ataupun dengan mengambil jenis-jenis makanan tertentu dan seumpamanya.

Walaupun tiada nas yang jelas di dalam Al-Quran , mahupun Al-Hadits yang menyatakan mengenai HARAMNYA MEMBATASI KELAHIRAN ( PROSES PEMANDULAN ) seperti ini , akan tetapi majoriti ulama’ Islam menyatakan perkara itu sebagai HARAM dan DITEGAH OLEH SYARAK .

Namun minoriti ulama’ pula menyatakan bahawa ianya DIBENARKAN OLEH SYARAK berdalilkan firman Allah Ta’ala di dalam Surah Asy- Syura , ayat 50 :

[color=blue]
أَوْ يُزَوِّجُهُمْ ذُكْرَانًا وَإِنَاثًا وَيَجْعَلُ مَن يَشَاء عَقِيمًا إِنَّهُ عَلِيمٌ قَدِيرٌ

Ertinya : “ Atau Dia menganugerahkan kedua jenis laki-laki dan perempuan (kepada sesiapa) yang dikehendaki-Nya, dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa “ . [/color]


Daripada ayat di atas, maka minoriti ulama’ ini pun mengatakan : “ Jika Allah Ta’ala sendiri memang menciptakan sebahagian manusia itu ada yang mandul disebabkan ada hikmahnya, maka tidaklah salah jika sebahagian manusia itu juga boleh jadi mandul disebabkan ada maslahahnya ( kebaikannya ) “.

Dan sebahagian ulama’ Fiqh membenarkan proses pemandulan ini jika ada penyakit yang berhubungan dengan seks , akal ataupun diri , yang mana telah dikenal-pasti sebagai sakit yang berbahaya lagi tiada ubatnya dan penyakit itu pula boleh menjangkiti anak yang bakal dilahirkan lagi berbahaya.

Namun , setelah diambil-kira semua pendapat ulama’ di dalam hal ini , maka [color=blue] PENDAPAT YANG PALING MENEPATI KEHENDAK SYARIAT ISLAM ITU SENDIRI IALAH : HENDAKLAH DILAKUKAN PROSES PEMANDULAN INI BUAT SEMENTARA WAKTU SAHAJA , BUKANNYA UNTUK SELAMA-LAMANYA . KERANA INSYA-ALLAH ADA PENYAKIT BAGI SETIAP UBAT ITU – KECUALI PENYAKIT AS-SAM : MATI – Dan apabila ditemui ubat tersebut , maka proses pemandulan seperti ini sudah tidak lagi diperlukan. Dan kemungkinan juga , jika sesebuah keluarga itu susah , barangkali di kemudian hari kelak , setelah mereka dikurniakan rezeki daripada Allah Ta’ala secara berlimpah-ruah , di saat itu sudah tentu mereka sangat berhajat kepada zuriat yang ramai . Dan kalaulah mereka melakukan proses pemandulan yang kekal , sudah pasti mereka tidak akan memperolehi zuriat sendiri di kemudian hari. Apatah lagi , proses pemandulan yang bersifat kekal ini adalah satu kezaliman ke atas makhluk Allah Ta’ala yang mana kezaliman merupakan satu perkara yang sangat ditentang dan dilarang oleh Islam !. [/color]

**************************************

[color=blue] ‘AZAL ( العزل ) : MENAHAN SPERMA DARIPADA MASUK KE DALAM RAHIM[/color]

Perkara ini sendiri pernah berlaku di masa hidupnya Baginda Rasulullah s.a.w .
[color=blue]
عَنْ جَابِرٍ قَالَ كُنَّا نَعْزِلُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَبَلَغَ ذَلِكَ نَبِيَّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمْ يَنْهَنَا

Ertinya : “ Daripada Jabir r.a beliau berkata : Kami pernah melakukan Al-‘Azal di zaman Rasulullah s.a.w dan perkara itu sampai ke pengetahuan baginda s.a.w , tetapi Baginda s.a.w tidak pula menegah kami daripada melakukan perkara tersebut “ ~ ( Hadis Sahih diriwayatkan oleh Imam Muslim – Kitab An-Nikah – 2610 ) . [/color]

Dan bagi seseorang suami tidak dibenarkan melakukan perkara tersebut melainkan dengan redha isterinya , dan tentulah sebuah kebahagian rumahtangga yang diimpikan itu tidak akan menjadi realiti andainya tiada kesefahaman dan redha-meredhai di antara anggota rumahtangga itu.




Wallahu A’alam Bissowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad



**************************************

[color=blue] RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN : [/color]

1 – YASALUNAKA ‘ANID DIN WAL HAYAH – JILID I
‘Allamah Dr. Ahmad Ash-Syarbasi ( Profesor Universiti Al-Azhar )
ms 234 – 243 . Terbitan Darul Jil , Beirut.

2 – FATWA WA AHKAM LIL MARAH AL-MUSLIMAH
‘Allamah Syeikh Atiah Saqr ( Bekas Pengerusi Fatwa Al-Azhar )
ms 221 , Terbitan : Maktabah Wahbah , Cairo.

3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIYYAH
‘Allamah Dr. Nasr Farid Wasil ( Bekas Mufti Republik Arab Mesir )
ms 304 . Terbitan : Al-Maktabah At-Tawfiqiah , Cairo.

4 – KATA BERJAWAB 1-5
Al-Fadhil Ustaz Abdul Qadir Hassan ( Guru Pesantren PERSIS Bangil )
Terbitan : Yayasan Al-Muslimun , Bangil, Indonesia.



و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

4 / Sya’aban / 1423 H
11 / September / 2002 M

Jumaat – Bandaraya Kaherah

rose said...

O'Ooo...sulah lari dari tajuk ke kome nih...hhuhuhu...

Mr. Right said...

Damn.. aku try reply komen 2-3 kali tak boleh, bodoh punya blogspot.

piye,
jgn layan sgt nordin tu. jiwa tgh kacau.

rose,
yes, dah lari jauh. takpe lah.

malaymind,
Wei, terima kasih lah sebab rajin buat research utk blog aku. Setelah memaksa diri membaca apa yg ko paste tu, aku tak nampak pun initial points ko FULLY covered dalam tu. Takpe lah, ini lah maksud aku, aku malas komen hal hukum hakam sebab aku malas nak buat research. So, next time buat research dulu before leave any comment expecially yg melibatkan agama dan benda2 sensitif yg lain. Thanks again.

Anonymous said...

assalamualaikum....
nampaknya dah bercakor-cakor ngan hujoh masing-masing...
soalnya... mr right bangkit isu "ARE U READY FOR MARRIAGE?" je...
aku orang dah lame kawin... adelah baru 3 tahun jer... wakakaka....
ade satu perkara korang semua lupa...
Apabila korang dah bersedia nak kawin dengan jejaka/gadis pilihan... maka korang kena bersedialah 'kawin' dengan semua ahli keluarganya,sedara-sedaranya,ipar-duainya,atuk neneknya...
Kalu bab ini tak leh gi.... tu yang berlaku.... menantu tak suka mentua la... bila balik kampung... nak tido semalam je umah mentua... rimas katenya tido ramai ngan abang/adik ipar lain.
Pengalaman mengajarku segala-segalanya.....

rose said...

hehe...Incey Aku Betul..
dah sedia ke nak kawen ngan mentua, ipar duai, anak2 buah ni??

bakal jumpe ipar duai n anak2 buah yang berpuluh-puluh org nih...hehehe..

hopefuly, leh serasikan diri k...:-)

Total Pageviews

. page counter